Quantcast
Channel: My Pest News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 371

Info mudah koloni anai-anai

$
0
0


Anai-anai merupakan salah satu contoh makhluk perosak yang menghantui kita.

Adakah anda mempunyai maklumat yang cukup tentang koloni anai-anai?

Berikut merupakan info mudah tentang koloni anai-anai.

Koloni anai-anai terdiri daripada 3 kasta asas iaitu pekerja, askar dan pembiak.

Telur

Telur akan menetas menjadi larva yang belum matang dan ia masih tidak mampu untuk makan sendiri. Secara genetiknya, larva berkemampuan untuk membentuk menjadi mana-mana kasta. Masa dan cara pemakanan anai-anai yang menentukan laluan pembentukkannya untuk menjadi kasta yang bersesuaian. 

Pekerja

Anai- anai Pekerja terdiri daripada sebahagian besar daripada populasi. Dalam peringkat anai-anai rendah, terdapat pseudergate palsu yang mengekalkan potensinya untuk menjadi kelkatu. Pekerja akan menyuap makan kepada nimfa, askar dan anai-anai pembiak. Mereka juga menggali terowong, mencari makanan dan minuman, serta membina dan membaiki sarangnya. Bagi sesetengah spesis, mereka juga perlu membersihkan kulat.

Askar

Askar terbentuk daripada nimfa, pseudergate dan pekerja. Metamorposis berlaku melalui proses molting. Peringkat peralihan dipanggil pra-askar. Askar mempunyai bahagian mulut yang istimewa bagi tujuan pertahanan untuk menentang pelbagai pemangsa seperti semut dan lipan.

Pembiak

Pembiak terbentuk daripada kelkatu ataupun neotenic. Kelkatu adalah anai-anai bersayap dan hanya dihasilkan pada musim-musim tertentu. Kelkatu akan membentuk sayap dan mata kompaun untuk terbang keluar. Setelah terbang keluar, kelkatu akan melepaskan sayapnya dan dikenali sebagai kelkatu tidak bersayap. Kelkatu tidak bersayap akan membentuk seiring dengan pasangannya bagi tujuan mengawan dan seterusnya akan membentuk satu keluarga. Pasangan itu akan menjadi permaisuri dan raja bagi koloni yang baru.

Pembiak utama

Saiz betina mahupun permaisuri berbeza mengikut spesis. Kebiasaan, saiznya ialah 10cm dan mampu menghasilkan beribu-ribu telur sehari. Permaisuri tidak boleh bergerak dan bergantung sepenuhnya terhadap pekerja. Die dibersihkan dan diberi makan oleh pekerja. Dia juga ditemani oleh pasangannya yang kecil iaitu raja. Satu koloni kebiasaanya mempunyai satu permaisuri dan satu raja tetapi kadangkala sesetengah spesis juga berisiko mempunyai beberapa pembiak.

Kredit: Fb Easelife Services

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 371

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.