Quantcast
Channel: My Pest News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 371

Sudut baik tentang lipas, pameran lipas di Zoo Jepun

$
0
0
Lipas merupakan salah satu serangga yang paling dibenci di seluruh dunia. Semua orang memang tak suka lipas. Baunya yang busuk, keadaannya yang sering berada di tempat yang kotor membuatkan ramai rasa geli dengan serangga tersebut.

Ada orang yang benci dengan lipas atau tidak suka dengan lipas, tapi masih boleh menerima kehadiran lipas sebab dia tak takut dengan lipas.

Tetapi ada ramai juga orang yang bukan sekadar benci dengan lipas, malah tak dapat terima kahadiran lipas sebab mereka amat gerun dengan serangga itu. Perasaan Phobia dengan lipas membuatkan kehadiran lipas tidak dapat di terima langsung.

Dalam keadaan semua akui bahawa lipas itu dibenci, Zoo di Jepun pula beranggapan lipas perlu dibersihkan daripada imej buruk yang ada pada mereka.

Pameran lipas di Zoo Shunanshi Tokuyama

Untuk memberikan maklumat pada orang ramai terhadap faedah kewujudan lipas ini, Zoo di Jepun telah mengadakan satu pameran khas untuk mempamerkan berjenis-jenis lipas di seluruh dunia.

Terdapat lebih kurang 4000 spesis lipas di seluruh dunia dan lipas boleh hidup di segenap sudut dan ruang kehidupan manusia terutamanya di sekitar kawasan yang kotor. Lipas akan merayap keluar di waktu malam di sekitar lantai rumah anda.

Walaupun ramai yang jijik dengan lipas, namun lipas merupakan serangga yang diperlukan dalam sistem ekologi kehidupan kita di alam ini. Lipas melaksanakan tugas yang amat penting sebenarnya.

Kerja lipas adalah untuk makan najis atau bangkai yang telah membusuk dan juga makan tumbuh-tumbuhan yang telah mati. Najis dan bangkai yang telah membusuk dihabiskan oleh lipas dan ini mempercepatkan proses menghilangkan najis atau bangkai itu sendiri.

Tumbuhan yang mati di lantai hutan pula jika dibiarkan begitu saja untuk hilang secara sendiri, akan mengambil masa yang lama. Jika terbiar begitu, akan habis lantai hutan menjadi busuk lembab dengan tumbuhan yang telah mati. Di situlah peranan lipas yang akan makan tumbuhan tersebut sampai licin.

Atas tujuan pendedahan itulah maka Zoo di Jepun itu menganjurkan satu pameran khas untuk lipas. Dalam pameran berbagai acara di anjurkan.

Antaranya adalah lumba lipas, peluang memegang lipas Madagascar terkenal dengan besar sepanjang 7 inci dan lain-lain lagi. Pameran tersebut mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 371

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes