Quantcast
Channel: My Pest News
Viewing all 371 articles
Browse latest View live

TIPS MUDAH MENGHALAU LIPAS DARI RUMAH ANDA

$
0
0


JANGAN BIARKAN LIPAS BERMAHARAJALELA DI RUMAH ANDA !


PETUA MENGHALAU LIPAS DARI RUMAH



Tak tahu cara nak menghalau lipas dengan berkesan Amalkan petua-petua ini:


1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.

2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.

4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.

6) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Kredit : Karangkraf & Facebook Easelife Services



Dapatkan nasihat profesional daripada wakil Easelife Services 
di talian berikut, Athira 010-234 2542. Anda akan diberikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

5 langkah awal jika serangga masuk ke dalam telinga

$
0
0


"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga.

Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga"

Ini adalah situasi yang Doktor Shaiful Nizam alami di klinik baru-baru ini.

Ingin tahu apa langkah - langkah awal jika serangga memasuki telinga anda?

1) Jangan panik

Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak - kanak, tetapi untuk orang dewasa juga. Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan menggunakan komunikasi yang berkesan.

2) Jangan cuba masukkan cotton buds/besi/kunci ke dalam telinga

Ini perkara yang sangat biasa berlaku. Elakkan..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.

3) Titiskan olive oil/minyak ke dalam telinga 

Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.

4) Andai nampak diluar, cuba keluarkan

Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.

5) Jika masih di dalam, segera ke hospital/klinik berdekatan

Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu segera ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.

Kredit : Twitter Mohd Shaiful Nizam

Untuk menghalang keluarga anda dari menjadi mangsa serangan serangga, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

Bahaya perangkap tikus

$
0
0

Bahaya, ini mungkin masalah yang menimpa jika guna perangkap tikus !

Perangkap tikus adalah kaedah kawalan yang biasa digunakan untuk menghapuskan tikus yang menyelinap ke dalam rumah anda.

Namun, anda perlu mengetahui cara dan di mana untuk meletakkan perangkap tikus.

Silap langkah, tikus akan terlepas dan masih terus bermaharajalela di dalam rumah anda.

Berikut adalah beberapa isu yang disebabkan oleh penggunaan perangkap tikus yang tidak berkesan:

1. Perangkap tikus boleh menyebabkan kecederaan kepada manusia 

Perangkap tikus biasanya mempunyai batang besi yang besar dengan pemicu yang sensitif. Apabila terkena pemicu, batang besi itu bergerak balas dan boleh menghentam jari tangan dengan cepat. Ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Sebab itulah perangkap tikus perlu diletakkan di tempat yang jauh dari sentuhan manusia untuk mengelakkan kecederaan.

2. Perangkap tikus tidak boleh menghapuskan tikus 

Ok, mungkin seekor dua tikus dapat ditangkap tapi bagaimana dengan tikus-tikus yang masih ada di belakang dinding, di atas syiling dan sebagainya? Adakah anda pasti tiada lagi tikus di dalam rumah anda? Perangkap tikus masih belum dapat menghapuskan tikus secara total - ia cuma langkah mengurangkan jumlah tikus yang masih ada sahaja.

3. Tikus dah tak termakan dengan umpan di dalam perangkap! 

Sekadar meletakkan umpan makanan di dalam perangkap dan berharap tikus akan masuk adalah kerja yang sia-sia sahaja. Ini kerana tikus yang telah lama berada di dalam rumah dapat menghidu helah anda meletakkan perangkap tikus. Hanya pakar pembasmi haiwan perosak sahaja yang tahu bagaimana nak mengumpan tikus untuk masuk ke dalam perangkap.

Pembiakan tikus adalah leceh, lebih-lebih lagi bila buat sendiri. Sebab itulah anda perlu serahkan kepada pakar.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kredit : Fb Easelife Pest Control Services

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 tips mudah menghalang semut memasuki rumah

$
0
0

Tips Untuk Menghalang Semut Memasuki Rumah


Kaedah yang sesuai dan berkesan untuk membasmi semut adalah bergantung kepada spesies spesies yang ada di dalam rumah anda.

Walau bagaimanapun, ada beberapa tip yang boleh membantu menghilangkan semut dari rumah anda:

1. 'Seal' mana-mana celah, laluan yang berpotensi menjadi laluan semut


2. Pastikan air dialihkan dari rumah atau ruang bawah tanah


3. Pindahkan longgokan kayu atau bahan lain yang mungkin berfungsi sebagai tempat bersarang semut


4. Pastikan dapur anda dibersihkan segera daripada apa-apa tumpahan, gula dan sebagainya


5. Meletakkan bahan semula jadi seperti kulit lemon atau daun pandan di laluan semut


Walaupun tips ini dapat membantu menjadikan rumah anda bebas daripada semut, ia mungkin masih dapat mencari jalan masuk ke dalam rumah.

Untuk mengenal pasti semut di rumah anda dengan betul dan membantu memastikan bahawa ia dirawat dengan berkesan, hubungi perkhidmatan profesional kawalan serangga perosak.

Pasukan profesional di Easelife Services boleh melakukan 'inspection' rumah anda dan mengesyorkan penyelesaian kepada masalah ini.

Kredit : Fb Easelife Pest Control Services

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.


Pentingnya menjaga kebersihan kediaman anda

$
0
0


Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam.
Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Ini semua untuk menghalang dari serangga makhluk perosak datang ke rumah.

Saya pernah dengar dulu, masa zaman sekolah lagi.
Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pon.

Tapi, tetiba ada yang ingatkan semula.
Ruginya selama ni tak buat sungguh-sungguh.
Kan tikus, lipas, semut semua dah berkumpul di rumah !

Bukan tak basuh pinggan, cuma ikut mood jee.
Bila rasa lapang baru buat.
Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang tak basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh.
Tu la ambil ringan je.

Sekarang ni, semua jenis makhluk perosak dah ada di rumah.
Mula lah mencari solution nak menghilangkan semua.
Macam-macam cara dah digunakan, dari cara moden sehinggalah tradisional.
Tapi masih lagi tak berjaya menghalang serangga perosak dari masuk ke rumah !
.
.
.
Berikut merupakan situasi jika anda tidak menjaga kebersihan kediaman.

Untuk mengenal pasti serangga perosak di rumah anda dengan betul dan membantu memastikan bahawa ia dirawat dengan berkesan, hubungi perkhidmatan profesional kawalan serangga perosak.

Pasukan profesional di Easelife Services boleh melakukan 'inspection' di kediaman anda dan mengesyorkan penyelesaian kepada masalah ini.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 info mudah tentang pepijat

$
0
0

Pepijat adalah serangga kecil dan tidak bersayap dan memerlukan darah sebagai sumber makanan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika anda menjadi target atau mangsa gigitan pepijat.

Berikut merupakan info mudah tentang pepijat:

1. Kebanyakan pepijat menggigit kita semasa tidur 

Kebanyakkan daripada kita tidak sedar apabila digigit oleh pepijat. Hal ini kerana pepijat menggigit dengan cara yang tidak menyakitkan. Kita hanya sedar digigit apabila ternampak kesan gigitan pada kulit keesokkan harinya.

2. Masa puncak pepijat bergerak aktif adalah antara tengah malam sehingga pagi

Pepijat yang lapar akan cuba untuk makan pada bila-bila masa, tetapi pepijat tidak suka tempat yang cerah dan lebih gemar tempat yang gelap. Satu gigitan akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sehingga kenyang. Setelah kenyang, pepijat akan kembali ke tempat persembunyiannya.

3. Gigitan pepijat boleh dilihat dengan cepat tetapi mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk kelihatan

Gigitan pepijat selalunya lebih besar daripada gigitan hama dan kelihatan kemerah-merahan. Gigitan pepijat juga dapat mengakibatkan jangkitan kulit dan meninggalkan parut kesan daripada menggaru gigitan tersebut.

4. Pepijat perlu makan secara kerap untuk terus hidup, bertelur dan bertahan hidup.

Pepijat akan makan setiap 5 ke 10 hari dan pepijat yang sumber makanannya mencukupi mempunyai jangka hayat selama beberapa bulan tetapi hanya dapat bertahan selama 70 hari tanpa sumber makanan yang mencukupi.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat PremisEaselife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 sebab mudah sering menjadi mangsa gigitan nyamuk

$
0
0


Anda sering menjadi mangsa gigitan nyamuk?

Anda sering menjadi tumpuan gigitan nyamuk berbanding orang lain apabila berada di kawasan terbuka?

Pernah tak anda terfikir kenapa anda yang menjadi pilihan nyamuk?

Perkara ini berlaku disebabkan banyak faktor dan antaranya ialah :

1. Tahap karbon dioksida yang tinggi

Nyamuk cenderung memilih orang yang menghembus karbon dioksida lebih daripada paras yang standard. Hal ini kerana nyamuk dapat mengesan karbon dioksida daripada jarak sejauh 50 meter. Ini menjadikan karbon dioksida sebagai cara pengesanan mangsa yang paling utama bagi nyamuk.

2. Suhu badan yang tinggi

Nyamuk lebih memilih untuk menggigit kaum lelaki kerana suhu badan lelaki lebih tinggi dari wanita. Oleh itu, kaum lelaki lebih cenderung untuk digigit oleh nyamuk. Peningkatan suhu badan juga disebabkan oleh kadar metabolik yang meningkat selepas bersukan atau melakukan aktiviti lasak.

3. Jenis darah 

Satu kajian telah mendapati bahawa mereka yang berdarah jenis O adalah 83% lebih cenderung untuk digigit nyamuk. Manakala mereka yang berdarah jenis A mempunyai kecenderungan yang paling rendah, dan bagi yang berdarah jenis B pula mereka berada dalam kategori pertengahan.


4. Wanita hamil 

Wanita hamil lebih banyak menghasilkan karbon dioksida. Bukan itu sahaja, kajian pada tahun 2002 juga menunjukkan bahawa wanita yang mengandung pada hujung trimester akan melepaskan 21% lebih karbon dioksida berbanding wanita biasa, yang mana menjadikan mereka lebih terdedah untuk menjadi target kepada nyamuk.

5. Melakukan aktiviti fizikal 

Nyamuk tertarik kepada asid laktid iaitu bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan selepas anda berpeluh. Oleh itu, anda akan lebih terdedah untuk digigit nyamuk sekiranya anda baru sahaja selesai berlari ataupun workout. Secara tidak langsung, ianya akan menjadikan nyamuk lebih tertarik kepada anda.

Bagi mereka yang jarang digigit oleh nyamuk, satu kajian yang dijalankan oleh London School of Hygiene & Tropical Medicine menyatakan bahawa mereka ini mempunyai "bau yang berbeza bagi nyamuk" seolah-olah mereka menghasilkan 'penghalau semulajadi'.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat PremisEaselife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 kesan gigitan nyamuk

$
0
0


Kebanyakan manusia tidak menyedari kesan awal akibat gigitan nyamuk.

Ini kerana nyamuk adakah spesies haiwan yang menyerang mangsanya secara senyap.

Oleh sebab itu kita perlu tahu beberapa gejala dan reaksi yang muncul akibat gigitan nyamuk ini: 

1. Bengkak muncul beberapa minit selepas gigitan dengan titik merah kecil di tengah-tengah bonggol


2. Gumpalan keras, kemerahan atau lebam yang muncul kira-kira satu hari selepas gigitan


3. Bengkak di sekeliling gigitan


4. Lepuh kecil dan bukannya lebam keras


5. Titik gelap yang kelihatan seperti lebam


Kredit: Fb Easelife Services

Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda.

Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.


Info mudah koloni anai-anai

$
0
0


Anai-anai merupakan salah satu contoh makhluk perosak yang menghantui kita.

Adakah anda mempunyai maklumat yang cukup tentang koloni anai-anai?

Berikut merupakan info mudah tentang koloni anai-anai.

Koloni anai-anai terdiri daripada 3 kasta asas iaitu pekerja, askar dan pembiak.

Telur

Telur akan menetas menjadi larva yang belum matang dan ia masih tidak mampu untuk makan sendiri. Secara genetiknya, larva berkemampuan untuk membentuk menjadi mana-mana kasta. Masa dan cara pemakanan anai-anai yang menentukan laluan pembentukkannya untuk menjadi kasta yang bersesuaian. 

Pekerja

Anai- anai Pekerja terdiri daripada sebahagian besar daripada populasi. Dalam peringkat anai-anai rendah, terdapat pseudergate palsu yang mengekalkan potensinya untuk menjadi kelkatu. Pekerja akan menyuap makan kepada nimfa, askar dan anai-anai pembiak. Mereka juga menggali terowong, mencari makanan dan minuman, serta membina dan membaiki sarangnya. Bagi sesetengah spesis, mereka juga perlu membersihkan kulat.

Askar

Askar terbentuk daripada nimfa, pseudergate dan pekerja. Metamorposis berlaku melalui proses molting. Peringkat peralihan dipanggil pra-askar. Askar mempunyai bahagian mulut yang istimewa bagi tujuan pertahanan untuk menentang pelbagai pemangsa seperti semut dan lipan.

Pembiak

Pembiak terbentuk daripada kelkatu ataupun neotenic. Kelkatu adalah anai-anai bersayap dan hanya dihasilkan pada musim-musim tertentu. Kelkatu akan membentuk sayap dan mata kompaun untuk terbang keluar. Setelah terbang keluar, kelkatu akan melepaskan sayapnya dan dikenali sebagai kelkatu tidak bersayap. Kelkatu tidak bersayap akan membentuk seiring dengan pasangannya bagi tujuan mengawan dan seterusnya akan membentuk satu keluarga. Pasangan itu akan menjadi permaisuri dan raja bagi koloni yang baru.

Pembiak utama

Saiz betina mahupun permaisuri berbeza mengikut spesis. Kebiasaan, saiznya ialah 10cm dan mampu menghasilkan beribu-ribu telur sehari. Permaisuri tidak boleh bergerak dan bergantung sepenuhnya terhadap pekerja. Die dibersihkan dan diberi makan oleh pekerja. Dia juga ditemani oleh pasangannya yang kecil iaitu raja. Satu koloni kebiasaanya mempunyai satu permaisuri dan satu raja tetapi kadangkala sesetengah spesis juga berisiko mempunyai beberapa pembiak.

Kredit: Fb Easelife Services

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

9 tips mudah menghadapi cuaca panas

$
0
0


Panas betul sekarang ni kan!

Anda semua perlu bersedia kerana  cuaca panas dan kering dijangka akan melanda Malaysia dan berterusan sehingga pertengahan bulan September ini.

Sekarang ni, suhu pada waktu tengah hari sahaja boleh mencecah hingga ke 33°C.

Nak buat aktiviti luar pun perlu berfikir banyak kali.

Bahang kepanasan tu terasa sampai ke malam.

Nak tidur pun kadang-kadang tak selesa, memikirkan bahang panas dalam rumah.

Oleh itu, berikut kami sediakan tips untuk menghadapi cuaca panas;

1. Jangan berjemur di tengah panas

Aktiviti berjemur pada waktu matahari terik adalah tidak digalakkan, hal ini kerana dapat mengakibatkan kanser kulit dan kesan penuaan kulit bagi jangka masa yang panjang. Oleh itu, elakkan aktivi berjemur pada waktu panas okay.

2. Banyakkan minum air kosong

Air kosong dapat membantu mengurangkan dehidrasi waktu musim panas. Oleh itu, banyakkan minum air kosong untuk mengekalkan kecerdasan waktu musim panas.

3. Pakai topi atau payung yang bersaiz besar

Topi atau payung dapat menghalang dari cahaya matahari terkena kita secara direct, ia juga membantu untuk mengurangkan ketidak selesaan apabila berjalan di tempat panas. Oleh itu, pemilihan topi atau payung yang bersesuaian pada musim panas juga amat membantu dalam menghadapi cuaca panas.

4. Kurangkan aktiviti luar

Kurangkan aktiviti luar pada waktu siang kerana hal ini dapat mengurangkan peningkatan suhu badan jika melakukan aktiviti extreme. Ini juga untuk mengelakkan anda terkena strok haba jika badan tidak dapat menampung suhu yang berlebihan.

5. Berehat dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk

Lebihkan aktiviti indoor bersama keluarga atau rakan-rakan. Hal ini untuk mengelakkan anda terkena strok haba jika melakukan aktiviti luar.

6. Buka tingkap rumah atau kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan

Ini adalah untuk pengudaraan yang bagus di dalam rumah. Untuk mengelakkan anda menjadi tidak selesa apabila berada di dalam rumah.

7. Memakai pakaian yang berwarna terang dan longgar

Anda digalakkan untuk memakai pakaian yang nipis, untuk mengelakkan dari berpeluh secara berlebihan akibat cuaca panas. Seeloknya anda memilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas atau linen ketika musim panas.

8. Gunakan losyen pelindung matahari

Losyen pelindung matahari amat penting untuk kulit, tambah-tambah musim panas sekarang ni. Kulit yang terdedah dengan cahaya matahari tanpa pelindungan losyen sunblock ini amat berisiko untuk terkena kanser kulit atau merosakkan kulit.

9. Minum minuman isotonik atau air kelapa

Minuman istonik dan air kelapa mengandungi gabungan air, gula dan eloktrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia. Minuman tersebut dapat menggantikan air, garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Oleh itu, pengambilan minuman tersebut ketika musim panas amat disarankan untuk mengembalikan suhu badan kepada paras normal.




Stay safe and cool everyone ~~~☺☺☺☺

4 tanda mudah kehadiran anai-anai

$
0
0


Anai-anai merupakan makhluk perosak yang memeningkan kepala.

Sekiranya di biarkan ia akan bersarang dan beranak pinak dengan cepat serta merosakkan barang-barang seperti perabot, pintu, tingkap dan lantai yang diperbuat daripada kayu.

Jumlah anai-anai boleh mencecah jutaan ekor bagi setiap sarang atau koloni.

Mengikut kajian di Australia semenjak 6 tahun lalu hampir RM4,800,000,000.00 kerugian setahun akibat dari serangan anai-anai.

Kos ini sangat tinggi dan ia juga meningkat tahun demi tahun.

Bagi mengelak berlakunya serangan anai-anai, di sini kami cuba kongsikan 4 tanda-tanda bagaimana untuk mengesan kewujudan anai-anai di rumah anda dan cegahlah ia dari peringkat awal.

1) Kehadiran kelkatu

Terlihat kehadiran kelkatu keluar dari lubang di kawasan rumah anda. Proses ini belaku apabila anai-anai akan cuba melahirkan koloni yang baru selepas berpasangan.

2) Laluan anai-anai

Kelihatan terowong sebesar pensil muncul dari kerangka pintu, skirting lantai dan perabot. Terowong ini jugak sangat dijaga dan dikawal oleh anai-anai, jika berlaku kerosakan pada laluan ini ianya akan dibaiki dengan serta merta.

3) Kesan perubahan tekstur warna

Warna kayu pada lantai parquet, kerangka pintu, tingkap dan sebagainya akan menjadi lebih cerah menunjukan kehadiran anai-anai. 

4) Kesan perubahan bunyi kayu

Kayu yang diserang anai-anai akan menjadi kosong dan menghasilkan bunyi berongga apabila diketuk. Anai-anai akan memakan kayu ini secara senyap.

Jika tanda-tanda ini terdapat dirumah anda, jangan tunggu sampai habis rosak keseluruhan barangan berharga anda, basmi ia dengan segera dan yang paling penting sekali berilah kepercayaan kepada orang yang layak untuk mengurusnya.

Kredit: Fb Easelife Services

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 kepentingan kawalan anai-anai profesional

$
0
0

Apabila anai-anai berada di dalam rumah anda, ia boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Mengikut laporan, kos akibat kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai boleh mencecah berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Fakta ini amat mengejutkan sekiranya anda tidak bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Nasib anda baik kerana perkhidmatan kawalan anai-anai sedia membantu anda.

Berikut adalah beberapa cara kawalan anai-anai yang dapat membantu menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.

1. Pemeriksaan Awal Anai-Anai Di Rumah anda

Langkah pencegahan bermula dengan pemeriksaan anai-anai yang dijalankan di rumah. Ia untuk memastikan samada anai-anai sudah ada tanpa anda disedari. . Seorang juruteknik kawalan anai-anai terlatih akan memeriksa sepenuhnya bahagian dalam dan luar rumah untuk melihat kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai.

Kawasan rumah yang biasanya akan diperiksa adalah
- Garaj
- Dinding luar
- Loteng
- Ruang sempit
- Sinki

Sekiranya anda tanda anai-anai wujud, juruteknik akan menyediakan pelan untuk merawat dan menghapuskan anai-anai.

2. Pelaburan Jangka Panjang

Sekiranya anda mendapat rawatan perlindungan anai-anai, juruteknik kawalan anai-anai akan datang setiap tahun untuk melakukan pemeriksaan anai-anai di rumah anda. . Ini dapat membantu mengesan serangan anai-anai baru daripada terjadi.

3. Bersedia Dengan Pengetahuan Baru Tentang Anai-Anai

Satu lagi manfaat apabila mendapatkan perkhidmatan kawalan anai-anai ialah pengetahuan baru tentang anai-anai. Juruteknik boleh memberitahu anda bagaimana untuk melihat tanda-tanda anai-anai bersarang dan kawasan-kawasan yang biasa dimakan oleh anai-anai.

4. Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan Lain

Anai-anai bukannya satu-satunya makhluk perosak yang anda perlu takuti, malah ada beberapa lagi masalah lain seperti tikus, lipas dan lain-lain. . Dengan mengambil perkhidmatan kawalan makhluk perosak, anda mendapat bantuan profesional yang dapat memberikan amaran mengenai masalah haiwan perosak lain yang mungkin ada di rumah anda.

Seperti yang anda lihat, kesan serangan anai-anai boleh menyebabkan kerugian yang besar. Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai.

Sebaik-baiknya dapatkan bantuan sebelum terlambat.

Kredit:Fb Easelife Services

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 tips mudah mengelakkan pepijat selepas pulang bercuti

$
0
0

Adakah anda seorang traveller?

Tahukah anda bahawa pengembara atau traveller berpeluang tinggi untuk membawa pulang pepijat ke rumah?

Sekiranya anda tidak mahu pepijat mendatangkan masalah kesihatan setelah anda pulang travel,

berikut adalah beberapa tip yang anda boleh ikuti:

1. Pastikan bagasi anda tidak diletakkan di lantai

Tips penting ketika bercuti, pastikan bagasi anda tidak diletakkan di atas lantai jika di dalam bilik hotel sekalipun. Letakkan bagasi anda di tempat yang disediakan oleh pihak hotel. Ini untuk mengelakkan bagasi anda dimasuki pepijat dan bersarang di bagasi anda.

2. Pastikan bagasi anda ditutup dan dizip sepanjang masa

Bagasi yang ditutup rapi dapat menghalang dari pepijat untuk menjadikan bagasi anda sebagai target. Oleh itu, pastikan bagasi anda bertutup rapi untuk mengelakkan dimasuki pepijat.

3. Keluarkan makanan dari bagasi dan tutup makanan dengan bekas kedap udara

Makanan yang disimpan di dalam bagasi dapat menarik bukan sahaja pepijat malah makluk perosak lain. Oleh itu, dinasihatkan untuk mengeluarkan semua makanan di dalam bagasi anda ketika bercuti. Ini untuk mengelakkan dari pepijat serta makluk perosak lain yang terdapat di dalam hotel dari tinggal dan menghuni bagasi anda.

4. Buang semua kotak kadbod sebaik sahaja anda pulang ke rumah.

Hal ini kerana pepijat suka bertelur di dalam kotak kadbod, oleh itu disarankan untuk buang semua kotak kadbod yang anda bawa pulang ke rumah setelah selesai bercuti.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Oleh itu, serahkan masalah pepijat kepada pihak yang pakar.

Di Easelife Services, kami menggunakan rawatan haba dan amat berkesan dalam menghapuskan pepijat ini.

Rawatan yang selamat dan menyeluruh tanpa menggunakan racun.

Kredit: Fb Easelife Bedbugs

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

3 tindakan tidak patut dilakukan jika rumah ada anai-anai

$
0
0

Rumah anda ada anai-anai?

Jangan panik dan terkejut.

Anai-anai mungkin berada di rumah anda sudah lama, tetapi baru munculkan diri.

Anda boleh buat carian google atau bertanya kawan-kawan tentang perihal anai-anai ni, tetapi anda jangan buat benda yang boleh menyebabkan anai-anai lari ke tempat lain. 

Anai-anai kalau dah lari ke tempat lain, memang susah la kita nak cari dan tunggu dia muncul kembali.

Berikut merupakan tindakan yang tidak patut dilakukan jika terdapat anai-anai di kediaman anda:

1. Menggangu laluan anai-anai 

Sekiranya anda menyapu, mencuci atau membersihkan tempat terdapatnya anai-anai tersebut, itu sudah dikira mengganggu laluan mereka. Anai-anai akan lari ke tempat lain dan tidak akan berada di tempat itu lagi jika anda menggangu laluan mereka. Hal ini kerana anai-anai akan merasa terancam dengan tindakan anda.

Anda mungkin akan berasa lega kerana anai-anai dah tak berada di kawasan tersebut, tapi tahukah anda anai-anai akan membuat laluan di tempat baru dan ini akan menjadikan kawasan lain di rumah anda berisiko tinggi menjadi sumber makanan mereka. 

2. Menggunakan semburan kimia tanpa sukatan yang betul

Terdapat juga mereka yang mendapatkan bahan kimia di kedai hardware untuk membunuh anai-anai. Tetapi harus diingat, penggunaan bahan kimia tanpa sukatan yang betul juga boleh membahayakan kesihatan anda sekeluarga. Anai-anai mungkin mati, tetapi hanya di tempat yang terkena bahan kimia itu sahaja. Anai-anai yang tidak terkena bahan kimia akan terus hidup dan merosakkan kediaman anda. 

3. Menunggu terlalu lama untuk mendapatkan nasihat pakar

Anai-anai sudah lama bersarang dirumah, dah dimakannya habis perabot di rumah, anda pula mengambil masa untuk menghubungi pakar anai-anai, sudah tentu lah ini tindakan yang hanya akan merugikan anda. Oleh itu, sebaik-baiknya dapatkan bantuan sebelum terlambat.

Seperti yang anda lihat, kesan serangan anai-anai boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 langkah mudah mencegah demam denggi

$
0
0

Demam denggi merupakan sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.

Simptom yang dapat dikesan jika terkena demam denggi adalah demam panas yang berlarutan selama beberapa hari, sakit sendi, pening serta muntah.

Menurut statistik yang dikeluarkan, sudah terdapat hampir 50 ribu kes demam denggi dicatatkan di Malaysia bagi tahun 2018 sahaja. Angka tersebut jelas menunjukkan betapa kita semua terdedah kepada bahaya demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes ini.

Jika tidak dirawat secara cepat, pesakit yang terkena demam denggi dapat membawa maut. Oleh itu, pentingnya mencegah nyamuk Aedes ini dari menggigit ahli keluarga anda.

Berikut merupakan langkah yang dapat anda lakukan dari rumah untuk mencegah demam denggi:

1. Pasang jaring nyamuk dan skrin pada tingkap rumah

Pemasangan jaring dapat dilihat sebagai salah satu initiatif untuk menghalang nyamuk Aedes dari terbang masuk ke kediaman anda. Pihak kerajaan juga telah menyarankan pemasangan jaring nyamuk di kediaman atau premis anda yang kelihatan lebih efektif untuk membendung gejala demam denggi ini.

2. Elakkan keluar pada waktu senja

Nyamuk akan aktif pada awal pagi dan waktu senja. Anda juga dinasihatkan memakai pakaian berlengan panjang. Oleh itu, elakkan berada di luar rumah pada waktu senja yang boleh mendapat gigitan nyamuk kerana nyamuk Aedes aktif mencari makan pada waktu ini.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes

Anda perlu mengenalpasti tempat berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah anda. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut dan kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan jika ada.

4. Guna penghalau nyamuk

Anda boleh menggunakan semburan aerosol nyamuk yang terdapat di rumah anda. Semburan perlulah dihalakan ke siling, fokus tempat yang gelap seperti di bawah tangga ataupun tempat yang berisiko tinggi terdapatnya nyamuk. Jangan membuat semburan di tempat yang selalu dipegang seperti meja atau kabinet dapur dan pastikan makanan bertutup rapi untuk menghalang dari kesan semburan terkena makanan.

Sekiranya anda mahu cara yang mudah dan selamat, dapatkan perkhidmatan kawalan nyamuk Aedes daripada Easelife Services Sdn Bhd. 


Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda. Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 tanda mudah kehadiran tikus

$
0
0

Tikus merupakan salah satu dari makhluk perosak yang sentiasa menghantui kita. 

Hal ini kerana, tikus membawa virus dan bakteria yang boleh menyebabkan manusia terkena penyakit yang memerlukan rawatan jangka panjang dan boleh membawa maut.

Oleh itu, pentingnya tahap kesedaran tentang bahayanya makhluk perosak seperti tikus ini. 

Anda perlu tahu, tikus bukan sahaja dapat dijumpai di kediaman anda, tetapi di kawasan sekeliling persekitaran kita seperti pusat membeli belah, taman permainan, gudang, tempat pemprosesan makanan dan sawah padi.

Oleh itu, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran tikus di kediaman anda supaya anda dapat melindungi ahli keluarga daripada penyakit bawaan tikus ini.

Berikut merupakan tanda mudah yang dapat dikesan jika kediaman anda terdapat makluk perosak seperti tikus:

1) Terdapat bunyi seperti benda bergerak di atas siling rumah anda

Bunyi yang dimaksudkan bukan lah bunyi benda yang menakutkan seperti yang anda fikir, tetapi bunyi yang mungkin disebabkan oleh tikus yang berkeliaran di rumah anda. Oleh itu, anda jangan ambil mudah jika terdapat bunyi dari atas siling di rumah. Anda perlu mencari punca berlakunya bunyi tersebut, untuk menghalang keluarga anda dari bahaya makluk perosak ini.

2) Terdapat kesan gigitan pada perabot di rumah anda

Tikus boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui gigitan. Ketika tikus menggigit, mereka akan meninggalkan air liur yang dapat menjadi virus berbahaya kepada manusia. Contoh penyakit yang disebabkan oleh gigitan tikus ialah Leptospirosis, Salmonelosis, Lassa fever dan banyak lagi. Oleh itu, pentingnya anda membersihkan atau membuang perabot yang menjadi kesan gigitan tikus untuk mengelakkan terkena dan menjangkiti ahli keluarga anda.

3) Terdapat lubang (entry point) yang menjadi laluan masuk tikus ke rumah anda

Anda perlu memeriksa kawasan rumah anda jika terdapat lebang-lubang kecil yang dapat menjadi laluan masuk tikus ke dalam rumah anda. Jika ada, lubang tersebut perlu ditutup untuk mengelakkan tikus dapat masuk ke dalam rumah anda. Celahan(gap) antara pintu juga perlu dikurangkan atau ditutup jika perlu. Oleh itu, pentingnya membuat pemeriksaan secara berkala untuk mengenalpasti keadaan rumah anda dan penambaikkan dapat dilakukan.

4) Kedengaran bunyi plastik sampah bergeseran di dapur

Tong sampah yang tidak bertutup dapat menjadi punca rumah anda menjadi tumpuan tikus. Jika kedengaran bunyi di dapur anda, mesti ada makhluk perosak yang mencari makanan. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan rumah dan membuang sampah untuk mengelakkan tikus menyerang rumah anda dan menyebarkan virus serta bakteria yang dapat membahayakan keluarga anda.

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan bilik tidur serta boleh menggigit anda.

Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat. 

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.


4 tanda mudah kehadiran tikus - Siri 2

$
0
0

Bayangkan anda masuk ke dapur dan terlihat tikus berlari di dapur anda. Alangkah terkejutnya ! Mesti anda berfikir dari mana datangnya tikus ini semua. Walau hanya sekejap tikus berada di rumah kita, itu sudah cukup untuk meninggalkan kesan yang mampu membahayakan anda sekeluarga.

Tikus adalah sejenis haiwan nocturnal iaitu haiwan yang hanya aktif pada waktu malam. Jika anda perasan akan kehadiran tikus di kediaman anda pada waktu siang dan terdapat banyak kesan yang ditinggalkan, itu bermaksud terdapat banyak tikus yang mendiami kediaman anda. Hal ini kerana, anda tidak mungkin akan menjumpai tikus pada waktu siang jika bilangannya tidak banyak.

Oleh itu, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran tikus di kediaman anda supaya anda dapat melindungi ahli keluarga daripada penyakit bawaan tikus ini.

Berikut merupakan tanda mudah yang dapat dikesan jika kediaman anda terdapat makluk perosak seperti tikus:

1)Terdapat najis (dropping) tikus di kediaman anda


Tikus adalah haiwan kotor yang akan meninggalkan najis khususnya di sudut - sudut ruang untuk mengekalkan tanda keberadaan mereka di kediaman anda. Gambar di atas adalah contoh najis tikus mengikut jenis - jenis tikus yang mungkin ditinggalkan di kediaman anda.

Jesteru itu, pentingnya bagi anda mengetahui jenis najis yang ditinggalkan untuk mengenal pasti haiwan yang mendiami kediaman anda. Oleh itu, anda seharusnya tidak boleh mengambil mudah jika tedapat najis tikus di kediaman anda. Hal ini dikhuatiri dapat memberi kesan negatif kepada ahli keluarga anda.

2) Kesan kencing tikus dalam kediaman anda


Tikus adalah haiwan yang menjijikkan dan jika terdapat bau hancing yang kurang menyenangkan, berkemungkinan tikus sudah kencing di kediaman anda. Anda perlu tahu, kencing tikus boleh tersejat dan kering mengikut masa ia tinggalkan kesan tersebut. Tetapi, virus bawaan kencing tikus itu masih berada di situ. Terdapat virus Leptospira yang menyebabkan penyakit Leptospirosis ataupun kencing tikus yang dapat membawa maut. Oleh itu, pentingnya anda mengekalkan kebersihan kediaman anda untuk menghalang tikus dari mendiami rumah anda.

3) Kesan minyak pada bahagian kediaman anda


Anda harus tahu, tikus dapat masuk ke kediaman anda melalui lubang sekecil 1cm lebar sahaja. Ketika melalui lubang - lubang tersebut, tikus akan meninggalkan kesan berminyak disebabkan oleh kotoran yang melekat di badan mereka. Gambar di atas merupakan contoh kesan berminyak yang ditinggalkan oleh tikus.

Tikus kecil selalu meninggalkan kesan minyak yang sedikit, tetapi jika terdapat kesan berminyak yang banyak dan hitam seperti gambar di atas, kediaman anda mungkin menjadi tempat pembiakan tikus. Oleh itu anda seharusnya lebih berwaspada jika menjumpai kesan - kesan minyak di kediaman anda.

4) Jejak tikus di kediaman anda


Anda mungkin menjumpai jejak tapak kaki tikus di kediaman anda. Jenis jejak tapak kaki dan ekor tikus boleh menjadi tanda aras kepada anda untuk mengetahu jenis tikus yang menganggu kediaman anda. Tikus kecil mempunyai tapak kaki yang kecil berukuran 3/8 inci atau kurang manakala tikus besar berukuran 3/4 inci ke 1 inci. Oleh itu pentingnya bagi anda mengenalpasti jejak - jejak ini untuk menghalang tikus dari berleluasa di sekeliling anda.

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. 

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini. 

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan bilik tidur serta boleh menggigit anda. 

Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat. 

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542 2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 tanda mudah kehadiran lipas

$
0
0

Lipas merupakan salah satu contoh serangga makluk perosak yang dapat memberikan penyakit kepada manusia melalui bakteria yang ditinggalkan selain tikus dan semut.

Lipas juga dapat membiak dengan cepat dan pantas. Berikut merupakan jenis - jenis dan nama lipas yang sering kali kita jumpa. Tetapi di Malaysia, lipas yang sering kali mengganggu kediaman kita adalah dari jenis American.

Lipas mempunyai tabiat akan memuntahkan balik apa yang dimakan ketika ia sedang menikmati makanan. Oleh itu, ia akan meninggalkan bakteria yang berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan seperti cirit birit jika kita memakan makanan yang tercemar tersebut.

Selain itu, pernahkah anda tahu kenapa lipas boleh bergerak laju apabila anda mengejar untuk membunuhnya? Hal ini adalah kerana terdapat bulu halus yang boleh mengesan angin daripada sebarang pergerakkan yang menghampirinya. Tidak hairan lah terdapat pepatah berlari seperti lipas kudung untuk menunjukkan perbuatan lari yang begitu laju sehingga tidak mempedulikan segala benda.

Selain itu, lipas juga merupakan salah satu haiwan nocturnal yang memilih untuk hidup dan makan di tempat yang gelap. Jika anda terjumpa lipas berkeliaran di rumah anda pada waktu siang atau di tempat cerah, itu menunjukkan terdapat serangan lipas di kediaman anda.

Oleh itu, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran lipas di kediaman anda supaya anda dapat melindungi ahli keluarga daripada penyakit bawaan lipas ini.

Berikut merupakan tanda mudah yang dapat dikesan jika kediaman anda terdapat makluk perosak seperti lipas:

1) Terjumpa/melihat lipas di kediaman anda


Jika anda terjumpa seekor lipas di kediaman anda, itu merupakan tanda - tanda awal serangan lipas. Anda tidak perlu panik, tetapi haruslah segera bertindak supaya serangan lipas tidak menjadi teruk di kediaman anda. Dengan hanya seekor lipas, ia boleh menjadi sekumpulan lipas jika tidak dirawat atau dicegah dari mula. Oleh itu, anda seharusnya tidak mengambil mudah jika anda terjumpa walau seekor lipas di kediaman anda.

2) Terdapat najis (dropping) lipas di kediaman anda


Lipas akan makan segala benda daripada tumbuhan sehingga ke makanan manusia. Gambar di atas merupakan contoh najis lipas yang berselerak di lantai rumah. Najis lipas sangat kecil dan boleh menjadi petanda kepada anda mengenai jumlah lipas yang menyerang kediaman anda.

Najis lipas yang banyak menandakan serangan lipas yang banyak manakala najis yang sedikit menunjukkan serangan yang sedikit. Anda boleh membuat pemeriksaan di bahagian dapur, peti sejuk, sinki dan almari serta tempat penyimpanan makanan di kediaman anda. Jika terjumpa najis lipas di kawasan tersebut, anda perlu segera mengambil tindakan untuk mengelakkan keluarga anda mendapat kesan daripada najis tersebut. 

3) Terdapat bau yang kurang menyenangkan


Lipas dapat menghasilkan bau kuat yang menusuk hidung, tambahan jika serangan lipas sudah lama di rumah anda. Cuba anda hidu di dalam almari baju, dapur dan di sekeliling rumah, jika baunya kuat, itu bermaksud lipas sudah banyak di persekitaran anda.

Lipas yang mati juga dapat menghasilkan bau yang kurang menyenangkan ketika proses decomposition. Bau lipas di udara dapat memberi kesan buruk kepada makanan yang berada di rumah.

Bayangkan jika anda sekeluarga makan makanan yang tercemar, tentulah akan memberi kesan seperti keracunan makanan dan cirit birit. Oleh itu, pentingnya untuk menghalang lipas dari mendiami kediaman anda untuk kebaikan anda sekeluarga.

4) Terdapat telur lipas di kediaman anda


Serangan lipas akan menjadi teruk setelah beberapa ketika kerana lipas membiak dengan cepat. Lipas betina akan menghasilkan satu kantung telur yang dikenali sebagai oothecae. Satu kantung oothecae mengandungi berpuluh - puluh anak lipas seperti contoh gambar di atas.

Oothecae ini berwarna coklat dan berbentuk oval. Jesteru itu, pentingnya bagi anda mengetahui jenis telur lipas yang ditinggalkan untuk mengenal pasti jenis lipas yang mendiami kediaman anda.

Jika anda terlihat bekas telur lipas ini, itu bermakna lipas sudah mendiami kediaman anda. Oleh itu, pentingnya jika anda membuat pemeriksaan secara berkala di sekeliling kediaman anda untuk membasmi lipas dari terus berleluasa di kediaman anda.


Oleh itu, jangan biarkan masalah lipas mengganggu anda. Hal ini kerana, lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak. 

Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita.

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.


sebab utama anai anai memilih kediaman anda

$
0
0

Adakah anda tahu bahawa sarang anai - anai boleh mencapai sedalam 10 meter ke dalam tanah? Hal ini disebabkan kelembapan tanah akan bertambah seiring dengan kedalaman tanah kerana berada berdekatan dengan sumber air. Anai - anai membuat sarang di dalam tanah kerana mereka suka akan kelembapan, tempat yang dingin serta terlindung dari cahaya matahari. 

Anai - anai hanya mempunyai lapisan kulit nipis dan tidak mempunyai kulit atau exoskeleton seperti semut atau lipas. Oleh itu, tanpa kelembapan yang cukup anai - anai akan tidak mampu untuk bertahan hidup pada masa jangka yang lama. 

Anai - anai merupakan serangga yang hidup secara berkoloni dan mempunya kasta di kalangan mereka. Gambar di atas menjadi contoh kepada aktiviti anai - anai pekerja yang dilakukan secara berkumpulan sambil di kawal selia oleh anai - anai askar.

Sebelum ini, kita sering diajukan soalan seperti tanda awal kehadiran anai -anai, perihal anai- anai serta tips pengawalan anai - anai. Tetapi adakah anda pernah ditanyakan soalan atau terasa ingin bertanya apakah yang menjadi sebab utama anai - anai ini masuk ke dalam rumah anda dan menjadikan perabot anda sebagai mangsa serangan mereka?

Berikut merupakan sebab utama anai - anai menyerang kediaman anda:

1) Terdapat kayu yang menjadi sumber makanan anai - anai


Anda perlu tahu, sebab utama anai - anai menyerang kediaman anda adalah kerana terdapatnya kayu yang menjadi sumber makanan mereka atau lebih tepat lagi cellulose di dalam kayu. Anai - anai memerlukan nutrient penting seperti cellulose dan serat organik yang terdapat di dalam kayu dan tumbuhan lain seperti rumput. Apabila dicerna, cellulose ini memberi anai - anai nutrient yang diperlukan. Oleh itu, kayu amat penting kerana dapat menghasilkan cellulose yang merupakan nutrient utama yang diperlukan anai- anai untuk terus hidup.

Anai - anai tidak memilih untuk menyerang kayu yang elok atau sudah lapuk, tetapi anai - anai akan cenderung memakan kayu yang sudah lapuk atau lembab kerana terdapat fungi yang memberi kelambapan dan memberi nutrient kepada mereka. Oleh itu, pentingnya bagi anda membuang semua kayu - kayu lembab atau tidak digunakan di kediaman anda untuk menghalang anai - anai dari bersarang dan menghuni kediaman anda.

Anai - anai selalu akan menyerang bahagian kayu seperti kerangka pintu, kerangka tingkap, parquet atau lantai kayu, skirting kayu, siling dan binaan kabinet kayu yang terdapat di kediaman anda. Oleh itu, anda perlu memeriksa sekeliling rumah anda jika terdapat perabot atau bahagian rumah anda yang berasaskan kayu bagi mengawal kehadiran anai - anai ke rumah anda.

Jika terdapat tanda - tanda kehadiran anai - anai di kawasan berkayu di kediaman anda, langkah pencegahan anai- anai adalah perlu bagi membanteras kegiatan anai - anai sebelum mereka merosakkan kediaman anda.


Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

7 soalan mudah berkaitan kaedah rawatan haba

$
0
0

Pepijat adalah serangga kecil dan tidak bersayap yang memerlukan darah sebagai sumber makanan dan hanya aktif pada waktu malam. Disebabkan itu, ia menjadikan kita sebagai mangsa gigitan pada waktu malam bagi mendapatkan makanan untuk terus hidup.

Di Easelife Services, kaedah servis rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Gambar di bawah merupakan mesin yang digunakan oleh Easelife Services bagi kaedah rawatan haba untuk menghapuskan pepijat.


Setiap hari, kami menerima banyak panggilan daripada pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai masalah pepijat dan bagaimana kaedah rawatan haba ini dijalankan. Jika anda berminat dengan kaedah rawatan haba ini tetapi ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh dapatkan nasihat profesional daripada kami.

Di samping itu, berikut merupakan antara contoh soalan yang sering diajukan oleh pelanggan kepada kami berserta jawapan mengenai rawatan haba ini.

1)
Q - Bagaimanakah kerja-kerja 'heat treatment' ini dijalankan?
A - Haba panas yang dikeluarkan daripada mesin akan ditumpukan kepada bahagian-bahagian yang telah dikenalpasti yang mempunyai masalah pepijat seperti di tilam, sofa, karpet dan mungkin almari dan kerja-kerja akan dijalankan dengan teliti dan cermat.

2)
Q - Berapa lama masa yang akan diambil bagi proses tersebut?
A - Mengikut pengalaman kami, ianya akan mengambil masa anggaran 2 sehingga 3 jam untuk sekali treatment bagi rumah sebesar flat, kondo atau apartment.

3)
Q - Perlu atau tidak untuk pelanggan keluar daripada rumah ketika servis dijalankan?
A - Anda tidak perlu keluar daripada rumah dan boleh turut serta bersama-sama juruteknik untuk melihat bagaimana servis dijalankan.

4)
Q - Adakah kaedah rawatan haba ini mengandungi bahan kimia?
A - Sama sekali tidak dan ianya sangat selamat untuk anda seisi keluarga.

5)
Q - Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah pepijat yang berada di dalam tilam, bantal atau sofa?
A - Kepanasan haba dengan suhu 180 darjah celsius boleh menembusi ketebalan objek dan seterusnya dapat mematikan pepijat dan serangga lain yang terdapat didalamnya.

6)
Q - Adakah syarikat menyediakan jaminan atau warranty?
A - Ya! Kami ada menyediakan warranty selama 1 bulan selepas servis dijalankan. Sekiranya masalah berulang, anda dikehendaki untuk mengambil gambar sebagai bukt dan kemudian maklumkan kepada pihak kami dan kami akan datang tanpa caj tambahan.

7)
Q - Adakah serangan pepijat disebabkan oleh keadaan rumah yang kotor?
A - Masalah pepijat bukan daripada masalah kebersihan tetapi susun atur rumah juga memainkan peranan bagi menyebabkan ianya merebak dengan begitu pantas.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542 
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
Viewing all 371 articles
Browse latest View live