Quantcast
Channel: My Pest News
Viewing all 371 articles
Browse latest View live

Macam mana lipas boleh memanjat

$
0
0

Pernahkah anda terfikir macam mana lipas boleh sampai kat tempat tinggi?

Anda bukan sahaja dapat menjumpai lipas ada di lantai rumah tetapi juga mungkin memanjat dinding atau merangkak di siling.

Hal ini mesti amat mengejutkan anda jika anda seorang yang takutkan lipas.

Ingin tahu apa rahsianya?

Rahsianya tentulah ada pada kaki lipas.

Pada penghujung enam kaki lipas, ada cakar yang dipanggil tarsus dan pretarsus (jari kaki).

Kedua-dua struktur inilah yang membolehkan lipas tersebut memanjat dan berjalan melintasi siling.

Oleh itu, jangan biarkan masalah lipas mengganggu anda. 

Hal ini kerana, lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak.

Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita.

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd.


Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 tips mudah menghalang pepijat merebak melalui kebersihan katil

$
0
0
Sedarkah anda bahawa katil adalah antara tempat yang kotor di dalam rumah anda?

Ia mungkin mengejutkan kerana katil anda sebenarnya mungkin dipenuhi dengan kulat, bakteria, kotoran, peluh dan bermacam-macam lagi.

Menurut fakta, kulit manusia gugur sehingga 10 gram sehari dan digabungkan pula dengan 100 liter peluh yang dihasilkan tubuh manusia setiap tahun, menjadikan katil adalah salah satu tempat yang tidak bersih.

Ada sesetengah orang pula makan di atas katil sambil menonton televisyen atau membaca buku. Ia sudah tentulah menambahkan lagi kotoran yang ada jika sisa makanan terjatuh di kawasan katil.

Itu belum ditambah lagi jika cadar jarang dibasuh, ia bukan sahaja kotor malah berbahaya. Hal ini disebabkan dengan adanya bakteria serta kulat pada cadar, anda berpeluang tinggi terdedah kepada pelbagai penyakit.

Berikut merupakan beberapa tips mudah bagi memastikan tilam dan cadar anda sentiasa bersih:

1) Bersihkan kawasan bilik dan sekeliling katil

Rumah yang bersih amat penting demi mengekalkan kehidupan yang sihat serta bebas dari segala penyakit. Mulakan dengan mencuci di sekeliling katil, di celahan katil serta bawah katil. Hapuskan segala habuk atau sampah yang berada di kawasan bilik anda. Oleh itu, pentingnya bagi menjaga kebersihan tempat tidur untuk mengelakkan serangan serangga seperti pepijat di tempat tidur anda.

2) Cuci bantal atau hantar ke dobi

Bantal yang digunakan perlulah kerap ditukar sarungnya kerana terdapat peluh yang melekat ketika anda tidur. Anda juga disarankan untuk mencuci bantal (jika boleh) atau hanya menghantar ke dobi untuk cucian yang lebih bersih, Hal ini kemudian dapat memberikan keselesaan kepada anda dan mengurangkan bau yang terdapat pada bantal ketika anda tidur.

3) Cuci cadar seminggu sekali atau dua minggu sekali

Anda dinasihatkan untuk kerap mencuci cadar tilam anda menggunakan suhu 60°C atau lebih tinggi. Hal ini untuk membunuh semua bakteria atau kuman yang terdapat di cadar tilam anda. Gunakan juga sarung atau alas pelindung bantal dan tilam yang mudah dibasuh untuk memudahkan anda dalam kerja - kerja pencucian. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan cadar tilam anda tempat dimana anda berehat pada malam hari tanpa gangguan pepijat atau serangga lain.

4) Menukar baju tidur dua hari sekali

Mesti ada di kalangan anda yang suka pakai baju tidur yang sama sampai beberapa hari kan. Tahukah anda baju tidur perlu kerap ditukar sekurang-kurangnya dua hari sekali. Hal ini untuk mengelakkan segala peluh atau kotoran yang terdapat pada baju melekat pada cadar tilam anda. Ini juga menunjukkan tahap kebersihan anda berada di tahap mana jika anda jarang menukar baju tidur. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan dengan menukar baju tidur untuk mengekalkan kebersihan diri serta tilam anda.


Katil boleh menjadi agak kotor dan mungkin juga berbahaya bergantung kepada fungsi katil bagi anda dan juga sejauh mana bersihnya diri anda semasa masuk tidur. Oleh itu, pentingnya bagi anda menjaga kebersihan katil untuk mendapatkan tidur yang selesa serta kesihatan yang baik.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Kaedah pengawalan burung menggunakan gel repellent

$
0
0

Seekor burung mungkin tidak membawa masalah kepada anda, tetapi jika datang sekumpulan burung bertenggek di bumbung kediaman anda, itu sudah cukup untuk memeningkan kepala anda! 

Masalah berkaitan burung boleh membawa kepada kerosakan besar kepada sesebuah komuniti. Hal ini ditambah lagi dengan najis burung yang dapat memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Kehadiran burung di kawasan anda boleh disebabkan oleh terdapatnya sumber makanan dan minuman yang cukup untuk membolehkan mereka terus berada di kawasan tersebut. Oleh itu pentingnya pemantauan secara berterusan dalam usaha untuk mengawal kehadiran burung ke tempat anda.

Terdapat pelbagai kaedah pengawalan burung yang dijalankan di Malaysia dan ada di antaranya menggunakan kos yang tinggi. Hal ini disebabkan proses pengawalan burung selalunya melibatkan risiko dan ketinggian.

Oleh itu, pemilihan kaedah yang sesuai amatlah penting supaya kesan efektif sesuatu kaedah tersebut dapat dilihat.

Berikut merupakan salah satu kaedah pengawalan burung yang sering dipraktikkan dan dicadangkan kepada pelanggan:

1) Mengunakan gel repellent


Di Easelife Services, kami menggunakan gel repellent yang berkualiti bagi membantu mengawal burung di persekitaran anda. Setelah melakukan tinjauan di kawasan anda dan penggunaan kaedah gel repellent burung adalah sesuai di persekitaran anda, gel tersebut akan diletakkan di target area yang menjadi tempat tumpuan burung.

Apabila gel diletakkan, teksturnya yang melekit akan menyebabkan burung yang terkena gel tersebut melekat pada kaki burung dan menyebabkan kaki burung melekit. Hal ini seterusnya menyebabkan kaki burung tidak dapat bergerak dan burung akan cuba untuk melebarkan sayap untuk terbang dan melepaskan diri.

Ketika burung terbang dalam proses melepaskan diri, sayap burung juga akan terkena gel tersebut. Gel repellent tersebut juga akan terkena bahagian lain pada burung dan seterusnya akan menyebabkan kecederaan atau berkemungkinan mengancam burung tersebut. Burung tidak akan hinggap atau bertenggek di tempat tersebut yang mungkin akan mengancam atau membunuh mereka. Oleh itu, kaedah gel repellent ini berpotensi untuk menyebabkan kecederaan kepada burung atau haiwan yang menjadi target yang terkena gel repellent tersebut.

Selain itu, gel repellent yang bewarna jernih juga akan menyebabkan pantulan jika terkena cahaya matahari. Keadaan ini akan menjadikan pembiasan cahaya pada mata burung yang bertenggek di situ dan mereka akan meninggalkan kawasan yang terdapat gel repellant. Hal ini seterusnya dapat mengelakkan burung dari menjadikan kediaman atau persekitaran anda sebagai tempat mereka bertenggek atau berlindung.

Di samping itu, gel repellent yang digunakan akan mengeluarkan bau seperti peppermint mengikut jenis gel repellent yang digunakan dan akan menghalang burung dari berada di tempat tersebut. Burung akan terbang dan mencari tempat lain untuk berlindung. Oleh itu, kediaman atau persekitaran anda akan selamat tanpa burung liar bertenggek dan dipenuhi najis burung.


Di Easelife Services, hanya dengan harga RM180 anda akan mendapat satu unit gel repellent beserta panduan penggunaan untuk mengawal masalah burung di kediaman anda. Harga adalah tanpa cas penghantaran atau anda boleh datang sendiri di pusat operasi Easelife services yang beralamat di TTDI Jaya Shah Alam untuk maklumat lanjut.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah pengawalan burung menggunakan gel repellant ini, dapatkan nasihat profesional dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

3 langkah awal jika rumah ada pepijat

$
0
0

Sering terdapat kesan gigitan serangga pada badan? 

Tetapi bukan kesan gigitan nyamuk? 

Jangan panik! Ianya mungkin kesan gigitan pepijat.

Pepijat adalah makhluk parasit yang sukar untuk dihapuskan. Hal ini disebabkan ada sesetengah daripada kita hanya perasan kehadiran pepijat apabila terdapat kesan gigitan pada anggota badan tetapi tidak dapat menjumpai di mana pepijat itu berada sebenarnya.

Kaedah penghapusan yang efisien diperlukan untuk memastikan pepijat lenyap daripada mengganggu ahli keluarga anda dan tiada kesan gigitan lagi. Oleh itu, pentingnya tindakan awal yang perlu diambil jika kediaman anda terdapat pepijat. Hal ini bagi mengelakkan anda teruk digigit pepijat.

Berikut merupakan langkah awal yang dapat dilakukan jika anda behadapan dengan pepijat ini:

1) Rendam baju, sarung bantal dan sarung tilam dengan air mendidih selama 30 minit

Jika terdapat pepijat di bilik anda, langkah utama yang perlu dilakukan adalah mengumpulkan semua pakaian, sarung bantal, sarung tilam anda dan rendam dengan air mendidih atau air panas. Hal ini untuk mematikan pepijat yang berkemungkinan bersembunyi di pakaian anda. Sebagai alternatif lain, hantar semua pakaian dan kain tersebut ke dobi untuk dry cleaning bagi cucian yang lebih terjamin.

2) Jemur baju, tilam dan bantal di bawah panas terik matahari

Pakaian yang sudah dicuci sebelum ini perlulah dijemur di bawah terik matahari. Tilam juga perlu dijemur di bawah panas terik matahari kerana takut terdapat pepijat yang bersarang di tilam anda. Kekadang, terdapat juga telur pepijat yang mungkin mendiami tilam anda. Dengan menjemur tilam dan pakaian anda, sekurang - kurangnya pepijat dapat dikurangkan. Hal ini untuk memastikan pepijat yang terdapat di pakaian serta kain lain akan betul2 terhapus.

3) Terus dapatkan perkhidmatan profesional

Jika anda telah melakukan dua langkah awal yang dinyatakan di atas tetapi masih terdapat kesan gigitan pepijat, anda perlulah terus mendapatkan nasihat perkhidmatan profesional untuk penghapusan pepijat. Hal ini kerana, mungkin terdapat pepijat di kawasan lain selain daripada kawasan target. Jika anda menunggu terlalu lama, pepijat akan bersarang di rumah anda dan menjadikan ahli keluarga anda sebagai mangsa gigitan.



Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

7 mitos mengarut tentang pepijat yang anda percaya

$
0
0

Mitos merupakan cerita - cerita yang dianggap benar namun belum tentu akan kesahihannya. Dalam kalangan kita, mesti ada yang percaya dengan mitos atau cerita - cerita yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita. Namun ada juga yang tidak percaya disebabkan peredaran zaman yang semakin moden ini.

Seperti yang kita tahu, pepijat merupakan serangga kecil dan tidak bersayap dan memerlukan darah sebagai sumber makanan. Begitu juga pada pepijat, terdapat beberapa mitos yang sering diperkatakan namun belum tentu akan kebenarannya. 

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk membezakan diantara mitos dan fakta. Hal ini untuk memberikan anda info yang tepat terhadap sesuatu fakta yang selama ini anda anggap benar tetapi sebenarnya salah. 

Berikut merupakan antara contoh mitos yang sering kita dengar atau percaya tentang pepijat:

1) Pepijat menyebarkan penyakit


Gigitan pepijat memang menyebabkan kegatalan, membuatkan sukar tidur dan alergi kepada mangsa. Tetapi anda harus tahu, sebenarnya kesan yang dihadapi oleh mangsa lebih kepada psikologi. Menurut kajian, mereka yang tinggal dan mengalami gigitan pepijat sering mengalami keresahan, kemurungan dan paranoia.

Jika dibandingkan dengan nyamuk, pepijat sebenarnya tidak berbahaya kerana mereka tidak menyebarkan penyakit kepada manusia. Oleh itu, mitos bahawa pepijat menyebarkan penyakit adalah tidak benar. Tetapi kehadiran pepijat di kediaman anda perlu lah dibendung agar tidak memberi kesan ke atas psikologi anda sekeluarga.

2) Pepijat sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar


Memang benar pepijat adalah sangat kecil tetapi ia masih dapat dilihat dengan mata kasar. Menurut Virna Stillwaugh, seorang pakar penghapus makhluk perosak dari Universiti North Carolina, pepijat dapat dicam apabila ia menghisap darah. Jika terdapat serangga seperti pepijat di kediaman anda, anda disyorkan untuk mendapat pengecaman secara teliti daripada pakar. Oleh itu, mitos pepijat sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebenarnya adalah tidak benar.

3) Pepijat hanya berada di kawasan katil


Ini merupakan mitos atau info yang tidak tepat apabila ada di kalangan anda yang beranggapan pepijat hanya tinggal atau hidup di kawasan katil atau tilam. Hal ini kerana, pepijat bukan sahaja berada di tempat tidur anda, tetapi boleh merayap atau tinggal pada langsir, pakaian malah boleh berada dalam almari dan soket elektrik di kediaman anda. Jika pepijat sudah merebak ke seluruh bahagian kediaman anda, tahap keberadaan pepijat di kediaman anda boleh dikatakan kronik.

4) Pepijat hanya muncul pada waktu malam


Ramai yang menganggap bahawa pepijat hanya menyerang pada waktu malam ketika hendak tidur. Hal ini kerana jika terdapat pepijat di kawasan tilam atau katil anda, kemudian anda tidur di atas tilam, pepijat akan mengesan haba yang terhasil daripada anda, seterusnya pepijat akan menggigit anda. Oleh itu, waktu pepijat aktif mencari makanan adalah pada waktu malam ketika anda tidur. Namun demikian, sebenarnya pepijat akan mula mencari makanan pada bila-bila masa, tak kira waktu malam atau siang apabila mereka perlukan makanan dan pepijat akan menyerang tidak kira waktu. Cuma waktu aktif pepijat adalah pada waktu malam

5) Gigitan pepijat senang dikenali


Gigitan pepijat sebenarnya sukar untuk dikenalpasti. Pada mulanya, gigitannya tidak menyakitkan dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk membentuk reaksi pada kulit. Gigitan pepijat selalunya lebih besar daripada gigitan hama dan kelihatan kemerah-merahan. Gigitan pepijat juga dapat mengakibatkan jangkitan kulit dan meninggalkan parut kesan daripada menggaru gigitan tersebut.

6) Pepijat boleh terbang


Ini mungkin mitos yang ramai dipercayai iaitu pepijat boleh terbang. Fakta yang tepat adalah pepijat tidak mempunyai sayap dan ia cuma dapat merayap sahaja. Jika terdapat pepijat secara tiba-tiba di rumah anda, itu berkemungkinan pepijat sesat yang masuk ke dalam bag anda ketika bercuti atau terdapat di pakaian anda dan anda sendiri yang membawa pulang pepijat tersebut ke rumah. Oleh itu anda tidak perlu risau jika pepijat terbang seperli lipas. Hal ini disebabkan pepijat hanya merayap untuk mencari makanan.

7) Pepijat boleh dihapuskan dengan mudah

Perlu diingatkan, anda boleh cuba untuk menghapuskan pepijat dengan cara merendam pakaian, menjemur tilam anda atau menggunakan bahan penghapus kimia. Tetapi proses tersebut mungkin mengambil masa yang panjang. Oleh itu, pentingnya mendapatkan nasihat daripada pakar untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda. Seterusnya mendapatkan kembali tidur anda yang diganggu oleh pepijat sebelum ini.


Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 perbezaan mudah semut dan anai-anai

$
0
0
Sering tidak dapat bezakan semut dan anai-anai?

Ya, dengan sekali pandang, jangan terkejut kerana memang ada antara kita yang tidak dapat membezakan antara semut dan anai-anai kerana beranggapan keduanya adalah serangga yang sama. 

Namun anda harus tahu, terdapat perbezaan antara semut dan anai-anai kerana kaedah rawatannya berbeza serta kesan kerosakan yang berpunca dari kedua-dua ini juga berbeza.

Ada juga di antara pelanggan yang ingin bertanya tentang kaedah yang perlu dijalankan untuk mengawal kehadiran semut.Namun yang berada di rumah mereka bukanlah semut seperti yang dijangka, tetapi merupakan anai-anai yang bersarang. Begitu juga sebaliknya dengan anai-anai. 

Oleh itu pentingnya bagi anda untuk mengenal pasti serangga apa yang berada di kediaman anda. Hal ini penting untuk menentukan kaedah rawatan mana yang sesuai bagi menyelesaikan masalah haiwan makhluk perosak di kediaman anda.

Berikut merupakan perbezaan mudah yang dapat dilihat untuk membezakan di antara semut dan anai-anai.

1) Sayap


Sayap memainkan peranan dalam membezakan antara anai-anai dan semut. Sayap anai-anai dewasa adalah sama saiz dan sama panjang, manakala bagi semut dewasa pula berbeza saiz sayapnya. Sayap semut dewasa di bahagian hadapan adalah lebih panjang daripada saiz sayap di bahagian belakang. Oleh itu, jangan mudah tertukar lagi jika anda terlihat serangga bersayap seperti semut dan anai-anai berada di kediaman anda.

2) Pinggang


Perbezaan lain yang dapat dilihat antara anai-anai dan semut dewasa bersayap ialah abdomen yang dapat dilihat pada tengah bahagian badan anai-anai dan semut. Anai-anai mempunyai abdomen yang tebal di tengahnya dan berbentuk lurus, manakala semut mempunyai abdomen yang nipis di tengahnya dan tidak berbentuk lurus. Itu sudah cukup untuk membezakan antara anai-anai dan semut.

3) Sesungut


Melalui sesungut juga kita dapat membezakan antara anai-anai dan semut. Anai- anai dewasa mempunyai sesungut yang lurus manakala semut dewasa sesungutnya berbentuk melengkung (elbowed). Sesungut berfungsi sebagai deria bagi serangga seperti semut dan anai-anai. Fungsi lain sesungut juga ialah bagi mengesan pergerakan udara, haba, bunyi, getaran, bau dan rasa. Oleh itu, dengan hanya melihat sesungut haiwan yang berada di kediaman anda dapat memberikan info serangga apa yang bersarang di kediaman anda.

4) Mata


Mata juga memainkan peranan penting dalam mengenalpasti semut dan anai-anai. Untuk pengetahuan anda, anai-anai pekerja yang tidak mempunyai sayap tidak mempunyai mata dan hanya mengesan pergerakan atau haba melalui sesungut yang terdapat pada mereka. Manakala semut pekerja yang tidak mempunyai sayap mempunyai mata (compound). Oleh itu, melalui perbezaan fizikal juga dapat membezakan diantara semut dan anai-anai ini.



Untuk membantu anda mengenal pasti semut atau anai-anai yang bersarang di rumah anda dan membantu memastikan bahawa ia dirawat dengan berkesan, hubungi perkhidmatan profesional kawalan serangga perosak. Pasukan profesional di Easelife Services boleh melakukan 'inspection' rumah anda dan mengesyorkan penyelesaian kepada masalah ini.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai atau semut berleluasa di kediaman anda. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai dan semut, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 kelebihan deria tikus yang anda perlu tahu!

$
0
0

Pemahaman menyeluruh tentang perihal tikus adalah penting jika kediaman anda diserang tikus. 

Begitu juga dengan kelebihan deria yang ada pada tikus bagi membolehkan anda tahu tentang kelebihan yang ada pada tikus. Hal ini kerana kita perlu memahami apa yang tikus dapat lakukan untuk membendung tikus supaya tidak dapat bersarang dengan lama di kediaman anda.

Deria memainkan peranan penting bagi haiwan makhluk perosak seperti tikus. Hal ini kerana mereka bergantung sepenuhnya dengan deria yang ada untuk membolehkan mereka kekal di sesuatu tempat. 

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mengetahui kelebihan deria yang ada pada tikus bagi anda membanteras kegiatan tikus di kediaman anda.

Berikut merupakan kelebihan deria yang terdapat pada makhluk perosak seperti tikus:

1) Penglihatan

Tahukah anda tikus mempunyai penglihatan yang kurang apabila berada pada jarak antara 3 ke 4 kaki, namun tikus sangat sensitif kepada pergerakan sehingga jarak antara 30 ke 50 kaki. Disebabkan itu juga tikus bergerak aktif pada waktu malam apabila kadar pencahayaan rendah. Selain itu, kebanyakan tikus adalah buta warna tetapi ada juga tikus yang dapat mengesan sesuatu objek jika mempunyai warna yang terang. 

2) Pendengaran

Tahukah anda deria pendengaran tikus digunakan bagi mengesan objek yang berada berdekatan mereka. Oleh sebab itu, tikus akan berkeliaran lari apabila terdapat objek yang menghampiri mereka. Tikus juga dapat menghasilkan frekuensi bunyi yang lebih tinggi dari manusia. Oleh sebab itu, tikus tidak boleh mendengar frekuensi rendah yang boleh didengari manusia dan tikus berkomunikasi dengan bunyi berfrekuensi tinggi yang sesetengahnya tidak boleh didengari manusia. Selain itu, tikus boleh memberi amaran bahaya terhadap tikus-tikus lain tanpa disedari pemangsa.

3) Sentuhan

Tikus mempunyai deria sentuhan yang sensitif disebabkan oleh bulu yang berada di badan dan digunakan untuk meneroka persekitaran di sekeliling mereka. Tikus akan bergantung pada deria sentuhan dan rasa untuk mengenalpasti tempat mereka bersarang. Tikus sering memilih objek yang kekal/pegun di sebelah mereka ketika bergerak dan selalunya mereka akan bergerak mengikut bahagian tepi dinding.

4) Bau

Bau merupakan salah satu deria yang penting kepada tikus. Hal ini kerana, tikus akan menggunakan deria bau untuk mengesan jejak yang ditinggalkan oleh mereka. Tikus akan meninggalkan kesan najis, air kencing atau kesan berminyak bagi menanda objek atau laluan yang digunakan mereka. Tikus akan kembali ke tempat tersebut dan bersarang jika bau tersebut kekal. Oleh itu, penting bagi anda untuk membersihkan kawasan kediaman anda jika ada kesan bau kehadiran tikus. Hal ini untuk mengelakkan tikus bersarang di kediaman anda.

5) Rasa

Tikus mempunyai deria rasa yang tinggi dan membolehkan mereka mengesan beberapa bahan kimia. Hal ini seterusnya dapat menyebabkan sesetengah daripada tikus menolak umpan atau racun yang diletakkan di kediaman anda kerana terdapat bau racun serangga atau bahan kimia lain. Oleh itu, disamping meletakkan racun tikus yang sedia ada, makanan yang segar atau berkualiti perlu diletakkan bersama-sama racun tikus untuk mengelakkan tikus menolak umpan tersebut.



Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan kediaman serta boleh menggigit anda. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 kelebihan fizikal yang ada pada tikus

$
0
0

Kelebihan fizikal seperti menggigit, berenang, melompat dan memanjat ini membolehkan tikus untuk terus hidup dan dapat kekal selama beratus-ratus tahun dalam persekitaran manusia.

Pemahaman menyeluruh tentang perihal tikus adalah penting jika kediaman anda diserang tikus. Begitu juga dengan kelebihan fizikal yang ada pada tikus bagi membolehkan anda tahu tentang kelebihan yang ada pada tikus. Hal ini kerana kita perlu memahami apa yang tikus dapat lakukan untuk membendung tikus supaya tidak dapat bersarang di kediaman anda.

Oleh itu, bukan mudah bagi kita untuk menghapuskan tikus secara keseluruhan. Tetapi dengan cara yang tepat dan usaha berterusan mungkin dapat mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh tikus ini.

Berikut merupakan kelebihan fizikal yang terdapat pada makhluk perosak seperti tikus:

1) Menggigit


Kelebihan fizikal yang dapat dilihat ialah tikus mampu menggigit wayar, perabot atau bekas penyimpan makanan yang anda anggap sudah berada di tempat selamat dalam kediaman anda. Hal ini disebabkan oleh gigi tikus yang tajam dan mampu untuk merosakkan segala benda jika tikus bersarang di kediaman anda. Tikus boleh menyebarkan penyakit kepada manusia melalui gigitan. Ketika tikus menggigit, mereka akan meninggalkan air liur yang dapat menjadi virus berbahaya kepada manusia. Contoh penyakit yang disebabkan oleh gigitan tikus ialah Leptospirosis, Salmonelosis, Lassa fever dan banyak lagi. Oleh itu, pentingnya anda membersihkan atau membuang perabot yang menjadi kesan gigitan tikus untuk mengelakkan terkena dan menjangkiti ahli keluarga anda.

2) Memanjat


Selain itu, tikus juga dapat memanjat dengan mudah. Tikus akan memanjat jika tidak dapat melalui sesuatu kawasan dengan cara menggali atau mencakar. Ada kalanya anda akan terlihat tikus dengan mudahnya dapat memanjat sehingga ke bumbung rumah atau bangunan. Hal ini juga disebabkan oleh kukunya yang dapat mencengkam dengan kuat. Tikus dapat memanjat dengan baik pada permukaan yang kasar seperti kayu atau batu bata dan bukan pada permukaan yang licin untuk membolehkan mereka kekal stabil ketika memanjat. Jika anda terlihat tikus memanjat dinding pada permukaan yang licin, anda boleh letakkan perangkap tikus kerana berkemungkinan tikus akan kembali dan melalui kawasan tersebut adalah tinggi.

3) Melompat


Tahukah anda bahawa tikus akan melompat jika tidak dapat memanjat? Tikus dapat melompat dengan tinggi dan jika anda meletakkan perangkap tikus pada tempat yang dikenalpasti menjadi laluan tikus, berkemungkinan tikus dengan mudahnya akan melompat dan terlepas dari memasuki perangkap tersebut. Tikus juga mampu jatuh dari tempat yang tinggi tanpa sebarang kecederaan. Hal ini bermaksud tikus mampu melompat dari bumbung rumah ke tanah tanpa sebarang kecederaan Tikus akan menjadi aktif dengan kehadiran sumber makanan dan apabila mereka berlari ketika dikejar oleh pemangsa. Ketika ini anda akan dapat lihat tikus mampu melompat dengan tinggi untuk menyelamatkan diri dari pemangsa.  

4) Berenang


Kelebihan fizikal lain ialah tikus merupakan perenang yang handal. Hal ini dapat dilihat apabila tikus dapat berenang sehingga 1/2 batu di dalam kawasan sungai atau kawasan air bertakung, malah berenang di dalam saluran pembentung yang berarus sehingga boleh bertahan hidup selama 3 hari di dalam air. Tikus juga dapat menahan nafas di dalam air selama 3 minit. Oleh itu, jangan terkejut jika tikus dapat keluar dari lubang toilet di rumah anda, hal ini kerana tikus mampu berenang dan melalui saluran pembentungan di kawasan rumah anda.


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan kediaman serta boleh menggigit anda. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Pepijat dah sampai dalam kereta anda?

$
0
0

Pepijat adalah serangga kecil dan tidak bersayap yang memerlukan darah sebagai sumber makanan. Selain melekat pada pakaian dan bagasi, pepijat juga boleh hidup di dalam kereta anda.

Menurut Sinar Harian, terdapat kes di Amerika Syarikat bahawa seorang lelaki rentung dalam kebakaran selepas cuba membunuh pepijat menggunakan alkohol di dalam kereta sewanya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa betapa masalah pepijat dapat memberi kesan kepada kita.

Jangan terkejut kerana pepijat bukan sahaja dapat masuk ke kediaman anda melalui pakaian atau bagasi, ia juga mungkin mampu untuk merayap masuk ke dalam kereta melalui bagasi atau pakaian yang dipakai ketika anda sedang berada di dalam kereta.

Sekiranya anda mengesyaki ada masalah pepijat di kediaman anda, anda juga dengan segera harus memeriksa kereta anda untuk menghalang 'penumpang kecil' ini daripada menjadikan kereta anda sebagai tempat kediaman mereka.

Berikut merupakan antara langkah yang dapat dilakukan jika terdapat pepijat di dalam kenderaan anda:

1. Cuci kereta

Anda perlulah selalu mencuci kereta supaya kereta anda sentiasa bersih dan bebas dari habuk, pepijat atau serangga lain. Selain itu, cuci semua karpet kereta atau sarung tempat duduk dan jemur di bawah matahari supaya kering bagi menghilangkan pepijat yang mungkin bersembunyi di celahan karpet kereta. Oleh itu, pencucian yang berkala adalah penting bagi mengekalkan kebersihan kereta anda.

2. Vakum seluruh kereta

Vakum juga adalah salah satu cara untuk menghalang pepijat dari bersarang di kereta anda. Beri perhatian kepada celah dan tempat gelap di tempat yang berkemungkinan pepijat akan bersembunyi. Sekiranya vakum biasa tidak berkesan, cuba gunakan vakum High Efficiency Particulate Air yang lebih berkuasa menyedut segala habuk serta pepijat yang berada di dalam kereta anda. Oleh itu, kaedah vakum dapat membantu anda mengawal kehadiran pepijat di dalam kereta anda.

3. Dapatkan bantuan dari pakar profesional

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services Sdn Bhd, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan pepijat di persekitaran anda.


Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Cerita tentang pepijat (Siri 1)

$
0
0



'Awak suka kan anak kita kena gigit, garu sampai berdarah, lepas tu biar je. Ayah ape awak ni?'

Amboi, amboi, garangnya kakak tu.

Memang biasa terjadi kepada pelanggan saya. Namanya Nona (bukan nama sebenar).

Puan Nona komplen sebab anak kecilnya sering gatal-gatal satu badan.

Selalu ada kesan kemerah-merahan pada badan anak Puan Nona selepas bangun tidur.

Katanya ada benda boleh menggigit dia pada waktu malam semasa tidur.

Bukannya pontianak atau hantu hisap darah. Tetapi pepijat!

Bila ia gigit, boleh gatal satu badan. Sedap jugak menggaru tapi lama-lama boleh bengkak dan berdarah. 

Itu yang buat Puan Nona melenting kat suaminya.

Muka suami Puan Mona terus pucat sebab kene gertak awal-awal pagi lagi.

Tak boleh bayangkan teruknya kena gigit walaupun pepijat ni kecil je.

Susah hati Puan Nona. Trauma dibuatnya. Lalu suami Puan Nona cuba mendapatkan bantuan pakar.

Kalau nak hapuskan pepijat ni sendiri, memang takde masa. Dia terjumpa company ni. 

Mereka guna Rawatan Haba untuk menghapuskan pepijat atau bedbugs ini. 

Memang selamat dan menjaga alam sekitar.

Kalau anda pun ada masalah pepijat macam Puan Nona ni, jangan berlengah lagi.

Segera bertindak dan minta orang yang pakar untuk hapuskan pepijat di kediaman anda. 




Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

3 ciri mudah pepijat yang dapat dilihat

$
0
0

Pepijat merupakan serangga yang memeningkan kepala. Sekiranya di biarkan, ia akan beranak-pinak dengan cepat dan mampu memberikan kesan kepada anda sekeluarga.

Kos untuk menggantikan tilam, katil atau perabot yang terdapat pepijat adalah tinggi mengikut tahap kronik pepijat di kediaman anda. Oleh itu, pentingnya bagi kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada pepijat untuk membantu kita mengenalpasti dan mengatasi masalah berkaitan pepijat ini.

Mungkin anda pernah mendengar pepijat atau bed bugs tapi adakah anda pernah melihatnya? Bagaimana rupanya? Macam mana keadaan fizikalnya? 

Berikut perupakan persoalan yang sering ditanyakan berkenaan dengan pepijat. Hal ini disebabkan kita kadang kala tersilap mengenal pepijat dan serangga lain. Di sini kami cuba kongsikan 3 ciri mudah pepijat di kediaman anda dan cegahlah ia dari peringkat awal.

Berikut merupakan contoh penerangan ciri-ciri pepijat yang mungkin berada di kediaman anda agar anda tidak panik bila bertemunya nanti:


1) Telur

Telur pepijat adalah kecil dan berukuran sekitar satu milimeter panjang. Seekor pepijat betina dapat menghasilkan 200 ke 250 biji telur sepanjang hayat mereka selama 2 hingga 4 bulan. Telur pepijat berwarna putih dan berbentuk seperti buah pir. Telur pepijat mengambil masa 6 ke 10 hari untuk menetas dan bertukar menjadi larva. Oleh itu, jika terlihat telur pepijat anda dinasihatkan untuk musnahkan sbelum ia bertukar menjadi larva dan kemudian menjadi pepijat dewasa.

2) Larva

Pepijat jenis larva mempunyai rupa yang sama dengan pepijat dewasa tetapi hanya bersaiz kecil iaitu sebesar biji bijan. Larva mempunyai 5 peringkat sebelum menjadi matang di mana mereka akan bersalin kulit sebanyak lima kali sehingga matang. Pada permulaan hidupnya, warna larva adalah lutsinar tetapi semakin gelap apabila semakin matang atau berwarna merah apabila mendapat makanan (darah). Oleh itu, jangan tersilap lagi jika terdapat serangga lut sinar yang merayap di katil kediaman anda kerana itu adalah pepijat.

3) Pepijat dewasa

Pepijat dewasa biasanya bersaiz kira-kira satu perempat inci panjang. Berwarna coklat kemerahan dan mempunyai badan berbentuk bujur rata. Ada juga yang mengatakan bahawa saiz pepijat hanyalah sekecil saiz benih epal. Selepas ia menghisap darah, saiz pepijat kelihatan sedikit lebih besar dan lebih panjang. Jika terdapat banyak pepijat dewasa di katil anda, itu menunjukkan bahawa kehadiran pepijat sudah kronik dan tentunya pertolongan dari pihak profesional diperlukan.


Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur.

Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 langkah mudah mengelakkan makhluk perosak masuk ke kediaman anda

$
0
0

Tidak semua tetamu kita boleh jemput masuk ke dalam rumah kita. Ada juga tetamu yang tidak diundang, lebih-lebih lagi haiwan perosak.

Memang kalau sebolehnya tak nak langsung ada seekor semut pun di dalam rumah. Jadi, sebelum mereka membuat onar di dalam rumah, eloklah kita mencegahnya sebelum mereka masuk dan bersarang di dalam kediaman kita.

Oleh itu, anda sebagai pemilik rumah sewajarnya bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan makluk perosak ini sebelum terlewat. Berikut merupakan tips mudah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan makhluk perosak masuk ke kediaman kita.

1) Tutup tingkap rumah


Makhluk perosak bukan hanya dapat masuk melalui pintu, namun juga boleh masuk melalui tingkap rumah anda jika dibiarkan terbuka tanpa ditutup. Anda seharusnya memeriksa setiap jerigi tingkap rumah dengan berhati-hati. Lihat sekiranya ada sebarang kerosakan, keretakan atau lubang. Perhatikan lubang atau retakan pada skrin tingkap. Sekiranya ada mendapati kerosakan, cepat perbaikinya dan bersihkan setiap tingkap dan skrin. Tingkap yang ditutup dapat menghalang nyamuk atau pepijat masuk ke kediaman anda. Oleh itu, tutuplah tingkap anda untuk menghalang serangga atau makhluk perosak dari masuk ke kediaman anda.

2) Potong dahan pokok


Selain itu, anda harus menjaga kebersihan rumah dengan memotong dahan pokok yang panjang dan berjuntai. Dahan yang panjang dan berjuntai dapat membawa makhluk perosak ke rumah anda. Sebagai contoh, tupai boleh melompat dari pokok ke atap dengan mudah. Sebaik sahaja tupai ada di atas bumbung, perosak yang cerdik boleh mencari jalan masuk ke rumah anda melalui loteng.

Tikus, tupai dan lain-lain jenis haiwan perosak juga boleh menggunakan dahan menjalar untuk masuk ke rumah anda. Penjagaan rapi tanaman membantu pokok tumbuh dengan baik dan subur. Ia juga membantu menghalang tikus dan tupai masuk ke rumah anda. Oleh itu anda seharusnya menjaga tanaman supaya ia tidak menjalar ke bahagian rumah bagi menghalang makhluk perosak masuk ke kediaman anda.

3) Bersihkan rumah dengan kerap


Kediaman yang bersih dapat memberikan keselesaan kepada anda. Vakum atau cuci lantai, permaidani dan perabot anda untuk menghilangkan kesan makanan yang dapat menarik haiwan perosak. Ini amat penting jika terdapat tikus di dalam rumah. Cuci tong sampah dan peti sejuk secara menyeluruh. Bersihkan sisa makanan dan pastikan apa-apa tumpahan dibersihkan dengan segera kerana tikus sukakan 'snek tengah malam' yang dibiarkan. Buat jadual pembersihan harian dan mingguan. Ambil masa beberapa minit untuk memastikan rumah anda bebas daripada ancaman haiwan perosak.

4) Tampal atau tutup semua 'entry point'


Di samping itu, anda seharusnya meluangkan masa untuk berjalan di luar sekeliling kawasan rumah dan memeriksa sekiranya ada keretakan atau bukaan yang boleh menjadi laluan masuk makhluk perosak ke dalam rumah. Walaupun bukaan kecil sahaja tapi ia boleh menjadi laluan masuk kepada haiwan perosak untuk memasuki kediaman anda. Oleh itu, langkah pencegahan yang proaktif perlulah diambil sekiranya anda tidak mahu makhluk perosak menjadikan kediaman anda sebagai tempat mereka bersarang.


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti lipas dapat mengotorkan dapur dan kediaman serta tikus boleh menggigit anda dan meninggalkan kesan. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat
Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 petua memilih tilam

$
0
0

Anda pergi ke kedai perabot untuk membeli tilam tetapi tidak tahu mana satu yang nak pilih? Tidak tahu cara memilih tilam? Semuanya kelihatan sama!

Berikut merupakan persoalan yang sering diajukan kerana bukan senang hendak mencari tilam yang sesuai. Tambahan pula jika ada anak kecil dan anda sememangnya mempunyai masalah sakit belakang.  Kesemua faktor tersebut perlu diambil kira jika anda ingin membeli tilam baru.

Ada juga orang yang sudah lah tidur tidak mencukupi akibat tilam tidak selesa, ditambah pula dengan masalah pepijat yang bersarang pada tilam. Memang cukup memeningkan kepala dan mampu memberi kesan kepada anda sekeluarga.

Pemilihan tilam yang baik adalah penting untuk memastikan tidur malam anda lena dan boleh bangun segar pada keesokan harinya. Manakala tilam yang tidak bagus akan memberi kesan sakit belakang atau tidur yang tidak lena kepada anda.

Oleh itu, anda sepatutnya memerlukan pengetahuan tentang cara pemilihan tilam agar mendapat keselesaan ketika tidur. Berikut merupakan lima panduan penting yang perlu anda berikan pertimbangan sebelum membeli tilam:

1. Cari tilam yang mempunyai bilangan gegelung mencukupi

Harga tilam yang ditawarkan mungkin murah, tetapi bilangan gegelung di dalam sistem spring yang menawarkan sokongan terbaik untuk tubuh anda belum tentu mencukupi. Oleh itu, pastikan tilam yang dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 211 gegelung bagi tilam 'family type' dan 312 gegelung bagi tilam berukuran penuh. Gegelung itu juga mestilah 'heat-tempered' supaya tahan lebih lama.

2. Tilam yang menyokong badan secara keseluruhan

Anda harus tahu, tilam yang menyediakan asas terbaik akan menyokong tubuh anda secara lembut di semua bahagian. Oleh itu, sekiranya anda ingin memilih tilam untuk anak anda, bawa anak anda bersama ketika memilih dan cuba berbaring di atas beberapa model tilam. Tilam yang anak anda selesa berbaring di atasnya adalah pilihan tilam yang sesuai bagi anda.

3. Tilam tanpa bahan alahan

Selain itu, anda seharusnya tahu jenis bahan atau fabrik yang diguna untuk tilam pilihan anda. Bahan yang membentuk tilam anda adalah gabungan bebusa dan gentian yang melindungi sistem spring dalaman. Jika anak anda ada masalah alahan, pilih tilam yang menggunakan bahan ganti alahan.Oleh itu, penting bagi anda mengetahui fabrik yang digunakan pada tilam yang baru ingin dibeli. Dapatkan maklumat yang tepat daripada jurujual agar anda faham tentang produk yang hendak dibeli.

4. Fahamkan jaminan pembelian

Di samping itu, anda seharusnya mengelakkan pembelian tilam hanya kerana tempoh jaminan yang diberikan. Ingat, jaminan yang diberi hanya jika terdapat kerosakan pada produk, bukan akibat daripada kurangnya keselesaan atau sokongan kepada tubuh anda. Oleh itu, pastikan anda bertanya dan faham dengan jelas mengenai jaminan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian.

5. Ada alas tilam

Guna alas tilam yang bermutu supaya tilam sentiasa kelihatan baru dan bebas kotoran. Sesetengah syarikat akan membatalkan jaminan jika mendapati tilam ada tanda kotoran. Oleh itu, pentingnya menjaga kebersihan tilam agar bebas dari kotoran dan pepijat. Selain itu, alas tilam juga boleh menambah ketinggian tilam bagi menambahkan keselesaan kepada anda.


Tilam boleh menjadi agak kotor dan mungkin juga berbahaya bergantung kepada fungsi tilam bagi anda dan juga sejauh mana bersihnya diri anda semasa masuk tidur. Oleh itu, pentingnya bagi anda memilih dan menjaga kebersihan tilam untuk mendapatkan tidur yang selesa serta kesihatan yang baik. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang masalah pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 langkah awal jika ada aktiviti fogging di kediaman anda

$
0
0

Aktiviti fogging atau semburan berkabus adalah salah satu cara yang sering digunakan untuk membasmi kegiatan nyamuk Aedes yang membawa virus demam denggi daripada terus merebak. Waktu sesuai untuk aktiviti fogging ini adalah pada waktu awal pagi dan petang (senja) iaitu waktu aktif nyamuk Aedes.

Sebelum aktiviti fogging dilaksanakan, hebahan tentang aktiviti yang akan dijalankan adalah penting demi memastikan semua penduduk tahu bahawa ada aktiviti fogging yang akan di jalankan di kawasan tersebut dan membuat persiapan yang secukupnya sebelum aktiviti fogging di lakukan.

Hebahan adalah mustahil jika dibuat sehari atau 2 hari sebelum aktiviti fogging di lakukan kerana fogging wajib dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kes denggi di daftarkan. Hebahan dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya adalah melalui edaran notis, siar raya dan juga hebahan dari rumah ke rumah. 

Hebahan biasanya di lakukan pada waktu pagi dan pada waktu petang,30 minit sehingga 1 jam sebelum aktiviti fogging di lakukan. Penduduk yang sedia maklum dengan aktiviti fogging haruslah membuat persiapan yang sewajarnya.

Antara persiapan yang perlu di lakukan sebelum aktiviti fogging dijalankan adalah :

1) Tutup semua makanan


Anda perlu menyimpan semua makanan di dalam tempat tertutup. Hal ini adalah untuk mengelakkan makanan terkena asap semburan kabus. Oleh itu, anda perlu peka dengan hebahan yang dijalankan oleh pekerja kawalan makluk perosak jika terdapat aktiviti fogging di kawasan anda. Ini untuk memudahkan anda menyimpan semua makanan supaya tidak tercemar dan memberi kesan kepada ahli keluarga anda.

2) Tutup kipas dan tingkap


Kipas dan tingkap perlu lah ditutup untuk memberi kesan yang semaksima mungkin. Hal ini kerana, dikhuatiri jika kipas dan tingkap dibiarkan terbuka semburan kabus tersebut akan keluar dan kurang berkesan untuk membunuh nyamuk yang mungkin berada di dalam kediaman anda. Oleh itu, pastikan kipas dan tingkap bertutup sebelum anda keluar daripada rumah sebelum aktiviti fogging dijalankan.

3) Pastikan semua penghuni keluar dari rumah


Semua ahli keluarga perlulah berada di luar rumah ketika aktiviti fogging dijalankan. Pindahkan warga emas, kanak-kanak dan orang yang uzur ke tempat yang tidak terdedah dengan asap ataupun ke kawasan lapang. Hal ini untuk mengelakkan ahli keluarga anda terdedah kepada asap fogging yang dapat membawa kepada kesan seperti sesak nafas jika terhidu bau asap fogging. Oleh itu, anda seharusnya memastikan tiada seorang ahli keluarga anda berada di dalam rumah ketika aktiviti fogging dijalankan.

4) Keluarkan binatang peliharaan dari rumah


Jangan tinggalkan binatang peliharaan anda ketika aktiviti fogging dijalankan. Bawa keluar sekali ketika proses fogging dijalankan. Hal ini untuk mengelakkan haiwan peliharaan anda kelemasan akibat tidak mendapat udara yang cukup. Oleh itu, anda perlu alert dengan keadaan sekeliling jika terdapat aktiviti fogging di kawasan anda dan memastikan haiwan peliharaan anda dibawa keluar.


Tempoh yang diberikan seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk melakukan persiapan seperti di atas. Jika ada sebarang masalah,anda boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas di kawasan anda.

Jika tidak dimaklumkan secara langsung mengenai aktiviti ini, anda seharusnya tahu apa yang patut anda lakukan apabila mendengar bunyi mesin fogging ini kerana mesin fogging ini boleh di dengari dalam jarak 300 meter.

Di harapkan semua penduduk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada anggota kesihatan supaya kerja-kerja fogging dapat di jalankan dengan lancar dan menyeluruh. Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda.

Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 kelebihan Violeds perangkap nyamuk berteknologi UV LED

$
0
0

Violeds adalah salah satu alternatif untuk menangani masalah nyamuk dan merupakan produk perangkap nyamuk yang terlaris di Korea. Kini produk Violeds ini sudah terdapat di Malaysia. Oleh itu anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memiliki perangkap nyamuk ini kerana ia merupakan perangkap nyamuk pertama yang menggunakan teknologi UV LED.

Perangkap nyamuk ini dapat menjadi alternatif lain bagi mengawal nyamuk di kediaman anda. Jika dahulu anda sering menggunakan semburan aerosol atau lingkaran ubat nyamuk sebagai kaedah pengawalan nyamuk, kini anda boleh berubah menggunakan perangkap nyamuk yang lebih berteknologi seperti Violeds.

Apabila dipasang, nyamuk akan tertarik dengan lampu LED tersebut dan akan datang dekat pada perangkap. Nyamuk akan ditarik masuk ke dalam perangkap melalui kipas kecil yang siap dipasang di dalam perangkap. Nyamuk tidak akan dapat keluar daripada Violeds dan akan mati akibat dehidrasi. 

Perangkap Violeds ini juga tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Oleh itu, penggunaan Violeds ini amatlah mudah digunakan dan tidak menggangu tidur anda dengan bunyi yang bising. Hanya pasangkan pada plug terdekat dan ia sudah boleh digunakan.

Berikut merupakan kelebihan jika anda menggunakan perangkap nyamuk Violeds di kediaman anda:

1) Lampu UV LED

Perangkap ini menggunakan lampu cahaya UV yang diperbuat dari LED untuk menarik nyamuk datang kepada perangkap tersebut. Ia 4 kali ganda jauh lebih baik dari menggunakan lampu mercury yang biasa digunakan. Kalau dilihat kecekapannya menarik nyamuk pembawa demam denggi, lampu UV LED ini menarik 13 kali ganda lebih berkesan dari lampu mercury biasa. Dan UV LED juga menarik 9 kali ganda nyamuk penyebab malaria berkesan dari lampu mercury biasa.

2) Bebas bahan kimia

Perangkap ini juga bebas bahan kimia seperti aerosol dan lingkaran ubat nyamuk dimana menggunakan bahan kimia untuk mengawal nyamuk di kediaman anda. Violeds adalah bebas dari bahan kimia dan sesuai digunakan tanpa memberi kesan kepada anda sekeluarga. Ianya juga eco-friendly dimana tiada mercury digunakan berbanding lampu biasa. Oleh itu, untuk kesan yang cepat tanpa menggunakan sebarang bahan kimia, Violeds adalah amat sesuai bagi mengawal nyamuk di kediaman anda.

3) Jangka hayat dan penggunaan kuasa

Untuk perangkap nyamuk Violeds, jangka hayat penggunaan adalah lebih daripada 20 000 jam jika digunakan secara berterusan. Violeds ini juga tidak memerlukan kita untuk menukar lampu kerana ia hnya mengguna lampu LED yang menghasilkan UV untuk menarik nyamuk masuk ke dalamnya. Penggunaan kuasanya juga adalah rendah iaitu hanya 6.4 Watt(max). Oleh itu, anda dapat menggunakan perangkap Violeds ini tanpa rasa bimbang lagi.

4) Saiz yang kecil dan ringan

Untuk pengetahuan anda, Violeds ini mempunyai saiz yang kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia juga boleh digunakan bagi aktiviti luar seperti contoh jika anda suka berkhemah, anda boleh bawa sekali Violeds dan boleh disambung pada powerbank bagi mengelakkan anda digigit nyamuk ketika membuat aktiviti luar. Hal ini kerana, saiz dan beratnya sesuai untuk mudah alih ditambah pula dengan pemasangannya yang mudah. Oleh itu, perangkap nyamuk Violeds ini sangat sesuai kepada anda yang suka melakukan aktiviti luar.

5) Kemudahan penyelenggaraan dan ekonomikal

Penggunaan perangkap nyamuk Violeds amat ekonomikal kerana tiada cas tambahan yang perlu dikeluarkan seperti ingin mengganti mentol atau penggunaan gas jika dibandingkan dengan penggunaan perangkap nyamuk yang lain. Penyelenggaraannya juga amat mudah di mana anda hanya perlu mengeluarkan container untuk membersihkan dan mencuci Violeds jika terdapat banyak nyamuk mati di dalamnya. Oleh itu, penggunaan Violeds ini amat ekonomikal dengan penyelenggaaraan yang mudah tanpa perlu berbelanja yang besar.
Oleh itu, apa yang anda perlu buat sekarang hanyalah beli satu perangkap nyamuk Violeds, gantung atau letakkan di dalam rumah. Pasang suis apabila waktu malam dan tutup apabila bangun keesokan harinya. Perangkap itu diberikan jaminan selama 1 tahun. Kalau berdasarkan ujian yang telah dibuat, perangkap berserta UV LED tersebut boleh diguna pakai selama 4 tahun tanpa masalah.

Di Easelife Services, hanya dengan harga RM250 anda akan mendapat satu unit perangkap nyamuk Violeds ini beserta panduan penggunaan untuk mengawal masalah nyamuk di kediaman anda. Waranti selama setahun akan diberikan kepada anda. Harga adalah tanpa cas penghantaran atau anda boleh datang sendiri di pusat operasi Easelife Services yang beralamat di TTDI Jaya Shah Alam untuk maklumat lanjut.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang perangkap nyamuk menggunakan Violeds ini, dapatkan nasihat profesional dengan dua langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 tanda mudah pejabat anda didiami haiwan perosak

$
0
0

Masalah yang dibawa oleh haiwan perosak amat menyeramkan. Bayangkan jika masalah makhluk perosak di rumah anda sudah selesai, namun bila datang ke pejabat untuk bekerja lain pula ceritanya.

Bagaimana hendak fokus bekerja kalau terdapat kehadiran makhluk perosak seperti lipas,semut atau tikus di kawasan tempat anda bekerja.

Makluk perosak bukan sekadar penyebab berlakunya penyakit, malah ia juga boleh mengganggu aliran kerja, mengurangkan produktiviti dan merosakkan reputasi profesional anda. Oleh itu, pentingnya bagi anda mengatasi masalah yang disebabkan oleh makhluk perosak ini.

Kebanyakan makhluk perosak seperti tikus akan aktif pada waktu malam ketika semua staf sudah pulang ke rumah dan tiada orang di pejabat. Kehadiran semut dan lipas tidak kira masa juga dapat menjadi penanda aras masalah makhluk perosak di pejabat anda.

Oleh itu, bagaimana cara anda dapat mengesan kehadiran haiwan perosak semasa anda tiada di dalam pejabat? Berikut adalah beberapa tanda mudah haiwan perosak telah masuk ke dalam pejabat anda:

1) Terdapat serangga mati


Tanda mudah adalah jika anda terlihat serangga seperti semut atau lipas mati di tempat duduk anda. Itu sudah membuktikan bahawa terdapat serangga bersarang di pejabat anda. Seekor yang mati boleh tahan lagi,namun jika terdapat banyak lipas mati di tempat anda, mesti mengganggu fokus anda untuk kerja. Oleh itu, anda perlu mengambil langkah segera dengan mendapatkan nasihat profesional untuk mengawal kehadiran makhluk perosak atau serangga di persekitaan pejabat anda.

2) Terdapat najis makluk perosak

Seperti yang anda tahu, tikus adalah haiwan kotor yang akan meninggalkan najis khususnya di sudut - sudut ruang untuk mengekalkan tanda keberadaan mereka di kediaman anda. Kencing tikus boleh tersejat dan kering mengikut masa ia tinggalkan kesan tersebut. Terdapat virus Leptospira yang menyebabkan penyakit Leptospirosis ataupun kencing tikus yang dapat membawa maut. Oleh itu, anda seharusnya tidak boleh mengambil mudah jika tedapat najis tikus di pejabat anda. Hal ini dikhuatiri dapat memberi kesan negatif kepada anda dan rakan sekerja.

3) Tiub lumpur berwarna coklat

Ini adalah penting, jika anda terlihat tiub lumpur berwarna coklat, itu menunjukkan terdapatnya anai-anai di pejabat anda. Ini boleh didapati di sepanjang retakan, di bawah lantai, di sekeliling papan kayu, di paip dan lekapan paip atau di kawasan lembab. Oleh itu, anda perlu alert dan tidak mengambil mudah jika terdapat tanda-tanda kehadiran anai-anai di pejabat anda. Hal ini kerana, anai-anai mampu untuk merobohkan pejabat anda jika dibiarkan begitu sahaja.

4) Makanan berselerak di ruang pantri


Jika anda datang ke pejabat pada keesokan harinya dan terlihat makanan berselerak di ruang pantri atau kawasan dapur itu petanda bahawa terdapat makhluk perosak seperti tikus yang aktif dan membiak di dalam bangunan pejabat anda. Oleh itu, anda perlu menyimpan semua makanan di dalam tempat tertutup untuk memudahkan proses penyimpanan makanan supaya tidak tercemar dan memberi kesan kepada anda dan rakan sepejabat.

5) Bau yang tidak menyenangkan

Untuk pengetahuan anda, makhluk perosak akan meninggalkan kesan bau untuk menanda kawasan mereka. Jika terdapat bau yang kurang menyenangkan setiap kali anda masuk ke dalam pejabat atau bilik-bilik tertentu, anda perlu mencari punca kewujudan bau tersebut. Jika disebabkan oleh makluk perosak, anda seharusnya mencari alternatif untuk mengurangkan bau supaya tidak mengganggu fokus anda untuk bekerja.


Jika anda mengesyaki haiwan perosak telah menghuni ruang pejabat, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, jika anda berada sekitar Shah Alam dan Klang, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak yang sedang anda hadapi.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan kediaman serta boleh menggigit anda. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak adalah untuk memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 perbezaan mudah pepijat dan kutu

$
0
0
Adakah anda tahu, selain daripada pepijat yang menyebabkan kegatalan pada badan ketika anda tidur, terdapat juga kalangan kita yang berhadapan dengan masalah dengan kutu (Flea). Terdapat beberapa kes yang disebabkan oleh kutu, namun ada antara pelanggan yang tersilap mengatakan menghadapi masalah pepijat (Bedbug).

Serangan pepijat lazimnya adalah disebabkan oleh manusia. Seperti contoh jika anda pulang dari bercuti dan terdapat pepijat di bagasi atau barang peribadi anda maka pepijat tersebut akan mula bersarang di kediaman anda. Kutu pula menyerang apabila anda memelihara haiwan berbulu seperti kucing dan kucing tersebut terdedah kepada jangkitan kutu.

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk membezakan kutu dan pepijat. Hal ini kerana kaedah rawatan bagi kutu dan pepijat adalah berbeza.

Berikut merupakan perbezaan yang dapat dilihat dalam membezakan pepijat dan kutu.

1) Bentuk fizikal


Pepijat adalah serangga bewarna coklat kemerahan dan berbentuk bujur manakala kutu juga serangga bewarna coklat kemerahan namun berbentuk kurus. Pepijat lazimnya berukuran 4-6 mm panjang dan 1.5-3 mm lebar manakala kutu adalah sedikit kecil daripada pepijat dengan 1.5-4 mm panjang. Jika dilihat dari atas, bentuk badan pepijat adalah rata dan kelihatan seperti biji epal manakala kutu kelihatan panjang dan kurus. Oleh itu, dengan mengenali bentuk fizikal sahaja anda sudah dapat membezakan pepijat dan kutu.

2) Sumber makanan


Untuk pengetahuan anda, darah merupakan sumber makanan utama pepijat dan kutu. Pepijat hanya menjadikan darah manusia sebagai sumber makanan. Berlainan pula dengan kutu kerana ia menjadikan manusia serta haiwan seperti kucing untuk mendapatkan darah sebagai sumber makanan. Jika anda ada memelihara kucing, anda perlu memastikan kucing anda bebas dari serangga parasit seperti kutu kerana ia bukan sahaja menjadikan kucing anda sebagai sumber makanan tetapi akan menjadikan anda sebagai target sumber makanan.

3) Habitat


Seperti yang anda sedia maklum, kawasan habitat pepijat adalah di celahan katil dan tilam. Hal ini kerana pepijat akan menggigit manusia apabila tidur di atas tilam. Oleh sebab itu, kaedah rawatan haba memfokuskan di sekitar kawasan tilam untuk mematikan pepijat. Manakala habitat kutu adalah di celahan bulu-bulu haiwan peliharaan anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda harus memastikan kebersihan bulu-bulu kucing untuk menghindarkan kutu menjadikan kucing anda sebagai tempat tinggal mereka.

4) Pergerakan


Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi pergerakan pepijat dan kutu. Hal ini kerana, pepijat hanya dapat merayap di sekeliling tilam atau bantal manakala kutu juga merayap namun kutu mempunyai kebolehan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain jika berada di kediaman anda. Oleh itu, jangan mudah tertukar lagi di antara pepijat dan kutu ini. Jika anda melihat serangga merayap, jawapannya adalah pepijat manakala jika serangga melompat, kutu lah yang berada di kediaman anda.

5) Kesan gigitan


Untuk pengetahuan anda, kesan gigitan pepijat selalunya dalam bentuk selari, tidak menyakitkan dan dapat dilihat dengan cepat. Namun ada juga kesan gigitan pepijat yang mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk kelihatan. Gigitan pepijat boleh menyebabkan kegatalan dan tidak menyebarkan penyakit. Berbeza dengan kesan gigitan kutu yang berselerak, dapat menunjukkan kesan bengkak dalam masa 1 jam dan boleh menyebabkan kegatalan secara berterusan. Gigitan kutu juga dapat menyebarkan penyakit dan membahayakan kesihatan kulit anda.



Jika anda mengesyaki pepijat atau kutu telah berada di kediaman anda, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak profesional. Di Easelife Services, jika anda berada sekitar Shah Alam dan Klang, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah serangga yang sedang anda hadapi.

Kawalan serangga diperlukan kerana serangga seperti pepijat dan kutu dapat memberikan kesan negatif kepada anda sekeluarga jika tidak dibendung. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis serangga bagi memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat tanpa sebarang gigitan yang boleh memudaratkan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat dan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini.

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 tips mudah mengekalkan kebersihan kediaman anda

$
0
0

Persekitaran yang sihat, bersih dan tiada unsur yang dapat membahayakan kesihatan amatlah penting kepada kita. Unsur yang dapat membahayakan kesihatan anda jika tidak mengekalkan kebersihan termasuklah binatang dan serangga makluk perosak seperti lipas, semut dan tikus.

Salah satu contoh persekitaran yang penting untuk dikekalkan kebersihannya adalah di sekitar kediaman anda. Rumah yang bersih amat penting demi mengekalkan kehidupan yang sihat serta bebas dari segala penyakit. 

Hal ini kerana, kediaman adalah ruang tempat dimana anda sekeluarga tinggal dan melakukan aktiviti di dalamnya. Oleh itu, amat penting bagi anda menjaga kebersihan didalamnya agar ia tidak mengancam kesejahteraan anda sekeluarga. 

Berikut merupakan tips mudah yang membolehkan anda tahu sedikit sebanyak tentang langkah-langkah pembersihan yang patut dilakukan seterusnya dapat membantu mengekalkan kebersihan kediaman anda:

1. Sapu dan mop lantai

Langkah pertama adalah membersihkan debu yang terdapat pada lantai kediaman anda. Mulakan dengan mengelap 'sliding door', tingkap dan dinding. Biarkan debu jatuh ke lantai agar mudah disapu.Gunakan penyapu untuk mengeluarkan debu-debu besar keluar dari dalam rumah. Mula dari bahagian ruang tamu rumah, kemudian tengah rumah dan akhir sekali ruang dapur. Boleh juga guna 'vacuum' untuk memudahkan anda. Mop lantai sehingga kering untuk menghilangkan kotoran yang melekit pada lantai. Kadang-kadang, habuk dan debu yang telah dibuang tadi masuk kembali ke dalam rumah. Jadi, sapu sekali lagi agar rumah benar-benar bersih.


2. Kemas tempat tidur

Mulakan dengan mencuci di sekeliling katil, di celahan katil serta bawah katil. Hapuskan segala habuk atau sampah yang berada di kawasan bilik anda. Buka tingkap bilik untuk mengurangkan kelembapan serta debu hama pada cadar serta ruang bilik anda. Anda dinasihatkan untuk kerap mencuci sarung bantal dan cadar tilam anda menggunakan suhu 60°C atau lebih tinggi. Hal ini untuk membunuh semua bakteria atau kuman yang terdapat di cadar tilam anda. Gunakan juga sarung atau alas pelindung bantal dan tilam yang mudah dibasuh untuk memudahkan anda dalam kerja - kerja pencucian

3. Cuci pinggan mangkuk

Selepas makan anda seharusnya mencuci pinggan atau sebarang benda lain yang telah digunakan supaya dapur sentiasa bersih dan kering. Hal ini kerana pinggan mangkuk yang tidak dicuci dan dibiarkan begitu sahaja dapat menarik tumpuan haiwan perosak. Haiwan perosak seperti lipas dan tikus amat gemarkan sisa makanan tersebut. Sebagai kesan, dapur anda akan dipenuhi dengan lipas dan tikus yang bersarang jika pinggan mangkuk tidak dicuci. Oleh itu, jelaslah sekarang bahawa kebersihan dapur dapat dimulakan dengan langkah mencuci pinggan mangkuk yang kotor.

4. Pastikan sinki bersih dan tuala tangan sentiasa ditukar baru

Setelah pinggan mangkuk dicuci, anda harus memastikan sisa-sisa makanan, air minuman dan lebihan minyak masakan tidak dibuang ke dalam sinki. Hal ini kerana, ia bukan sahaja menyebabkan sinki menjadi kotor malah boleh menyebabkan sinki anda tersumbat. Jika tersumbat, sudah satu hal pula hendak mencari tukang paip untuk membetulkan kawasan paip yang tersumbat. Tuala tangan juga perlu lah ditukar atau dicuci kerana jika dibiarkan tanpa bercuci, dikhuatiri kuman berkumpul dan boleh menyebabkan bakteria berkumpul. Oleh itu, anda seharusnya tidak membiarkan sisa makanan terkumpul di dalam sinki dan menukar tuala tangan untuk mengekalkan tahap kebersihan dapur anda.

5. Cuci tandas

Tandas merupakan ruang tempat yang boleh menyebabkan terdapatnya makluk perosak dan bakteria. Anda seharusnya mengambil berat tentang kebersihan tandas untuk mengekalkan tahap kebersihan kediaman anda. Anda seharusnya memcuci tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali terutamanya mangkuk tandas untuk menghilangkan kotoran dan menyegarkan bau. Anda juga perlu mengelakkan tiada air bertakung di tandas untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Hal ini untuk mengelakkan makhluk perosak atau nyamuk bersarang di tandas kediaman anda. Oleh itu, pentingnya penjagaan tandas di kediaman anda. 


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di kediaman anda tidak kira baharu atau lama.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti lipas dapat mengotorkan kediaman anda serta tikus boleh menggigit dan mengakibatkan kesan buruk kepada anda sekeluarga. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Sebab utama anai anai memilih kediaman anda (Siri2)

$
0
0

Sebelum ini kita pernah membincangkan betapa pentingnya kelembapan kepada anai - anai. Hal ini disebabkan anai - anai hanya mempunyai lapisan kulit nipis dan tidak mempunyai kulit atau exoskeleton seperti semut atau lipas. Oleh itu, anai - anai akan tidak mampu untuk bertahan hidup pada masa jangka yang lama tanpa kelembapan yang cukup.

Anai - anai akan memilih kawasan yang lembab dan tanpa gangguan untuk dijadikan sarang. Manakala untuk laluan mereka, anai - anai akan menggunakan lumpur dan membentuk seperti tiub untuk keselesaan mereka keluar masuk ke kediaman anda. Oleh itu, jika hanya terdapat tiub lumpur di kediaman anda boleh menjadi petunjuk bahawa terdapat anai-anai di persekitaran anda. 

Sebelum rumah dan perabot anda habis dimakan anai - anai, seeloknya anda perlu tahu sebab anai - anai memilih untuk bersarang di kediaman anda. Berikut merupakan sebab utama anai - anai menyerang kediaman anda:

1) Tanah lembab di persekitaran anda

Untuk pengetahuan anda, tanah yang lembab akan menggalakkan lagi pembiakan anai-anai di persekitaran anda. Oleh itu, anda seharusnya lebih peka sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah di sesuatu kawasan. Jenis tanah adalah amat penting. Hal ini disebabkan, jika anda membuat keputusan tanpa mengambil kira jenis tanah pada tapak kawasan tersebut, ianya boleh memberi kesan kepada anda di kemudian hari.

Terdapat satu kes pelanggan di mana rumahnya terdapat anai - anai, tanah di tapak kawasan kediaman beliau adalah daripada jenis sejuk dan dingin. Apabila kaki pijak di atas lantai kediaman beliau, terasa sejuk dan dingin sahaja. Persekitaran yang sejuk dan dingin memang bagus, namun harus diingatkan bahawa anai - anai juga suka akan kawasan begitu. Oleh itu, jika tanah di persekitaran anda adalah daripada jenis sejuk dan dingin, anda seharusnya membuat pemeriksaan berkala untuk membanteras kegiatan anai - anai di kediaman anda.

2) Paip di dalam tanah bocor atau pecah

Selain daripada jenis tanah yang lembab, sistem paip di kediaman anda juga memainkan peranan penting. Jika paip di kediaman anda berada di dalam tanah, anda seharusnya memastikan paip tersebut berada dalam keadaan baik dan kecocoran tidak berlaku. Hal ini disebabkan, tanah di sekitar kediaman anda akan berada dalam keadaan lembab jika kebocoran berlaku. Hal ini seterusnya dapat menarik anai - anai ke kediaman anda.

Paip yang bocor akan menyebabkan air keluar dan melembabkan tanah di sekitar paip tersebut. Anai - anai akan mendapat sumber air yang mencukupi jika menjadikan kediaman anda sebagai target untuk bersarang. Oleh itu anda seharusnya peka jika bil air bulanan anda meningkat mendadak dan mencari sebab atau punca kepada kenaikan bil bulanan anda. Ini untuk memastikan persekitaran anda bebas daripada anai - anai serta dapat membantu anda mengatasi masalah kebocoran paip jika ada.


Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan langkah mudah ini:

WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542 dan kemudian berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 info mudah tentang lipas

$
0
0

Lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak. Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita.

Sebelum itu, anda perlulah tahu sedikit sebanyak perihal tentang lipas. Hal ini untuk memberikan info kepada anda tentang makhluk perosak yang bernama lipas ini. Kalau sebut tentang lipas sahaja sudah membuatkan kita berasa geli, bagaimana kalau terdapat lipas di kediaman anda? Menjerit satu rumah atau berlari keliling rumah asalkan jauh dari lipas. 

Terdapat pelbagai info menarik tentang lipas sebenarnya jika dibaca. Terdapat juga mitos-mitos mengarut berkaitan lipas. Namun semuanya terpulang kepada anda bagaimana untuk menerima maklumat-maklumat tersebut.

Berikut merupakan info mudah tentang lipas yang anda perlu tahu: 

1) Lipas boleh hidup tanpa kepala

Pernah tak anda terjumpa lipas, terpukul lalu menyebabkan lipas mati dan terputus antara bahagian kepala dan badan lipas? Selepas itu anda lihat bahagian badan lipas masih bergerak-gerak seperti tiada masalah. Hal ini kerana, lipas tersebut masih belum mati dan terus bernafas melalui liang-liang pernafasan pada bahagian badan lipas. Untuk pengetahuan anda, seekor lipas dapat bertahan hidup selama satu minggu tanpa bahagian kepala. Oleh itu, ia tidak memerlukan bahagian kepala untuk bernafas. Namun, lipas tersebut akan mati juga tetapi disebabkan oleh dehidrasi kerana tidak dapat mendapat air yang mencukupi.

2) Lipas boleh bergerak dengan pantas

Lipas sememangnya makluk perosak yang sangat pantas. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapat peribahasa seperti lipas kudung yang menunjukkan perbuatan seseorang yang sentiasa bergerak dengan pantas dalam menyiapkan sesuatu kerja. Begitu juga dengan lipas, pergerakkannya pantas sehingga dapat melebihi jarak tiga batu sejam. Anak lipas yang kecil ataupun nymph juga dapat bergerak pantas. Oleh itu, anda jika terdapat lipas di kediaman anda, jangan buang masa dengan mengejar lipas kerana mereka bergerak dengan pantas. Seeloknya dapatkan nasihat daripada pakar kawalan makluk perosak untuk kesejahteraan anda sekeluarga.

3) Lipas boleh menyebarkan bakteria

Untuk pengetahuan anda, lipas menghasilkan protein yang menyebabkan sesetengah orang menjadi allergik dengan kehadirannya, terutama jika anda menghidapi penyakit asma. Selain itu, lipas juga merupakan makhluk perosak yang membawa bakteria. Lipas dapat menyebarkan bakteria di kediaman anda dengan merayap di seluruh kawasan kediaman anda. Oleh itu, anda seharusnya memastikan kediaman anda bebas dari makluk perosak. Bayangkan jika anda sekeluarga makan makanan yang tercemar, tentulah akan memberi kesan seperti keracunan makanan dan cirit birit. Oleh itu, pentingnya untuk menghalang lipas dari mendiami kediaman anda untuk kebaikan anda sekeluarga.

4) Lipas tidak terbang 

Untuk pengetahuan anda, lipas sebenarnya tidak dapat terbang dan hanya sesetengah spesis lipas sahaja yang dapat terbang. Lipas sebanarnya hanya menggunakan sayap untuk menstabilkan mereka apabila melompat dari satu ke satu tempat yang lain. Mungkin kelihatan seperti terbang, namun sebenarnya lipas hanya melompat. Oleh itu, anda tidak perlu takut jika terlihat lipas terbang kerana sebenarnya lipas tidak dapat terbang jauh. Itu adalah salah satu refleks untuk menstabilkan diri.

5) Lipas tidak dapat bertahan lama tanpa sumber air

Kebanyakan lipas dapat bertahan hidup selama sebulan walaupun tanpa makanan. Hal ini disebabkan lipas adalah daripada jenis serangga berdarah sejuk. Namun, lipas tidak dapat bertahan lama dan akan mati jika tidak mendapat sumber air yang mencukupi. Anggaran selama satu minggu sahaja untuk lipas dapat hidup tanpa sumber air. 



Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di kediaman anda tidak kira baharu atau lama.

Jangan biarkan masalah lipas mengganggu anda. Hal ini kerana, lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak. Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
Viewing all 371 articles
Browse latest View live