Quantcast
Channel: My Pest News
Viewing all 371 articles
Browse latest View live

Bekas pengarah teknikal NPMA meninggal

$
0
0
Phil Spear merupakan pengarah teknikal National Pest Control Association (sekarang National Pest Management Association - America) yang banyak menyumbang pada perkembangan teknik kawalan serangga dan makhluk perosak di Amerika sejak dari tahun 1954 hingga 1980.

Beliau meninggal dunia dalam usia 98 tahun pada 28hb Ogos 2013 baru-baru ini di Shands Hospital, Gainesville, Fla.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang beliau sila klik di sini.

Kenapa rumah ada pepijat?

$
0
0
dari mana datang pepijat ke rumah?
Kenapa rumah ada pepijat? itu antara soalan yang sering saya terima setiap kali mendapat panggilan daripada pelanggan.

Mereka biasanya melayari Google untuk mendapatkan maklumat berkenaan pepijat dan google telah membawa orang yang menaip perkataan pepijat kepada blog ini.

Ramai jugak yang mendapat maklumat berkenaan masalah pepijat daripada blog Pest Control Malaysia ini.
Read more »

Masalah ketepatan masa dalam syarikat Pest Control

$
0
0

Memilih syarikat pest control
Masalah ketepatan masa dalam syarikat pest control

Antara masalah utama sesebuah syarikat pest control yang ingin memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan mereka adalah masalah ketepatan masa.

Ramai pelanggan yang mendapatkan khidmat pest control daripada sesebuah syarikat profesional merasa kecewa apabila ketepatan masa merupakan salah satu kriteria keutamaan mereka selain daripada servis yang cekap.

Read more »

Jenis perniagaan yang perlu khidmat pest control

$
0
0
khidmat pest control di hotel
Jika anda seorang usahawan yang menjalankan sesebuah perniagaan, tentu anda ingin tahu apakah perniagaan yang sedang dijalankan sekarang perlu kepada khidmat pest control. Mari kita lihat apakah jenis perniagaan yang perlu khidmat pest control.

Secara umumnya apa saja perniagaan yang mempunyai premis perniagaan dan melibatkan kunjungan orang ramai ke premis tersebut perlu kepada khidmat pest control.

Cuma tahap keperluannya sahaja yang berbeza-beza bergantung kepada keperluan perniagaan, kualiti perniagaan anda serta keperluan untuk mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak majlis perbandaran.

Berikut disenaraikan beberapa perniagaan yang perlu khidmat pest control

Kalau nak disenaraikan memang terlalu banyak jenis perniagaan yang perlu khidmat pest control. Saya hanya senaraikan beberapa perniagaan yang penting sahaja dalam industri pest control.

  1. Perniagaan restoran - Ada beberapa kawasan yang pihak majlis perbandaran telah menetapkan syarat wajib kepada khidmat pest control ini terhadap perniagaan restoran atau premis kedia makan. Antara kawasan tersebut adalah semua restoran yang berada di bawah jagaan Majlis Perbandaran Subang Jaya dan juga Majlis Daerah Sepang. Tindakan ini khas untuk pastikan restoran bebas daripada serangga perosak yang mendatangkan penyakit.
  2. Perniagaan proses bahan makanan - Jenis perniagaan ini juga adalah sama seperti restoran. Bezanya cuma mereka beroperasi sebagai sebuah kilnag pengeluaran bahan makanan. Premis ini juga perlu bebebas daripada serangga pembawa penyakit.
  3. Perniagaan Hotel dan tempat penginapan - Biasanya jenis perniagaan hospitaliti ini akan turut sama melibatkan aktiviti penyediaan makanan. Selain dari itu, tidak ada orang yang suka kepada hotel yang banyak lipas, pepijat atau tikus. jadi untuk meningkatkan kualiti servis yang ditawarkan pada pengguna, khidmat pest control perlu dititik beratkan.
  4. Perniagaan pasaraya atau kedai runcit - Jenis perniagaan ini juga melibatkan banyak aktiviti penyimpanan makanan. masalah tikus dan juga masalah lipas adalah satu perkara yang perlu ditangani oleh pemilik kepada jenis perniagaan ini. Kerosakan produk samada bahan makan atau peralatan boleh membuatkan pemilik mengalami kerugian besar.
  5. Perniagaan pusat pendidikan - Samada tadika, pusat jagaan kanak-kanak atau seumpamanya, khidmat pest control perlu untuk pastikan keselamatan dan kesihatan pelajar dan juga kanak-kanak dibawah jagaan pusat tersebut. Nyamuk, lipas dan lain-lain serangga pembawa penyakit perlu dikawal.
  6. Perniagaan logistik dan pergudangan - Gudang perlu dijaga daripada serangan serangga perosak terutamanya tikus dan juga anai-anai. jika syarikat logistik melakukan aktiviti eksport berangan ke luar negara, maka khidmat fumigation diperlukan.
  7. Perniagaan perabut - Masalah utama kedai perabut adalah serangan anai-anai terutamanya jika kebanyakan perabut yang ada ada lah berasaskan kayu. Jika perabut dieksport, khidmat fumigation diperlukan.
  8. Pusat Hiburan - Pusat hiburan juga biasanya terlibat dalam aktiviti penyediaan makanan dan minuman. oleh itu kawalan lipas, tikus dan lain-lain serangga pembawa penyakit perlu dilakukan dengan cekap.
Jika anda menjalankan perniagaan-perniagaan yang disebutkan seperti di atas, anda pasti memerlukan khidmat pest control.

Pastikan anda mendapatkan khidmat pest control dari syarikat yang baik dan layak serta berlesen untuk kerja-kerja pest control di premis anda.

Dapatkan khidmat Knockout Fumigation Sdn Bhd untuk sebarang pertanyaan dan juga sebut harga. Anda boleh menghubungi mereka di sini.

Demikianlah sedikit maklumat terhadap jenis perniagaan yang perlu khidmat pest control. Moga bermanfaat untuk anda.



Panduan memilih Syarikat Pest Control di Malaysia

$
0
0

bagaimana nak pilih syarikat pest control
Ramai orang yang menghadapi masalah diserang serangga dan juga makhluk perosak di persekitaran bandar terpaksa mendapatkan khidmat syarikat pest control. Tetapi, tahukah anda bagaimana cara terbaik untuk memilih syarikat pest control?

Siapa biasanya yang terlibat dalam kerja memilih sayarikat pest control ini?


Biasanya mereka yang tinggal di sekitar kawasan perbandaran atau pekan memang perlu memilih syarikat pest control.

Kebiasaannya mereka terdiri dari:

  • Surirumah,
  • Pengusaha restoran
  • Pengusaha hotel
  • Pengusaha pusat penjagaan kanak-kanak
  • Pengusaha kilang proses makanan
  • Pengusaha perkhidmatan pergudangan
  • Peungurusan penyelenggaraan bangunan atau
  • Tuan punya mana-mana bangunan yang ada di bandar atau pekan.
Mereka yang saya sebutkan di atas tidak dapat lari daripada menggunakan khidmat syarikat pest control.

Bila kita perlu memilih syarikat pest control

Berikut disenaraikan beberapa sebab dimana kita perlu mula memilih syarikat pest control:

  1. Syarikat Pest Control diperlukan dalam kerja-kerja mengawal kerosakan struktur bangunan yang dilakukan oleh anai-anai, woodborer, atau tikus.
  2. Syarikat Pest Control juga diperlukan dalam mengawal penyakit bawaan serangga perosak seperti lipas, tikus,dan burung. 
  3. Syarikat Pest Control juga dapat membantu kita dari gangguan makhluk perosak seperti semut, tebuan, pepijat, lebah, pengingat, lipas, ulat bulu, monyet, musang dan lain-lain.

Ada banyak syarikat, perlu tahu cara memilih syarikat pest control

Terdapat banyak syarikat Pest Control dalam pasaran sekarang ini ada yang berkelayakan dan banyak juga yang tidak berkelayakan. Bagaimana kita dapat memastikan kita mengupah syarikat yang benar-benar berkelayakan?

Sebenarnya industri kawalan serangga dan makhluk perosak dikawal di bawah Akta Racun Perosak 1974. (PESTICIDES ACT 1974 (ACT 149)) di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, yang merupakan sebuah badan yang berkuasa dalam industri ini. Biasanya mereka di panggil sebagai Lembaga Racun dan Makhluk Perosak.

Berikut adalah cara memilih syarikat pest control yang betul:

1. Pastikan syarikat adalah sebuah organisasi perniagaan yang berdaftar. Ini memudahkan sebarang urusan jika ada masalah penipuan atau tidak puas hati.
2. Pastikan syarikat mempunyai premis atau pusat perniagaan yang tetap dan mempunyai lesen perniagaan dari Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Ini bagi mengelakkan syarikat beroperasi secara haram dan tidak tersusun perniagaan mereka.
3. Pastikan mereka mempunyai lesen menyimpan dan menjual racun makhluk perosak. Ini merupakan keperluan yang wajib ada bagi sesebuah syarikat yang layak beroperasi dan berniaga perkhidmatan pest control.
4. Pastikan mereka mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak. Ini juga merupakan sayarat wajib untuk pastikan mereka adalah sebuah syarikat bertauliah dan tahu apa yang mereka lakukan serta bertanggung jawab.
5. Pastikan syarikat mempunyai pekerja yang bertauliah yang memegang lesen PAL (Pesticide Applicator License) atau APAL (Assistant Pesticide Applicator License). ini juga perlu dan wajib diadakan oleh semua syarikat yang menjalankan perkhidmatan kawalan serangga perosak di premis orang atau pihak ketiga.

Memilih syarikat pest control dan membuat pemantauan

Anda boleh membantu memastikan industri ini agar tidak dicemarkan oleh syarikat yang tamak dan tidak beretika dengan memantau perkara-perkara berikut:

  1. Pastikan mereka hanya menggunakan bahan kimia yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak. Anda boleh memeriksanya dengan melihat botol bahan kimia yang digunakan terdapat No Pendaftaran yang bermula dengan LRMP….
  2. Pastikan syarikat mematuhi etika pemeliharaan alam sekitar dengan tidak membuang bekas racun atau racun di merata tempat. 
  3. Pastikan pekerja syarikat memakai peralatan keselamatan yang bersesuaian. Ini melambangkan sikap prihatin pekerja terhadap keselamatan diri serta orang lain. 
  4. Pastikan syarikat Menggunakan peralatan khas dalam melaksanakan kerja-kerja rawatan seperti peralatan semburan industri, peralatan thermal fogging yang selamat dan tidak mengeluarkan api yang merbahaya. 
  5. Pastikan pekerja syarikat mampu menjawab soalan-soalan mudah tentang tabiat serangga yang di kawal dan memberikan khidmat nasihat kawalan jangka panjang jika diperlukan.

Bagaimana jika anda tersilap memilih syarikat pest control

Industri kawalan serangga dan makhluk perosak di Malaysia mempunyai persatuan yang bertindak sebagai wakil atau jurucakap industri dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa kerajaan dalam memastikan perkembangan budaya industri ini secara sihat.

Adalah amat penting sekali memastikan syarikat yang anda pilih merupakan syarikat yang berdaftar dengan Persatuan Pest Control Malaysia atau PCAM (Pest Control Association of Malaysia).

PCAM dapat memastikan segala rungutan atau ketidak puasan hati para pelanggan ahlinya diberi perhatian dan kadangkala akan bertindak sebagai penimbang tara dalam kes-kes yang berat di antara syarikat pest control dengan pelanggannya.

Demikianlah serba sedikit panduan yang boleh anda gunakan dalam proses memilih syarikat pest control.

Bagaimana syarikat pest control bohong anda dengan janji kosong

$
0
0
elakkan dari kena bohong dengan syarikat pest control
Industri pest control sebenarnya adalah satu industri yang agak berat sebelah antara penggunan dengan syarikat pest control. Keadaan berat sebelah itu membolehkan pemberi khidmat atau syarikat pest control membohongi para pengguna.

Maksud berat sebelah yang saya katakan di atas adalah dalam bentuk maklumat dan pengetahuan terhadap proses melakukan khidmat pest control. Walaupun pengguna boleh mendapatkan banyak maklumat lengkap untuk memahami segala proses melakukan khidmat pest control, namun terlalu sedikit yang mengambil kesempatan itu.

Banyak maklumat berkenaan pest control serta cara-cara melakukannya dengan betul boleh didapati dengan hanya satu klik pada butang tetikus di komputer anda. Pengguna boleh google apa saja persoalan tentang pest control untuk mendapatkan ilmu tentangnya.

Namun begitu, cuba memahami dunia pest control dengan hanya membuat bacaan sekali dalam seumur hidup adalah sesuatu yang amat sukar. Melainkan anda memang terlibat dengan industri kawalan serangga dan makhluk perosak selama ini.

Bagaimana syarikat pest control bohong anda

Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua syarikat pest control adalah khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak umum. Biasanya di kalangan pengendali syarikat pest control menamakannya sebagai General Pest Control atau GPC.

Biasanya produk GPC adalah khidmat kawalan pest control yang merangkumi Lipas, Semut dan Tikus sahaja. Ketiga-tiga serangga dan makhluk perosak itu merupakan antara masalah utama yang melanda pengguna di premis mereka.

Ramai orang bandar yang tidak tahan dengan lipas, semut dan juga tikus. Mereka terpaksa dapatkan khidmat pest control untuk mengawal serangan serangga dan makhluk perosak tersebut. Oleh itu pasarannya adalah tinggi.

Terdapat banyak persaingan dalam merebut pelanggan yang mahu menggunakan khidmat pest control ini. Oleh itu persaingan harga sudah menjadi satu lumrah kebiasaan.

Untuk mengurangkan harga khidmat GPC dalam keadaan sekarang adalah sesuatu yang tidak bijak. Kos logistik, kos bahan kimia dan kos pekerja terlalu tinggi untuk membolehkan semua syarikat pest control mengurangkan harga.

Oleh itu biasanya mereka akan menawarkan khidmat sampingan yang bernilai dan menarik. Salah satu tawarannya adalah dengan melakukan khidmat pemeriksaan anai-anai secara percuma setiap kali para pekerja pest control datang membuat rawatan untuk GPC.

Syarikat pest control bohong anda untuk buat pemeriksaan anai-anai

Untuk pengetahuan pengguna semua, kebanyakan daripada pekerja syarikat pest control sebenarnya tidak pernah atau amat jarang sekali melakukan pemeriksaan seperti mana yang dijanjikan.

Biasanya majikan memang mahu kesemua para pekerjanya menunaikan janji membuat pemriksaan tersebut, tetapi mesej terhadap amalan itu nampaknya jarang menyerap masuk ke dalam organisasi syarikat. Mungkin kerana kurang latihan atau kerana tidak ada pemantauan yang berkesan.

Biasanya para pekerja hanya datang ke premis anda dan terus menyembur di mana yang patut, meletakkan ubat tikus dan kemudaiannya terus berlalu pergi begitu sahaja. Sebab itu ada banyak rungutan pada kepantasan para pekerja melakukan tugas mereka...kenapa terlalu cepat?.

Kenapa syarikat pest control bohong berterusan

Walaupaun ada rungutan dari para pelanggan, biasanya hanya datang daripada pelanggan yang kurang bernasib baik di mana serangan anai-anai telah berlaku di premis mereka dengan teruk sekali.

Menambahkan lagi parahnya keadaan adalah kerosakan yang berlaku itu ditemui oleh tuan punya premis sendiri dan bukannya oleh para pekerja syarikat pest control yang sepatutnya mengesan serangan anai-anai diperingkat awal sebelum berlaku kerosakan yang lebih teruk.

Namun begitu, jumlah pelanggan yang kurang bernasib baik sebegitu terlalu sedikit sekali. Oleh kerana serangan anai-anai berlaku secara rawak dan tidak dijangka, maka ramai juga pelanggan yang tidak terkena serangan anai-anai sepanjang mereka menggunakan khidmat pest control itu.

Bila itu berlaku, syarikat pest control mendapat kredit atau pujian secara percuma tanpa benar-benar melaksanakan kerja mereka memeriksa serangan awal anai-anai. Sedangkan hakikatnya mereka hanya berbohong dan tidak menunaikan janji. mereka hanya bergantung pada nasib.

Elakkan syarikat pest control bohong dengan menuntut hak anda

Jika anda seorang pengguna yang bijak, anda sepatutnya tahu menuntut hak anda. Pastikan skop melakukan pemeriksaan anai-anai yang dijanjikan diberikan hitam putih dalam dokumen perjanjian atau dalam sebut harga yang anda setuju.

Pastikan anda melihat cara pekerja syarikat melaksanakan kerja mereka setiap kali datang ke premis anda. Bertanyalah pada mereka keadaan serangan anai-anai samada ada tau tidak ada. Perhatikan samada mereka benar-benar melakukan pemeriksaan.

Jika anda syak pekerja tidak melakukannya, buat aduan pada pihak pengurusan syarikat pest control tersebut. Mungkin pengurusan tidak sedar bahawa pekerja mereka malas sedangkan skop kerja sudah diterangkan.

Semak catitan pada kerta atau laporan servis samada status serangan anai-anai ada dilaporlan dengan jelas dan terang. Ini adalah satu senjata yang baik seandainya berlaku serangan terus sedangkan syarikat pest control selama ini mencatitkan tiada sebanrang serangan anai-anai di kesan.

Demikianlah serba sedikit panduan untuk para pengguna mengesan dan mengelakkan dari syarikat pest control bohong anda dengan janji kosong.

Rumpai sebagai makhluk perosak

$
0
0
mengawal rumpai
Ramai yang tak tahu bahawa rumpai merupakan salah satu daripada skop kerja yang boleh dilakukan oleh penyedia perkhidmatan pest control. Rumpai atau dalam bahasa inggeris dipanggil 'weeds' adalah salah satu daripada makhluk perosak atau pest yang perlu dikawal.

Apa makna rumpai sebagai makhluk perosak

Untuk memudahkan pemahaman, kita biasanya menggelar apa saja tanaman atau pokok yang tidak diingini sebagai rumpai. Tidak kisah samada yang tumbuh menjalar, yang tumbun menegak, atau mendatar dan lain-lain lagi, asalkan kehadirannya tidak diperlukan, malah menyusahkan akan dipanggil rumpai.

Mungkin sekali lalu pada sesuatu kawasan di mana ada banyak tumbuh-tumbuhan kita akan melihat kawasan menghijau dan cantik. Dalam keadaan itu, sudah tentu kita akan menolak jika dikatakan tumbuhan tersebut adalah rumpai atau makhluk perosak yang perlu dihapuskan.

Untuk memudahkan kita memahami kenapa rumpai, atau apa saja pokok perlu dimusnahkan atau dikawal cuba bayangkan dalam beberapa keadaan berikut:

  1. Sekumpulan pokok keladi tumbuh di tengah-tengah kawasan sawah. Walaupun keladi itu jenis yang boleh dimakan, sudah tentu petani tidak akan membiarkan pokok keladi itu tumbuh membesar dan seterusnya mengganggu sawah padi yang sedang diusahakan.
  2. Sebatang atau lebih pokok durian tumbuh di tengah padang bole sekolah. Walaupun pokok durian bukanlah satu masalah. Walaupun ramai yang suka makan pokok durian, jika pokok itu tumbuh di tengah padang sudah tentu ia perlu diubah atau dimusnahkan agar tidak terus membesar dan mengganggu orang main bola.
  3. Rimbunan pokok duri semalu tumbuh dengan segar di halaman rumah juga merupakan rumpai yang perlu dihapuskan. Walaupun pokok itu kelihatan hijau dan cantik dengan bunganya yang berwarna pink nampak menawan.
  4. Begitu juga jika serimbunan pokok bunga kerta tumbuh segar sehingga berjuntai pada jalan keluar masuk rumah kita. jika durinya sering menyakiti orang dan selalu mencalarkan kereta yang lalu di situ, sudah tentu ia menjadi satu makhluk perosak yang perlu dikawal.

Kenapa rumpai dikatakan sebagai makhluk perosak

Ada banyak contoh lagi yang boleh kita senaraikan untuk menggambarkan betapa rumpai ini adalah sejenis makhluk perosak. ia bergantung kepada keperluan semasa, keadaan tempat dan lain-lain yang perlu sebelum dapat mempastikan bahawa rumpai perlu dihapuskan.

Selain daripada contoh di atas, berikut beberapa alasan kenapa rumpai perlu dihaluskan atau dikawal agar tidak merebak:
  • Pesaing pada pokok lain. Jika kita sedang membela pokok lain yang penting. Sudah tentu kita mahukan pokok pilihan itu tumbuh segar dan membesar dengan baik. Oleh itu, jika adanya pokok selain daripada yang kita mahu, akan berlaku persaingan bagi merebut baja, air danj lain-lain lagi untuk pembesaran.
  • Menghalang keadaan untuk bekerja. Banyak pokok yang boleh memberikan gangguan pada orang ramai untuk melakukan urusan-urusan tertentu. Ada juga pokok yang menghalang lalu lintas dan membuatkan orang kemalangan kerana menghalang pandangan ketika melintas.
  • Rumpai menjadi perumah kepada makhluk perosak tanaman dan juga penyakit lain. Ada juga rumpai yang suka didiami oleh makhluk perosak tanaman, Ada juga rumpai yang ada penyakit. Jika ia dibiarkan berada bersama tanaman lain, maka penyakit tersebut akan merebak dengan luas.
 
Bagaimana nak mengawal rumpai agar ia tidak menjadi makhlik perosak? kita akan cuba huraikannya dalam artikel yang akan datang.

Masalah kutu babi atau cengkenit

$
0
0
gigitan kutu babi atau sengkenit
Antara masalah gigitan yang biasa melanda kanak-kanak kampung adalah masalah kutu babi atau cengkenit. Bagi orang utara macam saya, kami biasa memanggil kutu babi sebagai cengkenit sahaja. Mungkin ada orang utara yang tak pernah dengar atau pakai nama Kutu Babi ini.

Dalam bahasa Inggeris, Kutu Babi ini dipanggil Tick. Ia berada di dalam keluarga Ixodidae bagi kutu babi yang berkulit keras, atau dalam keluarga Argasidae, bagi kutu babi yang berkulit lembut.

Terdapat lebih dari 700 spesis kutu babi dari jenis berkulit keras ini. Kulitnya agak keras jugak. Jika setakat pijak dengan kasut yang tak berapa keras tapaknya, beluim pasti dapat melenyetkan kutu babi ini. Kecuali jika perutnya dah kembung dipenuhi darah, maka senanglah untuk melumatkan binatang atau serangga kecil tersebut.

Di mana biasanya masalah kutu babi atau cengkenit ini ada

Agak jarang-jarang kita dengar orang bandar atau anak-anak mereka digigit oleh kutu babi atau cengkenit ini. Kecuali jika anak-anak balik ke kampung ketika cuti, maka di sana mereka baru dapat alami pengalaman digigit kutu babi atau cengkenit.

Kutu babi ini cukup sesuai membiak di kawasan yang tahap kelembapannya tinggi serta dalam keadaan suhu yang suam-suam kuku. Jika cuaca terlalu panas dan kering, mereka tidak dapat membiak dengan cergas.

Satu lagi keperluan hidup kutu babi adalah wujudnya host atau induk yang banyak untuk ditumpang oleh kutu babi. Induk yang biasanya kutu babi suka tumpang adalah terdiri daripada binatang mamalia atau burung. Kadangkala mereka juga menumpang pada reptilia dan juga amphibia tetapi amat jarang.

Oleh itu jika hanya anak-anak kampung saja yang biasanya menghadapi masalah kutu babi atau cengkenit ini, adalah perkara biasa. Kerana biasanya dikampunglah terkumpulnya tiga faktor utama yang menyeronokkan kutu babi membiak, iaitu, lembab, suhu sederhana dan banyak binatang untuk ditumpang dan dihisap darahnya.

Masalah kutu babi dalam bab kesihatan manusia

Kutu babi bukan saja hisap darah lembu, kucing, babi hutan, kambing atau lain-lain binatang. Mereka juga gemar hisap darah manusia.

Jika kita merayau dalam belukar di mana ada kutu babi sedang bertenggek menunggu mangsanya, sebaik saja kita melalui berhampiran dengan kutu babi, dia akan terus mencangkukkan dirinya pada kita dan mula merayap.

Biasanya kutu babi akan merayap perlahan-lahan di atas badan kita dan mencari kawasan yang berkulit nipis. Ini untuk memudahkannya membelah kulit dan menghulurkan muncungnya bagi menghisap darah kita. Najis yang dikeluarkannya membantu darah menjadi cair dan tidak beku.

Sebab itu kita biasa melihat kutu babi sering bertapak di kawasan sensitif anggota badan kita seperti telinga, mata, kulit kemaluan, dan lain-lain bahagian yang berkulit nipis.

Bila disebut hisap darah sudah tentu semua orang tak suka. Salah satu masalah yang akan timbul bila ada serangga hisap darah kita ada masalah gatal. Ini disebabkan adanya bakteria pada kawasan gigitan kutu babi itu.

Kutu babi juga diketahui membawa beberapa penyakit yang merbahaya seperti penyakit yang dipanggil sebagai Lyme Disease. Penyakit ini boleh diubati dengan antibiotic jika dirawat awal. Jika ditangguhkan ianya agak merbahaya.

Bagaimana nak tanggalkan kutu babi atau cengkenit yang sedang hisap darah

Bila kutu babi atau cengkenit ini sedang menggigit hisap darah kita, ia akan mengcengkam dengan agak kuat. Bukan mudah untuk tanggalkannya. Apatah lagi jika ia sedang menghisap darah pada kawasan sensitif dan lembut pada kulit kita.

Biasanya orang kampung akan sapukan kapur sireh untuk memudahkan cengkenit ini menanggalkan dirinya. Formulanya adalah dengan lenyapukan benda yang panas. Oleh itu jika anda sapu minyak cap kapak atau seumpamanya, dapat membantu menanggalkan cengkenit tersebut.

Untuk memudahkan lagi usaha menanggal cengkenit anda boleh menggunakan bantuan penyepit. Sepit pada anggota badan cengkenit dan tarik perlahan-lahan.

Biasanya kita akan melenyet untuk menghancurkan cengkenit tersebut kerana geram. Tetapi oleh kerana ia merupakan salah satu faktor yang mungkin membawa penyakit seperti demam, elok disimpan dalam bekas telap udara (plastik dan lain-lain).

Simpan seketika antara 3 ke 30 hari untuk pastikan kita atau anak kita tidak menunjukkan apa-apa simtom demam atau lain-lain penyakit. Manalah tahu jika ia ada kena mengena dengan cengkenit yang menggigit, kita ada sample cengkenit untuk ditunjukkan pada pakar bagi mengenal pasti masalah utamanya.

Kawalan masalah kutu babi atau cengkenit

Ada kajian yang mengatakan bahawa penyengat merupakan salah satu serangga yang boleh membunuh pembiakan kutu babi atau cengkenit ini. Oleh itu, jika anda ada bela kambing atau lembu, penyengat sebenarnya ada manfaat yang baik untuk masalah kutu babi ini.

ayam guinea suka makan kutu babi
Satu lagi cara mengawal pembiakan cengkenit adalah dengan membela sejenis ayam atau burung yang kita panggil ayam Guinea. Jika anda ada membela ayam guinea sebanyak dua ekor, ia mencukupi bagi menghapuskan kutu babi seluas kawasan 2 ekar dalam masa setahun. Oleh itu, pastikan orang kampung yang ada masalah kutu babi ada membela ayam guinea.

Demikianlah serbab sedikit maklumat berkenaan masalah kutu babi atau cengkenit untuk pengetahuan anda yang pernah melaluinya. Moga ia mendatangkan manfaat pada anda yang membacanya.

Di mana lalat suka membiak

$
0
0
masalah lalat
Dalam keadaan semula jadi, lalat biasanya dapat hidup dalam tempoh hanya seminggu sahaja. Hanya sedikit saja lalat yang berjaya mencapai jangkahaya sebulan.

Ini bererti hanya beberapa ekor lalat betina sahaja yang akan berjaya bertelur dan membiakkan keturunan mereka.

Sebenarnya, lalat ini merupakan sejenis serangga yang cukup sensitif. Perkembangan dan pembesaran Telur, Larva dan Pupa lalat amat bergantung pada keadaan suhu persekitaran.

Jika suhu menurun hingga antara 12 ke 13 darjah Celcius, perkembangan mereka akan terhenti. Jika suhu meningkat pula mencapai suhu 45 darjah Celcius, kesemua telur, larva dan pupa akan mati. Mereka amat perlu kepada tahap kelembapan yang tinggi untuk hidup.

Proses pembiakan lalat adalah seperti di bawah:

Telur - Larva - Pupa - Lalat Dewasa

Tempoh masa yang diambil untuk lalat berkembang dari peringkat telur bertukar peringkat demi peringkat sehingga menjadi Lalat Dewasa adalah antara 6 ke 10 hari. Ini bergantung pada keadaan sekeliling.

Sebaik saja lalat bertukar dari pupa menjadi dewasa, biasanya ia adalah lembut dan tidak dapat terbang. Ia akan mencari tempat redup atau gelap, sejuk dan lembab untuk berehat.  Selepas mengambil masa beberapa jam berehat, barulah dia boleh terbang.

Oleh itu, jika premis anda di serang lalat yang banyak pastikan anda temui tempat yang redup atau gelap, sejuk dan lembab. Anda mungkin dapat kesan di mana tempat lalat berehat. Dari situ, usaha mengawal pembiakan lalat dapat dilakukan dengan berkesan.

Tempat di mana lalat suka membiak

Sebenarnya lalat cukup memilih tempat untuk dijadikan sebagai kawasannya membiak. Ini disebabkan faktor lalat itu yang amat sensitif dengan keadaan suhu dan suasana yang membolehkannya membiak. Secara umumnya lalat suka pada bahan organik samada dari haiwan atau sayur-sayuran yang mereput dan membusuk.

Berikut adalah kawasan kegemarannya:

  1. Tahi - Bukan semua tahi lalat suka. Ia akan memilih tahi yang lembab dan lembut sahaja. Biasanya tahi khinzir paling digemari lalat. Kemudiannya tahu kuda. Tahi anak lembu juga disukai lalat kerana lembab dan lembut. 
  2. Sampah sarap - Di mana ada sampah sarap di situlah lalat akan berkembang biak. Terlebih lagi jika tidak diuruskan dengan baik dan dibiarkan berair.
  3. Baja organik - Jika anda menggunakan baja organik seperti tahi, sampah sarap, sisa ikan dan udang, bersedialah untuk menerima kahadiran lalat.
  4. Kawasan kumbahan - Jika kawasan kumbahan mendap dan merebak atau melimlah pada persekitaran, ia menyediakan satu tempat yang sesuai untuk pembiakan lalat.
  5. Kawasan tumbuhan yang mereput - Sayur atau apa-apa tumbuhan yang mereput dan lembab juga digemari oleh lalat. Oleh itu pastikan daun pokok atau lain-lain yang terkumpul dimasukkan dalam beg plastik agar ia tidak mereput dan menjadi lembab.
Demikianlah sedikit maklumat yang anda perlu tahu berkenaan kawasan lalat suka membiak. Elakkan dari tempat sebegitu atau lebih baik, jangan jadikan kawasan persekitaran anda sebagai kawasan tempat lalat suka membiak.

Tabiat makan lalat

$
0
0
apa lalat makan
Kenapa kita perlu ambil tahu berkenaan tabiat makan lalat?

Jika kita nak lawan musuh, langkah terbaik adalah dengan mengenali secara lebih mendalam berkenaan musuh tersebut.

Begitu juga lalat, jika kita mahu kuasai lalat dan menghapuskan lalat, kita esti selidiki segala yang perlu yang membolehkan kita memahami lalat.

Dan salah satu perkara penting dalam mengenali lalat ini adalah memahami tabiat makan mereka.

Bagaimana lalat cari makan

Lalat akan terbang bergerak ke sana sini sebaik sahaja dia boleh terbang. Begitulah cara lalat menerokai persekitarannya. Dan begitulah juga cara lalat mencari makan.

Lalat menggunakan derianya untuk mengesan bau dan juga tahap kelembapan bagi mencari makanan. Apabila bertemu dengan sesuatu, dia akan berhenti untuk kenal pasti samada ianya adalah makanan.

Ketika singgah pada benda yang ditemuinya, lalat akan merasa benda tersebut menggunakan organ kecil pada kaki dan probosis atau apa yang kita boleh panggil sebagai belalai. Jika makanan tersebut adalah cecair, lalat akan menyedutnya.

Jika benda yang ditemuinya adalah pepejal, lalat tidak dapat makan atau merasa benda atau makanan itu secara terus. Lalat tidak mengunyah seperti kita.

Apa yang lalat lakukan pada benda keras atau pepejal adalah merembeskan cecair dari perut dan air liurnya pada benda pejal itu. Ini bertujuan untuk mencairkan pepejal yang ditemuinya sebelum dia mampu merasa menggunakan belalainya.

Ini menjawab persoalan yang mungkin anda sering bertanya kenapa lalat suka pergi ke tempat di aman ada lalt lain.

Sebabnya adalah kerana makanan yang telah disinggah oleh lalat lain telah dilarutkan sedikit terlebih dahulu oleh lalat itu. Oleh itu, bila ada lalat baru melalui kawasan tersebut, dia akan singgah pada tempat yang dah ada lalat kerana rasanya lebih sedap dan lebih mudah untuk makan.

Jenis makanan yang dimakan lalat

Secara umumnya lalat akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh manusia. Lalat amat perlu kepada air dan kegemaran lalat adalah iar yang ditambah dengan sedikit gula.

lalat yang kekeringan dan tidak mendapat bekalan air selama lebih dari 48 jam akan mati. Oleh itu, jika kita dapat menjadikan persekitaran rumah kering dan bersih, lalat akan berjaya di kawal dengan lebih berkesan.

Lalat biasanya perlu makan dalam linkungan 2 atau 3 kali sahaja dalam masa sehari. Lalat betina memerlukan makanan berupa protein lebih daripada lalat jantan kerana ia perlu untuk proses perkembangan telurnya.

Persekitaran yang lalat suka cari makan

lalat amat suka kepada persekitaran atau permukaan yang gelap. Biasanya warna kegemaran lalat adalah warna hitam atau merah tua. Oleh itu jika anda buka kedai makan atau memasang tudung meja, jangan jadikan warna gelap terutamanya merah tua dan hitam sebagai plihan.

Jika permukaan atau persekitaran sesuatu tempat itu cerah dan berkilat, biasanya lalat akan menjauhkan diri. Lalat juga tak suka pada permukaan yang memantulkan cahaya. Jadikan ciri-ciri ini sebagai pilihan jika anda tinggal di kawasan yang banyak lalat.

Biasanya lalat akan berehat pada keadaan suhu antara 35 hingga 40 darjah celcius. Pergerakan lalat amat dipengaruhi oleh keadaan cuaca, kepanasan, kelembapan, suasana atau tekstur permukaan dan juga warna. Jika kita faham semua keadaan ini, kita akan mampu menghalang serangan lalat.

Demikianlah sedikit sebanyak maklumat berkenaan tabiat makan lalat. Jika anda ada masalah berkenaan serangan lalat, lipas, semut, anai-anai, atau tikus, boleh berhubung dengan Puan Siti 016-261 2054. Dapatkan pemeriksaan percuma dan sebut harga untuk masalah anda.

Pinjal, satu lagi penghisap darah selain pepijat

$
0
0
kutu kucing
Pernahkah anda mendengar perkataan pinjal? ada yang mungkin tak biasa dengan perkataan tersebut kerana dah biasa menggunakan perkataan kutu.

Ramai yang dah tahu bahawa pepijat kerjanya hisap darah mamalia. Oleh itu ramai yang fobia dengan kehadiran pepijat di katil atau di tempat tidur di rumah kita.

Tetapi ada satu lagi jenis serangga atau makhluk halus yang kerjanya juga menghisap darah mamalia.

Jika disebut makhluk yang menghisap darah mamalia, ertinya sudah tentu makhluk tersebut juga menghisap darah kita, yakni manusia.

Selain dari pepijat, kutu atau pinjal juga menjadikan darah manusia sebagai makanan mereka. Selain dari manusia, mereka juga menghisap darah burung, ayam atau binatang lain yang ada di rumah kita.

Sedikit fakta tentang pinjal

Sebenarnya terdapat lebih daripada 3 ribu spesis pinjal di dunia. Tetapi daripada jumlah tersebut, hanya sedikit sahaja, iaitu dalam lingkungan 12 spesis, yang penting dari segi kesihatan manusia atau veterinar.

Pinjal ini bentuknya kecil sahaja. Ia bersaiz antara 1 mm hingga 4 mm. Ia juga tidak ada sayap. Bila berubah menjadi pinjal dewasa, pinjal mula menghisap darah mamalia dan juga burung. Bentuk badanya yang leper menegak memudahkan kita untuk mengenalnya. Warnanya pula lazimnya adalah perang.

Tabiat pinjal

Kitaran hidup pinjal bermula daripada Telur, kemudiannya bertukar menjadi  Larva. Selepas itu bertukar lagi menjadi Pupa dan akhirnya menjadi Pinjal Dewasa.

Telurnya berwarna putih berkilauan dan biasanya diletakkan celah sayap atau celahan bulu perumah ataupun di sarang. Larva pula kelihatan seperti cacing yang bersaiz antara 4 mm ke 10 mm. Larva mempunyai bahagian mulut untuk mengunyah makanan berupa serpihan organik atau najis pinjal dewasa.

Apa yang menarik tentang pinjal

Setelah bertukar rupa sebanyak 3 kali di peringkat larva, akhirnya pinjal akan berubah kepada Pupa. Di peringkat ini, biasanya ia mengambil masa antara seminggu atau dua minggu untuk muncul menjadi pinjal dewasa.

Tetapi, apa yang menariknya adalah pupa boleh kekal dalam keadaan tersebut untuk selama satu tahun tanpa makan dan tanpa minum.

Biasanya penetasan pinjal dewasa daripada pupa diransang oleh getaran atau pergerakan. Sebaik saja ada getaran, maka terpancullah pinjal dewasa keluar daripada pupa tersebut.

Sebab itulah kita sering terjumpa ada seperti banyak serangga halus yang meloncat naik pada kaki kita bila memasuki rumah yang sudah lama ditinggalkan.

Rumah yang memang dah ada pinjal, jika ditinggalkan akan mula membiakkan pinjal dan akan kekal dalam rupa Pupa sehinggalah adanya getaran datang pada rumah tersebut.

Oleh itu bila kita masuk sahaja, mereka meloncat dan hinggap pada kaki atau anggota lain badan kita dan mula menghisap darah. Pinjal yang tak makan boleh bertahan selama setahun manakala pinjal yang makan pula boleh hidup selama 5 tahun. Oleh itu berhati-hatilah jika anda ada pinjal di kawasan penginapan anda.

Kaedah mengawal pinjal di rumah

Pinjal walaupun kecil, ia hisap darah dan boleh mendatangkan malapetaka penyakit yang merbahaya. Kes kematian terakhir berlaku di Singapura pada tahun 1933 di aman seramai 765 kes wabak akibat daripada pinjal ini dan seramai 712 orang dilaporkan mati.

Negara kita Malaysia telah berjaya menghapuskan wabak akibat daripada bawaan pinjal ini sejak tahun 1928.

Cara mengawal pinjal:

  • Kebersihan atau sanitasi - Sering bersihkan lantai rumah dengan mop dan campurkan bersama sabun atau sedikit racun serangga untuk menaggal atau membunuh telur dan peringkat belum matang serangga ini. Anda juga boleh sering vakum kawasan rumah untuk hilangkan habus dan serpihan yang mejadi pemangkin kepada pembiakan pinjal.
  • Perlindungan diri - Anda boleh pakai pakaian yang disapu dengan piretroid seperti permetrin. Bahan penghalau seperti deet juga boleh digunakan.
  • Penggunaan racun serangga - Jika pinjal menyerang binatang pelharaan anda seperti kucing atau anjing, pastikan anda gunakan samada syampu atau debu untuk membunuh pinjal pada bulu mereka. Jika pinjal merebak di rumah anda. Gunakan racun serangga seperti aerosol atau racun semburan lain dan sembur pada setiap rekahan dan lantai ang ada banyak pinjal. Jemur tilam, cadar dan seumpamanya pada tempat panas.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan syarikat pest control untuk melakukan rawatan dengan cara pewasapan di rumah anda jika serangan terlalu besar. Sila hubungi 03-78466722 untuk mendapatkan bantuan.


3 prinsip asas kawalan lalat

$
0
0
Kali ini saya mahu kongsikan tips bagaimana kawalan lalat dapat dilakukan. Sebelum ini kita telah melihat bagaimana tabiat makan lalat dan juga di mana lalat membiak.

Ada juga beberapa artikel sebelum ini berkenaan lalat yang telah dibuat sebelum ini. Jika anda mahu membacanya, boleh tengok artikel Kenali Lalat dan juga Bagaimana mengawal lalat di rumah anda.

Adalah penting untuk mengenali serba sedikit berkenaan lalat sebagai musuh kita agar usaha untuk menghapuskannya dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Lebih banyak yang kita tahu berkenaan lalat, maka lebih mudahlah kita mencari jalan bagaimana untuk menghapuskan lalat.

Saya ada mendapat pertanyaan daripada pembaca blog ini bagaimana mahu mengawal lalt di kedai. Untuk memberikan penerangan yang lebih mudah, maka saya buat artikel ini bagi menjawab soalan daripada pembaca tersebut.

Berikut disenaraikan 3 prinsip asas kawalan lalat di premis kita. Tips yang diberikan ini boleh diguna pakai samada di rumah maupun di kedai, jika nada seorang peniaga restoran.

#1. Kawalan lalat melalui sanitasi

Jika kita semak kesemua asas bagi mengawal apa saja serangga dan juga makhluk perosak yang berkaitan dengan kesihatan, kaedah paling awal yang akan ditekankan adalah kaedah sanitasi.

Tidak ada perkara lain yang paling utama dalam membenteras lalat secara sempurna melainkan perlu adanya sikap menjaga kebersihan persekitaran premis kita. Persekitaran yang bersih perlu diadakan samada di dalam bangunan maupun di sekeliling persekitaran bangunan.

Pastikan semua kemudahan untuk pelupusan sampah disediakan dipremis kita. Carilah satu kaedah yang berkesan untuk melupuskan sampah yang telah kita kumpulkan. Sediakan juga satu tempat khas untuk mengumpul sampah dan jangan biarkannya berterabur ikut suka hati.

Segala bahan organik yang menapai atau mereput tidak boleh ada di persekitaran premis. Ini boleh menghapuskan daya tarikan lalat menuju ke kawasan yang ada bahan-bahan organik tersebut. Ambil perhatian pada jenis baja yang anda gunakan, jika anda ada kebun bunga.

Masukkan bahan buangan ke dalam beg plastik terutamanya bahan buang makanan. Simpan dengan kemas dalam tong yang bertutup dan pastikan kawasan simpanan sampah kering dan tiada takungan air. Jika semua keadaan premis anda kering dan tidak busuk, sudah pastinya lalat tidak suka untuk datang ke tempat anda.

#2. Kawalan lalat secara penyisihan

Kadangkala, mungkin persekitaran rumah kita sempurna kering dan bersih. Tetapi malangnya kita tidak dapat mengawal tindak tanduk jiran atau premis yang bukan milik kita. Oleh itu lalat tetap muncul juga walaupun jumlahnya tidak banyak. Jika ini berlaku, kita sudah tentu tidak dapat mengawal lalat dari masuk ke kawasan luar bangunan di premis kita.

Namun begitu, kita masih boleh menghalang kemasukan lalat ke dalam premis dengan menggunakan teknik penyisihan. Ertinya membuat penghalang pada tingkap atau pintu serta lain-lain bukaan yang boleh membawa masuk lalat ke dalam bangunan.

Jika anda mahu pasang skrin pada tingkap atau bukaan lain di rumah, pastikan jenis bukaan keluar dan bukannya bukaan masuk. Sebaiknya, samada pintu atau tingkap, elok jika semua bukaan tersebut menghadap matahari. Ertinya, samada rumah kita menghadap matahari naik ataupun matahari turun. Ini memberikan kilauan yang tidak disukai oleh lalat. Seterusnya dapat mengurangkan kemasukan lalat ke dalam bangunan.

Anda juga boleh pasang jaringan pada tingkap dan pintu. Buat jaringan seperti langsir dengan menggunakan manik yang berkilat. Seeloknya manik berbentuk bujur dan saling rapat antara satu dengan yang lain. Dengan adanya manik berkilat sebagai langsir, dapat menghalang lalat dari merapai kawasan bukaan.

Satu lagi teknik mudah adalah dengan memasang kipas angin yang menghadap pada bukaan dan menghembus angin keluar pintu atau tingkap. Ini juga dapat menghalang kemasukan lalat ke dalam bangunan. Biasanya hotel atau restoran memasang sejenis kipas elektrik halaju tinggi di atas pintu masuk bangunan untuk menghalang kemasukan lalat dan juga serangga terbang lain.

#3. Kawalan lalat tanpa bahan kimia

Sebaik-baiknya, kita hendaklah mengelak daripada penggunaan bahan kimia yang banyak dalam apa saja urusan kita. Ia tidak bagus untuk alam sekitar dan kesihatan. Oleh itu pendekatan mengawal lalat tanpa bahan kimia perlu dipertimbangkan dengan serius untuk menjayakan matlamat itu.

Kita boleh menggunakan peralatan perangkap cahaya ultraungu untuk memerangkap lalat yang mengacau di premis kita. Perangkap lalat yang menggunakan bahan lekit juga cukup bagus terutamanya jika anda mahu letakkan pada kawasan yang ada makanan.

Satu lagi cara biasa yang semua orang biasa amalkan adalah dengan menggunakan alat memukul lalat. Pastikan anda ada menyimpannya satu atau dua di dalam rumah atau restoran anda. Memang seronok memukul lalat dengan alat pemukul itu.

Mungkin anda boleh cuba berikan alat pemukul lalat pada semua pelanggan restoran anda seorang satu untuk membunuh lalat yang singgah pada meja makan mereka. Ia tentu amat menyeronokkan.

Demikianlah 3 cara asas kawalan lalat yang boleh anda aplikasikan bagi mengawal masalah serangan lalat di premis anda. Selamat mencuba. sumber gambar

Jika anda ada masalah lalat atau serangga lain seperti lipas dan sebagainya di restoran atau rumah dan mahukan kawalan dari syarikat pest control yang bertauliah, sila hubungi En Redwan di talian 016-2060 136

Jenis semut biasa di Malaysia yang anda perlu tahu

$
0
0
Monomorium Pharaonis
Monomorium Pharaonis
Agaknya ada tak orang yang tak pernah tengok semut? tentu pelik kalau ada!. Tapi tak ramai yang kenal jenis semut yang biasa ada kat negara kita.

Kalau jenerasi yang tinggal dan membesar dikampung tentu dah biasa sangat dengan berbagai jenis semut yang ada samada di rumah ataupun di persekitaran kampung.

Tetapi kalau jenerasi yang lahir dan membesar di bandar, terutamanya yang tinggal dan membesar di apartmen atau kondo mewah, mungkin ramai yang yang tak berapa terdedah dengan berbagai jenis semut di negara kita.

Jom kenali jenis semut yang ada di negara kita

Semut adalah serangga social. Mereka tak boleh hidup secara individu sendiri-sendiri macam kera sumbang. Biasanya kalau ada semut sesat seekor melintas depan meja makan sudah pasti kena lenyet.

Terdapat kira-kira 10 ribu spesis semut di kenal pasti, tetapi hanya dalam lingkungan 40 spesis sahaja yan boleh dikategorikan sebagai serangga perosak dalam persekitaran manusia.

Di negara kita senarai serangga perosak yang paling tidak digemari dan menjana pendapatan besar pada syarikat-syarikat pest control adalah seperti berikut:

  1. Nyamuk
  2. Lipas
  3. Semut
Ini bermakna, semut menjadi serangga perosak paling penting dalam industri kawalan serangga perosak selepas nyamuk dan lipas.

Berikut saya perkenalkan jenis semut yang amat biasa berada di persekitaran rumah kita di Malaysia:

Semut Gatal

Siapa tak kenal semut gatal. Oleh kerana ramai sangat yang biasa dengan perkataan atau jenis semut gagal ini, apa saja semut yang merah dan gigit kita, akan dipanggil sebagai semut gatal.

Sebenarnya semut gatal hanyalah salah satu daripada jenis semut yang ada. Nama saitifiknya adalah Monomorium Pharaonis. Ia merupakan jenis semut kecil yang berbeza-beza warnanya. Warna semut gatal ini samada kekuningan atau perang kemerah-merahan.

Semut gatal ada di seluruh Malaysia dan juga di persekitaran bandar-bandar di negara kita. Koloninya berserakan dan berpecah-pecah di berbagai struktur bangunan. Biasanya semut gatal bersarang di dalam bangunan di belakang dinding, dalam perabot atau di luar bangunan sekitar taman.

Semut gatal mempunyai jenis makanan yang pelbagai termasuklah makanan yang bergula seperti kek, jus minuman dan gula-gula. Semut gatal juga makan makanan berprotein seperti susu tepung. Mereka juga makan makanan berlemak seperti daging, minyak dan juga serangga lain. sumber gambar

Semut berkepala besar

Nama saintifik bagi semut ini adalah Pheidole Megacephala. Semut jenis ini boleh ditemui di dalam rumah-rumah disekitar bandar dan juga pinggiran bandar di negara kita.

Biasanya kita akan dapat lihat dua jenis pekerja dalam koloni semut ini. Ada yang bersaiz kecil dan ada juga yang bersaiz besar. Semut pekerja yang bersaiz besar amat ketara saiz kepalanya berbanding yang bersaiz kecil.

Makanan semut berkepala besar ini adalah makanan yang berlemak seperti daging dan juga lemak minyak. Sebab itu jika kita membiarkan lemak daging melekat pada longkang, semut berkepala besar ini akan mula kelihatan mencari makanan di situ.

Tabiat pemakanannya juga membuatkan kita sering berjumpa semut jenis ini di sekitar dapur. Warnanya adalah antara kuning kemerahan kepada perang muda.

Semut mayat

Ini juga salah satu semut yang terkenal yang biasa kita temui di negara kita. Untuk mengetahui semut jenis ini, kita hanya perlu melenyet saja badan semut tersebut dan ia akan menghasilkan bau yang busuk.

Nama saintifiknya adalah Tapinoma Melanocephalum. Sarang semut mayat boleh ditemui samada di dalam bangunan atau di luar bangunan atas tanah. Jika dalam bangunan, sarangnya ada di celahan atau rekahan batu. Jika di luar bangunan pula sarangnya akan ditemui di bawah batu atau permukaan papan yang bertindih.

Semut mayat suka pada persekitaran yang lembab. Sebab itu ianya biasa ditemui di sekitar sinki dan dapur yang lembab. Makanannya pula adalah dari jenis makanan yang berasaskan gula.

Semut gila

Nama saintifiknya adalah Paratrechina Longicornis. Namanya memang agak kelakar. Tetapi jika anda melihatnya, mungkin anda akan membenarkan namanya itu kerana cara jalannya yang tak teratur dan tidak menentu.

Kakinya panjang dan sesunggutnya juga panjang. Anda boleh saja menemuinya samada di persekitaran kering atau basah, samada di dalam atau di luar bangunan. Semut gila makan hampir saja seperti yang bergula, jem, buah, serangga yang mati atau makanan-makanan lain di rumah kita.

Semut api
Semut api dipanggil Solenopsis spp. dalam bahasa saintifiknya. Semut api suka menimbun tanah. Ini salah satu ciri-ciri ketara yang memudahkan kita untuk mengenalinya. Timbunan tanah yang dibuatnya berbeza-beza dan berbentuk seperti kawah.

Biasanya di bawah kawah timbunan tanah itu akan ada jaringan lorong yang membawa kepada sarang koloni besarnya. Ia amat agresif dan bertindak menggigit serta menyengat pengacau yang cuba mengganggu mereka. Samada manusia atau haiwan, apa saja yang menghampiri sarang mereka akan diserang.

Lain-lain jenis semut

Selain daripada jenis semut yang saya senaraikan di atas, ada lagi beberapa jenis semut yang biasa di negara kita, ianya termasuklah:
  1. Semut madu kecil
  2. Semut penenun
  3. Semut gila merah
  4. Semut rambutan
  5. Semut api tropika
  6. Semut pencuri
  7. Semut akrobat
Nota: Jika anda ada masalah semut di rumah dan memerlukan kawalan secara profesional dari syarikat pest control yang bertaulah dan berlesen, sila hubungi En. Riduan 016-2060 136


Tips kawal semut

$
0
0
Bagaimana nak bunuh semut
Tips kawal semut memang berguna untuk semua orang di negara kita. Semua orang tentu ada masalah semut di rumah mereka.

Cuma yang membezakan masalah antara satu dengan yang lain hanyalah samada besar atau kecil serangan semut di rumah kita.

Kalau jumlah semut hanya kecil sahaja, kita tak akan ambil kisah sangat. Jika sekali sekala semut mengganggu ketenteraman hidup kita, kita tak akan cuba berbuat sesuatu.

Tetapi jika jumlahnya besar, kehadirannya ketara sampai habis makanan kita dirosakkannya, habis anak-anak kita digigitnya, maka sudah tentu sesuatu mesti dilakukan.

Kenapa perlu kawal semut

Biasanya semut dianggap sebagai serangga atau makhluk perosak disebabkan oleh 3 perkara berikut:

  • Sebagaimana yang disebutkan di atas, kehadiran jumlah yang banyak semut di rumah kita boleh menggangu ketenteraman hidup. Bayangkan jika makanan yang dihidangkan di atas meja dalam masa yang singkat dipenuhi oleh semut-semut yang banyak. Kehadiran semut yang bergerak berulang alik dari makanan dapat menimbulkan rasa jengkel pada kita. Keadaan ini membuatkan kita rasa perlu kawal semut.
  • Ada spesis semut yang boleh membuatkan kita sakit jika digigit. Semut api contohnya amat merbahaya jika mereka menyerang mangsa dengan menggigit secara berkumpulan. Biasanya kanak-kanak lebih mudah menjadi mangsa kerana mereka masih belum banyak pengalaman mengenali bahaya serangan semut. Jika ini berlaku, kita perlu ada usaha kawal semut.
  • Semut yang tabiatnya merayau mencari makanan di segenap kawasan di rumah kita akan singgah pada semua tempat dan barang termasuklah makanan atau sumber makanan. Mereka akan merayap pada lantai-lantai kotor di serata tempat dan ini boleh menjadi penyebab berjangkitnya organisma patogen pada manusia. Oleh itu, semut mesti di kawal untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

Cara kawal semut

Kebiasaannya semut dikawal dengan 3 cara seperti dibawah:
  • Rawatan terus dengan racun serangga
  • Rawatan bersisa melalui racun serangga
  • Rawatan umpan

Kawal semut dengan semburan terus

Biasanya bila melihat semut ada banyak berkeliaran di sesuatu tempat, kita akan terus mengambil racun serangga dan menyembur secara terus pada semut-semut tersebut. Ini di namakan semburan secara terus yang biasa di amalkan oleh hampir kebanyakan orang.

Rawatan sebegitu sebenarnya tidak berkesan kerana ianya hanya akan membunuh sebilangan semut di kawasan itu sahaja. Ada ratusan ribu lagi semut yang datang dari koloni yang sama. Jika semut di situ mati, semut pekerja lain akan terus datang lagi untuk mencari makan.

Kawal semut dengan semburan bersisa

Jika kita menggunakan semburan racun bersisa pada kawasan yang biasa dilalui oleh semut, ianya adalah jauh lebih baik. Racun yang disembut akan kekal di kawasan semburan dengan bertykar menjadi seperti kristal yang apabila disentuh oleh semua yang melalui kawasan itu boleh membuatkan semut mati.

Tapi pastikan racun yang dipilih adalah dari jenis yang tidak dapat dikesan oleh semut. Racun jenis Piretroid mesti dielakkan. Biasanya racun yang tidak menghalau semut adalah daripada jenis Organofosfat.

Kawal semut dengan semburan terus pada sarang

Cara yang paling baik untuk kawal semut adalah dengan mencari punca atau kedudukan koloni semut tersebut. Kemahiran perlu ada dalam mengenali jenis semut dan mengagak di mana tempat mereka bersarang.

Apabila sarang pembiakan mereka dikenal pasti, maka barulah rawatan racun serangga dibuat di situ dan ianya dapat menghapuskan keseluruhan koloni semut yang ada di situ. Cara ini jauh lebih berkesan. Penghapusan populasi dapat dilakukan dengan pantas.

Kawal semut dengan umpan

Jika sarang tidak dapat ditemui, pilihan untuk menggunakan umpan adalah lebih sesuai. Tetapi jenis semut yang mahu dikawal mestilah dikenal pasti terlebih dulu.

Jika jenis semut dikenal pasti, umpan yang sesuai yang dapat menarik semut boleh digunakan. Bila semut menemui umpan yang telah dicampur dengan racun, umpan pepejal itu akan dibawa masuk ke sarang untuk dicairkan sebelum dikongsikan makanannya. Ini mampu membuatkan penghapusan koloni berlaku dengan lebih baik.

Umpan mesti diletakkan berdekatan sehampir mungkin dengan kawasan lalun semut yang mahu dikawal itu. Makanan lain dan juga sumber air lain mesti dielakkan daripada menjadi pesaing umpan yang kita letakkan di kawasan itu.

Kawal semut secara profesional

Jika anda ada masalah semut yang banyak dipremis atau kedai atau restoran, sila dapatkan khidmat profesional daripada syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak yang bertauliah. Dapatkan maklumat perhubungan di sini.

Jenis-jenis nyamuk di persekitaran anda

$
0
0
nyamuk aedes

Adakah anda kenal jenis-jenis nyamuk di persekitaran anda?, negara kita memang ada banyak nyamuk terutamanya di kawasan yang ada banyak punca air dan juga tumbuh-tumbuhan. Samada kita berada di luar bandar maupun di dalam bandar, nyamuk pasti datang untuk menghisap darah mangsanya.

Jika kita sentiasa berada di dalam bangunan besar yang berhawa dingin, mungkin tidak terasa akan kehadiran nyamuk ini. Tetapi apabila kita keluar dan berada di kawasan luar seperti di kedai makan yang terletak berhampiran sungai umpamanya, kehadiran naymuk cukup terasa.

Bagi kebnayakan orang semua nyamuk sama sahaja. Bagi sesetengah orang pula dia lebih peka dengan melihat tabiaat dan bentuk nyamuk yang datang menggitnya dan mampu membezakannya. Sekurangnya dapat membezakan adanya cara dan bentuk berbeza nyamuk yang sedang hinggap padanya. Cuma tak ramai yang mengenali jenis-jenis nyamuk yang ada di persekitarannya.

Kenali jenis-jenis nyamuk di persekitaran anda

Ada beberapa jenis nyamuk yang biasa berada di sekitar penempatan kita yang penting untuk di kenal pasti. Ianya penting kerana jenis-jenis nyamuk ini mampu membawa penyakit kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Antaranya adalah seperti berikut:

Nyamuk Aedes

Tak perlu diperkenalkan lagi jenis nyamuk ini kerana semua orang tahu betapa jumlah kematian disebabkan oleh demam denggi hasil daripada bawaan nyamuk Aedes sedang meningkat naik di negara kita.

Hampir semua daripada kita tahu rupa bentuk nyamuk aedes ini hasil daripada aktiviti penerangan yang agresif dilaksanakan oleh kerajaan agar semua rakyat peka dan berusaha untuk mengawal jumlah pembiakan aedes.

Nyamuk Aedes aktif di waktu pagi dan petang untuk mencari mangsanya bagi dihisap darah. Kawasan pembiakannya pula biasanya ada di persekitaran penginapan kita di bekas-bekas buatan seperti tayar lama, tin kosong, bekas plastik dan lain-lain, yang terlindung daripada cahaya matahari.

Nyamuk Anopheles

Inilah nyamuk yang bertanggung jawab membawa penyakit Malaria. Penyakit ini amat digeruni satu ketika dahulu tetapi agak berkurangan sekarang.

Nyamuk ini aktif di waktu malam untuk menghisap darah dan juga bertelur. Nyamuk anopheles biasanya membiak di kawasan air yang mengalir dan disinari matahari. Sebab itu nyamuk jenis ini ada banyak di kawasan hutan yang mana airnya sentiasa mengalir dan disinari matahari.
nyamuk anopheles

Nyamuk Mansonia

Nyamuk ini merupakan pemawa kepada penyakit Filariasis ataupun biasa dikenali sebagai penyakit untut. Jika anda tidak mahu kaki membengkat seerti kaki gajah, maka berhati-hatilah dengan gigitan nyamuk Mansonia ini dan berusahalah mengawal pembiakannya.

Nyamuk Mansonia biasanya aktif dan bertelur di waktu malam. Dia membiak di kawasan air bertakung kekal yang terdapat tumbuhan aquatik terapung di dalam takungan air tersebut. Ini bagi membolehkan  larva serta pupa melekatkan diri mereka pada tumbuhan aquatik di situ.
Nyamuk Mansonia


Nyamuk Culex

Nyamuk ini merupakan punca bawaan penyakit Filariasis dan juga Ensefalitis. Ensefalitis adalah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan berlakunya peradangan akut otak.

Nyamuk Culex ini juga aktif dan bertelus pada waktu malam. Jika ada banyak nyamuk Culex di tempat anda berada, bermakna sistem saliran dan perparitan di kawasan tersebut tidak dijaga dengan sempurna dan tersekat serta tidak mengalir.

Nyamuk Culex membiak di kawasan air perparitan yang kotor dan tidak mengalir di sekitar kawasan perbandaran. Jika kita sering pergi makan atau minum di waktu malam di kawasan Ampang  umpamanya, kedai-kedai makan yang terletak berhampiran parit besar atau sungai ada terlalu banyak nyamuk jenis Culex ini yang mengganggu pelanggan.
nyamuk culex

Demikianlah sedikit maklumat buat anda yang berminat mengetahui jenis-jenis nyamuk yang merbahaya yang ada di persekiran kita. Pastikan anda kenali jenis-jenis naymuk ini berdasarkan suasana persekitaran anda dan hapuskan tempat pembiakan mereka agar jenis-jenis nyamuk ini berkurangan.

Kenali jenis racun makhluk perosak

$
0
0
Sulfur

Ada banyak jenis racun makhluk perosak di pasaran. Kebiasaannya pengguna di negara kita kurang memahami atau mengambil berat untuk memahami jenis makhluk perosak yang mereka gunakan.

Majoriti pengguna tidak secara terus menggunakan racun-racun makhluk perosak ini. Mereka melepaskan tugasan membasmi atau mengawal makhluk perosak di premis mereka kepada syarikat pest control yang bertauliah.

Namun begitu, adalah penting untuk pengguna mengetah serba sedikit maklumat agar mereka tidak diperdayakan oleh syarikat pest control yang tidak bertanggung jawab. Dengan mengetahui secara asas jenis racun makhluk perosak yang ada di pasaran, pengguna dapat pastikan keselamatan mereka terjaga dan tidak mudah di perdayakan.

Jenis makhluk perosak yang biasa di gunakan

Sebelum meneruskan pada jenis makhluk perosak, adalah elok untuk pengguna faham apakah yang dikatakan sebagai makhluk perosak.

Secara umumnya, makhluk perosak atau dalam istilah Bahasa Inggeris dipanggil "Pest", ia merujuk kepada apa saja makhluk yang tidak diingini berada bersama dengan pengguna samada di premisnya atau di sekitar kawasan premisnya.

Dari takrifan makhluk perosak itu, kita dapat fahami bahawa makhluk perosak itu tidak terhad hanya kepada serangga seperti lipas, semua, anai-anai atau lain-lain seumpamanya sahaja. Ia adalah jauh lebih luas termasuklah makhluk seperti haiwan, rumput rampai, kulat dan lain-lain makhluk yang tidak diingini.

Ada beberapa jenis racun makhluk perosak yang biasa digunakan di dalam pasaran di negara kita, antaranya adalah,

Jenis racun makhluk perosak #1 - Racun serangga

Racun serangga ada jenis racun makhluk perosak yang digunakan untuk mengawal, menghalau, menghapuskan atau mengurangkan serangga. Racun serangga biasanya diklasifikasikan berdasarkan sifat kimianya.

Ada dua jenis racun serangga utama di pasaran:

  1. Sebatian bukan organik - ia merupakan racun yang tidak mengandungi bahan Karbon. Ia terbentuk dalam keadaan semula jadi berbentuk hablur putih, stabil, tidak mnyenjat dan biasanya larut dalam air. Antarnya adalah Sulfur, Asid Borik, Natrium Borat dan Gel Silika.
  2. Sebatian organik - Ini adalah racun serangga yang mengandungi bahan Karbon, Hidrogen dan unsur-unsur lain seperti Klorin, Oksigen, Sulfur, Fosforus dan Nitrogen. Ada banyak racun jenis ini yang merupakan bahan sintetik yang diproses dari makmal. Bahan-bahan inilah yang amat popular digunakan dalam pasaran sekarang. 
Selain daripada jenis racun yang disebutkan di atas, ada banyak lagi racun serangga lain seperti Bahan Pewasap, Antibiotik, Biokimia, dan Racun serangga Mikrob.

Jenis racun makhluk perosak #2 - Racun Roden

Racun makhluk perosak untuk roden atau tikus ini biasanya ada dalam dua bentuk tindakan. 
  1. Jenis Akut - Jenis yang amat merbahaya. Tikus akan mati hanya dalam beberapa jam sahaja setelah mengingesnya. Ia bertindak balas dengan asid perut untuk mengeluarkan gas beracun yang mampu menyebabkan kematian. Contohnya adalah Zink Fosfida
  2. Jenis Kronik - Racun roden jenis ini bertindak secara perlahan dan memerlukan penggunaan yang lebih daripada sekali atau berbilang dos. Kematian biasanya disebabkan oleh pendarahan dalaman badan. Ia mengambil masa antara 1 ke 10 hari untuk mendatangkan kesan.

Jenis racun makhluk perosak #3 - Racun Rumpai

Ini adalah jenis racun makhluk perosak yang digunakan untuk membunuh herba atau rumput rumpai yang kita tidak ingini berda di premis atau kawasan rumah kita.

Ada berbagai jenis racun rumpa di pasaran. Ada yang bertindak secara memilih rumpai tertentu sahaja dan ada juga yang bertindak pada hampir kesemua rumpai tanpa pilihan.

Ada juga racun rumpai yang bertindak secara sentuhan iaitu rumpai akan mati apabila bersentuhan dengan racun tersebut.

Satu lagi jenis racun rumpai bertindak tidak melalui sentuhan. Sebaliknya akan diserap oleh akar dan disalurkan ke bahagian lain tumbuhan itu sebelum mati. Ada yang berkesan hanya pada biji benih sebelum ianya bercambah dan ada juga yang berkesan hanya selepas rumpai itu bercambah.

Jenis racun makhluk perosak #4 - Racun Kulat


Ini adalah jenis racun makhluk perosak yang digunakan untuk mencegah atau mengawal segala jenis kulat. Ada berbagai jenis cara tindakan racun kulat ini. Ada yang bertindak dengan membentuk sejenis lapisan yang menghalang pertumbuhan kulat pada tumbuhan utama lain. Ada juga jenis yang diserap oleh tumbuhan melalui akar dan menghalang kulat daripada membiak pada tumbuhan yang dirawat.

Begitulah serbab sedikit maklumat asas tentang jenis racun makhluk perosak yang ada di pasaran untuk pengetahuan umum pengguna.

Racun makhluk perosak diharamkan di France bermula 2020

$
0
0
Racun makhluk perosak diharamkan di France bermula 2020

Racun makhluk perosak yang terlalu banyak digunakan tanpa kawalan telah menyebabkan banyak makhluk bukan perosak yang baik untuk ekologi alam sekitar musnah. Ada sesetangah tempat telah hilang semua serangga yang penting untuk alam sekitar serta tumbuhan. Antaranya adalah serangga seperti rama-rama dan juga lebah.

Banyak negara barat telah membangkitkan masalah ini di dalam negara mereka dan telah berusaha melakukan sesuatu untuk menghalang perkara sebegitu daripada terus berlaku.

Salah satu contoh negara yang telah mengambil tindakan drastik adalah negara Perancis. Menteri tenaga dan ekologi Perancis, Segolene Royal, telah mengarahkan semua Datuk Bandar berhenti menggunakan racun makhluk perosak demi menyelamatkan biodiversity dan menjaga keselamatan para penduduk.

Pengharaman racun makhluk perosak bermula 2020

Undang-undang telah diluluskan dalam satu pengundian di negara Perancis untuk mengharamkan penggunaan racun makhluk perosak atau racun serangga bermula pada tahun 2020.

Penggunaan racun makhluk perosak tidak lagi dibenarkan untuk penggunaan di kawasan awam yang ada tumbuhan hijau atau di kebun bunga. Penggunaan racun makhluk perosak di tempat seperti perkuburan, jalan raya dan seumpamanya tidak termasuk dalam pengharaman itu.

Sebanyak 450 kawasan telah menyertai usaha tersebut di seluruh negara Perancis. Mereka menamakan nya sebagai "zero pesticides".

Untuk menggalakkan lagi usaha itu, mana-mana kawasan yang melaksanakan program zero makhluk perosak sebelum tahun 2020 akan menerima 50% bantuan kewangan daripada sebuah agensi pembekalan air Rhone Mediterranie Corse untuk aktiviti latihan dan pendidikan menggunakan cara alternatif menghapuskan rumpai tanpa racun makhluk perosak.

Kebaikan mengharamkan racun makhluk perosak

Kenapa agensi pembekalan air itu sanggup memberikan bantuan kewangan bagi melaksanakan usaha itu adalah kerana ia dapat membantu kualiti bekalan air yang ada di dalam tanah.

Hampir 40% daripada racun makhluk perosak yang digunakan bagi mengawal rumpai akan diserap masuk ke dalam bumi dan berakhir kepada tercampurnya dengan punca air di dalam tanah. Ini menambahkan kos memulihkan sumber air daripada keracunan.

Bila Malaysia akan mengharamkan penggunaan racun makhluk perosak

Bila agaknya negara kita akan mengikuti jejak negara-negara maju sebegitu untuk memelihara alam sekitar kita tidak dapat dipastikan.

Mungkin ada banyak undang-undang yang dirangka bagi mengekang masalah sebegitu ada di negara kita, tapi biasanya kelemahan penguatkuasaan dan juga sikap rakyat yang tidak peka pada masalah alam sekitar sering menggagalkan segala usaha murni negara kita.

Semua pengguna dapat menyumbang kepada aktiviti memelihara alam sekitar jika kita peka dan bertindak untuk mencari alternatif yang pebih baik daripada penggunaan racun makluk perosak.

Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan perkhidmatan syarikat pest control yang bertauliah dan mempunyai lesen untuk menjalankan segala aktiviti kawalan serangga dan juga makhluk perosak.

Pengguna perlu menggalakkan penggunaan atau amalan Integrated Pest Managemant bagi mengawal masalah serangan serangga dan juga makhluk perosak. Petua asasnya mudah saja. Pastikan penggunaan racun makhluk perosak adalah pilihan terakhir dalam aktiviti pengawapan serangga dan makhluk perosak.




Senarai buah paling banyak kandungan racun serangga

$
0
0
Senarai buah paling banyak kandungan racun serangga

Kita selalu juga beli buah-buahan yang diimpot dari luar negara. Tetapi kita tidak pernah ambil tahu samada buah yang kita beli daripada pasaraya atau pasar malam atau Chow Kit itu ada mempunyai banyak kandungan racun makhluk perosak di dalamnya atau tidak.

Kebiasaannya para petani terpaksa menggunakan racun makhluk perosak untuk membunuh atau mengawal serangan serangga dan makhluk perosak ke ladang mereka. Ini dapat menyelamatkan hasil tanaman daripada mengalami kerugian jika dimusnahkan oleh serangga atau makhluk perosak.

Menggunakan racun serangga dan makhluk perosak secara terkawal adalah perkara biasa dalam zaman moden ini. Kebanyakan petani akan menggunakan racun serangga dan makhluk perosak dalam kadar yang dibenarkan.

Jenis racun serangga dan makhluk perosak juga biasanya digunakan berdasarkan jenis yang dibenarkan sahaja oleh pihak berwajib. Ada jenis dan kadar tertentu yang perlu dipatuhi oleh petani untuk memastikan manusia tidak mendapat masalah akibat dari salah guna racun serangga dan makhluk perosak.

Buah paling banyak racun serangga

Namun begitu, walau sedikit mana pun kandungan racun serangga dan makhluk perosak yang kita makan, ia tetap membawa kesan yang negatif terhadap kesihatan kita dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kita akan terutamanya buah-buahan, yang mengandungi racun serangga dan makhluk perosak, mampu membuatkan daya ketahanan tubuh badan kita menjadi lemah.

Sistem immunisasi manusia akan lemah dan virus akan aktif merosakkan kesihatan tubuh badan kita akibat daripada penggunaan racun serangga dan makhluk perosak.

Sebuah badan yang membuat kajian terhadap kesihatan, The Enviromental Working Group, telah membuat ujikaji bgi mengukur tahap kandungan racun serangga dan makhluk perosak pada 32 ribu jenis buah-buahan yang dipasarkan di Amerika.

Berikut adalah senarai buah-buahan yang paling banyak tercemar dengan kendungan racun serangga dan makhluk perosak:

  1. Buah epal
  2. Buah strawberi
  3. Buah anggur
  4. Daun saderi
  5. Buah pic
  6. Sayur bayam
  7. Cabai loceng (Cili sayur yang besar dan manis)
  8. Buah Nectarin
  9. Buah timun
  10. Buah tomato ceri
  11. Kacang parang
  12. Ubi kentang

    Senarai buah paling banyak racun di Malaysia

    Sebelum ini persatuan pengguna Pulau Pinang ada mengeluarkan senarai bahan-bahan makanan dan buah-buahan yang mengandungi racun serangga dan makhluk perosak untuk maklumat pengguna.

    Tapi rasanya tidak ada lagi satu usaha untuk mendapatkan bacaan kandungan racun serangga pada buah-buahan yang ada di pasaran negara kita secara berkala. Kalau ada tentu lebih baik untuk para pengguna.

    Bagi pengguna yang mahu selamatkan diri mereka daripada terdedah dengan racun serangga pada buah-buahan ini, bolehlah mendapatkan buah yang ditanam secara organik. Insyaallah lebih selamat dan baik untuk kesihatan anda.

    Bagi yang tak ada pilihan, terpaksalah menelan sahaja semua buah walaupun ada racun serangga, apa nak buat!. Tapi mungkin selepas beli elok direndam terlebih dahulu dengan air secukupnya agar dapat dibersihkan buah tersebut.



    Anai-anai jenis apa yang serang rumah anda

    $
    0
    0
    Odontotermes Termite

    Anai-anai yang kebanyakan orang ingat hanya satu jenis itu sebenarnya ada berbagai jenis. Bagi orang yang langsung tak ada idea membezakan antara berbagai serangga, mungkin mereka tak dapat membezakan antara semut dengan anai-anai.

    Apabila seseorang itu cekap sedikit, dia akan tahu perbezaan antara anai-anai dengan semut umpamanya. Mengetahui perbezaan antara anai-anai dengan semut sebenarnya sudah cukip baik untuk para pengguna yang mahu selamatkan premis atau rumah mereka daripada dirosakkan oleh makhluk perosak yang makan kayu itu.

    Kadangkala seseorang yang hanya tahu membezakan antara serangga anai-anai dengan semut juga tidak mencukupi. Ini kerana maklumat yang tidak cukup itu kadang kala menyusahkan dirinya sendiri dan ada kalanya menyusahkan para pekerja yang melakukan kerja membenteras anai-anai untuknya.

    Ada berbagai jenis anai-anai

    Mengenali anai-anai di ikuti dengan pengetahuan terhadap jenis-jenis anai-anai yang berbeza dapat membantu seseorang untuk tidak mudah panik terhadap serangan anai-anai di premis serta di persekitarannya.

    Dengan pengetahuan yang mencukupi itu juga dapat mengelakkan pembohongan oleh pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tidak bertanggung jawab. Ilmu itu juga dapat mengenal pasti mana satukah pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak yang tulis dan berpengetahuan dan mana satu yang tidak.

    Untuk pengetahuan pembaca, ada 3 jenis anai-anai utama yang sering kita berhadapan dengan mereka. Yang pertama adalah anai-anai kayu kering yang merosakkan perabut kita atau peralatan berasaskan kayu lain. Dan satu jenis lagi adalah anai-anai yang dipanggil anai-anai bawah tanah dan terakhirnya adalah anai-anai busut.

    Anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut

    Anai-anai jenis ini berkait rapat dengan tanah. Mereka membuat sarang dengan menggunakan tanah dan sering merayap samada di celahan konkrit atau rekahan simen atau konkrit pada bangunan.

    Kebiasaannya mereka akan membawa tanah yang lembab masuk ke dalam bangunan di sepanjang laluan mereka bagi membentul lorong gelap khas untuk laluan koloni mereka.

    Berikut adalah jenus-jenus anai-anai yang biasa kita temui di negara kita:

    Jenis Anai-anai Coptotermes

    Jika premis atau rumah anda di serang anai-anai atau jika pokok sekeliling rumah anda di serang anai-anai, berkemungkinan besar ia adalah dari species anai-anai ini.
      • Anai-anai dari species Coptotermes ini bersarang di bawah tanah dan telah banyak melakukan kerosakan dan menyebabkan kerugian yang banyak pada penduduk Malaysia.
      • Kawalan anai-anai jenis ini amat berkesan dengan menggunakan sistem pengumpanan atau penggunaan racun cecair bancuhan yang biasa di pasaran.

      Jenis anai-anai Globitermes Sulphureus

      Species anai-anai ini bersarang dengan membina busut yang kadangkala boleh mencapai ketinggian 1.5 meter tinggi.
        • Ia agak jarang kita temui berbanding species Coptotermes di atas. Untuk mengenalinya mudah sahaja, badannya pekerja anai-anai ini berwarna kuning yang boleh dilihat dengan jelas. Apabila mereka diganggu, askarnya yang berkepala besar akan mengeluarkan sejenis getah yang berwarna kuning.
        • Jenis ini biasanya menyerang pkok kelapa dan juga pokok kelapa sawit dan sekali sekala menyerang struktur kayu rumah anda.
        • Untuk pengawalan yang berkesan terhadap anai-anai ini, racun serangga dari bahan Imidacloprid amat berkesan. Penggunaan sistem pengumpanan adalah tidak berapa berkesan untuk mengawal anai-anai jenis ini.

        Jenis anai-anai Macrotermes

        Ini satu lagi jenis anai-anai yang membina sarang dengan membuat busut dari tanah. Busut mereka juga adakalanya boleh mencapai ketinggian 2 meter.
          • Biasanya mereka makan kayu kering. Tetapi mereka juga makan rumput kering dan tumbuhan kering yang lain.
          • Ada berbagai jenis berbeza pula dari species ini dan mereka berbeza dari segi saiz sahaja. Ada yang kecil dan ada juga yang besar.
          • Kebiasaannya anai-anai jenis ini jarang mendatangkan ancaman kepada kita. Mereka amat jarang menyerang premis atau struktur kayu yang ada pada rumah kita.



          Jenis anai-anai Odontotermes

          Jenis anai-anai ini pula bersarang di bawah tanah dan biasanya tidak membina busut. Mereka biasanya menjadikan akar pokok kayu sebagai bahan makanan. Kadang kala serangan anai-anai ini pada pokok boleh membuatkan pokok mati.
            • Askar-askar dari jenis species ini tidak mengeluarkan getah jika diganggu. Biasanya kepala askar yang besar dari jenis ini berwarna perang.
            • Gambar yang ada di atas adalah gambar anai-anai dari species ini dan diambil dari sumbernya di sini.

            Jenis anai-anai Schedorhinotermes

            Ini juga merupakan satu lagi species anai-anai yang bersarang di bawah tanah. Mereka biasanya suka membuat sarang ke kawasan tunggul kayu samada di kawasan pokok yang hidup ataupun di kawasan pokok yang dah mati.
              • Anai-anai ini amat pemalu dan mudah beredar ke kawasan lain apabila mereka diganggu. Aktiviti mereka biasanya licik dan jarang meninggalkan banyak kesan tanah. Oleh itu rawatan dan kawalan mereka agak sukar kerana bila diganggu mereka akan pindah untuk menyerang kawasan kayu di tempat lain pula.
              • Anai-anai ini amat suka pada kawasan yang lembab. Oleh itu jika kawasan rumah anda seperti di sekitar perkampungan adalah lembab, kemungkinan mandapat masalah daripada anai-anai ini adalah besar.
              Demikianlah serba sedikit maklumat berkenaan anai-anai yang perlu anda tahu. Selepas ini soalan yang perlu ditanya adalah, anai-anai jenis apakah yang serang rumah anda...?

              Farmers must avoid improper use of pesticides

              $
              0
              0
              Farmers must avoid improper use of pesticides

              Pesticides are most commonly thought of as chemical substances used to kill, control, or manage pest population. But the proper definition of a pesticides is 'any substance or mixture of substances intended for preventing, destroying, repelling, or mitigating any pests, as well as any substance or mixture of substances intended for use as a plant regulator, defoliant or desiccant.".

              The term substance is used to indicate that there are either chemical or non chemical formulations are normally used by us to manage pests. One example of non chemical used to control pests today are preparations of bacteria that control insect pest.

              The term pests is very broad. Any organism may be considered a pest by one person at one place and time, while the same organism may be considered valuable by someone else either at the same and time or in another situation. Even sometimes human may be considered as pest. But in general, we will not kill human by using pesticides.

              As such, an ideal pesticide will act rapidly on pests, yet be completely harmless to people, domestic animals, wildlife and other aspect of the environment. But unfortunately no such pesticides exists. Therefor we need to know how to prepare and store chemical and also to know how to use it safely.

              Great care should be taken whenever pesticides are used. The label on the pesticide container is always a good source of information on the proper and least risky ways to use that material. By following label direction, common sense, and good judgement under the conditions at hand, will help safe pesticide use.

              The use of pesticides are matters of great responsibility, warranting careful consideration of possible hazards and potential negative side effects. We should avoid such case as below news happen in our country:

              Pesticides linked to seven deaths in Philippines

              Seven people have died and about a hundred others have been hospitalized after an outbreak of diarrhea in the remote tribal area of Alamada in North Cotabato province that some say may be linked to toxic pesticide use.

              Provincial health officer Dr Eva Rabaya told ucanews.com that at least 70 patients remain in hospital and that new cases have been increasing as of Tuesday morning.

              Melissa Bagsican, information officer of Alamada town, said the outbreak was affecting the villages of Dado, Lower Dado, Kalamansi and Pigcawaran, near the town’s watershed.

              She added that authorities are still trying to verify reports that the outbreak may be linked to the excessive use of herbicides on nearby corn farms.

              “Farmers have recently applied herbicide on their cornfields upstream, and the rains washed it down to the water system and rivers,” she said.

              Bagsican said health officials have been warning farmers against the improper use of pesticides and herbicides that can produce illness such as chronic diarrhea and skin infections. source
              Viewing all 371 articles
              Browse latest View live