Quantcast
Channel: My Pest News

4 tempat persembunyian kutu

$
0
0
Semenjak dua menjak ini, banyak pelanggan E Pest yang mengadu mengalami masalah kutu. Ada juga yang terkeliru ingatkan kene gigit dengan pepijat, namun apabila di periksa, rupa-rupanya masalah kutu yang dialami sebenarnya.

Oleh itu pentingnya anda mempunyai info tentang perbezaan antara kutu dan juga pepijat seperti yang telah diterangkan di dalam content sebelum ini. Boleh klik link berikut untuk info lanjut ->Perbezaan Kutu dan Pepijat. Hal ini kerana, kaedah rawatan yang akan digunakan untuk menghapuskan kedua-dua jenis serangga ini adalah berbeza. 

Masalah kutu sebenarnya lebih kronik dari pepijat disebabkan kesan gigitan yang lebih gatal, di samping gigitan yang tidak kira siang atau malam. Hal ini diisebabkan kutu bukan seperti pepijat yang hanya menggigit di waktu malam, siang hari pun dah boleh rasa gatal akibat gigitan kutu.

Kutu juga bertelur dengan banyak dan kadar infestesinya adalah tinggi. Oleh sebab itu, dengan semburan biasa selalunya tidak dapat menghapuskan kutu di kediaman anda.

Jika anda terlihat seekor kutu di kediaman anda, boleh dikatan kediaman anda sudah menjadi tempat kutu bersarang di dalamnya. Penting bagi anda periksa tempat berikut yang boleh menjadi tempat persembunyian kutu di kediaman anda. Antara tempatnya ialah:

1) Celahan atau rekahan


Periksa bahagian dinding kawasan rumah anda, jika terdapat rekahan atau celahan yang dapat serangga hidup di dalamnya. Kawasan rekahan bukan sahaja menjadi kegemaran kutu dan pepijat, anai-anai dan semut juga boleh ada di situ. Hal ini kerana serangga suka akan tempat gelap dan lembab. Oleh itu, rajinlah periksa dinding di kediaman anda untuk mengelakkan serangga seperti kutu bersembunyi di dalamnya.

2) Bawah karpet atau permaidani


Anda perlu ambil kira di bahagian karpet atau ruang tamu kediaman anda. Hal ini disebabkan ruang tamu merupakan kawasan anda sekeluarga berkumpul dan juga haiwan peliharaan anda. Kemungkinan untuk kutu melompat dari haiwan peliharaan anda ke atas karpet dan bertelur di atasnya adalah tinggi. Ditambah pula dengan fabrik karpet yang tebal dan dihamparkan tanpa beralih tempat menambahkan risiko untuk kutu bersembunyi di dalamnya. Kerap vacuum dan cuci karpet merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kutu di kediaman anda. 

Tips : Berdiri di atas karpet dengan memakai stokin putih, jika ada serangga yang hinggap di kaki anda, itu bermaksud kutu telah berada di karpet anda. Selamat mencuba !

3) Bilik tidur


Masalah kutu kronik adalah apabila tidur malam anda diganggu dengan rasa gigitan dan rasa gatal. Periksa bilik tidur anda di bahagian tilam, almari baju dan persekitaran. Adakah terdapat tanda-tanda serangga seperti kutu. Kutu juga seperti pepijat, akan bersembunyi di bahagian baju dan tilam. Bezanya dia dapat melompat, jadi pergerakan kutu adalah cepat jika dibandingkan dengan pepijat yang hanya merayap. Sebab itu masalah kutu dapat merebak dengan cepat dan tidak dapat dikawal.

4) Tempat tidur haiwan peliharaan


Kebanyakan kes kutu yg E Pest terima adalah disebabkan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Jika tidak diberi penjagaan yang rapi, kutu dapat membiak di haiwan peliharaan anda. Oleh itu, kerap periksa tempat tidur haiwan peliharaan anda dan mandikan dengan sabun khas untuk elakkan kutu bersarang di bulu haiwan peliharaan anda. Pastikan tempat tidur si bulus anda bersih dan bebas dari kutu. Baru lah seronok nak bermanja dan belai haiwan peliharaan anda, tidaklah gatal terkena kutu.

Anda boleh hubungi E Pest Control jika anda terkena gigitan kutu dan kediaman anda berada di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah kutu yang sedang anda hadapi.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada kutu di persekitaran saya ! 
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah kutu di kediaman anda.

Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE




3 perkara paling sensitif bagi anai-anai

$
0
0

Bukan orang sahaja yang sensitif, anai-anai pun sensitif rupanya. Bukan marah sikit dah merajuk, tapi jenis kalau ganggu tempat/laluan dia akan berpindah ke tempat lain. Lagi lah susah nak cari di kawasan mana tempat laluan dia yang baru. 

Adakah disebabkan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, sekejap hujan sekejap panas. Cuaca juga memainkan peranan penting dalam masalah anai-anai ya. Rata-rata pelanggan E Pest bertanyakan cara untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman mereka, mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kawalan makhluk perosak adalah tepat. Hal ini disebabkan anai-anai perlukan kaedah yang bersesuaian kerana kita bukan hanya berdepan dengan seekor dua anai-anai tetapi satu koloni yang ada beribu ekor anai-anai.

Selalunya bila anai-anai aktif dan menyerang rumah anda, jika ganggu laluan dia hari ini, esok lusa mungkin dah muncul laluan baru. Begitu cepat anai-anai bekerja, sebab tu kadang-kadang dalam masa beberapa bulan sahaja dah boleh nampak kesan tinggalan anai-anai pada kediaman anda seperti pintu nak tercabut, perabot berlubang dan siling kayu ade kesan anai-anai. 

Oleh itu, penting untuk anda tahu perkara yang sensitif bagi anai-anai. Info berikut boleh digunakan untuk mengurangkan risiko anai-anai membuat sarang dan menyerang kediaman anda. Berikut merupakan antara perkara yang sensitif bagi anai-anai untuk info bersama:

1) Cahaya panas 


Cahaya panas seperti matahari ataupun cahaya lampu merupakan salah satu perkara yang sensitif bagi anai-anai. Sebab tu kalau boleh dapat kita lihat, semua sarang anai-anai kebanyakkan di dalam tanah memang tidak dapat dikesan. Laluan anai-anai juga dibuat dengan pasir seolah-olah ruang yang ada menghalang cahaya untuk masuk ketika anai-anai melaluinya. Jika kita korek sedikit pasir tu, anai-anai akan lari dan sebolehnya tidak akan melalui laluan yang telah diganggu tadi. 

Laluan anai-anai selalu dapat dilihat di kawasan gelap, kerana mereka tidak suka akan tempat yang cerah. Laluan tersebut seperti di celahan atau rekahan dinding, di belakang almari, sudut tilam, di bawah meja atau perabot, bilik yang gelap dan di mana sahaja kawasan yang terlindung dari cahaya. Sebab itu bila anai-anai dah buat kerosakan kita lambat nak kesan disebabkan anai-anai muncul di kawasan yang kita tak jangka dia boleh datang dan bawa satu koloni untuk menyerang kawasan rumah kita. 

Oleh itu, pastikan anda kerap periksa kawasan yang terlindung dari cahaya untuk mengelakkan menjadi laluan anai-anai. Pastikan juga lampu di rumah anda berfungsi dengan baik supaya kawasan rumah anda tidak gelap seterusnya beri peluang pada anai-anai untuk menyerang kediaman anda. 

2) Bunyi bising dan gegaran 


Bunyi bising juga merupakan antara salah satu perkara yang sensitif bagi anai-anai. Bunyi bising dan kuat dapat mengganggu aktiviti dan berisiko beri peluang kepada anai-anai untuk lari atau pindah ke kawasan lain. Sudah satu hal pula nak cari anai-anai di kawasan lain. 

Bunyi bising seperti aktiviti pengubahsuaian, gegaran drilling dapat mengganggu anai-anai. Ia akan mengganggap sebagai ancaman dan akan lari daripada keadaan tersebut. Oleh itu, sila berjaga-jaga jika ada jiran-jiran anda yang buat pengubahsuaian di kawasan sekitar anda. 

Mana tahu ada anai-anai di kediaman mereka, semasa buat pengubahsuaian anai-anai lari ke rumah anda cari sumber makanan baru. Sebab tu, sebelum memulakan proses pengubahsuaian dan jika ada anai-anai di kediaman anda, pihak kami akan syorkan anda melakukan rawatan untuk membasmi anai-anai terlebih dahulu.  
Nota : Ada juga sesetengah orang ambil mudah tentang kehadiran anai-anai dimana ada terlihat kesan anai-anai di kediaman tapi buat tak tahu sahaja dan teruskan proses pengubahsuaian. Selepas selesai semua, rumah dah cantik diubahsuai tiba-tiba anai-anai keluar, tak ke rugi sebab perabot baru dimakan anai-anai. 

3)Semburan racun 


Semburan racun paling sensitif bagi anai-anai, tambah-tambah kalau racun yang anda beli di kedai hardware dan guna tanpa kuantiti yang betul. Bau yang ditinggalkan cukup untuk membuatkan anai-anai lari daripada kawasan tersebut. 

Harus diingatkan, anai-anai yang anda berjaya hapuskan hanyalah di permukaan kawasan tersebut sahaja, namun terdapat beribu lagi anai-anai di sarang mereka. Hari ini anda sembur dengan racun seperti ridsect, esok lusa dah naik laluan baru yang dibuat anai-anai. Oleh itu, elakkan untuk sembur jika anda ternampak anai-anai di kediaman anda. 

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. 

Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.

Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE 

11 jenis lipas yang anda perlu tahu

$
0
0

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu tentang spesis lipas yang ada di Malaysia. Iya benar, memang terdapat 11 spesis lipas yang boleh dijumpai di rumah, pejabat, restoran dan bangunan di Malaysia. Akan tetapi hanya lapan daripadanya mampu mencetuskan serangan di tempat-tempat tersebut. Selebihnya, mungkin diperkenalkan ke dalam bangunan kerana tarikannya kepada cahaya pada waktu malam. 

Berikut adalah merupakan spesis-spesis lipas yang mungkin anda lihat setiap hari sama ada di rumah, pejabat atau mungkin berhampiran anda:

1) Lipas Amerika (Periplaneta Americana)

Lipas Amerika atau panggilan saintifiknya Periplaneta Americana adalah merupakan spesis terbesar, mempunyai kitaran hidup terpanjang dan selalunya dianggap sebagai makhluk perosak. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di sekitar isi dan luar rumah terutamanya di bahagian dapur. Spesis ini juga dapat bergerak dengan pantas dan mampu masuk ke celah lubang-lubang kecil walaupun ukurannya yang cukup besar. Lipas Amerika boleh dianggap sebagai salah satu serangga terpantas apabila bergerak dan boleh terbang. Debu rumah yang mengandungi najis lipas dan bahagian badan spesis ini mampu memberi reaksi alergi dan asma pada individu tertentu.

2. Lipas Jerman (Blattella Germanica)

Seterusnya, spesis Blattella Germanica atau Lipas Jerman adalah merupakan spesis lipas yang kecil sekitar 1.1cm hingga 1.6cm saiz badannya. Spesis ini mempunyai sayap akan tetapi spesis ini tidak biasa untuk terbang walaupun terdapat ancaman. Daripada beberapa spesis lipas yang wujud di Malaysia, berkemungkinan spesis ini adalah contoh yang paling menyusahkan. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di kawasan rumah, restoran, hotel, dan institusi seperti tempat asuhan kanak-kanak. Species ini juga membiak lebih cepat berbanding spesis lipas yang lain.

3) Lipas Perang (Periplaneta Brunnea)

Lipas Perang atau Periplaneta Brunnea mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan Lipas Amerika tetapi mempunyai warna yang lebih gelap dan lebih lebar. Spesis ini berwarna coklat kemerah-merahan dan biasanya panjang badan spesis ini bersaiz sehingga 4cm. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di sekitar isi dan luar rumah.

4) Lipas Australia (Periplaneta Australasiae)

Lipas Australia, juga mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan Lipas Amerika sehingga spesis ini sukar untuk dikenalpasti samaada ia adalah spesis Amerika atau Australia. Tetapi, jika dilihat dari segi saiz spesis ini lebih kecil dan mempunyai corak berwarna kuning di bahagian kepala dan di bahagian sisi sayapnya.Sifatnya juga hampir sama seperti lipas Amerika, dimana ia juga bergerak dengan pantas dan mampu masuk ke celah lubang-lubang kecil walaupun ukurannya yang cukup besar dan kebiasaannya aktif pada waktu malam di sekitar isi dan luar rumah.Kebiasaannya, lipas Australia akan dijumpai di dalam rumah untuk mencari makanan atau tempat tinggal, tetapi ketika cuaca panas ia akan mencari kawasan-kawasan yang sejuk seperti pejabat.Spesis ini juga lebih memilih tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.

5) Lipas Udang Karang (Nauphoeta Cinerea)

Lipas Udang Karang atau Nauphoeta Cinerea adalah spesis yang mempunyai sayap tapi tidak dapat terbang dan hanya menggunakan sayapnya ketika terjatuh atau melompat supaya dapat mendarat dengan selamat. Saiz ukuran bagi spesis ini adalah 2.5cm sehingga 3.5cm untuk yang dewasa, manakala 4mm X 2mm bagi ukuran semasa kecil. Spesis ini diklasifikasikan sebagai spesis yang memanjat dan melompat, tetapi spesis ini lebih suka menggali untuk menyembunyikan diri daripada memanjat ke celahan dinding. Spesis ini juga merupakan sebagai antara serangga terpantas apabila bergerak dan kebiasaannya ditemui di sekitar isi rumah dan di kedai-kedai runcit.

6) Lipas Harlequin/Warna-Warni (Neostylopyga Rhombifolia)

Lipas warna-warni atau Lipas Harlequin adalah antara spesis lipas yang kebiasaannya dijadikan sebagai peliharaan oleh kerana warna dan coraknya yang menarik dan cantik.Spesis ini juga mampu bergerak pantas termasuk pada permukaan licin. Lipas Harlequin ini juga mampu untuk menghasilkan bahan kimia yang berbau untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa dan oleh kerana itu spesis ini jarang digunakan untuk mengumpan atau memberi makan haiwan-haiwan reptilia yang liar atau peliharaan. Kebiasaanya, Spesis ini dijumpai di sekitar isi dan luar rumah.

7) Lipas Berjalur Perang (Supella Longipalpa)

Lipas berjalur perang adalah merupakan spesis domestik kecil yang menghabiskan jangka hayatnya di dalam isi rumah terutamanya di kawasan-kawasan yang kering. Lipas berjalur perang mempunyai bentuk rupa yang hampir sama dengan lipas Amerika akan tetapi ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan warnanya yang lebih kepada coklat terang. Spesis ini juga di panggil sebagai "lipas perabot", kerana ia gemar bergerak secara menyeluruh di dalam rumah walaupun persekitaran rumah tersebut tidak mempunyai sumber makanan.Tempat yang digemari spesis ini adalah di bawah katil, sebalik meja dan di belakang gambar-gambar yang digantung.

8) Lipas Licin (Symploce Pallens)

Lipas Licin adalah spesis lipas makhluk perosak yang baru dan lazimnya berada di kawasan penyediaan makanan seperti di kawasan rumah, hotel dan restoran-restoran. Spesis ini mampu mencemarkan makanan dengan hanya meninggalkan kulit mereka pada makanan tersebut. Perkara ini boleh membawa kepada alergi dan penyakit lain seperti asma terutamanya terhadap kanak-kanak.

9) Lipas Surinam (Pycnoscelus Surinamensis)


Lipas Surinam kebiasaannya dijumpai berkeliaran di rumput pada waktu siang dan malam,kebiasaannya lebih aktif pada waktu malam. Spesis ini juga lebih memilih kawasan yang lembab,gelap dan hangat seperti di dalam lubang pokok,kayu balak dan dicelah-celah rumput dan mempunyai permukaan badan yang berkilat. Lipas Surinam juga adalah merupakan satu-satunya spesis yang mampu membiak secara Parthenogentically, dimana betina menghasilkan betina tanpa jantan. 

10) Lipas Padang (Blattella Vaga)


Spesis lipas padang mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan lipas Surinam dimana ia aktif pada waktu malam dan bersembunyi di sebalik rumput-rumput pada waktu siang. Spesis ini selalunya akan terbang secara pantas apabila terasa terancam dan hampir menyerupai kupu-kupu semasa terbang. Spesis ini juga akan tertarik dengan cahaya pada waktu malam terutamanya lampu rumah atau kenderaan,tetapi spesis ini tidak boleh hidup lama di kawasan dalaman rumah atau kenderaan.

11) Lipas Dubia (Blaptica dubia)


Lipas Dubia atau Blaptica Dubia juga adalah merupakan spesis lipas yang dijadikan peliharaan dan tujuan mengumpan atau memberi makanan haiwan reptilia kebiasaannya.Spesis ini tidak boleh memanjat dan mampu mengeluarkan bau yang tidak terlalu kuat untuk mempertahankan diri daripada ancaman.Oleh kerana itu, spesis ini digemari haiwan reptilia.

Jadi, jika ada spesis-spesis lipas seperti yang di atas tidak perlu risau atau panik.Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada lipas di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah lipas di kediaman anda.










3 tips elak kutu kucing membiak di kediaman

$
0
0

Kutu memang salah satu serangga yang memeningkan kepala selain daripada pepijat. Antara masalah kutu yang sering diterima oleh E Pest adalah masalah kutu kucing. Kutu yang sering berada di bulu haiwan peliharaan kerap kali mendatangkan kesan kepada manusia.

Rasa kegatalan kesan dari gigitan yang tidak kira masa lebih memburukkan keadaan. Kesan gigitan yang menjadi parut pada bahagian anggota badan juga dapat memberi kesan psikologi kepada mangsanya jika tidak diubati. 

Terdapat pelbagai tips yang dapat diguna pakai untuk mengatasi masalah kutu. Berikut merupakan tiga tips yang dapat anda gunakan untuk elak kutu membiak di kediaman: 

1) Pastikan bulu haiwan peliharaan bebas daripada kutu 


Bulu haiwan peliharaan yang lembut dan lebat memang seronok dibelai, tapi kalau ada kutu di badan haiwan peliharaan tersebut, mesti fikir dua tiga kali dahulu baru nak belai atau sentuh. Kutu akan menjadikan bulu haiwan peliharaan anda sebagai salah satu tempat tinggal mereka. Oleh itu, pastikan anda selalu memandikan dan membersihkan haiwan peliharaan anda dengan sabun khas anti kutu. Hal ini seterusnya dapat mengelakkan kutu bersarang di haiwan peliharaan anda dan dapat mengurangkan risiko kediaman anda diserang kutu. 

2) Sentiasa bersihkan tempat tidur haiwan peliharaan 


Anda seharusnya selalu periksa tempat tidur atau tempat kebiasaan haiwan peliharaan anda berada selain daripada bulu mereka. Hal ini disebabkan, kutu adalah haiwan yang mmampu melompat dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Jadi keberangkalian untuk kutu ada di kawasan tersebut adalah tinggi. Anda dapat menghalang kutu dari merebak di kediaman anda jika anda bertindak dengan pantas. Bersihkan tempat tidur bukan hanya dapat memberi keselesaan kepada haiwan peliharaan anda, namun dapat menghalang anda sekeluarga mendapat masalah kutu di kemudian hari. 

3) Halang kediaman jadi tempat persinggahan kucing liar 


Ada juga antara pelanggan yang mendapatkan khidmat pembasmian kutu kucing dari E Pest Control namun tidak pernah memelihara kucing atau haiwan berbulu lain. Apabila ditanya lebih lanjut, punca masalah kutu kucing ialah terdapat kucing liar yang datang menumpang dan berkeliaran di sekitar kediaman mereka. Kucing liar yang tidak bertuan kadangkala terdapat kutu di badannya. dan tanpa disedari kucing tersebut telah meninggalkan kutu seterusnya membiak di kediaman mereka. Akan tetapi, dengan servis yang dijalankan oleh E Pest, masalah kutu kucing di kediaman mereka selesai dan masalah gatal-gatal akibat kutu turut selesai. Oleh itu, pastikan kediaman anda bebas dari kucing liar yang berkeliaran tanpa sebab. 


Anda boleh hubungi E Pest Control jika anda terkena gigitan kutu dan kediaman anda berada di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah kutu yang sedang anda hadapi. 

Tahukah anda dengan menggunakan servis kawalan makhluk perosak dapat membantu anda menyelesaikan masalah kutu ini? Dengan hanya sekali servis sahaja masalah kutu selesai. Tidak perlu gunakan kaedah di mana kesannya dapat dilihat setelah seminggu, dua minggu atau sebulan selepas itu.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada kutu di persekitaran saya ! 
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah kutu di kediaman anda.
Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE

3 sebab anai-anai dipanggil makhluk perosak

$
0
0

Kita sebagai masyarakat di negara ini sepatutnya mengambil serius mengenai perihal atau masalah anai-anai sebelum ia menjadi masalah yang besar. Perkara ini adalah kerana anai-anai merupakan salah satu serangga di seluruh kawasan tropika dan subtropika dunia di mana spesis ini mampu menyebabkan kerugian yang besar. 

Satu koloni anai-anai mampu merobohkan bangunan jika tidak dirawat. Walau adakala mengambil masa untuk lihat kesan kerosakan disebabkan anai-anai, namun cepat atau lambat kerosakannya tetap akan kelihatan juga akhirnya. Terdapat pelbagai contoh kerosakan seperti perabot berlubang, pintu kayu reput dan dinding kosong di bahagian dalam.

Kerosakan kesan dari anai-anai ni memang banyak. Tidak hairan jika anai-anai dianggap sebagai makhlok perosak oleh sesetengah orang. Berikut merupakan antara sebab lain kenapa anai-anai dilabel sebagai makhluk perosak:

1. Merosakkan kayu di rumah dan bangunan


Kalau dah namanya anai-anai merosakkan kayu di rumah dan bangunan-bangunan sudah menjadi kebiasaan atau tabiat bagi mereka seperti contoh anai-anai tanah yang banyak menyebabkan kerugian terhadap pemilik rumah-rumah dan bangunan-bangunan bukan sahaja di kawasan luar bandar malah kawasan bandar.

Terdapat banyak spesies anai-anai tanah yang kebiasaannya merosakkan seperti spesies Globitermes, Macrotermes, Odontotermes dan Schedorhinotermes dan yang paling kerap memusnahkan dan sering kali ditemui adalah Coptotermes. 

Spesies Coptotermes membina sarang di bawah tanah di luar rumah dan untuk pengetahuan satu koloni spesies ini sahaja mampu menyerang lebih daripada sebuah rumah dan beberapa anggaran menunjukkan spesies ini juga mampu meliputi kawasan melebihi jarak kira-kira 100 meter. Bukan itu sahaja, Coptotermes juga mampu menjejaskan bahagian atas bangunan-bangunan berbagai tingkat.

Spesies Globitermes.
Spesies Macrotermes.

Spesies Schedorhinotermes.

Spesies Coptotermes.

Selain daripada spesies anai-anai tanah, terdapat spesies lain yang boleh bagi masalah sekali-sekala, biasanya berlaku di dalam rumah-rumah lama iaitu spesies anai-anai kayu kering. Spesies ini sekali-sekala melakukan serangan pada bumbung, malah lebih kerap terhadap barang-barang atau perabot lama.

Serangan spesies ini boleh dikenalpasti melalui kehadiran gentelan kecil, kering, berwarna coklat pudar dan kewujudan bahan tanah atau karton. Oleh kerana koloni-koloni anai-anai kayu kering membesar dengan sangat perlahan, tempoh jangka masa yang lama diperlukan bagi anai-anai untuk menyebabkan kerosakan yang ketara. Anai-anai spesies kayu kering seperti Cryptotermes dan Cryptotermes domesticus/Cynocephalus adalah spesies yang serimg menyerang kayu di dalam rumah-rumah di Malaysia.

Anai-Anai Cryptotermes.

Anai-Anai Cryptotermes Domesticus
Anai-Anai Cryptotermes Domesticus.


2. Merosakkan kayu yang digunakan

Kebiasaannya, kayu-kayu yang digunakan seperti kayu landas kereta api, kayu rangka rumah atau talian/meter elektrik adalah sasaran mudah untuk diserang oleh banyak spesies anai-anai daripada kayu atau tanah yang berdekatan dengan kawasan rumah atau bangunan-bangunan. 

Kebanyakkan spesies anai-anai ini tertarik pada kayu yang telah reput atau lama. Walaubagaimapun, perkara ini masih boleh diatasi sekiranya kayu itu telah dipilih berdasarkan tahan lama atau telah dirawat dengan bahan kimia untuk melindunginya.

3. Menjejaskan pertanian, perhutanan dan tanaman

Masalah ini biasanya dilakukan oleh dua spesies anai-anai tanah iaitu Coptotermes Curvignathus dan Microcerotermes Dubius dimana spesies-spesies ini boleh membunuh pokok-pokok hidup di Malaysia. Akan tetapi, spesies Coptotermes Curvignathus mempunyai kepentingan dari segi pertanian, perhutanan dan tanaman-tanaman di bandar. 

Berkemungkinan spesies ini yang dikatakan sebagai jurutera ekosistem dimana ia menjadi pengitar nutrisi dan kualiti tanah. Daripada situ kita dapat lihat sedikit kelebihan dan kelemahan anai-anai terhadap pertanian, perhutanan dan tanaman-tanaman di dalam/luar bandar. Tanpa anai-anai, hutan-hutan Malaysia berkemungkinan akan dipenuhi dengan sisa-sisa pokok tumbang. Akan tetapi ia akan menjadi masalah sekiranya makhluk ini berada di sekitar kawasan pertanian.


Dah nampak sedikit sebanyak kesan anai-anai? Jangan ambil mudah perkara ini sebelum ia menjadi masalah yang besar di kawasan rumah, bangunan-bangunan dan kawasan pertanian anda. Harus diingatkan, anai-anai yang anda berjaya hapuskan hanyalah di permukaan kawasan tersebut sahaja, namun terdapat beribu lagi anai-anai di sarang mereka. Hari ini anda sembur dengan racun seperti ridsect, esok lusa dah naik laluan baru yang dibuat anai-anai. Oleh itu, elakkan untuk sembur jika anda ternampak anai-anai di kediaman anda. 

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. 

Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.

Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE 


 








 





     



Mengesan, Memeriksa dan Pengawasan Anai-Anai

$
0
0

Anai-anai adalah salah satu haiwan perosak yang mampu menyebabkan kerugian ribuan ringgit tanpa kita sedari. Kebanyakan spesis anai-anai sukar untuk ditemui kerana ia adalah spesis haiwan perosak yang gemar menutup laluannya dengan tanah dan bekerja di belakang rekahan dan retakan. Malah, spesis ini juga jarang makan lapisan permukaan, sebaliknya menjadikan lapisan ini sebagai penutup atau pelindung ketika mereka bekerja. 

1) Mengesan anai-anai

Mengesan spesis anai-anai ini melibatkan pengecaman dan pencarian tanda-tanda di bahagian kawasan yang berpotensi tinggi seperti bingkai pintu, dinding, perabot dan bahan yang berasaskan kayu. Kehadirannya yang sukar untuk dilihat dengan jelas kecuali jika kerosakan telah berlaku menambahkan lagi risiko kerugian kepada anda. Berikut adalah antara tanda-tanda serangan anai-anai: 

1) Kesan kerosakan dilakukan anai-anai.

2) Ada gentelan tanah atau karton anai-anai

3) Bunyi lompong/kosong apabila diketuk dengan sesuatu objek/tangan

Ada juga dalam beberapa kes, spesis anai-anai itu sendiri akan membuat bunyi "kosak-kosek" atau seperti bunyi ketukan ke atas kayu dimana bunyi ini terhasil daripada aktiviti makan, pergerakan dan isyarat amaran anai-anai. 

2) Memeriksa kawasan anai-anai

Semasa memeriksa anai-anai kayu kering, kerosakan mungkin setempat dan tanpa tanah atau karton. Sebaliknya, gentelan tahi kering seperti debu berbutir akan ditemui dalam galeri-galeri dan keluar melalui rekahan dan bukaan di dalam kayu. Kebiasaannya, debu anai-anai tidak bersifat serbuk dan lubang-lubangnya tidak begitu bulat sebagaimana dilakukan oleh kumbang pengorek. 


Spesis anai-anai kayu kering selalunya berlaku pada barang-barang perabot lama, parket dan rasuk kayu bagi bangunan-bangunan yang sangat lama ditinggalkan. Kerosakan berlaku perlahan-lahan dan memakan masa beberapa tahun. Manakala, kerosakan yang dilakukan oleh spesies anai-anai bawah tanah lebih cepat dan teruk, dengan ciri tanah dan karton yang menunjukkan kewujudannya. Tempat yang kebiasaannya memerlukan pemeriksaan ialah rangka-rangka pintu, tingkap, kambi kayu sekeliling lantai, lantai parket, soket-soket elektrik dan paip air/paip yang berada pada dinding. 

Contoh lantai parket diserang

Contoh rangka pintu diserang

Selain itu, kotak-kotak dan buku-buku mungkin nampak tidak rosak pada bahagian permukaan tetapi di bahagian dalam sebenarnya telah habis dimakan oleh anai-anai. Kadang-kadang landasan-landasan anai-anai ini boleh dilihat dengan jelas tertonjol di atas kayu atau permukaan dinding atau keluar dari dinding, soket-soket elektrik atau paip air/paip yang berada pada dinding. Dan landasan-landasan ini juga sukar untuk dilihat di antara dinding-dinding, rangka-rangka pintu dan tingkap kayu. Kayu yang rosak hanya boleh diketahui apabila dijolok dan ditekan untuk mendedahkan kewujudan karton di bawah lapisan tidak kukuh kayu tersebut. 

3) Pengawasan anai-anai

Selepas serangan anai-anai telah berjaya sepenuhnya dirawat di dalam sesebuah bangunan, rumah dan lain-lain, serangan berkemungkinan akan berulang. Pengawasan bagi kemunculan anai-anai semula melibatkan proses yang sama digunakan dalam proses permulaan mengesan anai-anai. Dalam sistem kawalan menggunakan umpan, pengawasan selalunya dilakukan dengan tempat umpan diletakkan di dalam tempat-tempat utama anai-anai di dalam bangunan atau rumah itu. 

Contoh meletakkan tempat umpan

Harus diingatkan, anai-anai yang anda berjaya hapuskan hanyalah di permukaan kawasan tersebut sahaja, namun terdapat beribu lagi anai-anai di sarang mereka. Hari ini anda sembur dengan racun seperti ridsect, esok lusa dah naik laluan baru yang dibuat anai-anai. Oleh itu, elakkan untuk sembur jika anda ternampak anai-anai di kediaman anda. Ayuh! Sekat pembiakan anai-anai di kediaman dan pejabat anda! 

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. 


Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.

Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE 






3 info mudah pakar kawalan makhluk perosak

$
0
0

Masalah semut, lipas, tikus, anai-anai, pepijat dan kutu memang tidak dapat lari daripada dihadapi oleh semua orang. Ada yang tiba-tiba bangun pagi ade kesan gigitan pepijat, gatal - gatal disebabkan kena gigitan kutu, tikus masuk ke dalam rumah melalui lubang-lubang kecil, lipas tiba-tiba keluar dari tong sampah rumah, semut di celahan retakan dinding di rumah dan paling teruk anai-anai dah menyerang almari atau bahagian kayu dalam rumah. 

Mesti ada salah satu peristiwa yang tak dapat anda lupakan dengan serangga yang disebutkan tadi. Rumah rosak boleh panggil tukang baiki rumah bantu baiki pintu tercabut, dinding berlubang dan sebagainya. Kalau ada masalah semut, lipas, tikus, anai-anai, pepijat dan kutu di dalam rumah, boleh panggil pihak pest control atau pakar kawalan perosak datang ke rumah. Di sinilah wujudnya pakar kawalan makhluk perosak yang akan membantu anda menangani masalah yang disebutkan tadi.

Berikut merupakan tiga info mudah pakar kawalan makhluk perosak: 

1) Bantu kurangkan masalah makhluk perosak 

Tujuan utama pakar kawalan makhluk perosak diperlukan di rumah, pejabat dan persekitaran anda adalah untuk membantu mengurangkan masalah makhluk perosak yang anda hadapi. Hal ini apabila jika pelbagai kaedah atau petua  dalam menangani masalah makhluk perosak telah digunakan oleh anda tetapi  masih tidak dapat diselesaikan. 

Di sini lah pentingnya peranan pakar kawalan makhluk perosak untuk membantu masalah anda. Juruteknik yang terlatih akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di rumah anda tidak kira masalah tersebut baru saja berlaku atau  sudah lama. 

Di E Pest Control, pihak kami komited dalam membantu anda untuk mengurangkan masalah makhluk perosak yang dihadapi. Hanya hubungi pihak E Pest Control dan kami akan cadangkan cara yang sesuai seterusnya dapat menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

2) Lesen pengendali kawalan makhluk perosak 



Untuk pengetahuan anda, semua syarikat pakar kawalan makhluk perosak seharusnya mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak. Lesen ini akan diberikan kepada syarikat yang berdaftar untuk menjalankan servis kawalan makhluk perosak di mana-mana lokasi seperti rumah, pejabat atau restoran.

Oleh itu, sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan khidmat kawalan makhluk perosak dari mana-mana syarikat yang berkenaan anda seharusnya mengesahkan terlebih dahulu syarikat tersebut mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak atau tidak.

Di E Pest Control, pihak kami sedia maklum akan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Oleh itu, pihak kami sentiasa mengemaskini segala dokumen yang diperlukan untuk terus kekal memberikan servis yang terbaik kepada anda.

3) Lesen pemakai racun makhluk perosak


Selain dari syarikat yang memerlukan lesen untuk mengendali kawalan makhluk perosak, pekerja atau juruteknik yang bekerja untuk syarikat dalam bidang kawalan makhluk perosak seharusnya mempunyai lesen pemakai racun makhluk perosak.

Lesen ini diberikan kepada juruteknik untuk menjalankan kawalan makhluk perosak di sebarang lokasi yang diperlukan untuk melakukan servis. Proses untuk mendapatkan lesen juga bukanlah suatu yang mudah apabila pemohon memerlukan pengetahuan dalam bidang kawalan makhluk perosak. Pemohon juga perlu menjalani peperiksaan khas dan lulus dengan jayanya sebelum lesen tersebut dikeluarkan.


Oleh itu, jangan rasa gusar untuk hubungi pakar kawalan mahkluk perosak. Pihak kami akan berikan servis yang terbaik kepada anda supaya masalah makhluk perosak di persekitaran anda selesai. Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Serahkan masalah anda kepada E Pest Control. Dapatkan nasihat profesional dari pakar kawalan makhluk perosak dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.


2 sebab utama serangga dan haiwan perosak muncul dalam tempoh lockdown

$
0
0


Pejabat tutup tapi serangga dan haiwan perosak mula muncul di pejabat anda? Tikus dah mula berlari-lari di tepi dinding dan tingkap? Lipas dah mula main sembunyi-sembunyi dan tiba-tiba terbang? Semut dah mula muncul di pantri pejabat? Track laluan anai-anai mula muncul di dinding pejabat dan premis anda? 

Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di mana kesemua sektor akan kembali ditutup kecuali beberapa sektor yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sahaja yang dibenarkan beroperasi

Bayangkan jika pejabat atau tempat kerja anda kosong dan tiada staf di dalam nya, serangga haiwan perosak ini boleh berkeliaran di pejabat anda. Jangan terkejut bila dah habis tempoh lockdown ini perkara pertama yang anda jumpa apabila kembali bekerja adalah tikus, lipas dan semut, bukannya rakan sejawat yang lain. 

Berikut merupakan sebab utama serangga dan haiwan perosak muncul dalam tempoh lockdown: 

1) Tiada aktiviti manusia 



Dalam tempoh yang sukar ini, kurangnya aktiviti dan pergerakan manusia dalam sesebuah bangunan akan membuatkan serangga dan haiwan makhluk perosak menjadikan bangunan tersebut sebagai tempat persembunyian mereka. Sesetengah kawasan ada yang pejabatnya beroperasi seperti biasa dan ada di sesetengah kawasan sunyi sepi disebabkan tiada yang beroperasi. 

Kehadiran di pejabat hanya dibenarkan bagi perkhidmatan perlu dan tidak melebihi 20% pada satu-satu masa bagi sektor awam dan kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60% sahaja.

Tempat atau bangunan yang kosong akan menjemput serangga dan haiwan perosak masuk ke dalam bangunan tersebut untuk membuat kerosakan. Hal ini disebabkan serangga dan haiwan perosak akan berasa selamat di dalam persekitaran yang sunyi tanpa sebarang aktiviti di dalamnya dan akan berasa tiada ancaman kepadanya.

Antara contoh aktiviti serangga dan haiwan perosak adalah tikus akan mencari jalan untuk keluar dan masuk ke dalam premis tersebut, lipas akan bebas mencari sumber makanan, semut akan berkumpul di kawasan yang ada sumber makanan atau anai-anai akan mula menjelajah ke seluruh bangunan untuk mencari sumber makanan bagi menguatkan koloninya lagi.

2) Kebersihan 



Kebersihan adalah salah satu sebab utama untuk serangga dan haiwan perosak muncul dalam tempoh lockdown ini. Hal ini disebabkan kawasan yang kotor atau mepunyai sisa makanan akan menarik serangga dan haiwan perosak muncul datang ke premis anda. 

Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran semasa tempoh PKP ini. Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.

Pejabat dan kedai makan yang beroperasi, anda dinasihatkan untuk terus kekalkan kebersihan premis walaupun dalam tempoh lockdown ini. Pastikan tiada sampah sarap yang ditinggalkan semasa tempoh bekerja, sisa makanan di buang di tempat sepatutnya dan simpan makanan di tempat yang tertutup.  

Bagi restoran yang tidak beroperasi pula, risiko anda menjemput serangga dan haiwan perosak ke dalamnya adalah amat tinggi. Hal ini jika tempat penyediaan makanan tidak dibersihkan dengan rapi sebelum menutup premis masing-masing. Sisa makanan yang tertinggal akan menarik serangga dan haiwan perosak muncul datang ke premis anda. Oleh itu, pastikan kebersihan dititikberatkan ketika pengoperasian setiap premis. 


Oleh itu, jangan rasa gusar untuk hubungi pakar kawalan mahkluk perosak. Pihak kami akan berikan servis yang terbaik kepada anda supaya masalah makhluk perosak di persekitaran anda selesai. Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Serahkan masalah anda kepada E Pest Control. Dapatkan nasihat profesional dari pakar kawalan makhluk perosak dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.


3 langkah pencegahan semut Charlie

$
0
0

Sekali pandang macam semut api ! 
Dua kali pandang bukan semut api tapi semut Charlie ! 

Semut Charlie atau dikenali sebagai semut kayap, kumbang 'Rove' atau tomcat merupakan sejenis kumbang yang mempunyai saiz kurang satu sentimeter panjang dan berwarna jingga serta hitam berkilat. Ia mempunyai sepasang sayap lut sinar, yang dilipat rapi dan kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa.

Biasanya semut Charlie boleh ditemui di kawasan yang mempunyai takungan air seperti di kawasan paya, sawah padi, ladang kelapa sawit dan kawasan padang. Namun, sifatnya yang tertarik kepada cahaya menyebabkan ianya mudah dijumpai di kawasan perumahan. Jadi jangan terkejut kalau tiba-tiba ada semut Charlie di kediaman anda.

Semut Charlie sebenarnya tidak menggigit manusia tetapi ia akan meninggalkan cecair toksin mengandungi Paederin yang akan menyebabkan gelembung air pada kulit sekiranya tidak dibasuh dengan segera. Terdapat beberapa salah faham yang menyangka kesan gelembung air tersebut adalah disebabkan dari gigitan semut Charlie tapi sebenarnya ia adalah kesan yang ditinggalkan oleh semut Charlie apabila ia terasa diancam.

Keradangan kulit disebabkan oleh charlie ini dinamakan Paederus dermatitis. Ketidakselesaan pada kulit ini adalah sederhana tetapi boleh berpindah ke kawasan lain seperti muka dan kawasan genital. Ia juga boleh menyebabkan Konjuktivitis pada mata. 

Berikut adalah langkah pencegahan semut charlie yang anda perlu tahu:

1) Elakkan bersentuhan dengan semut Charlie 



Elakkan bermain-main atau mengganggu semut Charlie jika ada kehadirannya merayap di sekitar rumah anda dan sebagainya. Elakkan bersentuhan secara terus dengan semut Charlie. Sebaiknya gunakan kain atau plastik sebagai alas sebelum anda menyentuh semut Charlie. 

Ini untuk mengelakkan anda membuatkan semut Charlie terancam dan akan merembeskan cecair toksin Paederin kepada anda. Oleh itu, pastikan anda kenal dan tahu tentang perihal semut Charlie sebelum anda bersentuhan dengannya. 

2) Tiup sekiranya semut Charlie menghinggap di badan 



Cara selamat untuk menghalau semut Charlie adalah dengan menggunakan alat untuk mencungkil atau tiup sahaja sekiranya semut Charlie merayap di badan atau anggota lain badan anda. Setelah ditiup dan semut Charlie telah terbang jauh, pastikan tiada cecair toksin Paederin dari semut Charlie semasa berada di anggota badan anda tadi. 

Hal ini untuk mengelakkan semut Charlie merembeskan cecair toksin Paederin kepada anda. Oleh itu, pastikan anda tidak panik dan pantas dalam menangani kehadiran semut Charlie di persekitaran anda. 

3) Basuh kawasan yang terkena cecair Paederin dengan air dan sabun 



Segera basuh dengan air dan sabun yang banyak jika terkena cecair toksin dari semut Charlie di badan anda. Toksin ini menyerap ke dalam kulit manusia dengan lambat. Pembersihan segera akan dapat mengurangkan kesan lebih buruk kepada kulit dan menyebabkan allergik. 

Disebabkan itu anda dilarang menyentuh anggota badan lain jika terdapat cecair toksin semut Charlie di badan anda. Hal ini untuk mengelakkan merebak ke kawasan lain. Akibatnya satu badan boleh terdapat gelembung air. Oleh itu, pastikan anggota badan yang bersentuhan dengan semut Charlie dibasuh dengan kadar segera. 


Jangan rasa gusar untuk hubungi pakar kawalan mahkluk perosak. Pihak kami akan berikan servis yang terbaik kepada anda supaya masalah makhluk perosak di persekitaran anda selesai. Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Serahkan masalah anda kepada E Pest Control. Dapatkan nasihat profesional dari pakar kawalan makhluk perosak dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

Sumber Twitter KKM Malaysia
Nota: Kesemua gambar adalah dari GOOGLE 

2 sebab perlu khidmat pakar kawalan makhluk perosak

$
0
0

 

Pelbagai situasi akan kita hadapi dalam kehidupan ini. Jika berlaku kebakaran kita akan hubungi pihak bomba. Jika mengalami kesakitan kita akan jumpa pakar atau doktor di hospital. Begitu juga kalau rumah ada makhluk perosak, kita akan hubungi pakar kawalan makhluk perosak.

Terdapat juga petua yang banyak untuk hapuskan makhluk peosak. Boleh jika diamalkan petua-petua yang dapat membantu kita, tapi adakalanya keberkesanan hanya sementara. Esok lusa berkemungkinan makhluk perosak akan muncul semula. Oleh sebab itu, kehadiran pakar kawalan makhluk perosak dapat membantu anda dalam menangani masalah berkaitan makhluk perosak.

Berikut adalah 2 sebab penting kenapa anda perlu khidmat pakar kawalan makhluk perosak:

1) Pakar kawalan makhluk perosak


Pakar kawalan makhluk perosak bermaksud pihak yang pakar dalam membasmi makhluk perosak seperti semut, lipas, tikus, pepijat, kutu, anai-anai dan sebagainya di persekitaran anda. Kami  mempunyai pengetahuan seperti mengenalpasti perwatakan, kelakuan, cara menangani dan pencegahan makhluk perosak. 

Juruteknik yang terlatih dan berpengalaman akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di rumah anda tidak kira masalah tersebut baru saja berlaku atau  sudah lama. Penyelesaian yang terbaik amat penting untuk anda menyelesaikan masalah berkaitan makhluk perosak. 

Syarikat pakar kawalan makhluk perosak mempunyai lesen pengendali kawalan makhluk perosak untuk beroperasi. Lesen ini akan diberikan kepada syarikat yang berdaftar untuk menjalankan servis kawalan makhluk perosak di mana-mana lokasi seperti rumah, pejabat atau restoran. 

2) Bantu selesaikan masalah makhluk perosak 


Pakar kawalan makhluk perosak akan memberikan bantuan kepada anda dalam mengatasi masalah makhluk perosak. Kami mempunyai peralatan yang lebih sesuai dan berkesan dalam memudahkan menangani masalah makhluk perosak di persekitaran anda. 

Servis secara berkala dapat membantu anda menyelesaikan masalah makhluk perosak. Sebagai contoh, makhluk perosak seperti anai-anai tidak dapat dihapuskan dengan sekali servis sahaja. Dengan servis yang dilakukan secara berkala pihak kami akan terus memberikan servis yang terbaik dalam menangani masalah anai-anai di kediaman anda.

Selain itu, pihak kami menggunakan bahan kimia yang sesuai dalam menangani masalah makhluk perosak di samping mendapat kelulusan Jabatan Pertanian. Terdapat beberapa kelas bahan kimia dari yang sesuai digunakan kepada yang paling berbahaya. Oleh itu, anda dinasihatkan jangan sebarangan guna bahan kimia untuk hapuskan makhluk perosak tanpa ada panduan yang sewajarnya.

Jangan rasa gusar untuk hubungi pakar kawalan mahkluk perosak. Pihak kami akan berikan servis yang terbaik kepada anda supaya masalah makhluk perosak di persekitaran anda selesai. Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak anda.



Di E Pest Control, pihak kami komited dalam membantu anda untuk mengurangkan masalah makhluk perosak yang dihadapi. Hanya hubungi pihak E Pest Control dan kami akan cadangkan cara yang sesuai seterusnya dapat menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

Pihak kami mengadakan PROMOSI servis kawalan makhluk perosak (Rujuk poster di atas). Hapuskan semut, lipas dan tikus di kediaman anda. Dapatkan nasihat profesional dari pakar kawalan makhluk perosak dengan 2 langkah mudah ini: 
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

5 tips dapur kemas elak serangga perosak

$
0
0

Dapur yang kemas dan bersih adalah impian semua suri rumah tangga. Baru lah semangat nak memasak tu datang bila dapur kemas dan bersih, mula la pelbagai menu hendak dicuba. Suami dan anak-anak mestilah paling gembira dapat merasa pelbagai menu yang disediakan. 

Dalam keseronokan memasak tu haruslah diingat kebersihan kawasan dapur perlu dijaga dan dikekalkan. Dapur antara salah satu tempat permulaan serangga perosak membiak kerana banyak sumber makanan yang dapat menarik serangga datang dan bersarang. 

Berikut antara 5 tips dapur kemas elak serangga perosak di kediaman anda: 

1) Tutup bekas makanan 


Bekas makanan seeloknya ditutup rapat untuk mengelakkan serangga masuk ke dalamnya. Bekas makanan seperti gula yang dapat menarik serangga perosak seperti semut haruslah ditutup rapat. Selain itu, makanan yang telah dimasak hendaklah ditutup dengan tudung saji. Serangga seperti lalat tidak akan hinggap padanya. Hal ini juga dapat mengelakkan pencemaran berlaku pada makanan tersebut. Tidaklah ahli keluarga sakit perut jika termakan makanan yang tercemar. 

2) Kemas dan lap dapur selepas selesai masak


Setelah habis masak mula lah ada minyak yang terpercik ke lantai, celahan dan bahagian dapur. Tahukah anda sisa minyak masakan yang melekat di dinding boleh menjadi sumber makanan pada lipas. Sebab tu lah lipas banyak di kawasan dapur, sebab ada sisa-sisa percikan yang kita tidak bersihkan. Selapas ini, boleh biasakan lap dan mungkin mop di bahagian dapur yang terkena percikan bahan masakan 

3) Susun atur bekas makanan 



Susun atur juga memainkan peranan penting di bahagian dapur. Bekas makanan hendaklah disusun dengan kemas dan tidak bercampur aduk bahan makanan kering dan basah. Hal ini untuk mengelakkan serangga seperti lipas dan semut membuat sarang di tempat tersebut. Kerap periksa di bahagian belakang bekas terutamanya untuk mengelakkan serangga perosak berkumpul dan bersarang, Kotak-kotak yang tidak digunakan hendaklah dibuang, kotak lembab dikhuatiri akan menjadi tumpuan anai-anai. 

4) Gunakan bahan makanan sebelum tarikh luput 




Barang makanan yang dibeli seharusnya digunakan mengikut sistem first in first out (FIFO) untuk mengelakkan makanan sampai pada tarikh luput dan tidak digunakan. Barang yang dah tamat tempoh seeloknya tidak digunakan. Hal ini untuk mengelakkan keracunan makanan dan sebagainya. Kerap periksa peti sejuk untuk asingkan makanan yang masih elok dan tidak. Tidak lah muncul kulat sebab masih lagi simpan makanan yang dah tamat tarikh luput. 

5) Buang sampah sisa makanan 




Jika terdapat tikus di kediaman anda, makhluk perosak ini akan menjadikan sampah dan sisa makanan sebagai sumber utama untuk mereka mencari makanan. Bekas sampah haruslah sentiasa ditutup untuk elakkan makhluk perosak masuk ke dalamnya. Namun, mestilah diingatkan bahawa makhluk perosak ini bukan sahaja mencari makanan malah mereka akan meninggal kesan kotoran dan juga najis serta air kencing yang akan menyebabkan datangnya pelbagai penyakit. Oleh itu, pastikan sampah anda dibuang setiap hari jangan tunggu sehingga berulat di dalamnya baru hendak bersihkan.



Jika kediaman anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di pejabat anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah makhluk perosak mengganggu anda. 

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

*Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE 

5 Tips on how to eliminate cockroaches from your house

$
0
0


There are several steps you can take to eliminate cockroaches in your house:

1. Keep your home clean

Cockroaches are attracted to dirty environments, so it's important to keep your home clean and clutter-free. Vacuum and sweep regularly, and clean up any spills or crumbs immediately.

2. Fix any leaks

Cockroaches need moisture to survive, so fixing any leaks in your plumbing or sealing any damp areas in your home can help deter them.

3. Use roach bait

Roach bait is a type of poison that attracts cockroaches and is effective at eliminating them. Place the bait in areas where you have seen cockroaches or suspect they might be hiding.

4. Use roach traps

Roach traps are an effective way to catch and eliminate cockroaches. Place the traps in areas where you have seen cockroaches or suspect they might be hiding.

5. Use a professional exterminator

If you are unable to eliminate the cockroaches on your own, consider hiring a professional exterminator. They will be able to assess the situation and recommend the most effective treatment plan.

Say Goodbye to Pest Infestations - Call Easelife Pest Control at 010-234 2542. Our team of experienced professionals is here to help you get rid of pests once and for all. Whether you're dealing with ants, mice, roaches, or any other type of pest, we have the tools and knowledge to effectively eliminate infestations and prevent future ones from occurring. Contact us today to schedule your pest control services and say goodbye to pests for good.

It's important to note that eliminating cockroaches can be a challenging and ongoing process, as they are highly adaptive and can be difficult to get rid of completely. Using a combination of the above methods and regularly inspecting and cleaning your home can help you effectively control and prevent cockroach infestations.

Maklumat asas tentang perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak untuk pengguna

$
0
0

Pest Control dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan ke Bahasa Malaysia sebagai kawalan serangga.

Perkataan Control tu memang bermaksud kawalan.

Tapi, perkataan 'pest' tu bukannya bermaksud serangga secara tepat. Cuma serangga tu adalah sebahagian dari apa yang dimaksudkan pest.

Rujuk dalam kamus Bahasa Inggeris, pest bermaksud gangguan samada orang, binatang atau apa saja benda. Dalam industri pertanian pulak, pest bermaksud serangga yang merosakkan tanaman.

Jadi, dalam Bahasa Inggeris, makna pest lebih luas berbanding ditukarkan ke Bahasa Malaysia sekadar serangga.

Untuk maklumat, rumput, lalang, atau rumpai juga merupakan salah satu dari makhluk yang mengganggu manusia dan keberadaannya tidak diingini di sesetengah tempat. Tak hairanlah jika salah satu dari kerja kawalan yang pekerja pest control lakukan adalah membenteras rumpai yang tumbuh di tepi-tepi jalan umpamanya.

Kerja pest control tak glamour

Anda tentu pernah lihat seorang pekerja, berpakaian lengkap, menyangkut bakul plastik di belakangnya sambil tangan memegang pam. Dia jalan perlahan-lahan sepanjang tepi jalan sambil menyembur cecair di celah-celah sempitan jalan atau longkang.

Tiada sesiapa yang ambil peduli pekerja tersebut. Itu tandanya kerja yang sedikitpun tidak glamour. Dia buat kerja hapuskan rumpai, lumut atau tumbuhan liar yang ada di sepanjang jalan raya. Kalau bukan kerana usaha yang dia lakukan, sekejap saja kiri kanan jalan penuh dengan lumut dan rumpai meliar. 

Kalau anda lihat kerja sebenar juruteknik kawalan serangga dan makhluk perosak buat kerja kawalan lipas di rumah, anda tentu tak mahu kerja di syarikat pest control. Bagi rumah atau kedai makan yang ada serangan teruk lipas Amerika yang besar dan busuk tu, pekerja pest control akan buka semua tudung lubang najis dan buat semburan penuh di sana.

Kalau sedang suap nasi, elok jangan bayangkan apa rupa bahan yang ada di dalam tangki najis belakang rumah anda tu!.

Itu salah satu dari kerja kotor tapi perlu dilakukan oleh para juruteknik pest control demi mencari makan sesuap nasi untuk menyara anak-anak di rumah.

Perlu ada orang yang sanggup dan biasakan diri buat kerja kotor demi kesejahteraan semua orang secara umum. Dan itulah para pekerja di syarkat pest control lakukan.

Kebaikan kawalan serangga

Samada glamour atau tidak, kerja-kerja pest control perlu juga dilakukan sebab ada banyak manfaatnya untuk anda. Saya senaraikan di bawah antara manfaat yang ada.

  1. Lindungi rumah, hartanah dari kerosakan - Antara kerosakan paling banyak berlaku pada struktur bangunan terutamanya yang lama adalah disebabkan serangan anai-anai. Selain dari itu, tikus juga rosakkan siling, lantai, wayar dan dinding rumah anda. 
  2. Memelihara kesihatan anda - anda pun tahu adanya serangga dan makhluk perosak yang menjadi punca kepada masaah kesihatan. Lipas, lalat, tikus, nyamuk, malah burung dan kelawar juga ada potensi timbulkan masalah kesihatan.
  3. Tingkatkan nilai hartanah - Kalau nak jual rumah, pastikan rumah itu bebas dari serangan serangga dan makhluk perosak. Bersih dan tiada kerosakan serta dapat dirasakan nyaman. Nilai rumah anda adalah lebih tinggi dari biasa.
  4. Tingkatkan imej perniagaan - Terutamanya untuk anda yang jalankan perniagaan makanan, pest control adalah perkara wajib. Tak ada pelanggan yang sanggup ulang pergi ke kedai yang masuk saja bau tengik tikus dan taik lipas menerjah masuk ke lubang hidung!
  5. Memberikan kedamai jiwa - Ini yang paling penting jika anda ada ambil khidmat syarikat pest control untuk uruskan segala masalah pest di rumah. Musang naik bumbung, biawak masuk lubang najis, tikus mati tersepit atas siling dan lain-lain lagi, merekalah yang akan uruskan dengan baik dan sempurna.

Berapa kos khidmat pest control

Dalam memilih syarikat pest control, anda tak boleh lari dari pertimbangkan keperluan dan bajet yang ada tersedia dalam akaun bank anda.

Memang kosnya agak tinggi berbanding jika anda buat sendiri kesemua kerja kotor dan mencabar tu. Tapi sekalipun agak tinggi, manfaat yang anda dapat adalah jauh mengatasi kosnya.

Untuk khidmat kawalan serangga perosak umum seperti Lipas, semua dan Tikus di rumah, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM600 untuk setahun punya perkhidmatan. 

Syarikat pest control akan pergi ke rumah untuk lakukan servis rutin mereka setiap 2 bulan sekali. Ketika itu mereka akan lakukan sekali pemeriksaan sekeliling rumah dan berikan cadangan untuk tindakan pencegahan kepada tuan rumah. Ini akan membolehkan tuan rumah mengelak dari potensi masalah di masa depan.

Itu harga untuk rumah teres biasa atau semi-D. Jika rumah anda sebuah banglo, luas dan banyak pokok, taman dan sebagainya, harganya adalah berbeza. Tambahan lagi jika ada dimasukkan khidmat fogging dan membunuh jentik-jentik untuk cegah masalah denggi.

Untuk restoran atau premis perniagaan, anda perlu panggil syarikat pest untuk datang buat pemeriksaan dan kemudiannya berikan cadangan bersama harga untuk urusan pest control di premis perniagaan anda itu.

Jika di ambil pakej, kawalan secara rutin dan berkala, kosnya jadi jauh lebih rendah daripada biar dah teruk baru nak panggil syarikat pest control datang.

Method kawalan yang di lakukan

Teknik bergantung kepada masalah pest yang dihadapi. Secara umumnya syarikat pest control akan menggunakan racun serangga yang berada di bawah kawalan pihak berkuasa di negara kita. Tak ada racun bahaya yang digunakan.

Asalkan syarikat yang anda ambil itu bertauliah dan berlesen serta ada pengalaman lama dalam industri, mereka akan patuhi undang-undang jika mahu terus cari makan dengan perniagaan tersebut.

Ada juga tambahan teknik seperti penggunaan perangkap, pencegahan, atau penggunaan umpan.

Contohnya anai-anai, umpan digunakan untuk dimakan oleh anai-anai dan seterusnya keseluruhan koloni di bawah rumah anda itu akan terhapus licin.

Jika anda perlukan khidmat pest control di kawasan lembah kelang dari syarikat yang berlesen dan berpengalaman sejak 1998, boleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd atau Wasap terus kepada wakil jualan dengan klik di sini.

 

Cara memilih syarikat pest control tempatan yang terbaik untuk anda ambil khidmat mereka

$
0
0


Masalah serangga dan makhluk perosak, atau lebih ringkas, masalah pest memang sesuatu yang penting untuk diberikan perhatian.

Samada anda mahu khidmat pest control untuk rumah tempat tinggal, atau untuk premis perniagaan, adalah penting untuk pastikan anda membuat pilihan syarikat yang baik yang mampu selesaikan masalah serangan serangga dan makhluk perosak yang anda hadapi.

Masalah pest yang kerap berlaku

Masalah paling kerap dihadapi oleh rumah adalah anai-anai, tikus, lipas dan semut.

Manakala masalah paling kerap dihadapi oleh premis perniagaan bergantung kepada jenis perniagaan yang anda jalankan.

Jika anda buat perniagaan kedai makan, maka khidmat dari syarikat pest control yang bertauliah tidak dapat dielakkan. Sebab utamanya adalah untuk mendapatkan lesen dari pihak majlis. 

Tak kisah samada anda benar-benar sedang hadapi masalah atau tidak, perlu juga cari syarikat pest control untuk datang dan buat servis selenggara premis dari masalah serangga dan makhluk perosak.

Biasanya, kedai makan berhadapan dengan 2 masalah utama. Pertamanya adalah tikus dan kedua masalah serangan lipas, samada lipas Jerman yang kecil tu, atau Lipas American yang besar dan busuk tu.

Boleh dirumuskan bahawa masalah utama untuk keseluruhan premis, samada rumah atau kedai adalah, anai-anai, tikus dan lipas.

Memilih syarikat pest control

Ada beberapa syarikat pest control besar antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Anda pun tahu dan kenal nama-nama syarikat tersebut. Tak perlu saya buat promosi untuk mereka.

Saya lebih berminat untuk ketengahkan syarikat pest control tempatan untuk anda gunakan khidmat mereka. Diakhir sekali nanti saya terangkan apa kelebihan syarikat tempatan berbanding syarikat antarabangsa.

Anda perlu lihat beberapa kriteria berikut dalam membuat pilihan.

1. Pengalaman dan kemahiran

Ada terlalu banyak syarikat pest control tempatan. Ada yang besar dan ada yang kecil. Sikap kebanyakan rakyat Malaysia suka melihat kepada pilihan harga yang paling rendah.

Tak salah pilih harga rendah. Tapi perlu terlebih dahulu pastikan apa pengalaman dan kemahiran syarikat yang anda pilih itu. Syarikat one-man-show memang ada banyak. Biasanya mereka yang menjadi juruteknik pest syarikat berdaftar yang buat kerja cari duit sendiri secara part-time bila cuti.

Anda bersekongkol membantu mereka buat kerja tak baik bila menggunakan khidmat mereka.

Kenapa saya kata begitu?

Biasanya mereka ambil bahan kimia dari syarikat tempat kerja mereka. Menggunakan segala peralatan syarikat dan lain-lain seumpamanya. Sebab itu harga mereka murah tak masuk akal sebab kos mereka adalah kudrat dan masa mereka sahaja. SElain dari itu semuanya percuma.

Jadi, pilihlah syarikat yang berdaftar dan sudah beroperasi dalam tempoh jangkamasa yang lama. Pastikan syarikat itu ada semua lesen yang diperlukan untuk beroperasi dengan sah.

Lesen yang wajib ada adalah Lesen PCO (Pest Control Operator). Ia diwajibkan untuk semua syarikat pest control yang mahu jalankan khidmat untuk premis orang lain.

Dengan adanya lesen PCO itu, menandakan syarikat punyai pekerja yang terlatih secara profesional untuk mengendalikan bahan kimia bagi membenteras masalah serangga dan makhluk perosak.

2. Reputasi syarikat

Anda boleh google nama syarikat dan lihat apa pelanggan lain kata tentang syarikat tersebut. Ini mudah dilakukan dalam zaman kita sekarang. 

Tengok review dalam google business misalnya. Atau tengok page mereka di Facebook atau media sosial lain.

Lebih ramai yang komen lebih bagus dan pastikan komen pelanggan adalah baik. Satu dua pelanggan komen negatif adalah perkara biasa. Itu tandanya syarikat adalah normal dan diuruskan oleh manusia biasa yang ada kalanya tersilap dan terlupa. Asalkan yang komen baik jauh lebih banyak dari buruk, itu dah kira ok.

Reputasi juga ada pada syarikat yang berdaftar dengan persatuan pest control Malaysia. Untuk menjadi ahli persatuan, mereka perlu memenuhi kriteria yang melayakkan mereka menjadi ahli. Itu tandanya mereka adalah bertauliah dan sentiasa ikuti perkembangan terhadap keperluan semasa dalam industri pest control.

3. Tempoh bertindak pantas

Ini kreteria yang penting terutamanya jika anda menjalankan perniagaan yang memerlukan khidmat pest control yang segera bila ada masalah timbul.

Contohnya klinik atau hospital di mana anda sentiasa melayan pesakit yang datang. Bila ada timbul masalah seperti tikus, lipas, semua atau sebagainya, anda mahu ia diselesaikan dengan kadar segera.

Pastikan syarikat beroperasi berdekatan dengan premis anda untuk dapatkan respon yang pantas. Jika anda ada di Shah Alam misalnya, pilihlah syarikat yang juga beroperasi dan berpusat di Shah Alam.

Namun begitu, kebanyakan syarkat pest control menggnakan van untuk melakukan kerja mereka di serata tempat. Lebih banyak team yang mereka ada, maka lebih mudah untuk memberikan respon terhadap pelanggan.

4. Produk dan teknik yang digunakan

Lihat apa produk yang mereka bawa. Adakah ianya selamat dan mesra alam sekitar. Syarikat yang terlatih dan peka kepada keselamatan akan mengutamakan pencegahan dalam teknik kawalan mereka.

Bahan-bahan yang digunakan juga perlu dipelbagaikan bergantung kepada tempat yang mahu diselenggarakan.

Teknik IPM adalah teknik terbaik di mana ia mengutamakan pencegahan berbanding rawatan menggunakan bahan kimia yang hanya dipakai untuk langkah paling akhir sahaja.

Dalam rawatan anai-anai misalnya, paling elok adalah syarikat yang terlatih dan dilantik dalam menggunakan produk umpan anai-anai yang terbukti sangat berkesan dan paling penting mesra alam tanpa bahan kimia yang merbahaya.

5. Harga dan jaminan

Ini sudah tentu penting untuk diberikan perhatian setelah semua langkah di atas sudah diambil kira.

Pastikan harga yang mereka tawarkan adalah telus dan tak ada selindung dan kejutan. Disusuli dengan tempoh jaminan tertentu yang dijanjikan oleh mereka agar anda dapat pastikan masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Jika anda perlukan khidmat pest control yang memenuhi kesemua kriteria di atas boleh hubungi Easelife Services dn Bhd atau E Pest Control yang beroperasi di Lembah Kelang sejak 1998. Hubungi Athirah di 010-234 2542 atau Azrami di 010-246 2542 untuk maklumat lanjut.

Kenapa syarikat tempatan bagus

Antara syarkat antarabangsa dengan syarikat tempatan, tiada banyak perbezaan dari segi cara dan teknik buat kerja. Kesemua pekerja adalah dari warga Malaysia juga. Semua latihan juga adalah sama dan dari sumber yang sama.

Cuma bezanya adalah dari segi respon.

Jika anda ambil syarikat antarabangsa, tersangat jarang untuk anda dapat bercakap terus dengan pihak atasan melainkan anda merupakan sebuah syarikat yang sangat besar dan punya akaun yang besar juga untuk mereka. 

Itu pun agak pelik jika syarikat KFC umpamanya, yang Pengarah Besarnya terlibat dalam hal ehwal pest control. Bukan kerja dia. Biasanya big boss saja akan berhubung dengan big boss. Jadi tak kena.

Jika anda pakai syarkat tempatan, samada pekerja anda atau anda sendiri dengan mudah untuk mendapatkan akses kepada pengarah atau pemilik syarikat itu terus jika ada apa-apa masalah.

Pemilik syarikat akan pastikan tidak seorangpun pelanggan pentingnya dikecewakan.

Itulah beza nya !

Jadi pilihlah syarikat tempaan macam E Pest Control untuk khidmat pest control yang anda perlukan.

5 serangga dan makhluk perosak paling banyak mendatangkan masalah pada pengguna Lembah Kelang

$
0
0

"Selalunya siapa yang perlukan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak ni ya?" 

Itu soalan yang sering dikemukakan setiap kali saya jumpa kawan kepada kawan-kawan yang saya kenal.

Biasalah orang berniaga, salah satu perkara wajib kena buat adalah luangkan masa jumpa kawan-kawan.

Paling penting untuk pergi jumpa dan sembang santai dengan kawan-kawan lama ni apabila dia datang bersama kawannya yang saya masih belum kenal. 

Dengan bertemu mereka, secara lansung, bertambahlah lagi jumlah orang yang kenal saya, kenal syarikat saya dan seterusnya tahu apa yang saya boleh buat untuk mereka. Kalau bukan untuk merekapun, untuk kenalan mereka.

Itu marketing namanya.

Berbalik kepada soalan di atas tadi. Bila saya dapat soalan itu, perkara pertama yang saya dapat tahu pasal orang yang bertanya itu adalah, dia memang tak pernah lagi menggunakan khidmat pest control sepanjang hidupnya. Bukan kategori orang yang saya sasarkan.

Kalau dia pernah berdepan dengan masalah pest, dan mencari syarikat yang dapat selesaikannya, tentu dia tak akan tanya soalan itu.

Orang yang berurusan dengan masalah pest ni amat sedikit. Biasanya mereka yang terlibat samada dalam urusan selenggara bangunan, atau yang terlibat dalam urusan pembelian / procurement syarikat. Itu sasaran utama individu yang saya sangat-sangat mahu jadikan kawan baik.

Untuk menjawab soalan di atas tadi, sebenarnya agak panjang. Sebab secara umum, di mana saja ada penempatan manusia, di mana saja manusia berkunjung, maka di situ khidmat pest control diperlukan.

Maksudnya, keperluan kepada khidmat pest control ni adalah sangat luas. Bayangkan kalau saya nak jawab satu persatu!.

Namun begitu, apa yang saya sering kongsikan pada kawan yang tanya soalan begitu adalah dengan memberikan gambaran kepadanya apa yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kami sebagai syarikat pest control.

Khidmat Pest Control Paling Hot

Lain syarikat pest control, lain keadaannya. Bergantung kepada tumpuan utama syarikat tersebut menjalankan perniagaan atau perkhidmatannya.

Ada banyak syarikat pest control yang ditubuhkan hanya untuk layan kerja tender dari kerajaan saja. Itupun, bukan semua tender kerajaan, hanya jabatan, kementerian atau agensi, atau tempat di mana dia ada kabel.

Itu hakikat yang berlaku sejak hari pertama saya terjun dalam dunia perniagaan sampai sekarang. Ada syarikat tu dia hanya layan kerja fogging saja dari Majlis Tempatan di sekitar lembah kelang. Kerja lain dia tak layan dan dia hidup senang lenang begitu berpuluh tahun relaks saja. Bayangkan betapa kuat ikatan silaturahim yang dia dah berjaya bina!.

Ada juga syarikat pest control yang layan kerja Fumigasi saja. Dia banyak habiskan masa kerjanya di Pelabuhan. Itu tempat utama di mana keperluan kepada khidmat Fumigation ini sangat tinggi samada secara kontena atau berasingan.

Bagi syarikat saya, seperti kebanyakan syarikat lain, kami berniaga dalam pasaran terbuka. Terpaksa menggunakan teknik marketing konvensional untuk luaskan jangkauan kami terhadap pelanggan yang ada.

Perlu juga gunakan segala medium pemasaran yang ada untuk pastikan gabungan pemasaran fizikal dan digital tidak terlepas pandang. Menulis pasal pest control di blog ini juga adalah salah satu dari usaha pemasaran yang saya lakukan untuk sampai kepada pelanggan yang disasarkan.

Untuk syarikat seperti saya, permintaan paling tinggi yang sentiasa datang adalah seperti yang saya senaraikan di bawah.

Ada lebih dari 5 sebenarnya. Tapi saya limitkan kepada 5 sahaja untuk anda yang membaca dapat gambaran apa dan siapa yang perlukan khidmat pest control.

1. Khidmat Bunuh Anai-Anai

Masalah rumah di serang anai-anai memang sentiasa ada dari mula saya berniaga dahulu sehingga sekarang. Walaupun hampir semua rumah sekarang telah beralih kepada penggunaan struktur kalis anai-anai, tetap ada serangan anai-anai juga di rumah mereka.

Pemilik rumah akan panik setiap kali dia terlihat kemunculan garisan berpasir keluar dari dinding rumahnya. Selalunya garis pasir itu muncul pada tempat yang tersorok sikit. Bila dia ubah almari untuk bersihkan, terlihat benda itu.

Bagi yang tahu, itu adalah lorong pasir anai-anai yang keluar dari dinding rumah setelah tak ada laluan lain untuk dia tembusi. Maka dibina lorong pasir yang lembab keluar dan bila ada laluan tersorok lain di dalam, dia akan masuk semula.


Jika tak diganggu, dia teruskan pakai laluan itu.

Paling banyak kejadian adalah pelanggan terkejut bila almarinya penuh anai-anai dan habis segala pakaian lamanya telah menjadi makanan anai-anai.

Bila jadi begitu, kami akan hantar juruteknik yang pakar dalam memasang sistem pengumpanan anai-anai untuk membunuh keseluruhan koloni anai-anai yang ada di rumah tersebut.

Cara itu lebih mujarab dan tak perlu risau takut kalau ada lagi kawasan lain yang anai-anai sedang buat kenduri. Sebab sekali koloni dah habis, maka kesemua tempat lain yang diserang tanpa diketahui akan turut sama habis.

2. Khidmat kawalan tikus

Masalah tikus atas siling berlari-lari mengejar pelangi adalah satu dari panggilan yang kerap kami dapat. Itu panggilan yang biasanya datang dari pemilik rumah.

Ada juga panggilan dari pemilik kedai yang berhadapan dengan masalah tikus yang merosakkan habis barangan di dalam simpanan kedai mereka.




Bagi syarikat yang terlibat dalam pembuatan barang makanan dalam premis atau kilang mereka, biasanya sudah pertimbangkan masalah tikus ini dan sudah ambil langkah awal untuk pastikan masalah tikus terkawal.

Untuk rumah, kedai atau pengeluar barang makanan amatur, semua itu terlepas pandang sejak awal. Jadi bila masalah muncul baru panik. Bila dah terantuk baru mengadah.

Kami akan hantar juruteknik untuk buat pemeriksaan secara menyeluruh terlebih dahulu di premis yang kena seranga tikus. Lihat apa puncanya. Dari mana akses kemasukkannya. Sudahkan dia bernak pinak atas siling atau sekadar masuk cari akan dan keluar balik ke sarangnya di luar.

Semua itu perlu diambil kira dan satu solusi jangka pendek dan jangka panjang akan disarankan untuk pelanggan.

3. Masalah gangguan burung

Ini satu lagi panggilan yang top kami dapat sepanjang berkhidmat dalam industri pest control ini sejak tahun 1998.

Biasanya mereka yang hadapi masalah burung jadikan premis sebagai tempat bermalam. Ada yang teruk sehingga premis sudah jadi sarang pembiakan burung, terutamanya burung merpati.

Dah bermacam solusi di buat. Dah banyak duit di keluarkan, tutup laluan pasang jaring, pasant spike dan lain-lain, semuanya tidak selesaikan masalah.

Oleh kerana solusi kami sangat berkesan, mungkin hasil dari cadangan pelanggan kami yang dah berjaya selesaikan masalah dengan menggunakan khidmat Easelife Services, maka kami di minta untuk berikan cadangan.


Apa yang kami buat, jika pemanggil adalah individu yang mahu selesaikan masalah burung di rumahnya, kami jual saja produk untuk dia lakukan sendiri rawatannya.

Hanya pelanggan dari syarikat saja yang mahukan khidmat kami untuk buat semua rawatan pada banggunan mereka akan kami buat lawatan tapak.

Biasanya mereka hadapi masalah burung jadikan bangunan mereka yang 4 atau 6 tingkat sebagai tempat bermalam. Habis kotor dan penuh najis bertaburan di bawah. Paling kritikal adalah syarikat yang terlibat dalam servis seperti hospital atai hotel.

Itu memang kepakaran kami sejak mula menggunakan produk mesra alam menghalau burung dari bangunan. Kos nya agak tinggi untuk bangunan sebab melibatkan hal ehwal keselamatan di tempat tinggi.


Perlu gunakan kenderaan, kren, scaffolding dan sebagainya yang mahal dan juruteknik yang berkelayakan.

Setakat ini, tidak ada pelanggan kami yang kecewa dengan solusi yang telah diberikan. Sekalipun dah beberapa syarikat lain di gunakan sebelum ini gagal, akhirnya kami jadi hero penyelamat mereka.

4. Masalah nyamuk

Bila musim hujan, panggilan terhadap khidmat fogging akan naik. 

Fogging dan larvasiding di perlukan untuk membunuh jentik-jentik dalam air bertakung dan kemudian membunuh nyamuk dewasa yang berterbangan mencari darah manusia.

Paling kerap permintaan datang dari syarikat pembinaan. Kawasan pembinaan mereka mahu tak mahu perlu juga buat kerja fogging dan larvaciding ini sebab itu keperluan dari kementerian kesihatan yang mahu pastikan site tidak jadi pusat pembiakan nyamuk aedes.




Ada juga rumah-rumah banglo yang luas kawasan halamannya diganggu oleh nyamuk. Mereka akan perlukan khidmat kawalan nyamuk ini secara berkala dan tetap.

5. Masalah Pepijat

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, pepijat memang menjadi-jadi. Bukan saja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Samada hotel 5 bintang atau hotel 2 bintang, bila pepijat datang, tak dapat tidak perlukan khidmat hapuskannya. Kalau tidak kena marah dan dapat reputasi buruk dari pelanggan.

Panggilan dari rumah persendirian juga sangat banyak kami dapat. Dah tak tahan bangun pag badan berbintil merah kena gigit pepijat.

Masalah pepijat ini bukan perkara asing. Semua syarikat pest control dapat panggilan dari pelanggan untuk selesaikan masalah ini.

Cuma ada kalanya masalah tidak selesai selepas rawatan dah dilakukan sebulan dua datang balik. Ada juga yang seminggu dua dah muncul semula.

Bagi kami, masalah pepijat akan kami selesaikan dengan gabungan dua cara. Rawatan menggunakan haba dan rawatan bahan kimia. Haba akan membunuh semua pepijat dari dewasa sampailah ke peringkat dakam telur sekali. Jadi mati habis terus kesemuanya tak akan muncul selepas seminggu dua buat rawatan.

General Pest Control

Pelanggan paling ramai kami di Easelife Services Sdn Bhd adalah yang mendapatkan khidmat GPC atau panjangnya seperti di atas tu.

Ia merupakan khidmat kawalan serangga perosak secara umum. Kami akan lakukan lawatan dan servis secara berkala samada setiap sebulan sekali atau setiap 2 bulan sekali bergantung kepada pelanggan.




Bagi rumah biasa, kami akan buat servis setiap 2 bulan sekali. Bagi premis perniagaan, akan buat setiap bulan.

Dalam GPC, masalah lipas, semut dan tikus adalah dalam perhatian kami sepanjang berkhidmat untuk pelanggan.

Servis berkala ini adalah sangat berkesan untuk kawalan masalah seperti lipas, semua dan tikus. Ia adalah gabungan pencegahan di mana setiap kali ada masalah, punca akan di cari dan diselesaikan samada oleh kami sendiri atau pelanggan.

Pelanggan kami untuk khidmat GPC ini terdiri dari banyak organisai terutamanya yang terlibat dengan perkhidmatan kepada orang ramai seperti hospital umpamanya.

Ada kondominium, ada apartment, ada restoran, ada pejabat, ada klinik malah ada hospital yag menggunakan khidmat servis pest control berkala ini.




Boleh dibanggakan kerana dalam berkhidmat untuk salah satu hospital berprestij di Lembah Klang ini, kami sentiasa mendapat markah tertinggi dalam keseluruhan tahap perkhidmatan kami. 


Itu bukti komitmen tinggi yang kami berikan buat semua pelanggan yang ada di bawah jagaan kami.

Jika anda perlukan khidmat pest control sila berhubung dengan pegawai kami untuk maklumat lanjut. Call Azrami 010-246 2542


 


9 petua yang anda boleh guna untuk halau cicak yang suka berak merata di rumah anda

$
0
0

Ada dua perkara yang ramai orang tak suka pada cicak ini. Pertamanya adalah bunyinya yang sekali sekala agak mengejutkan. Anak-anak kecil terutamanya akan terpegun kaku setiap kali mendengar bunyi cicak yang agak lantang di malam sunyi.

Satu lagi perkara yang paling dibenci oleh orang ramai terhadap cicik ini adalah masalah berak. Cicak suka berak merata tempat di mana saja dia suka. Malah kadang kala dia boleh lepaskan taiknya yang busuk semacam tu atas kepala anda.

Jika anda tinggalkan rumah yang ada cicak kosong seminggu atau dua minggu, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta taik cicak di merata tempat. Atas meja makan, atas kabinet, kat dapur dan sebagainya.
"Hapuskan pepijat 100% berkesan dengan Haba! Hubungi Azrami di nombor 010-246 2542 - Easelife Services Sdn Bhd Syarikat Pest Control berlesen"
Ringkasnya cicak memang jenis binatang atau makhluk yang ramai manusia tak suka. Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.

9 cara halau cicak dari rumah

Jika anda merupakan salah seorang yang sedang menghadapi masalah cicak yang terlalu banyak di rumah, boleh cuba amalkan 9 cara yang dikongsikan di bawah untuk halau cicak dari bermaharajalela di rumah anda.

1. Perangkap cicak

Anda boleh tangkap cicak yang banyak kat rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli samada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.

Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang ada melekat kat sinu.

Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.

2. Penghalau cicak

Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari kat pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.

Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.

3. Perangkap buatan sendiri

Anda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.

Selepas itu letakkan di tempat di mana cicak ada banyak. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.

4. Jadikan rumah tidak mesra cicak

Cicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda senantiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian singki.

5. Jauhkan makanan cicak

Salah satu sebab cicak duduk menumpang dan bernak pinak kat rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.

Makanan yang cicak amat suka ada serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, cicak akan belah.

6. Hapuskan ruang tinggal cicak

Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan kasi runag langsung untuk cicak jadikan pot tempat melepak mereka.

7. Gunakan bawang putih

Anda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih kat tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.

Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap siling dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.

Jangan anda sendiri yang pengsan bau bawang putih dan keluar dari rumah sebab tak tahan bau bawang putih sudahlah !

8. Gunakan bulu merak dan kulit telur

Anda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur. Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak.

Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.

9. Gunakan air ais sejuk

Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk gedik supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan mereka akan kejang tak boleh bergerak.

Bila jadi macam tu, ambil saja cicak yang tengah jem tersebut masukkan ke dalam beg plastik ikat kuat-kuat dan lepaskan ke dalam sungai supaya cicak itu belayar pergi jauh dari rumah anda. Kalau tak mahu cicak belayar, anda boleh terus bunuh saja cicak itu, selesai cerita.

Selamat mencuba ! 

Lindungi Rumah dan Keluarga Anda dengan Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Terbaik Malaysia

$
0
0


Bagus betul ChatGPT dalam bab mengarang.

Saya minta dia karang satu iklan yang terbaik untuk menarik minat pelanggan berpotensi menggunakan khidmat pest control syarikat saya Easelife Services Sdn Bhd.

Dan ini lah hasil karangannya. Cuba baca dan secara jujur adakah anda rasa ia menarik?

Tajuk: Lindungi Rumah dan Keluarga Anda dengan Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Terbaik Malaysia

Adakah anda bosan berhadapan dengan makhluk perosak yang menjengkelkan yang menyerang rumah anda?

Tak perlu mencari  lagi!

Kami adalah pakar kawalan makhluk perosak terbaik di Malaysia, dengan rekod jejak yang terbukti dari segi kepuasan pelanggan. 

Biar kami terangkan mengapa perkhidmatan kawalan makhluk perosak kami adalah penyelesaian yang sempurna untuk keperluan anda.

Ambil Perhatian

Jangan biarkan makhluk perosak menguasai rumah anda! 

Iklim panas dan lembap di Malaysia mencipta persekitaran yang ideal untuk makhluk perosak berbahaya seperti nyamuk, anai-anai, semut, lipas, tikus, dan mencit. 

Setiap tahun, rakyat Malaysia membelanjakan lebih daripada RM 1 bilion untuk kerosakan yang berkaitan dengan anai-anai sahaja. 

Bertindak sekarang untuk melindungi rumah dan keluarga anda daripada bahaya yang ditimbulkan oleh penyusup yang tidak diundang ini.

Pilih Easelife Services Sdn Bhd

Sebagai pakar kawalan makhluk perosak terkemuka dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri di sini, kami memahami cabaran unik yang dihadapi oleh penduduk Lembah Klang. 

Penyelesaian kawalan makhluk perosak kami yang komprehensif direka untuk menangani keperluan khusus rumah anda, memastikan keselamatan keluarga anda dan daya tahan struktur bangunan anda. 

Berikut adalah apa yang membezakan kami:

  • Pelan kawalan makhluk perosak yang disesuaikan mengikut keperluan rumah anda. 
  • Juruteknik yang berkemahiran tinggi dan bersijil menggunakan teknik dan alat terkini.
  • Produk mesra alam dan selamat untuk melindungi keluarga dan haiwan peliharaan anda.
  • Rekod jejak yang terbukti dengan banyak pelanggan yang berpuas hati di Lembah Klang

Selamat dan selesa

Bayangkan rumah tanpa makhluk perosak di mana anda boleh berehat dan menikmati masa berkualiti dengan orang yang tersayang, tanpa risau tentang risiko kesihatan atau kerosakan struktur.

Pasukan pakar kami akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan melaksanakan langkah-langkah kawalan makhluk perosak yang berkesan untuk menjaga rumah anda agar selamat dan selesa.

Dengan memilih perkhidmatan kami, anda akan:

  • Mengurangkan risiko penyakit bawaan vektor, seperti demam denggi. 
  • Melindungi keluarga anda daripada pendedahan kepada bakteria dan alergen berbahaya. 
  • Mengelakkan kerosakan struktur yang mahal yang disebabkan oleh anai-anai dan serangga penggerek kayu yang lain. 
  • Menjaga persekitaran makanan yang bersih dan selamat di rumah anda

Bertindak segera

Jangan tunggu sehingga makhluk perosak menjadi masalah besar di rumah anda. Ambil tindakan sekarang dengan menghubungi pakar kawalan makhluk perosak terbaik Malaysia! 

Hubungi kami hari ini di 010-246 2542 (Azrami) atau layari laman web kami di http://www.easelifepestcontrol.com/ untuk ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian kawalan makhluk perosak yang disesuaikan.

Lindungi rumah dan kesihatan keluarga anda dengan perkhidmatan kawalan makhluk perosak yang boleh dipercayai dan berkesan.

Biar kami membantu anda menikmati persekitaran kediaman yang selesa dan bebas makhluk perosak. 

Bertindak sekarang dan rasai perbezaan perkhidmatan kawalan makhluk perosak terbaik Malaysia.

Kawalan serangga di rumah - Lebih jimat ambil kontrak setahun berbanding sekali servis

$
0
0


Apa saja barangan atau peralatan yang anda mahu guna dalam masa yang lama perlu penjagaan yang rapi. Penjagaan yang rapi di sini bermakna cara pakai yang betul diikuti oleh aktiviti selenggaraan yang dijalankan secara berkala.

Sikap tunggu kejutan terhadap kerosakan, kemudian baru baru nak baiki, sering kali membawa padah. Samada kerosakan terlalu teruk dan tidak berbaloi untuk dibaiki lagi atau berlaku perkara tidak diingini terhadap pemakainya jika ia peralatan yang merbahaya.

Anda tentu dah biasa dengan penggunaan kenderaan. Samada kereta atau motosikal dan sebagainya. Hampir semua pengguna kenderaan sudah ada budaya menjaga kenderaan dengan rapai seperti yang saya tulis di atas sekali. 

Kenderaan di bawa ke bengkel untuk selengaraan berkala dan usaha pencegahan dari kerosakan di pastikan dibuat dengan baik.

Itu kenderaan. Bagaimana dengan rumah anda?

Rumah juga perlu selengaraan supaya tidak berlaku kerosakan dan supaya rumah dapat menjadi tempat berlindung dalam tempoh masa selama mungkin. Selengaraan rumah termasuklah sekali dengan semua peralatan yang ada dalam rumah itu. Kipas, pendingin hawa, mesin air coway, perabut dan sebagainya.

Aktiviti kawalan serangga perosak

Salah satu aktiviti selenggaraan yang tidak kurang pentingnya untuk rumah anda adalah pencegahan dari serangan serangga dan makhluk perosak.

Serangga perosak yang paling kerap memberikan masalah terhadap rumah adalah anai-anai. Jika struktur rumah banyak menggunakan kayu, kerja pencegahan dan kawalan anai-anai bukan lagi satu pilihan. Anda perlu wajibkan usaha tersebut.

Selain dari anai-anai, tikus juga boleh membawa kerosakan kepada peralatan rumah anda. Banyak benda di hancurkan oleh tikus yang gemar menggerit bahan keras. Pintu, siling, paip, wayar, almari, tupperware dan sebagainya sering menjadi mangsa tikus.

Lipas juga boleh membawa kerosakan kepada barang-barang dirumah anda. Begitu juga semut yang suka jadikan lubang saluran wayar eletrik sebagai sarang mereka. Semut juga boleh masuk ke peralatan eletrik dan mampu rosakkan peralatan tersebut.

Tidak cukup dengan membawa kerosakan, paling buruk adalah keupayaan serangga perosak itu membawa masalah kesihatan kepada penghuni rumah.

Bagi pengguna yang tahu kepentingan urusan kawalan serangga dan makhluk perosak di rumah, mereka tidak akan terlepas pandang untuk mengadakan peruntukan bagi aktiviti kawalan serangga ini.

Jimatkan kos selengaraan

Lebih kurang sama dengan kenderaan, jika anda mahu jaganya dengan baik, perlu ikut jadual tetap bagi selenggaraan. Jangan tunggu masalah timbul baru nak buat. Kawalan serangga perosak juga lebih berkesan dan menjimatkan jika anda jadikannya satu aktiviti berkala.

Ada pelanggan yang tidak sedar bahawa kos bagi aktiviti selengara secara berkala adalah jauh lebih menjimat berbanding aktivi tidak berjadual. Menjimatkan dari segi kos jangka pendek mahupun kos jangka panjang.

Semua syarikat pest control ada tawarkan pakej kawalan serangga umum secara berkala khas untuk pelanggan rumah penginapan. Kebiasannya ia adalah pakej setahun dengan 6 kali servis. 

Syarikat pest control akan melakukan aktiviti kawalan serangga setiap 2 bulan sekali. Ia merangkumi aktiviti seperti berikut.

1. Pemeriksaan pencegahan

Rumah anda akan dibuat pemeriksaan untuk kenal pasti potensi adanya masalah jika tidak segera di atasi. Contohnya terdapat kelembapan, bukaan rekahan dan sebagainya pada struktur rumah anda. Itu semua akan menjemput serangga dan makhluk perosak untuk masuk.

Pemeriksaan kehadiran tanda anai-anai juga dilakukan dengan rapi. Ini dapat mencegah serangan anai-anai itu menjadi lebih parah dan dapat menghalang kos tinggi membaiki kerosakan yang disebabkan olehnya.

2. Rawatan dan kawalan

Selepas pemeriksaan dilakukan dan semua maklumat dikumpulkan, pekerja kawalan serangga yang terlatih dan bertauliah itu akan mula melakukan aktiviti rawatan.

Ia melibatkan kerja menghapuskan lipas dan semut dari terus ada dan membiak di rumah tersebut. Selalunya, rawatan ini akan kekal selama lebih kurang 2 bulan. Sebab itulah pakej 2 bulan sekala selama setahun ditawarkan kepada pelanggan rumah.

Ada kalanya rawatan tambahan dilakukan seperti rumah yang tiba-tiba di serang oleh tikus sesat. Antara cara berkesan merawat masalah tikus ini adalah dengan melihat punca kahadirannya. Juga memeriksa laluan kemasukannya. Semua itu akan dibaiki dan tikus yang ada akan dipasang perangkap sehingga ia berjaya dihapuskan.

Aktiviti selenggara seperti di atas, akan dapat menghalang masalah dari merebak menjadi lebih besar.

Menjimatkan kos

Kenapa kos kawalan serangga berkala jauh lebih murah dari kos rawatan mengejut?

Sebab utama kos dapat dijimatkan adalah kerana kontrak servis secara berkala dapat dijadualkan secara lebih tersusun. Syarikat akan pastikan kos logistik dikongsikan oleh semua pelanggan yang berada dalam kilometer radius yang berdekatan.

Anda tentu maklum bahawa kos logistik adalah sangat tinggi sekarang. Perjalanan ke satu tempat hanya untuk melakukan servis kepada sebuah rumah sahaja adalah tidak berbaloi. Sebab itu jika anda panggil syarikat pest control untuk hadir segera selesaikan masalah, bayarannya adalah agak tinggi dari biasa.

Syarikat Easelife Services Sdn Bhd menawarkan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak umum hanya dengan kos RM600 sahaja untuk setahun. Ia merangkumi kawasan lembah Kelang sahaja. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, puchong dan berdekatan, kosnya boleh direndahkan lagi. Jika anda berminat, hubungi segera kami di nombor yang tertera di bawah ini.

Khidmat General Pest Control Secara Pakel setahun. Call Muhammad 019-226 0807 atau Klik di sini untuk terus Whatsapp ke nombor tersebut. Atau scan pada QR Code di bawah untuk terus whatsapp.

 

Kenapa anda di larang sembur aerosol racun serangga bila jumpa anai-anai di rumah

$
0
0


Baru-baru ini saya dapat satu panggilan dari Shah Alam. Dia mahu maklumat lanjut berkenaan cara untuk menghapuskan masalah anai-anai dirumahnya.

"Rumah saya dah kena makan anai-anai dari bawah sampai ke atas naik ke siling dah .. " terang pemanggil lelaki itu.

Dari nada dan cara dia terangkan masalah serangan anai-anai itu jelas ada rasa risau dalam dadanya. Dia mahu masalah itu diselesaikan dan tidak berulang lagi.

"Waktu malam dapat dengar anai-anai tu keluarkan bunyi, tik tik tik .. agak menyeramkan!" sambungnya lagi menampakkan tanda satu lagi kerisauan sedang bergelora di hati.

"Macam mana you buat rawatan masalah anai-anai tu ya, dan berapa harganya?" laju dia terus nak tahu pasal harga.

Seperti biasa saya cuba ringkaskan penerangan supaya dia boleh faham dan buat keputusan dengan yakin. Saya jelaskan sedikit di bawah ni.

1. Cara biasa - tebuk lubang

Lubang akan ditebuk di sekeliling rumah pada bahagian lantai berdekatan dengan semua dinding rumah. Bergantung kepada saiz rumah, jumlah lubang akan menentukan kos rawatan. Setiap lubang akan disuntik bahan kimia beracun.

Bahan kimia itu akan melakat dengan tanah di bawah rumah itu, melebar ke bahagian slab rumah dan kawasannya untuk membentuk lapisan perlindungan.

Jumlah lubang untuk rumah teres bersaiz biasa boleh capai dalam lingkungan 200 lubang atau lebih. Bergantung kepada jenis bahan kimia, kesan terhadap anai-anai adalah berbeza. Panjang juga jika mahu diterangkan secara mendalam.

Bagi anda yang tak mahu rosakkan tile rumah yang dah cantik kemas terpasang, tentu tak akan benarkan cara sebegini. Memang ada pelanggan yang menolak terus cara tebuk lubang sedemikian atas faktor sayang pada rumah.

2. Cara sistem umpan

Untuk yang tak suka lantai rumahnya dicacatkan, ini soluti paling baik. Pasang saja stesen yang dimasukkan umpan anai-anai di dalamnya.

Anai-anai akan masuk ke dalam stesen dan mula ambil semua umpan tersebut masuk ke dalam sarang di mana koloninya tinggal.

Bahan umpan yang mengandungi IGR - bahan pembantut pertumbuhan serangga, mula bertindak membunuh anai-anai secara perlahan-lahan. Akhirnya keseluruhan komoni bawah tanah tu akan terhapus.

Bila jadi begitu, semua tempat yang diserang anai-anai di atas rumah tadi akan jadi kering dan sudah tidak ada anai-anai lagi. Jadi tak perlu risau takut ada di bahagian lain yang anda tak nampak sebab tersorok. Di mana saja mereka berada dalam rumah tu akan pasti terhapus mati.

Lubang tak payah tebuk, rumah tak rosak dan semua anai-anai mati. Cuma berapa lama ia akan selesai adalah tidak pasti. Dari pengalaman, paling lama pernah berlaku adalah 2 bulan. Paling cepat adalah dalam 2 minggu saja.

Mana pilihan terbaik

Itu soalan yang sangat sukar untuk dijawab. Kalau tanya saya, lebih suka berikan statistik aduan selepas rawatan selama saya berkhidmat dalam industri pest control ini.

Untuk kerja tebuk lubang dulu, dalam 10 pelanggan, pasti akan ada hampir separuh yang komplen ada lagi anai-anai. Komplen tak sudah-sudah dan kos kami akhirnya melambung dan jatuh rugi. Sebab itu saya tak berapa gemar syorkan cara tebuk lubang.

Bila syarikat kami mendapat peluang dilantik sebagai syarikat bertauliah menggunakan sistem pengumpanan yang terkini, saya terus syorkan pada pelanggan cara ini. Dan hasilnya, dari 10 pelanggan, nak dapat satu komplen pun susah. Sentiasa mantap dan berjaya selesaikan masalah pengguna. 

Jangan spray aerosol

Dari penerangan saya di atas, nampak jelas apa yang akan dipilih oleh pelanngan. Cuma perlu jelaskan berapa kos merawatn pakai umpan sekarang.

Untuk itu, saya perlu buat pemeriksaan tapak terlebih dahulu.

Bila sampai ke rumahnya, memang ada banyak kesan anai-anai pada bahagian yang popular di serang anai-anai. Pada rangka pintu bilik air, pada stor, pada kabinet dapur, pada almari sebelah bilik air, pada skirting rumah dan pada tangga kayu rumah.

Banyak tempat yang dah kering. Anai-anai sudah melarikan diri. Saya tanya samada dia ada sembur apa-apa racun. Dia mengiyakannya. 

Ramai pelanggan akan buat begitu. Pertamnay sebab geram habis kayu buku almari, baju dan lain-lain telah rosak. Sembur dan bunuh terus anai-anai putih kecil tu. Rasa puas hati.

Keduanya sebab nak hapuskan masalah.

Apa yang anda dapat hasil dari menyembur racun bila jumpa anai-anai hanyalah puas hati saja melihat serangga makan kayu itu mati. Tapi ia lansung tidak selesaikan masalah.

Jumlah yang mati itu hanya sebahagian yang sangat kecil berbanding jumlah anai-anai yang ada tersorok anda tak nampak.

Tahukah anda bahawa untuk satu koloni, boleh ada lebih dari 2 juta ekor anai-anai. Bila anda sembur di satu tempat, berapa ekor sangat yang mati. Tak terkesan lansung terhadap kecekapannya untuk merosakkan segala struktur kayu di rumah.

Satu lagi sebab kenapa anda dilarang sembur racun serangga adalah jika mahu hapuskan anai-anai tersebut dengan menggunakan sistem pengumpanan.

Sistem itu perlukan anai-anai ada kelihatan di laluannya. Bila ada laluan, kami akan pasang stesen umpan tersebut merentanginya. Dia akan masuk dan makan.

Kalau cari anai-anai tak jumpa, dan itulah yang sering berlaku selepas kena sembur. Pemasangan sistem umpan jadi agak mencabar. Kena tunggu dia muncul semula dn baru boleh pasang. Atau cuba-cuba pada tempat yang dirasakan dia akan datang.

Semburan racun akan halau anai-anai ke lokasi lain yang anda tak tahu. Biasanya bila dah banyak anai-anai tu baru mudah nampak. Itu yang bahaya anai-anai ni.

Jadi, ringkasnya, jika jumpa anai-anai di rumah, jangan sembur. CALL kami di 019-226 0807 E Pest Control. Atau Wasap terus dengan klik di sini. Atau scan QR Code di bawah.



5 langkah asas jadikan rumah anda tidak disukai serangga dan makhluk perosak

$
0
0

Bagi penduduk bandar, banyak masa di habiskan dengan urusan cari makan. Masa yang diambil untuk pergi dan balik kerja saja sudah sangat lama. Baik pergi kerja dengan menggunakan kenderaan sendiri, mahupun kenderaan awam, cabarannya amat besar.

Tekanan di tempat kerja juga boleh sempitkan dada. Balik awal agak jarang berlaku. Ada kalanya kerja tak habis dan perlu di bawa balik ke rumah.

Semua itu membuatkan anda jadi letih setiap kali balik ke rumah. 

Bila balik tu, sudah tentu anda mahu pastikan keadaan rumah adalah nyaman dan selesa agar proses caj semula tenaga dan kesegaran diri anda dapat berlaku dengan pantas.

Salah satu perkara penting yang dapat membuatkan rumah anda berada dalam keadaan selesa dan selamat adalah, ketiadaan serangga seperti lipas, semut dan tak ada juga makhluk perosak seperti tikus. 

Ada 2 perkara yang serangga dan makhluk perosak ini boleh buat pada manusia.

  • Masalah kesihatan - Nyamuk, lipas, lalat, tikus dan lain-lain seumpamanya mampu mendatangkan masalah kesihatan pada manusia. 
  • Masalah kerosakan - Anai anai dan tikus adalah contoh makhluk perosak yang boleh buatkan rumah anda rosak dan hilang nilai jika tidak diberikan perhatian.

2 perkara tersebut di atas perlu diberikan perhatian serius untuk jadikan rumah anda tempat berehat yang nyaman dan selamat. Anda perlu luangkan masa sekejap untuk kawal serangan makhluk perosak ini. Ia memerlukan disiplin dan istiqamah dalam melaksanakannya.

Saya kongsikan cara asas yang anda boleh lakukan. 

1. Dapatkan khidmat pakar

Adalah penting untuk tahu cara yang berkesan untuk pastikan serangga dan makhluk perosak tak ada di rumah anda. Dan cara itu ada banyak dan berbagai. Anda mungkin pernah ada pengalaman dan tahu serba sedikit untuk melakukannya. Tapi ada orang yang memang jauh tahu lebih banyak. Mereka adalah para profesional yang berkhidmat dalam industri kawalan serangga dan makhluk perosak.

Jadi, ambil mana-mana syarikat yang BERLESEN dan dah lama berkhidmat dalam industri kawalan serangga ini untuk kerja-kerja kawalan dan selenggaraan di rumah anda. 

Macam orang Kedah kata, 

Bagi depa saja lah buat. Memang itu kerja depa pun - Berikan kerja kawalan serangga kepada mereka yang terlatih untuk kerja itu.

Ada 2 khidmat penting dan berguna yang anda dapat dari syarikat kawalan serangga dan perosak.

Cara terbaik untuk pencegahan - Sebelum kena serang dengan serangga dan makhluk perosak tertentu yang masih belum hadir di rumah anda itu, elok berhati-hati dengan melakukan langkah-langkah pencegahan. Khidmat nasihat ini akan diberikan oleh juruteknik profesional pest control yang melawat dan menyelenggara rumah anda secara berkala.

Menghapuskan yang dah ada - Sudah tentu anda ambil khidmat syarikat kawalan serangga untuk melakukan tugas ini. Untuk hapuskan masalah lipas, semut, tikus atau anai-anai dan sebagainya yang dah ada di rumah anda tu.

Kerja kawalan serangga adalah kerja yang perlu dilakukan secara berterusan. Tak boleh main ikut suka bila ada masalah baru nak cari syarikat pest control. Sama juga dengan tak boleh bila nak terberak baru nak korek lubang.

Jika anda sedang mencari syarikat pest control berlesen dan berpengalaman di sekitar Lembah Klang, boleh berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd. Telefon Nur Athirah 010-234 2542

2. Tutup pintu masuk

Tindakan awal pencegahan paling asas adalah untuk tutup semua pintu kemasukan serangga dan makhluk perosak dari rumah anda.

Untuk tutup semua punca kemasukkan itu, anda perlu buat pemeriksaan di keseluruhan rumah terlebih dahulu untuk kenal pasti punca kemasukkan, atau potensi yang membolehkan mereka masuk. Boleh minta khidmat syarikat kawalan serangga seperti yang saya sebutkan di atas tadi.

Untuk langkah paling mudah yang anda boleh lakukan sendiri adalah dengan lihat terlebih dahulu pintu dan bukaan yang memang dah ada di rumah anda tu. Contohnya pintu dan tingkat. Itu bukaan paling logik yang akan digunakan oleh serangga dan makhluk perosak untuk masuk ke dalam rumah anda tu.

Lihat samada wujud ruang yang membolehkan serangga dan makhluk perosak merayap masuk. Kalau pintu rumah ada ruang besar sampai ular sawa pun boleh merayap, dah tentu tikus juga secara mudah akan dapat masuk. Apatah lagi semua dan lipas. Selesaikan masalah itu dulu.

Jika pintu memang dah rapat, masih ada ruang sikit untuk serangga kecil masuk. Anda boleh pasang penyapu pintu atau dalam Bahasa Inggeris di panggil 'Door Sweeps'. Sekarang anda boleh dapatkan semua itu dengan mudah di kedai DIY saja.

Bagi rumah yang dikelilingi hutan dan semak samun, tingkap seeloknya ditutup oleh jaring halus untuk menghalang kemasukkan serangga terbang ke dalam rumah anda. Jadi aliran udara dapat berlaku dengan baik tapi tetap dapat menghalang kemasukkan serangga tak diingini.

3. Bersih dan kemas rumah

Serangga dan makhluk perosak akan pilih rumah yang ada makanan dan tempat berlindung paling selesa buat mereka. Dan semua itu ada pada rumah yang tidak dibersihkan dan tidak dikemas rapai oleh penghuninya.

Oleh itu, sila bersih dan kemas rumah biar cuci calat. Kalau malas nak buat sendiri, kenalah cari maid atau upah syarikat house keeping.

Makanan perlu disimpan dalam bekas yang baik kedap udara dan terlindung, jangan dibiarkan terbuka. Samada atas meja, atas rak atau dalam kabinet. Tutup semua ruang yang membolehkan mereka dapatkan makanan dari rumah anda.

Bila tumpah, segera cuci dan lap. Bila dah makan, segera cuci pinggan dan jangan dibiarkan lama dalam sinki. Perlu rajin vakum untuk sedut semua sisa makanan jika ada yang terserpih jatuh.

Buang sampah keluar dengan masukkan ke dalam beg yang kemas dan tutup rapat tong sampah di luar rumah tu.

4. Buang air bertakung

Ini penting untuk tempat seperti negara kita yang sering hujan dan ada banyak nyamuk terutamanya Aedes. Bukan saja nyamuk, serangga lain dan makhluk perosak lain juga suka kalau rumah anda ada banyak tempat air bertakung.

Elakkan dari jadikan kawasan sekeliling rumah anda menjadi tempat air bertakung. Begitu juga dengan apa saja bekas, pasu, tayar lama yang mampu menakung air tak boleh dibiarkan. Hapuskan segera untuk keselamatan dan kesejahteraan anda dan keluarga.

Kalau anda peminat kolam, pastikan airnya mengalir atau beredar dengan memasang sistem roda putaran dan sebagainya, supaya dapat menghalang serangga dan makhluk perosak membiak di dalam tu.

5. Jaga kebun bunga

Pertama sekali, potong atau trim dahan dan daun yang berdekatan rumah anda. Jangan biarkan pokok bersentuhan sampai jadi jambatan untuk serangga dan makhluk perosak masuk ke rumah anda.

Kalau anda tanam pokok di sekeliling rumah, pastikan pokok tidak rapat dengan dinding rumah. Jarakkan dalam 2 kaki atau lebih. Paling baik, letakkan batu kerikil di sekeliling rumah anda antara tumbuhan dengan dinding rumah tu. Ini akan menyusahkan serangga dan makhluk perosak menghampiri dinding.

Potong rumput supaya sentiasa pendek supaya mereka tak dapat menyorok selesa di dalam semak rumput tu.

Akhir sekali, batu, kayu, papan, pasu pecah dan seumpamanya jangan dibiarkan berselerak sampai jadi tempat menyorok dan membiak mereka.

Dengan menjaga keadaan kebun dan halaman rumah anda tu, bukan saja rumah jadi cantik, malah dapat hindari dari kemunculan serangga dan makhluk perosak masuk ke dalam rumah anda.

Jika anda sedang mencari syarikat pest control berlesen dan berpengalaman di sekitar Lembah Klang, boleh berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd. Telefon Nur Athirah 010-234 2542

Perkhidmatan cari, ambil dan buang bangkai tikus yang mati di siling pejabat anda

$
0
0


Pernah berhadapan dengan bau yang sangat busuk datang dari atas siling di pejabat tempat kerja anda?

Bau bangkai tikus mati tak ada orang yang mampu bertahan. Kalau ada di kawasan terbukapun dah cukup menyiksakan. Apatah lagi jika ada di dalam bangunan tertutup yang bergantung harap kepada penghawa dingin untuk segarkan udara.

Kebelakangan ini, syarikat kami Easelife Services Sdn Bhd, sering mendapat panggilan telefon bertanyakan khidmat cari, ambil dan buang bangkai tikus. Staff di dalam bangunan pejabat sudah tidak mampu bertahan lagi. Baunya rasa macam nak pengsan.

Ambil buang tikus mati pelanggan

Selama ini, kerja ambil dan buang tikus mati, hanya kami lakukan khas untuk para pelanggan syarikat yang mengambil pakej setahun khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak. Pakej tu diberi nama GPC atau dalam Bahasa Inggeris bererti 'General Pest Control'.

Dalam pakej GPC, pelanggan akan diberikan khidmat selengaraan dan kawalan untuk masalah lipas, semut dan tikus. Juruteknik kawalan serangga kami akan hadir di premis pelanggan sebanyak sekali setiap bulan untuk lakukan kerja-kerja kawalan.

Semburan bersisa dilakukan untuk kawalan lipas dan semut. Pada kawasan sensitif, umpan gel disapukan. Untuk tikus pulak juruteknik akan sentiasa memantau keadaan premis melihat samada potensi tikus untuk masuk ke dalam bangunan ada. 

Khidmat nasihat diberikan agar punca kemasukan itu segera di atasi agar tiada tikus dari luar masuk cari makan di dalam bangunan. Umpan tikus akan diletakkan pada tempat yang sesuai buat tikus yang dah tersesat masuk dan berada di dalam siling rumah terutamanya.

Bila dah makan umpan, biasanya tikus akan meninggal dunia dalam tempoh 7 ke 10 hari. Jika dia mati di luar rumah, masalah tak timbul. Jika mati atas siling tu, maka juruteknik akan segera ke premis untuk selesaikan bangkai tersebut sebelum bau yang memudaratkan tercetus.

Semua khidmat itu ada dalam pakej GPC.

Khidmat buang bangkai tikus

Untuk pelanggan yang hanya mahu syarikat Easelife Services cari, ambil dan buang bangkai tikus sahaja, selalunya akan kami tolak.

Hanya setelah dirayu sebab sangat terdesak dan tak ada syarikat lain yang sudi ambil kerja itu, barulah kami pertimbangkan. Itupun setelah di lihat kedudukan semua team yang berada di luar samada berdekatan dengan premis kejadian.

Sebagai syarikat yang dah melibatkan diri dalam dunia pest control sejak 1998 lagi, sudah tentu kami faham betapa terseksanya pelanggan yang berhadapan dengan kes tikus mati atas siling. Maka kami ambil juga kerja tersebut.

Oleh kerana kerap sangat dapat panggilan, maka Easelife Services Sdn Bhd putuskan untuk sediakan khidmat tersebut bermula tahun ini. 

Diharapkan dengan keprihatinan kami, maka pelanggan akan sudi pertimbangkan untuk ambil pakej setahun GPC yang kami tawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.

Apa yang anda perlu buat apabila berhadapan dengan tikus mati adalah segera berhubung dengan kami di nomboe berikut.

Nur Athira 010 - 234 2542 atau klik sini untuk whatsapp

Semua servis cari, ambil dan buang tikus mati ini hanya untuk kawasan di Lembah Kelang sahaja.

Perlu ada sijil khidmat kawalan makhluk perosak untuk mohon lesen perniagaan kedai runcit

$
0
0


Jika anda mahu menjalankan perniagaan kedai runcit atau lebih dikenali sekarang sebagai mini market, anda perlu mendapatkan lesen perniagaan dari pihak majlis perbandaran yang berkenaan di kawasan tempat anda menjalankan perniagaan.

Buat anda yang tidak pernah memohon lesen perniagaan dari pihak majlis, langkah pertama adalah untuk dapatkan borang 'Borang Permohonan Lesen Perniagaan & Iklan'. Perlu isi semua maklumat yang diperlukan dalam borang.

Dalam borang juga diberikan senarai semakan lengkap segala perkara yang anda perlu sediakan ketika menghantar borang kepada pihak majlis. Dalam senarai semak ada senarai khas untuk permohonan premis yang melibatkan makanan, dalam kurungan di tulis restoran, dalam senarai itu disyaratkan ada sijil kawalan makhluk perosak.

Soalan:"Saya hanya buka kedai runcit dan bukan restoran, adakah saya perlukan perkhidmatan kawalan makhluk perosak?"

Itu soalan biasa yang peniaga kedai runcit ajukan setiap kali mahu memohon lesen perniagaan untuk kedai runcitnya.

Jawapannya adalah "YA !"

Dalam kedai runcit ada makanan samada yang basah atau yang kering, yang terdedah atau yang berbungkus, ia berhadapan dengan risiko serangan makhluk perosak terutamanya tikus, lipas dan lalat.

Kedai runcit dan makhluk perosak

Pernahkan anda masuk ke kedai runcit ketika membuat tinjauan mencari barang yang anda mahu beli, terbau sangat pekat di dalam kedai tersebut. Ada bau kencing tikus yang sangat hamis. Ada kalanya berbau najis lipas yang sangat kuat.

Apa perasaan anda ketika itu?

Tentu terbayangkan bagaimana semua makhluk perosak itu merayap mencari makan di malam hari ketika kedai tidak beroperasi. Habis segala makanan dipijak dan dinajiskan. Esoknya sebelum buka kedai, pemilik hanya akan sapu sampah bersihkan kedai dan beroperasi seperti biasa.

Dan begitulah saban hari berlaku di mana waktu siang orang ramai masuk keluar kedai dan waktu malam tikus dan lipas pula berpesta.

Cuba anda pergi ke bahagian roti, ambil dan cium bagaimana baunya. Tentu ada bau roti yang sedap tu dan kalau nasib tak baik, kedai tu tak kawal masalah tikus, bau roti itu bercampur pula dengan bau kencing tikus!.

Adakah anda akan beli roti tersebut?

Dah tentu tak akan beli.

Kalau pengguna yang tak perasan, dia beli juga tanpa sedari ada kencing tikus bertaburan atas plastik roti itu yang sudah kering. Dia pegang dan kemudian buka bungkusan roti tersebut untuk ambil dan makan. Tangannya sudah tercemar najis tikus dan dia pegang pula roti itu. Kesian pengguna malang itu yang berhadapan risiko penyakit bawaan kencing tikus!

Kerugian barang rosak

Ada musimnya tikus akan melakukan aktiviti asah gigi. Ketika itu, habis benda keras digigitnya. Orang kampung percaya bahawa itu adalah perbuatan membalas dendam tikus jika ada sesuatu yang dilakukan oleh pemilik premis.

Ada juga yang percaya jika anda sebut marah-marah dan maki hamun tikus, dia akan dengar dan akan balas dendam di malam harinya. Orang kampung tak berani sebut perkataan 'tikus' ketika menyumpahnya. Tapi dia akan sebut 'Cik Ti". Itu adalah salah satu cara untuk pastikan tikus tak faham bahawa sumpah serapah itu ditujukan untuknya.

Walau apapun yang anda percaya, tikus tetap akan rosakkan barang jika ada banyak berkeliaran di dalam kedai runcit anda. 

Barang makanan yang berlubang di makan dan dirosakkan oleh tikus mengundang kerugian kepada peniaga jika tidak dikawal dengan baik.

Kalau anda biarkan saja, jual juga dan pengguna tak sedar lalu membelinya. Dia akan sedar juga di rumah nanti. Tentu ada persepsi buruk terhadap kewibawaan anda sebagai peniaga jujur di masa yang akan datang, dia tak mahu singgah membeli lagi dan memilih kedai lain.

Kos kerosakkan dan kos reputasi perniagaan sangat besar jika anda abaikan kawalan makhluk perosak ini.

Bukan sekadar mahukan lesen

Jika pihak majlis tetapkan syarat untuk permohonan lesen adalah perlu ada sijil kawalan makhluk perosak, maka ia bukanlah bertujuan untuk menyusahkan peniaga.

Ia berdasarkan pengalaman yang telah dilalui dalam menjalankan perkhidmatan mereka untuk pastikan pengguna terjaga kepentingannya. Juga untuk pastikan aktiviti kawalan penyakit berjangkit dan bawaan makhluk perosak dilaksanakan untuk kepentingan penduduk.

Anda juga sebagai peniaga dan penduduk, perlu turut sama menjaga kesejahteraan masyarakat agar semua orang terpelihara dari bahaya penyakit.

Ada peniaga yang minta syarikat kawalan makhluk perosak berikan sebut harga, ambil kontrak, dan buat servis sekali untuk dapatkan semua dokumen yang diperlukan untuk permohonan lesen. Kemudian bila dah dapat, dia tamatkan saja kontrak syarikat pest control itu sebab nak jimatkan duit dan rasa itu semua tidak diperlukan.

Itu memang satu sikap yang tidak jujur dan bakal mengundang masalah kepada masyarakat. Jika anda baru nak berniaga, tempat masih baru dan tak ada masalah, semuanya boleh dibincang dengan syarikat pest control agar berada dalam 'win-win situation'

Selain dari elakkan kerugian, jimatkan kos kawalan serangga dalam jangka panjang, anda juga membantu masyarakat dengan menjadi ahli yang perihatin.

Sama-samalah kita semua menjaga kesejahteraan negara!


Ada anai-anai di rumah - Apa yang anda perlu lakukan langkah demi langkah

$
0
0


Tahukah anda setiap tahun kerosakan harta benda bernilai RM400 juta berlaku disebabkan oleh serangan anai-anai. Bagi anda yang rumah pernah di makan anai-anai tentu berpengalaman dengan kerosakkan yang mampu dilakukan oleh serangga seperti semut berwarna putih itu.

Dalam artikel ini, saya berikan langkah demi langkah yang anda boleh lakukan jika terjumpa anai-anai di rumah anda.

1. Langkah pemastian

Ini langkah pertama yang anda perlu buat. Pastikan bahawa apa yang anda jumpa itu benar-benar anai-anai. Berikut beberapa tanda mudah untuk pastikannya.

  • Ketuk dengar bunyi - Tempat di mana anda rasa ada anai-anai itu biasanya ada bahan kayu. Samada bingkai pintu atau tingkap. Sekalipun ia kelihatan baik dari luar, cuba ketuk dengan bahan keras dan dengar bunyinya. Jika dengar macam kayu itu ada lompong di dalamnya, mungkin ia sudah habis dimakan anai-anai.
  • Lorong garisan tanah - Anai-anai tak suka pada cahaya. Untuk elak dari cerah, mereka bina lorong dari tanah untuk bergerak di luar apabila tiada lorong di dalam rekahan lantai atau dinding rumah anda.
  • Serpihan sayap - Kelkatu adalah anai-anai bersayap yang keluar dari sarang utamanya untuk membentuk koloni baru. Jika anda jumpa banyak serpihan sayap yang tertanggal dari badan anai-anai terutamanya berdekatan pintu atau tingkap, ertinya rumah anda berkemungkinan ada anai-anai
  • Biji halus berwarna kayu - Najis anai-anai boleh ditemui berkumpul di bawah bahan kayu dengan banyak. Ia berwarna coklat seperti kayu yang halus.
  • Kayu melepuh - Terutamanya pada lantai kayu, kelihatan melepuh atau rosak dari bahagian luar. Mungkin sudah lopong d dalamnya di makan anai-anai.

Tentukan jenis anai-anai yang ada. Biasanya hanya ada 2 jenis anai-anai yang sering menyerang rumah anda. Pertamanya di panggil anai-anai kayu kering atau Drywood Termites. Anai-anai jenis ini duduk dalam kayu dan makan perlahan-lahan. Biasanya ada pada perabut. 

Jenis yang kedua yang paling banyak buat kerosakkan adalah anai-anai bawah tanah. Mereka tinggal di bawah tanah bawah rumah anda, atau di persekitaran bawah tanah rumah anda. Anai-anai ini yang biasanya merayau samada melalui celahan lantai atau dinding, atau melalui lorong tanah yang saya sebut di atas tadi.

2. Jangan kacau koloni

Sering berlaku, tuan rumah akan sembur racun aerosol pada anai-anai yang mereka jumpa. Elakkan dari berbuat begitu sebab mereka akan lari ke tempat lain yang tak diketahui nanti. Ini menyukarkan lagi proses untuk menghapuskan anai-anai tersebut.

Kuarantin tempat itu dan elakkan dari penggunaannya. Biar dia kekal di situ jangan kacau untuk memudahkan proses menghapuskan mereka nanti.

3. Periksa menyeluruh

Segera buat pemeriksaan menyeluruh pada rumah anda di semua tempat untuk kenal pasti tahap serangan yang telah berlaku. Sering kali berlaku, apabila anda sudah temui anai-anai, ia sudah terlewat. Sudah banyak kerosakkan berlaku di banyak tempat lain. Ada pemilik rumah yang terkejut apabila buka almari yang lama tidak dijenguk di dalam rumahnya menjadi sarang penuh dengan tanah dan anai-anai.

Periksa di semua tempat ada struktur kayu, pintu dan tingkap, skirting, tangga, stor bawah tangga, bilik air, dapur di bawah singki dan lain-lain lagi tempat yang sejuk dan lembab terutamanya. Kalau ada ruang bawah tanah, periksa dengan menyeluruh semua bahagian di dalam ruang itu.

4. Hubungi syarikat hapus anai-anai

Anda boleh skip semua proses di atas dengan menghubungi syarikat pest control yang berlesen dan terlatih. Mereka jauh lebih cekap dengan pengalaman berhadapan dengan masalah -anai-anai sepanjang masa.

Minta mereka lakukan pemeriksaan menyeluruh, kenal pasti jenis anai-anai dan tahap kerosakkan yang telah berlaku.

Selalunya syarikat pest control terlatih berkan khidmat percuma untuk kerja pemeriksaan. Kalau ada yang kenakan bayaran, ia adalah sangat minima dan berbaloi untuk anda gunakan khidmat mereka.

Setelah selesai, minta cadangan rawatan dan sebut harga untuk hapuskan masalah anai-anai dari rumah anda.

5. Pilih cara rawatan

Ada 2 cara paling popular dalam urusan menghapuskan anai-anai bawah tanah yang menyerang rumah.

a, Bahan kimia

Ini cara paling mudah dan sangat konvensional. Sembur saja dengan bahan kimia penghapus anai-anai pada kawasan serangan. Buat semburan pada siling kayu di struktur bumbung rumah untuk merawat kayu di atas bumbung rumah itu. Sembur juga di sekeliling rumah di semua tempat bertanah dengan mengorek lubang  agar tanah di sekeliling mendapat rawatan anai-anai. Ada yang hentikan rawatan takat ini saja untuk jimatkan kos, tapi tiada jaminan diberikan.

Untuk buat rawatan bahan kimia pada slab, lubang perlu ditebuk di sepanjang lantai berhampiran dinding. Jarak antara 2 lubang adalah dalam satu setengah kaki. Setiap lubang kemudiannya disuntik dengan bahan kimia supaya ia menyerap masuk merawat tanah di sekitar slab rumah. Tempoh masa untuk buat semua kerja itu lebih kurang separuh hari.

Kos boleh tahan juga bergantung kepada jumlah lubang yang ditebuk dan jenis bahan kimia yang digunakan. Selepas siap, lubanhg ditutup semula dengan simen dan akan tinggalkan kesan tompok sebesar duit siling pada setiap lubang. Ini membuatkan ada orang tidak gemar teknik ini. Lebih-lebih lagi jika tile semua dah cantik, akan jadi cacat sikit. Jaminan diberikan antara setahun ke 2 tahun. Ada syarikat yang berani berikan jaminan sampai 5 tahun. Jadi pastikan syarikat dipilih dah lama ada dalam pasaran jika anda diberi janji sampai 5 tahun.

b. Sistem umpan

Ini cara yang lebih mesra alam dan tidak menggunakan bahan kimia. Juga tidak perlu tebuk lubang di lantai rumah. Stesen umpan akan dipasang pada tempat yang sesuai di mana ada serangan anai-anai dan dipantau sehingga umpan di makan. 

Umpan akan ditambah dari masa ke masa sehingga keseluruhan anai-anai mati. Ada cara untuk ketahui samada anai-anai dah berjaya dihapuskan. Semua syarikat yang dilantik sebagai pemasang sistem umpan dilatih dengan baik untuk melaksanakan kerja profesional mereka.

Masa yang diperlukan untuk pastikan semua anai-anai berjaya dihapuskan antara 2 minggu ke sebulan atau 2 bulan. Tapi untuk pasang stesen ambil masa sekejap saja dan stesen akan dibiarkan di tempatnya tak boleh diganggu. Pekerja pest control akan datang dalam tempoh seminggu atau 2 minggu sekali untuk pantau.

Cara ini lebih digemari oleh pemilik rumah yang tak suba bahan kimia dan tak suka rumah mereka ditebuk penuh banyak lubang sekeliling dinding luar dan dalam. Harganya sangat berpatutan berbanding bahan kimia di atas tadi.

Anai-anai kayu kering

Rawatan untuk anai-anai jenis ini berbeza dari yang di atas tadi. Biasanya rawatan fumigasi dilakukan jika serangan ada pada perabut atau kayu lain yang boleh diubah. Kayu di bungkus dengan tarpan dan gas dimasukkan untuk membunuh anai-anai di dalam kayu tersebut.

Oleh kerana gas yang digunakan sangat bahaya, orang yang melakukan rawatan itu mesti ada lesen fumigasi yang sah.

Satu lagi cara adalah dengan melakukan rawatan haba. Kayu dipanaskan untuk mematikan anai-anai di dalamnya.

Anda perlu menilai semua alternatif yang ada yang diberikan oleh syarikat pest control berlesen dan buat keputusan untuk mengambil yang mana satu.

6. Melaksanakan rawatan

Selepas dah buat keputusan, anda perlu bersedia untuk menerima kunjungan pekerja syarikat pest control untuk melakukan rawatan. Seperti yang saya sebut di atas tadi. Masa bergantung kepada jenis rawatan yang anda pilih.

Jika fumigasi, anda perlu keluar dari rumah dan ikut arahan syarikat pest control yang buat rawatan. Jika tebuk lubang juga, seeloknya anda keluar dari rtumah juga sebab bunyi bising kerja drill untuk tebuk lubang tu dan rumah agak berserakan, kecuali anda ada rumah 2 tingkat.

Untuk sistem umpan, anda boleh tengok cara pemasangan tak ada masalah. Mereka akan datang lagi untuk pemantauan dari masa ke masa.

7. Baiki & pencegahan

Bila dah selesai semua kerja menghapuskan nai-anai, anda boleh mula buat pembaikan pada mana-mana kayu yang sudah kena makan anai-anai. Tukar mana yang dah rosak teruk dengan yang baru.

Menggunakan bahan kimia dengan menyuntik nya sebagai penghalang di sekeliling rumah juga boleh dilakukan untuk menghalang serang di masa hadapan.

Anda juga boleh pasang stesen anai-anai In-Ground yang di tanam di sekeliling rumah sebagai usaha untuk mencegah anai-anai dan mematikan anai-anai dengan lebih mudah di masa depan. Stesen akan dipantau oleh syarikat pest control setiap sebulan atau 2 bulan sekali. Jika ada anai-anai, umpan akan dimasukkan ke dalam stesen.

Usaha melakukan pemeriksaan secara berkala juga dapat membantu pencegahan. Anda boleh ambil servis pest control umum merawat lipas, semua dan tikus dan masukkan sekali khidmat pemeriksaan anai-anai.

Pastikan rumah anda sentiasa kering. Jika ada paip bocor segera baiki supaya tidak membuatkan rumah jadi lembab dan menarik untuk anai-anai. Jangan rapatkan kayu atau bahan-bahan berkayu dengan dinding rumah anda kerana ini mengundang kehadiran anai-anai.

Satu lagi usaha terbaik adalah untuk pertimbangkan bahan-bahan yang anti anai-anai dalam rumah anda sebagai pilihan utama.

Moga langkah yang dikongsikan di atas bermanfaat untuk pembaca.

Jika anda perlukan khidmat pest control, boleh berhubung dengan syarikat Easelife Pest Control yang berlesen dan bertauliah sebagai pemasang sistem umpan anai-anai Exterminex. Call Athira 010-234 2542 atau wasap dengan klik di sini.

3 langkah penting selepas check in bilik hotel untuk elak pepijat

$
0
0
Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak telah dilonggarkan di mana Malaysia sekarang berada di dalam tempoh pemulihan. Kebenaran untuk merentas negeri telah dibenarkan, sekolah telah dibuka dan majlis keramaian juga telah dibenarkan namun terdapat SOP yang harus dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat.

Lokasi tumpuan orang ramai sebelum PKP dilaksanakan juga kembali sesak, gerai makanan yang kosong kembali penuh di mana menyaksikan rakyat Malaysia tetap patuh dengan SOP yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan. Hal ini nyata memberi impak positif kepada ekonomi negara setelah beberapa bulan terkesan akibat Covid-19.

Sektor pelancongan juga telah dibuka dimana kebanyakan tempat peranginan dan pelancongan dalam negara telah dibuka. Cuti hujung minggu digunakan dengan sebaiknya oleh ibu bapa untuk keluar beriadah bersama keluarga. Rakyat Malaysia juga kebanyakan telah mengambil peluang ini untuk membawa ahli keluarga bercuti setelah beberapa bulan tidak ke mana-mana.

Namun harus diingat, bilik hotel yang telah lama kosong berkemungkinan terdapat penghuni di dalamnya. Penghuninya tidak lain dan tidak bukan adalah serangga kecil pepijat namun gigitannya mampu memberikan kesan  kepada anda jika bilik hotel tidak dijaga dengan baik sepanjang tempoh PKP yang lalu.

Pihak hotel terutama sewajarnya bertanggungjawab dengan kadar kebersihan hotel masing-masing dan bersedia untuk menerima pelanggan seperti sedia kala semasa tempoh PKP pemulihan ini. Oleh itu, anda sebagai pelanggan juga sewajarnya memainkan peranan dalam membantu memastikan bilik hotel yang ditempah bebas dari pepijat.

Hal ini untuk mengelakkan anda dan anak-anak digigit pepijat ketika bercuti. Sudah lah lama tidak bercuti, baru dapat peluang bercuti bersama keluarga, dah kena gigit pepijat. Boleh merosakkan mood anda sekeluarga kalau jadi begitu. Berikut merupakan 3 langkah penting selepas check in hotel untuk elak pepijat ialah:

1) Periksa tilam

Seperti yang anda sedia maklum, tempat persembunyian utama pepijat ialah di bahagian tilam. Oleh itu, pentingnya anda untuk memeriksa tilam di dalam bilih hotel anda. Tak perlu tunggu malam baru nak periksa, selepas check in anda boleh terus periksa. Periksa jahitan di sekeliling tilam tersebut. Ada kesan tompok-tompok hitam atau tidak.

Jika ada, kemungkinan terdapat pepijat di tilam tersebut. Jika anda beruntung, dapat lihat pepijat secara dekat, namun lebih baik terjumpa pepijat awal daripada tahu ada pepijat di hotel tersebut selepas dah kena gigitan. Boleh merosakkan mood hendak bercuti.

Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Selepas periksa dan jika tiada tanda seperti pepijat ada di kawasan tilam tersebut, baru lah anda boleh menarik nafas lega dan menikmati percutian dengan orang tersayang.

2)Periksa katil


Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat selain di kawasan tilam. Periksa di sekeliling katil, celahan katil untuk pastikan tiada pepijat. Nampak macam meremehkan sebab hotel dah ada housekeeping yang dibayar namun tak salah jika anda berjaga-jaga.

Jika terjumpa pepijat dari awal, anda boleh request kepada pihak pengurusan untuk tukar bilik dan sebagainya. Dah menyelamatkan anda dari sebarang gigitan pepijat jika tidak lebih berwaspada dalam memastikan bilik hotel anda bebas dari pepijat.

3)Periksa bilik


Langkah terakhir yang dapat anda lakukan adalah dengan memeriksa bilik hotel tersebut. Periksa perabot yang berada berdekatan dengan tilam dan katil di dalam bilik seperti meja sisi katil dan kusyen pada sofa. Jika tiada pepijat yang dijumpai, bilik hotel tersebut selamat untuk anda diami bersama keluarga.

Walaupun hanya sekejap tempoh menginap di hotel tersebut, namun keselesaan amat perlu dititik beratkan. Tiga langkah tersebut yang dilakukan oleh anda amat penting untuk keselamatan anda sekeluarga. Jika datang melancong bersama anak kecil lagi lah perlu perhatian yang lebih. Hal ini kerana anak kecil amat sensitif jika terkena gigitan pepijat.  


Jika anda terkena gigitan atau terjumpa pepijat ketika menginap di hotel sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, anda boleh sebutkan nama E Pest Control pada pihak pengurusan hotel. Boleh ceritakan tentang kaedah rawatan haba yang digunakan untuk mengawal masalah pepijat.

Jika anda terbawa balik pepijat ke rumah pula, jangan segan jangan malu untuk hubungi E Pest Control. Juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah pepijat yang sedang anda hadapi.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 langkah kurangkan kebolehjangkitan Covid-19

$
0
0

Seperti baru semalam Perdana Menteri Malaysia umumkan negara berada di dalam tempoh pemulihan, tetapi minggu ini kita dikejutkan dengan berita peningkatan jumlah kes yang sehingga kini jumlahnya kembali mencecah tiga angka. Walaupun melibatkan kes import, ini merupakan perkembangan yang agak membimbangkan. 

Kementerian Kesihatan telah menetapkan SOP yang terbaik mengikut data yang ada dan rakyat seharusnya patuh akan SOP yang ditetapkan untuk mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19, namun sejauh manakah rakyat Malaysia dapat mengikut kesemua SOP yang telah ditetapkan ini. Kes yang meningkat saban hari menunjukkan masih terdapat ancaman Covid-19 dan rakyat Malaysia diminta agar jangan leka dan mengambil mudah berkenaan keselamatan mereka serta ahli keluarga.

Antara kes tular akibat tidak patuh SOP baru-baru ini ialah kes import yang gagal kuarantin diri selama 14 hari di rumah lalu keluar makan dan mengundang risiko jangkitan kepada orang lain dan individu tidak berpuas hati kerana peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di premis yang dikunjungi, ini jelas menunjukkan bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang gagal mengikut SOP yang ditetapkan.

Kesemua sektor di negara kita kebanyakkannya telah beroperasi kembali. Antaranya ialah sektor pelancongan mula menunjukkan peningkatan memberangsangkan, majlis sosial telah dibenarkan, sekolah telah dibuka kepada semua aliran namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Seluruh negara akan terkesan sekiranya masyarakat masih bersikap mengambil mudah dan pandang ringan terhadap pematuhan SOP di tempat awam. Perdana Menteri juga telah meyatakan bahawa ekonomi Malaysia akan kembali merosot jika PKP dilaksanakan semula. Ayuh Malaysia, terus amalkan budaya norma baharu dan bersama-sama kita terus memerangi Covid-19.

Berikut merupakan antara langkah yang dapat dilakukan oleh anda untuk mengurangkan keberangkalian jangkitan Covid-19:

1)Cuci tangan dengan kerap


Penjagaan kebersihan amat penting ketika musim Covid-19 ini. Hal ini untuk mengelakkan virus, kuman atau bakteria terus berada di badan anda. Kerap cuci tangan dengan sabun atau penggunaan sanitizer tangan amat penting untuk mengelakkan virus, kuman atau bakteria merebak di bahagian lain badan anda. Elakkan menyentuh muka terutama di bahagian mata, hidung dan mulut jika anda belum membasuh tangan kerana dikhuatiri virus, kuman atau bakteria akan masuk ke badan anda melalui bahagian tersebut. Selepas pulang ke rumah, terus cuci baju dan bersihkan diri jika anda keluar ke tempat yang sesak.

2)Pemakaian pelitup muka


Kerajaan telah mengishtiharkan bahawa mulai 1 Ogos 2020 pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat awam yang sesak adalah diwajibkan. Ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membendung Covid-19 di dalam komuniti. Oleh itu, pastikan anda dan ahli keluarga memakai pelitup muka jika berada di tempat awam dan pastikan juga anda tidak meletakkan pelitup muka di bawah dagu kerana tidakan itu boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena bakteria, virus dan kuman. Anda perlu membuka pelitup muka sepenuhnya ketika makan, minum dan melakukan aktiviti yang berkaitan di muka.

3)Amalkan penjarakan sosial dengan disiplin


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengingatkan anak-anak tentang penjarakan sosial. Keluar apabila perlu dan jangan membawa anak kecil atau ibu bapa yang berusia ke tempat yang sesak. Hal ini kerana anak kecil dan orang tua adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan Covid-19. Pastikan anak-anak terus pulang ke rumah selepas tamat tempoh persekolahan dan ingatkan anak-anak untuk kekalkan penjarakan sosial sekurangnya jarak satu meter di sekolah ketika bertemu rakan. Ingatkan mereka untuk tidak berjabat tangan dengan orang lain dan kerap membasuh tangan.

4)Nyah cemar


Operasi sanitasi awam di bawah kawal seliaan kerajaan telah dilakukan merangkumi seluruh zon di Malaysia. Proses nyah cemar kuman merupakan aktiviti yang sering kali kita dengar dalam norma baharu mengahadapi Covid - 19 pada masa kini. Proses yang dijalankan untuk membunuh virus Covid-19 ini amat penting untuk membanteras penyebaran virus di atas permukaan. Hal ini kerana virus ini tetap akan aktif selama 9 jam di permukaan yang disentuh oleh pembawa virus Covid-19. Antara kawasan yang berisiko tinggi terdapat virus adalah seperti tombol pintu, button lift, peralatan eletronik seperti keyboard komputer. Semua kawasan akan dibersihkan dengan bahan kimia yang khusus untuk membasmi kuman, virus dan bakteria di premis anda.


Pihak E Pest ada menyediakan Servis Sanitasi di sekitar kawasan Lembah Klang dan sewaktu denganya. Servis ini terbuka kepada semua industri atau premis seperti pejabat, sekolah, restoran atau kilang. Anda boleh terus menghubungi kami untuk konsultasi tentang service sanitasi yang disediakan oleh E Pest.

Untuk servis ini, kami menggunakan bahan kimia yang mendapat kelulusan KKM dan juga Sirim. Selain itu, juruteknik kami yang terlatih dan mempunyai kepakaran di dalam perkhidmatan kawalan serangga perosak. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi servis sanitasi, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Saya berminat dengan servis Sanitasi E Pest
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk service sanitasi di kediaman dan premis anda