Quantcast
Channel: My Pest News
Viewing all 371 articles
Browse latest View live

6 langkah mudah menghalang aedes membiak di kediaman anda

$
0
0


Statistik kes demam denggi di Selangor pada laman web iDengue menunjukkan rekod sebanyak 8536 kes telah dicatatkan di negeri Selangor sehingga 31 Januari 2019. Hal ini jelas membimbangkan kerana jumlah kes yang tinggi telah direkodkan hanya pada permulaan tahun 2019 di Selangor berbanding dengan negeri lain di Malaysia.

Statistik demam denggi yang tinggi jelas menunjukkan penularan disebabkan Aedes yang mungkin berada di persekitaran anda. Anda seharusnya peka dengan persekitaran kediaman anda untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes ini. Hal ini untuk mengelakkan anda sekeluarga bebas dari gejala demam denggi yang dapat membawa maut.

Faktor persekitaran yang tidak bersih, cuaca yang tidak menentu, tabiat masyarakat yang gemar membuang sampah merata-rata dan kurangnya kesedaran masyarakat bahayanya denggi memainkan peranan penting kenapa masalah denggi masih berada di tahap membimbangkan di Malaysia. 

Justeru itu, pentingnya bagi anda mengetahui cara - cara yang dapat dilakukan untuk menghalang Aedes membiak di kediaman anda seterusnya menghalang keluarga anda dari menjadi mangsa gigitan nyamuk Aedes ini. Berikut merupakan langkah mudah menghalang kediaman anda menjadi tempat pembiakan Aedes:

1) Memastikan tiada bekas bertakung di kediaman anda


Untuk membanteras pembiakan Aedes di kediaman anda, anda seharusnya memastikan tempat pembiakannya dimusnahkan. Aedes suka bertelur di kawasan air bertakung atau di kawasan air cetek. Anda seharusnya memastikan tiada bekas bertakung seperti pasu bunga, bekas tayar, bekas plastik, baldi dan bekas polisterin yang dapat menjadi takungan air. Takungan air yang sedikit sudah mampu untuk menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur. Oleh itu, anda seharusnya memastikan kawasan rumah anda bebas dari tempat takungan air.

2) Menggunakan semburan aerosol

Semburan aerosol di kawasan luar dan dalam kediaman anda adalah perlu untuk membunuh nyamuk yangi berada di dalam kediaman anda. Tutup semua tingkap dan pintu ketika semburan dijalankan. Sembur secara terus di tempat yang berisiko tinggi terdapat kehadiran nyamuk seperti bawah meja, tempat yang gelap. belakang almari, bawah katil dan di kawasan stor. Tinggalkan bilik selepas semburan dan biarkan bertutup sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk semula. Anda perlu patuhi arahan penggunaan pada label botol aerosol untuk keselamatan anda sekeluarga.

3) Memasukkan bahan membunuh jentik - jentik ke dalam takungan air kekal

Jika anda ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti dan tiada orang di kediaman anda dalam tempoh seminggu, anda dinasihatkan untuk memasukkan bahan membunuh jentik - jentik ke dalam takungan air kekal dan menutup takungan tersebut sebagai contoh kolah mandi, tong atau tempat simpanan air di kediaman anda. Hal ini untuk memastikan jika nyamuk Aedes bertelur di kawasan tersebut, jentik-jentik tidak akan dapat hidup seterusnya dapat memastikan Aedes tidak dapat membiak di dalam kediaman anda.

4) Elakkan dari pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi

Elakkan membawa ahli keluarga anda ke kawasan berisiko tinggi denggi. Hal ini disebabkan, pergerakan manusia yang tidak terbatas dan lebih meluas memudahkan penyebaran virus denggi bagi pesakit yang telah dijangkiti virus tersebut. Elakkan juga berada di luar rumah pada awal pagi (6 pagi hingga 8 pagi) atau senja (6 petang hingga 8 malam). Hal ini adalah kerana waktu tersebut adalah waktu aktif nyamuk Aedes menggigit. Anda juga dinasihatkan memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang berwarna cerah ketika di luar rumah. Ini untuk mengelakkan anda menjadi mangsa gigitan nyamuk Aedes ketika melakukan aktiviti luar.

5) Segera dapatkan rawatan jika mempunyai simptom denggi

Bagi mengelakkan kes kematian berkaitan demam denggi, anda seharunya megetahui simptom-simptom pesakit demam denggi. Antara simptom awal demam denggi adalah demam bersuhu tinggi secara mengejut, sakit perut, cirit-birit dan muntah berterusan. Simptom denggi lain adalah demam berlarutan sehingga beberapa hari dengan suhu yang tinggi, sakit kepala, sakit sendi dan ruam pada badan. Jika anda atau ahli keluarga menghidap simptom yang dinyatakan tersebut, rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran perlulah diberi. Oleh itu, anda perlulah memberi perhatian dengan simptom denggi ini dan jangan hanya mengambil mudah dengan memikirkan hanya demam biasa, rupanya demam denggi.



Semua pihak perlu mengambil serius isu peningkatan kes dan kematian demam denggi yang berlaku pada masa kini. Sehubungan itu, komitmen daripada semua lapisan masyarakat adalah diperlukan dalam memastikan kebersihan persekitaran menjadi keutamaan. Sekiranya tiada tindakan pencegahan dilaksanakan, dikhuatiri kes denggi dan kematian akan terus meningkat seterusnya memberi kesan kepada masayarakat di persekitaran.

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak serta ancaman nyamuk. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda dan menyebarkan virus kepada anda sekeluarga. Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Bagaimana sistem umpan dapat menghapuskan seluruh koloni anai-anai

$
0
0

Anai-anai merupakan serangga yang hidup dalam koloni. Satu koloni mempunyai beribu anai-anai didalamnya. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat dipraktikkan untuk menghapuskan koloni anai-anai di persekitaran anda.

Penting untuk anda mengetahui kaedah yang sesuai digunakan untuk menghapuskan koloni anai-anai yang berada di kediaman anda.Di Easelife Service, antara salah satu kaedah yang digunakan bagi menghapuskan anai-anai ialah kaedah stesen umpan di atas tanah (Above Ground Bait Station).

Apabila suatu serangan anai-anai dikesan di kediaman anda. amatlah penting untuk memeriksa kawasan yang menjadi tempat anai-anai coptototermes aktif mencari makanan. Setelah kawasan tersebut dikenalpasti, stesen umpan (bait station) akan diletakkan di kawasan tersebut

Hal ini untuk menarik anai-anai mengambil makanan di dalam stesen umpan tersebut berbanding makanan (kayu atau struktur bangunan) di kawasan tersebut. Berikut merupakan info mudah bagaimana sistem umpan dapat menghapuskan seluruh koloni anai-anai:

1) Cara penyediaan umpan


Untuk pengetahuan anda, sistem umpanan adalah amat mudah dan ringkas. Dengan hanya 6 langkah seperti gambar di atas dapat digunakan untuk membunuh koloni anai-anai di kediaman anda. Tempoh masa selama 30 minit diperuntukkan untuk pemasangan satu stesen umpan di kawasan yang menjadi target anai-anai aktif.

Anda hanya memerlukan satu bekas yang telah disediakan untuk dijadikan sebagai stesen yang akan diletakkan umpan di dalamnya. Umpan tersebut merupakan bahan kimia yang mengandungi toksin untuk membunuh anai-anai. 

Setelah umpan dimasukkan di dalam stesen, stesen umpan akan diletakkan di tempat anai-anai aktif untuk menggantikan makanan anai-anai. Letakkan dengan kemas dan ditutup rapi supaya tidak terbuka atau boleh mengganggu kawasan anai-anai.

Stesen umpan akan dibiarkan dan akan dibuka semula selepas tempoh satu atau dua minggu mengikut tahap aktif anai-anai di kawasan tersebut. Jika umpan habis dalam tempoh masa tersebut, ini bermaksud anai-anai telah membawa umpan ke sarang dan proses penghapusan anai-anai di kediaman anda telah berjalan. 

2) Konsep pengumpanan



Bahan kimia yang digunakan dalam sistem umpan ini mengandungi toksin yang bertindak secara perlahan untuk menghapuskan seluruh koloni anai-anai. Ia bertindak dengan cara menganggu pertumbuhan biasa dan mekanisme pembiakan anai-anai di kawasan tersebut.

Umpan tersebut akan diletakkan di kawasan target anai-anai aktif. Konsep pengumpanan dengan toksin ini bertindak perlahan di mana anai-anai akan memakan umpan yang telah dibawa balik ke sarang melalui anai-anai pekerja.

Anai-anai tidak akan terus mati, namun akan mempunyai peluang untuk menyebarkan toksin kepada anai-anai lain dalam koloni yang sama melalui proses makan bersama yang wujud dalam masyarakat anai-anai. Permaisuri anai-anai juga diberi makan dengan cara yang sama, oleh itu ia juga boleh dibunuh melalui toksin itu tanpa perlu makan secara terus dari umpan tersebut.

Proses ini menyebabkan anai-anai tidak hanya mati perlahan-lahan tetapi juga tidak perasan yang mereka sebenarnya telah diracun. Oleh itu, anai-anai tidak akan meninggalkan kawasan tempat tinggal mereka dan seterusnya akan mati setelah toksin tersebut berada di dalam badan mereka.

3) Kelebihan sistem umpan

Tidak merosakkan struktur bangunan - Anda hanya perlu meletakkan stesen umpan di tempat aktif anai-anai tanpa perlu memecahkan simen atau merosakkan struktur bangunan. Oleh itu, ianya merupakan satu kaedah yang sesuai untuk menghapuskan koloni anai-anai.

Selamat - Sistem stesen umpanan dapat menghapuskan anai-anai dengan selamat. Hal ini disebabkan, tiada semburan kimia digunakan. Hanya menggunakan umpan dan diletak atau disimpan di dalam bekas yang digunakan untuk menarik anai-anai ke dalamnya.

Fleksible - Kaedah stesen umpan dapat dipasang pada semua kawasan. Kenal pasti kawasan aktif anai-anai dan pemasangan stesen umpan dapat dijalankan untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda. 


Kajian telah menunjukkan bahawa jika toksin (umpan) sampai ke koloni anai-anai secara berterusan, hanya dalam tempoh masa empat ke lapan minggu sahaja seluruh koloni anai-anai dapat dihapuskan di sesuatu kawasan. Oleh itu, jelaslah bahawa kaedah pengumpanan dapat menghapuskan anai-anai seterusnya dapat membanteras kegiatan anai-anai di kediaman anda.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 sebab mudah kenapa lipas dianggap sebagai makhluk perosak

$
0
0

Lipas merupakan kumpulan serangga perosak yang dapat memudaratkan manusia jika tidak dibendung kehadirannya. Ia dipercayai telah hidup di muka bumi selama lebih daripada 300 juta tahun. Terdapat 11 spesis lipas yang dapat ditemui di bangunan dan rumah di Malaysia.

Spesis yang paling biasa ditemui di hotel atau restoran di Malaysia ialah dari jenis Jerman manakala spesis yang dapat ditemui di premis kediaman ialah dari jenis Amerika. Spesis lain juga boleh ditemui, tetapi jumlahnya adalah jauh lebih sedikit.

Lipas amat dikenali sebagai serangga makhluk perosak kerana kehadirannya sahaja dapat menyebabkan pelbagai masalah. Berikut merupakan info mudah kenapa lipas dianggap sebagai makhluk perosak dan kehadirannya amat tidak diingini:

1)Membawa penyakit kepada manusia

Lipas merupakan vektor mekanikal disebabkan oleh tabiatnya yang sangat buruk iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mencari makanan. Akibatnya, badannya akan memindahkan kuman yang dibawanya kepada manusia atau makanan yang telah tercemar dengan kehadiran lipas. Satu kajian mendapati bahawa bakteria yang dikenali sebagai Pseudomonas Aeruginosa boleh membiak secara meluas dalam usus lipas. Ia boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan saluran kencing, masalah pencernaan dan juga sepsis (penyakit berkaitan inflamasi / Keradangan di seluruh tubuh). 

2)Dapat mencemarkan makanan

Lipas sebenarnya boleh hidup dengan memakan apa-apa sahaja. Selain daripada makanan yang kita makan, mereka juga memakan tumbuhan mati, haiwan, najis, gam, sabun, kertas, kulit dan juga helai rambut jatuh. Kehadiran lipas dapat mencemarkan bahan makanan dan perkakas memasak dengan meninggalkan najis, kulit yang disalin serta badannya yang sudah mati. Oleh itu, jika terdapat lipas di kediaman anda, dinasihatkan untuk menutup makanan dan tidak dibiarkan terdedah.

3)Bau yang kurang menyenangkan

Di mana sahaja terdapat serangan lipas, di situlah akan terdapat bau yang tidak menyenangkan. Bayangkan jika anda balik ke rumah dan rumah berbau busuk disebabkan kehadiran lipas. Sudah tentu lah menggangu anda ketika ingin berehat di rumah. Keadaan ini juga dapat membuatkan anda berasa segan untuk mengajak tetamu datang ke rumah anda. Oleh itu, kita perlu memastikan rumah kita bebas dari lipas untuk menghindarkan penyakit.

4)Dapat menyebabkan alahan

Lipas boleh menyebabkan alahan. Air liur rembesan dan bahagian badan lipas mengandungi beratus-ratus alergen yang mencetuskan tindak balas kepada manusia dan boleh menyebabkan ruam kulit, bersin dan mata berair. Kes yang paling teruk, boleh mencetuskan serangan asma. Oleh itu, lipas bukan sahaja dikenali sebagai makhluk perosak namun dapat memberi kesan kepada kesihatan anda sekeluarga. 

5)Fobia kepada lipas 

Katsaridaphobia adalah apabila seseorang itu mempunyai sikap takut yang ekstrem dengan kehadiran lipas. Sebut sahaja nama lipas sudah membuatkan orang fobia, jika ada lipas yang bergerak lagi lah menambahkan fobia kepada orang yang takut kepada lipas. Ini mungkin dikaitkan dengan pergerakkannya yang pantas dan tidak dapat diramal. 


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah lipas mengganggu anda. 

Hal ini kerana, lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak. Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita.

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Perihal mudah anai-anai

$
0
0

Anai-anai merupakan salah satu daripada makhluk perosak, ia boleh menyebabkan banyak kerosakan kerana ia hidup dalam koloni besar yang mengandungi banyak ahli. Anai-anai juga boleh menyebabkan kerosakan pada kayu di dalam rumah, tiang-tiang kayu, pagar-pagar, kayu landas kereta api, dan plastik yang digunakan untuk menebat wayar. 

Sesetengah spesis anai-anai juga dapat merosakkan atau membunuh tanaman dan tumbuhan lain. Sekiranya di biarkan ia akan bersarang dan beranak pinak dengan cepat serta merosakkan barang-barang seperti perabot, pintu, tingkap dan lantai yang diperbuat daripada kayu. Jumlah anai-anai boleh mencecah jutaan ekor bagi setiap sarang atau koloni.

Spesis anai-anai yang paling bersifat memusnah di Malaysia adalah daripada sekumpulan yang dinamakan 'Captotermes' dimana sarangnya terletak di bawah tanah. Satu koloni mungkin menyerang lebih daripada satu rumah dan juga dapat menyerang bahagian atas bangunan yang bertingkat.

Berikut merupakan sedikit sebanyak info tentang anai-anai yang merosakkan kayu di rumah dan bangunan di persekitaran anda:

1) Pergerakan anai-anai

Anai- anai memasuki rumah melalui rekahan pada dinding, lantai atau melalui pembuluh elektrik dan paip air di dalam dinding. Anai-anai juga boleh bergerak di dalam bangunan melalui celahan belakang jubin dinding, panel, rangka pintu dan tingkap. Oleh itu, anda seharusnya membuat pemeriksaan di persekitaran anda jika terdapat sebarang rekahan atau kerosakan struktur yang dapat membantu pergerakan anai-anai ke persekitaran anda.

2) Benda yang sering dirosakkan

Anai-anai akan merosakkan bangunan yang berasaskan kayu. Ini termasuklah panel dinding kayu, rangka pintu dan tingkap, lantai parket, bumbung yang berasaskan kayu lembut, kotak-kotak dan kadbod kertas seperti buku. Perabot kayu yang disandarkan pada dinding juga berisiko untuk menjadi tempat serangan anai-anai. Binaan kayu struktur seperti rasuk kayu dan kasau bumbung jarang dimusnahkan oleh anai-anai kerana kayu ini dirawat dengan bahan awet sebelum digunakan dalam pembinaan bangunan.

3) Kehadiran anai-anai

Selalunya kehadiran anai-anai tidak dapat dikesan sehingga banyak kerosakan yang berlaku. Hal ini disebabkan anai-anai tidak memakan bahagian luaran tetapi pada bahagian dalam sesuatu struktur bangunan tersebut. Bahagian dalam sesuatu kawasan yang telah di serang anai-anai akan dipenuhi dengan tanah atau bahan kayu yang separuh cerna. Terdapat sesetengah kes, setelah kerosakan kayu tersebut menjadi teruk barulah anai-anai dapat dikesan.

4) Tanda serangan anai-anai

Terlihat kehadiran kelkatu keluar dari lubang di kawasan rumah anda. Proses ini belaku apabila anai-anai akan cuba melahirkan koloni yang baru selepas berpasangan. Selain itu, kayu yang diserang anai-anai akan menjadi kosong dan menghasilkan bunyi berongga apabila diketuk. Anai-anai akan memakan kayu ini secara senyap.Kelihatan terowong sebesar pensil muncul dari kerangka pintu, skirting lantai dan perabot. Tanda warna kayu pada lantai parquet, kerangka pintu, tingkap dan sebagainya akan menjadi lebih cerah menunjukan kehadiran anai-anai.



Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan langkah mudah ini:

WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542 dan kemudian berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 sebab utama pepijat menghantui anda

$
0
0

Dah masuk suku tahun 2019 tetapi masalah pepijat di kediaman masih tidak selesai? Memang runsing kalau memikirkan masalah pepijat yang tidak selesai, tidur malam pun tidak lena dan apabila bangun pagi seperti ada kesan gigitan serangga.

Ditambah pula jika ada anak kecil di rumah, lagi lah tidak sampai hati melihatnya. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlulah mengambil langkah untuk mengatasi pepijat dari terus menghantui anda.

Anda juga perlu mengetahui sebab bagaimana pepijat dapat berada di kediaman dan menghantui anda sekeluarga. Berikut merupakan sebab utama pepijat menghantui anda;

1) Gemar melancong ke luar dan dalam negara


Rata-rata pelanggan yang mendapatkan khidmat rawatan menghapuskan pepijat dari pihak Easelife Services menyatakan bahawa punca utama pepijat menghantui atau berada di kediaman mereka adalah setelah mereka pulang dari melancong. Hal ini kerana mereka menginap dihotel bajet yang kurang pemantauan dari segi kebersihan dan menaiki pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain ketika bercuti. Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mengikuti beberapa tips bagi memastikan pepijat tidak mengikut anda pulang ke rumah. Tips penting seperti memastikan bagasi anda tidak diletakkan di atas lantai, pastikan bagasi anda sentiasa ditutup rapi jika tidak digunakan dan mengeluarkan semua makanan di dalam bagasi ketika bercuti. Tips yang telah diberikan dapat menyelamatkan anda sekeluarga membawa sekali pepijat ke kediaman setelah pulang dari bercuti.

2) Kurang pengetahuan tentang pepijat


Masalah pepijat juga disebabkan oleh kurangnya info atau maklumat yang tepat tentang pepijat. Info atau maklumat ini amat lah penting untuk anda membanteras kegiatan pepijat di kediaman anda. Info yang anda perlu tahu adalah seperti bentuk fizikal pepijat, langkah awal untuk mengatasi masalah pepijat, masa puncak pepijat bergerak aktif antara tengah malam sehingga pagi, gigitan pepijat boleh dilihat dengan cepat tetapi mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk kelihatan, pepijat perlu makan secara kerap untuk terus hidup, bertelur dan bertahan hidup. Oleh itu, setelah mengetahui semua info awal tentang pepijat, anda sendiri dapat menangani masalah pepijat sebelum bantuan pakar profesional tiba untuk membantu anda menghapuskan pepijat.

3) Penggunaan perabot second hand


Adakah anda tahu bahawa trend penggunaan perabot second hand semakin meningkat sekarang ni. Hal ini disebabkan harga yang murah dan mungkin lebih banyak pilihan vintage yang boleh ditemui. Namun tahukah anda risiko terdapatnya pepijat di perabot tersebut. Pepijat hanya aktif di waktu malam dan apabila tiba waktu siang, pepijat akan bersembunyi di celahan perabot, katil dan rekahan dinding di kediaman anda. Jika tidak dipantau dan diteliti sebelum membeli perabot second hand, anda mungkin terlepas pandang dan terbeli perabot yang terdapat pepijat di dalamnya. Oleh itu, pastikan anda memeriksa sebelum membeli perabot yang dianggap antik dan vintage.

4) Tersilap mengenal pasti antara pepijat dan kutu


Serangan pepijat lazimnya adalah disebabkan oleh manusia. Seperti contoh jika anda pulang dari bercuti dan terdapat pepijat di bagasi atau barang peribadi anda maka pepijat tersebut akan mula bersarang di kediaman anda. Kutu pula menyerang apabila anda memelihara haiwan berbulu seperti kucing dan kucing tersebut terdedah kepada jangkitan kutu. Oleh itu, langkah awal untuk mengatasi masalah pepijat ialah anda seharusnya mengenal pasti jenis serangga yang menggigit anda supaya kaedah dan rawatan yang sesuai dapat dicadangkan kepada anda. 


Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda. 

3 tips penting beli rumah idaman bukan rumah anai-anai !

$
0
0

Pada masa sekarang, pembelian rumah adalah salah satu pelaburan untuk untuk jangka masa panjang. Ada sesetengah orang memilih pembelian rumah baru dan ada juga memilih rumah jenis subsale sebagai pelaburan mengikut kepada kemampuan dan citarasa masing-masing. 

Untuk pengetahuan anda, rumah subsale adalah rumah yang dibeli dari pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal. Secara mudahnya, rumah subsale juga dikenali sebagai rumah secondhand. Hal ini kerana harganya yang lebih murah daripada harga pasaran. Namun harus diingatkan terdapat juga beberapa risiko dalam urusan jual beli tersebut.

Terdapat beberapa kriteria penting yang perlu anda ambil kira dalam urusan pembelian rumah dari jenis subsale ini iaitu lokasi, harga serta yang paling penting adalah keadaan rumah tersebut sama ada terdapat sebarang kerosakan atau isu lain yang perlu diambil kira.

Hal ini kerana anda mungkin terbeli rumah yang di dalamnya terdapat sarang anai - anai atau tempat persinggahan makhluk perosak. Oleh itu, pentingnya bagi anda mengetahui tips penting dalam urusan pembelian rumah jenis subsale. Berikut merupakan tips penting yang perlu anda tahu: 

1) Lawat bangunan dan kawasan persekitaran


Untuk memilih sesuatu rumah bagi dijadikan pelaburan atau rumah idaman, anda perlulah tahu akan kelebihan sesuatu kawasan persekitaran bangunan tersebut. Untuk mengetahui sama ada lokasi, reka bentuk bangunan adalah apa yang anda cari, anda perlulah membuat lawatan sendiri ke kawasan tersebut.

Hal ini kerana, terdapat beberapa kes dimana sesetengah orang terus membeli rumah tanpa membuat lawatan terlebih dahulu. Setelah pinjaman lulus dan segalanya selesai baru lah tahu rumah tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik dan menjadi tempat pembiakan anai-anai serta serangga lain.

Oleh itu, penting nya bagi anda melawat sendiri rumah yang hendak dibeli untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

2) Memeriksa bahagian dalam dan luar bangunan

Setelah lawatan dibuat, anda perlulah memeriksa bahagian dalam dan luar bangunan. Untuk rumah jenis subsale ini, anda perlu lebih teliti ketika pemeriksaan dijalankan. Hal ini kerana, rumah jenis subsale adalah terdiri daripada rumah yang telah didiami penghuni sebelumnya ataupun yang telah ditinggalkan kosong.

Bangunan yang terbiar kosong dalam tempoh yang panjang berisiko tinggi untuk menjadi tempat pembiakan makhluk perosak. Periksa bahagian pintu setiap bilik, lihat jika terdapat tanda tinggalan anai-anai atau serangga makhluk perosak lain. Jika ada, anda perlu mengambil kira tahap kerosakan yang telah berlaku di bangunan tersebut untuk meneruskan proses jual beli bangunan tersebut.

Bahagian luar juga berkemungkinan menjadi semak samun dan berkemungkinan menjadi tempat pembiakan ular atau nyamuk jika terdapat bekas air bertakung. Oleh itu, penting bagi anda memeriksa sekeliling persekitran bangunan sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli bangunan tersebut.

3) Info perihal tentang rumah yang bakal dibeli


Selain itu, anda perlu mendapatkan info yang tepat dengan bertanya kepada tuan rumah ataupun wakil jualan tentang keadaan rumah tersebut. Info yg tepat amat diperlukan untuk anda menilai sesuatu bangunan tersebut. 

Sebagai contoh semasa lawatan jika anda terlihat terdapat adanya lubang kerosakan, kebocoran paip atau tanda anai-anai anda perlu mendapatkan info tentang bagaimana kerosakan tersebut boleh berlaku dan berapa lama tempoh kerosakan tersebut telah terjadi.

Untuk masalah anai-anai, kerosakan paip dapat memberi kan kelembapan kepada tanah dan menjadi sebab anai-anai dapat bertahan di kawasan tersebut. Lubang atau hole yang terdapat boleh menjadi pintu keluar masuk kepada tikus untuk bersarang di bangunan tersebut. Oleh itu, penting bagi anda mendapatkan maklumat yang cukup tentang bangunan yang ingin dibeli. 



Jangan tunggu sehingga anda sudah membeli rumah baru anda sedar rupanya penghuni lain selain anda ialah anai-anai ! Anda juga mesti tidak mahu melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Dapatkan nasihat profesional dari kami jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.

Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

3 jenis sarang anai-anai yang anda perlu tahu

$
0
0

Selain dari mengetahui jenis anai-anai, anda juga perlu tahu jenis sarang anai-anai. Hal ini untuk memudahkan anda mengenalpasti kewujudan anai-anai di kediaman anda.

Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies merupakan serangga perosak. Oleh itu, jelaslah bahawa anai-anai juga merupakan salah satu makhluk perosak selain daripada semut, lipas dan tikus.

Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai pengurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan.

Gambar di atas merupakan contoh sarang anai-anai yang telah ditemui. Langkah penghapusan anai-anai seharusnya dijalankan setelah anda mengesan terdapat anai-anai melalui sarang di kediaman anda. Hal ini untuk mengelakkan anai-anai bersarang dengan lebih lama seterusnya mem

Berikut merupakan tiga jenis sarang anai-anai yang perlu anda tahu dalam langkah untuk menghalang anai-anai terus bersarang di kediaman anda: 

1) Kayu kering

Anai-anai kayu kering merupakan perosak yang biasa berlaku dikalangan anai-anai. Anai-anai ini dikenali dengan tabiat membuat sarang di bahagian pokok kayu. Anai-anai ini adalah terhad kepada kayu kering di mana ia membuat sarang dan makan di dalam kayu kering, ia tidak memerlukan hubungan dengan tanah atau sumber kelembapan. Gentelan tahi yang berbentuk debu seperti tanah yang berbutir-butir, boleh dilihat dalam kawasan terdapatnya anai-anai. Ini bermaksud, koloni anai-anai tersebut hanya bersarang di kawasan kayu atau pokok di dalam hutan tanpa ada hubungan dengan tanah. Oleh itu, anda perlu musnahkan pokok kayu yang sudah reput atau mati di kawasan persekitaran anda untuk mengelakkan anai-anai bersarang di dalamnya.

2) Busut

Sarang dari jenis busut adalah jenis sarang yang diperbuat daripada tanah dan ia membonjol keluar dari tanah. Semakin besar bonjolan busut tersebut, semakin besar jumlah anai-anai dalam satu koloni yang bersarang di dalamnya. Tanah yang membonjol keluar itu disebut busut dan dapat kelihatan dengan jelas. Anai-anai busut ini memerlukan sumber air dan bergantung kepada kelembapan daripada tanah untuk terus hidup. Oleh itu, khidmat profesional diperlukan untuk membanteras kegiatan anai-anai di kediaman anda jika anda terlihat busut atau tanah yang membonjol keluar dan berpotensi menjadi sarang anai-anai kediaman anda.

3) Bawah tanah

Anai-anai juga mempunyai sarang di bawah tanah yang tidak boleh dilihat di kawasan permukaan tanah yang rata. Anda tidak dapat mengenalpasti kedudukan sarang anai-anai dan tidak tahu akan wujudnya sarang anai-anai di persekitaran anda. Anai-anai ini memerlukan sumber air dan bergantung kepada kelembapan daripada tanah untuk terus hidup. Sarang anai - anai ini boleh mencapai kedalaman 10 meter ke dalam tanah disebabkan kelembapan tanah akan bertambah seiring dengan kedalaman tanah kerana berada berdekatan dengan sumber air. Anai - anai membuat sarang di dalam tanah kerana mereka suka akan kelembapan, tempat yang dingin serta terlindung dari cahaya matahari.


Jangan tunggu sehingga sarang anai-anai sudah tinggi melangit dan tersebar di bawah tanah baru anda sedar rupanya terdapat penghuni lain selain anda di kediaman anda ! Anda juga mesti tidak mahu melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Dapatkan nasihat profesional dari kami jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 tips penting kawalan lipas di kediaman anda

$
0
0

Tahukah anda betapa pentingnya kawalan lipas di kediaman anda ? Hal ini adalah kerana lipas merupakan serangga yang membawa penyakit. Lipas dapat mencemarkan bahan makanan dan perkakas masakan dengan meninggalkan najis, kulit yang disalin atau badannya yang sudah mati. 

Disebabkan tabiat lipas yang sangat buruk iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam mencari makanan, badan lipas akan memindahkan kuman yang dibawanya kepada manusia atau makanan yang tidak disimpan dengan baik.

Selain itu, di mana sahaja terdapat serangan lipas mesti akan terdapat bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu, penting bagi anda untuk mengetahui tips penting dalam pengawalan lipas untuk mengelakkan serangan lipas di kediaman anda.

Kawalan lipas yang berkesan bergantung pada amalan sanitasi yang baik sehingga tiada langsung serangan lipas ataupun cara pengendalian racun serangga mengikut cara yang tepat akan mengurangkan kadar serangan lipas di kediaman anda.

Berikut merupakan tips penting yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian untuk membantu mengawal lipas di kediaman anda:

1) Hapuskan sumber utama untuk lipas terus hidup

Lipas memerlukan sumber makanan, air dan tempat perlindungan untuk terus hidup. Jika kewujudan ketiga-tiga faktor ini dapat dikurangkan, maka peluang suatu populasi lipas untuk wujud di kediaman anda dapat dikurangkan. Sumber yang dimaksudkan adalah dari dari sisa makanan yang mungkin terdapat di kediaman anda, pili dan paip air yang bocor dapat membekalkan sumber air kepada lipas dan rekahan atau celahan di sekitar kawasan kediaman anda yang dapat dijadikan kawasan perlindungan kepada lipas. Oleh itu, anda seharusnya memastikan anda tidak menyediakan kesemua sumber yang dapat mewujudkan populasi lipas di kediaman anda sebaliknya anda seharusnya menghalang lipas dari menyerang kediaman anda.

2)Tingkatkan tahap kebersihan kediaman anda

Pembersihan secara kerap atau berkala adalah perlu untuk mengelakkan serangan lipas kerana lipas suka akan tempat yang kotor. Pastikan kawasan di sekitar kawasan dapur, ketuhar, celahan almari dan sinki bebas dari sisa makanan atau kotoran yang berkemungkinan dapat menarik lipas ke kediaman anda. Jika perlu, vakuum kawasan tersebut untuk tahap kebersihan yang lebih terjamin. Oleh itu, pentingnya bagi anda menjaga kebersihan kediaman dengan tidak meninggalkan sisa makanan yang dapat menarik lipas ke kediaman anda.

3) Periksa setiap barang yang dibawa masuk ke kediaman anda

Semua kotak, plastik atau bekas dari luar yang hendak dibawa masuk ke kediaman anda perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum di bawa masuk untuk menghalang lipas masuk ke kediaman anda. Terutamanya jika anda baru pulang dari membeli barangan dapur, beg yang berisi bawang, ubi kentang dan makanan yang tidak berbungkus haruslah diperiksa untuk mengelakkan lipas masuk ke dalam bangunan. Selain itu, kain cucian atau beg yang mengandungi pakaian kotor hendaklah diperiksa dengan berhati-hati sebelum dibawa masuk ke dalam bangunan. Hal ini untuk mengelakkan anda terbawa masuk lipas dari luar ke kediaman anda dan memulakan serangan lipas ke kediaman anda.

4)Kawalan melalui semburan sisa bahan kimia

Kawalan kimia adalah kaedah yang paling berkesan dan cepat untuk mengatasi masalah lipas. Terdapat pelbagai formulasi racun serangga menghapuskan lipas yang terdapat di pasaran untuk anda gunakan bagi menghalang serangan lipas antaranya ialah kaedah semburan, gel dan umpan. Namun, nasihat dari profesional amat diperlukan untuk membantu anda dalam menggunakan bahan kimia supaya tidak memberi kesan kepada anda sekeluarga. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul sebelum menggunakan sebarang bahan kimia dalam langkah kawalan lipas di kediaman anda.


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di kediaman anda tidak kira baharu atau lama.

Jangan biarkan masalah lipas mengganggu anda. Hal ini kerana, lipas merupakan salah satu daripada serangga yang termasuk dalam kategori makhluk perosak. Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan lipas di kediaman kita. 

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542 2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 tempat berisiko ada pepijat !

$
0
0

Adakah anda tahu, anda bukan hanya terdedah kepada pencemaran jika berada di kawasan tumpuan orang ramai, namun anda juga terdedah kepada makhluk perosak seperti pepijat. Ya ! Pepijat ! Saiznya mungkin kecil namun jika terkena gigitan nya cukup untuk meninggalkan kesan kepada anda. 

Menurut kajian, antara punca peningkatan pepijat adalah disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing dan penambahan kadar pertukaran perabot terpakai di rumah. Selain itu, kawalan makhluk perosak yang hanya tertumpu pada makhluk perosak lain lalu menyebabkan pengabaian pengawalan pepijat dan peningkatan kekebalan pada racun serangga. 

Pepijat adalah haiwan yang merayap dari satu tempat ke tempat lain. Kebiasaannya pepijat akan berada dalam beg pakaian, dompet atau lebih-lebih lagi pada orang yang kerap mengembara atau melancong sebagai aktiviti yang kerap dilakukan. Oleh sebab itu jugalah pepijat banyak didapati pada katil hotel jika anda perhatikan keadaan bilik hotel ketika melancong. 

Di samping itu, kawasan yang berisiko terdapat pepijat juga menyumbangkan kepada peningkatan kadar pepijat. Hal ini kerana pepijat dapat merayap ke beg pakaian atau pakaian anda jika anda berada di kawasan tersebut. Oleh itu, anda perlulah lebih berjaga-jaga semasa berada di kawasan yang berisiko wujudnya pepijat. 

Berikut merupakan tempat yang berisiko tinggi terdapatnya pepijat yang boleh menyebabkan ia merayap di persekitaran anda seterusnya mengikut anda pulang: 

1. Lapangan terbang 


Seperti yang anda sedia maklum, lapangan terbang merupakan lokasi di mana pesawat berlepas dan mendarat. Terdapat juga kemudahan bagi penumpang seperti restoran, ruang menunggu, tandas, pejabat dan lain-lain lagi. Ia juga merupakan tempat tumpuan orang ramai yang datang dari pelbagai kawasan sama ada luar dan dalam negara. Sudah tentulah terdapat pepijat yang berada di sekitar kawasan tersebut. Oleh itu, kesedaran tentang pentingnya mengawal seterusnya membanteras pepijat amat penting untuk anda. Pastikan beg pakaian bertutup rapat untuk mengelakkan pepijat dapat masuk dan bersarang di pakaian anda. 

2. Pengangkutan awam 


Pengangkutan awam seperti bas, LRT, KTM dan Teksi juga boleh menjadi salah satu lokasi yang berisiko terdapat pepijat di dalamnya. Hal ini kerana terdapat beribu orang yang keluar masuk di dalam nya dan boleh menyebabkan pepijat tertinggal atau merayap kepada 'host' yang baru. Ketika waktu puncak lagi lah keadaan di LRT atau KTM dengan semua orang berpusu-pusu masuk dan bersesak-sesak, jadi kemungkinan untuk pepijat merayap amatlah tinggi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa peka dengan keadaan di persekitaran anda. 

3. Panggung wayang


Bagi anda yang gemar untuk menonton wayang seharusnya tahu panggung wayang juga merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan ramai. Pengunjung akan meningkat sekiranya terdapat filem box office ditayangkan, cuti hujung minggu atau waktu perayaan. Selain theater hall, terdapat juga kiosk menjual makanan di dalamnya. Keadaan panggung wayang yang gelap juga menambahkan risiko kehadiran pepijat di dalamnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai makhluk perosak di kawasan tersebut. Terdapat juga kes dimana pengunjung digigit oleh pepijat ketika menonton wayang. Oleh itu, sentiasa berhati-hati dan peka dengan kawasan persekitaran anda. 

4. Hotel 


Pemilihan hotel semasa bercuti bukanlah hanya bergantung kepada rating hotel atau harga yang berpatutan, namun persekitaran hotel juga perlu diambil kira. Pemilihan hotel yang kemas dan mempunyai housekeeping yang bagus amatlah perlu supaya anda mendapat percutian yang selesa. Hal ini juga untuk mengelakkan anda membawa pulang pepijat ketika bercuti. Pastikan bagasi anda tidak diletakkan di atas lantai, ditutup dan berzip sepanjang masa untuk mengelakkan pepijat masuk ke dalam bagasi anda.


Adakah anda pernah mengalami gigitan pepijat semasa berada di tempat yang disenaraikan di atas? Jika anda mengesyaki pepijat telah berada di kediamanatau persekitaran anda, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak profesional. 

Di Easelife Services, jika anda berada sekitar Shah Alam dan Klang, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah serangga yang sedang anda hadapi. 

Kawalan serangga diperlukan kerana serangga seperti pepijat dan kutu dapat memberikan kesan negatif kepada anda sekeluarga jika tidak dibendung. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis serangga bagi memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat tanpa sebarang gigitan yang boleh memudaratkan. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat dan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

hidup aman tanpa makhluk perosak

$
0
0

Nasi goreng kampung satu !

Ok ! Siap !

Sedang seronok menikmati makanan yang dah di order di kedai makan, tiba - tiba terlihat lipas merayap di kawasan meja, tikus pula main sorok-sorok di celah meja, semut pula berjalan dalam satu barisan di dinding. Timbul persoalan bersihkah kawasan tempat makan tersebut?

Jawapannya adalah tidak bersih sama sekali !

Restoran atau kedai makan yang bersih adalah yang bebas dari ancaman segala makhluk perosak seperti lipas, semut dan tikus. Oleh itu, pastikan restoran yang kerap anda kunjungi bebas daripada salah satu makhluk perosak tersebut.

Selain restoran yang dijamin HALAL, anda sebagai pengguna perlu pastikan restoran tersebut di bawah seliaan syarikat Pest Control yang bertauliah, baru bawa keluarga untuk menikmati makanan di sana. Hal ini untuk memberi jaminan bahawa restoran tersebut bebas dari haiwan makhluk perosak.

Kediaman yang bebas dari makhluk perosak juga amat penting supaya kebersihan di persekitaran anda terjamin. Sejajar dengan namanya makluk perosak, kita mestilah berupaya sedaya upaya untuk membanteras segala kegiatan di persekitaran kita.



Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah makhluk perosak mengganggu anda. 

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Premis anda ada lipas ?

$
0
0

Tahukah anda premis makanan yang terlalu kotor atau jika dikesan mempunyai najis tikus dan lipas akan diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari selepas operasi bersepadu oleh pihak berwajib?

Ya ! Arahan penutupan ke atas premis berkaitan akan dibuat  mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak menepati syarat kebersihan yang ditetapkan.

Selain itu,  jika terdapat kehadiran tikus dan lipas, peti sejuk menyimpan bahan mentah gagal berfungsi dengan baik dan persekitaran tidak bersih dan terurus juga akan diarahkan ditutup ketika pemeriksaan dijalankan.

Premis tersebut akan diarahkan tutup selama 14 hari dan perlu dibersihkan mengikut peraturan ditetapkan, namun sekiranya kerja pembersihan dilakukan segera mereka boleh menjalankan perniagaan lebih awal.

Bagaimanapun, sekiranya gagal mengikut tempoh ditetapkan, arahan penutupan akan dilanjutkan selama 14 hari lagi. Hanya akan dibuka jika benar-benar bersih.


Selain dari segi kebersihan, kesalahan lain yang sering dilakukan oleh pemilik premis ialah gagal mematuhi peraturan termasuk etika pemakaian. Kesalahan yang sering dilakukan ialah tidak memakai apron, sarung tangan dan penutup kepala ketika menjalankan perniagaan. Malah, ada daripada pekerja mereka tidak mendapatkan suntikan tifoid.

Adakah anda sebagai pemilik premis hendak menunggu premis anda ditutup oleh pihak berwajib kemudian baru hendak mencari Syarikat Pest Control untuk mengatasi masalah lipas dan tikus di premis anda?

Ibarat peribahasa sudah terhantuk baru terngadah, premis sudah ditutup baru nak mencari jalan alternatif hapuskan semua lipas dan tikus di premis. Hal ini sepatutnya boleh dielakkan lebih awal jika anda mahu.

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di premis anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah makhluk perosak mengganggu anda.


Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.





Anda di kawasan hotspot denggi?

$
0
0

Berdasarkan info di atas, di manakah lokasi anda?

Adakah di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya atau di Shah Alam?

Seperti yang anda dapat lihat, berikut merupakan lokasi yang menjadi kawasan panas atau hotspot demam denggi. Keseluruhan kawasan Selangor dan Kuala Lumpur boleh dikatakan menjadi kawasan tumpuan masalah denggi.

Sebanyak 92,583 kes denggi dilaporkan di Malaysia sepanjang Januari sehingga 5 September tahun ini dengan kes kematian sebanyak 132 kes direkodkan dan ianya semakin mengingkat setiap hari. Jumlah yang direkodkan juga menunjukkan peningkatan drastik berbanding tahun lepas.

Antara salah satu cara mengatasi masalah pembiakan nyamuk aedes adalah dengan melepaskan nyamuk yang disuntuk bakteria Wolbachia. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia akan dilepaskan di 10 lokaliti yang dikenal pasti bagi mengatasi peningkatan wabak denggi di kawasan berkenaan.

Nyamuk disuntik Wolbachia adalah inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi, di mana bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes Aegypti. Nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia ini akan merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk, dan seterusnya menghalang penyebaran virus berkenaan.

Pelepasan nyamuk ini merupakan salah satu kaedah untuk mengawal masalah nyamuk denggi dan dijangka mampu menurunkan kes denggi antara 60 hingga 70 peratus, sekali gus mampu mengurangkan kadar kematian akibat denggi.

Oleh itu, sila beri kerjasama jika terdapat sebarang aktiviti yang dilakukan oleh pihak Pest Control atau Jabatan Kesihatan di kawasan anda. Hal ini untuk membantu mengurangkan masalah nyamuk aedes di kawasan anda. Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda. Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk di kawasan anda, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Gigitan pepijat sampai perlu pembedahan?

$
0
0

Seorang wanita berusia 27 tahun di Britain berhasrat untuk menjalani pembedahan bagi memotong kakinya apabila keadaan kakinya itu bertambah teruk selepas digigit sejenis serangga.

Beliau dipercayai digigit seekor pepijat ketika dia bercuti di sebuah pusat peranginan di tepi pantai di Saundersfoot, Wales. Pada mulanya, dia menyangka ulser pada kaki kanannya disebabkan cahaya matahari, namun sangkaan itu meleset apabila mula membengkak menjadi kehitaman dan mengakibatkan kesakitan teruk.

Biarpun berusaha mendapatkan rawatan dan mengambil ubat-ubatan, ia tidak membantu mengubati penyakitnya itu menyebabkan dia mahu menjalani pembedahan untuk memotong kakinya yang dilihat merupakan jalan terakhir.

Beliau tidak menyangka kesan gigitan kecil serangga telah mengubah hidupnya dalam sekelip mata. Begitu lah besarnya kesan gigitan pepijat yang di anggap kecil tetapi boleh menyebabkan kesan yang besar bagi orang yang mempunyai masalah kulit dan alergi.

Ada juga sesetengah yang terpaksa masuk ke hospital akibat jangkitan kuman di dalam darah di sebabkan gigitan pepijat. Hal ini kerana pepijat menggigit dan akan meninggalkan kesan merah-kemerahan dan kegatalan. Kesan menggaru dengan kerap akan menyebabkan luka dan mengakibatkan jangkitan kuman.

Oleh itu, anda seharusnya peka dengan kehadiran pepijat di kediaman anda. Jika anda mengesyaki pepijat telah berada di kediaman anda, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak profesional.

Di Easelife Services, jika anda berada sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah serangga yang sedang anda hadapi.

Kawalan serangga diperlukan kerana serangga seperti pepijat dapat memberikan kesan negatif kepada anda sekeluarga jika tidak dibendung. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis serangga bagi memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat tanpa sebarang kesan yang boleh memudaratkan.


Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

2 tempat persembunyian utama pepijat

$
0
0


Terdapat pelbagai petua yang ada untuk menghapuskan pepijat, namun adakah petua tersebut berjaya digunakan untuk hapuskan pepijat di kediaman anda ? 

Di Easelife Services, kaedah rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur pepijat. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Untuk pengetahuan anda, pepijat suka menyelit di celah - celah sofa, almari, pakaian, katil, celahan rekahan dinding, lantai dan sekitar kawasan rumah. Sekiranya di biarkan, ia akan beranak-pinak dengan cepat dan mampu memberikan kesan kepada anda sekeluarga.

Terdapat dua tempat yang menjadi pilihan utama pepijat untuk bersarang dan bersembunyi di dalamnya. Antara tempat utama tersebut adalah: 

1) Bantal 


Bantal tidur adalah benda pertama yang perlu diperiksa jika anda mengesyaki kehadiran pepijat di kediaman anda. Hal ini disebabkan, pepijat sering dikaitkan dengan kegatalan semasa tidur yang mengganggu tidur anda. Gambar di atas merupakan contoh bantal yang menjadi sarang pepijat. Kesan tompokan hitam di bantal atau sarung bantal sudah cukup untuk membuktikan pepijat sudah ada di persekitaran anda. 

Tindakan pantas yang anda perlu lakukan adalah menukar bantal baru atau menjemur bantal untuk menghilangkan pepijat. Bantal wajib dijemur di bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Lebih baik jika dijemur setiap hari. Tepuk-tepuk atau kibas kan bantal yang hendak dijemur untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan. Jemur bantal secara berterusan dapat mengurangkan dan seterusnya menghilangkan terus pepijat di kediaman anda dan menyelamatkan anda dari gigitan pepijat.

2) Tilam


Tilam juga perlu dijemur di bawah panas terik matahari kerana takut terdapat pepijat yang bersarang di tilam anda. Kekadang, terdapat juga telur pepijat yang mungkin mendiami tilam anda. Dengan menjemur tilam, sekurang - kurangnya pepijat dapat dikurangkan. Hal ini untuk memastikan pepijat yang terdapat di tilam akan betul2 terhapus. Pemilihan sarung tilam juga adalah penting kerana hampir 90 peratus pepijat yang terdapat di rumah akan membuat sarang di tilam.

Pepijat akan mudah mengigit ketika anda tidur sekiranya tiada sarung tilam yang dihamparkan. Sarung tilam yang terbaik perlu meliputi seluruh tilam dari hujung ke hujung. Ini dapat mengelakkan pepijat daripada masuk ke atas katil. Sarung tilam dapat membunuh pepijat yang sedia ada dengan mengurunginya dan menghalang ia keluar pada waktu anda sedang tidur. Beli sarung tilam yang berkualiti tinggi supaya anda terlindung dariapda gigitan pepijat.Walaupun nampak remeh, tetapi ia adalah kaedah pencegahan yang terbaik untuk jangka masa panjang. 



Oleh itu, anda seharusnya peka dengan kehadiran pepijat di kediaman anda. Jika anda mengesyaki pepijat telah berada di kediaman anda, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak profesional. 

Di Easelife Services, jika anda berada sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah pepijat yang sedang anda hadapi. 

Kawalan serangga diperlukan kerana serangga seperti pepijat dapat memberikan kesan negatif kepada anda sekeluarga jika tidak dibendung. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis serangga bagi memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat tanpa sebarang kesan yang boleh memudaratkan. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

 1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 tips mudah mengemas ruang pejabat

$
0
0

Pusat membeli belah, kedai runcit, restoran, klinik dan semua tempat yang mungkin anda kunjungi memerlukan perhatian yang khusus dalam memastikan ianya kekal berada dalam keadaan bersih dan bebas dari makhluk perosak. 

Pejabat yang kemas juga memainkan peranan penting untuk emosi anda. Bukan hanya rumah yang kemas, tempat kerja yang kemas dan bebas dari masalah makhluk perosak dapat menjamin persekitaran yang positif dan mampu membantu meningkatkan daya produktiviti di tempat kerja.

Oleh itu, terdapat beberapa tips mudah dalam mengemas ruang pejabat yang mungkin boleh anda praktikkan di pejabat anda sendiri. Antara tips mudah tersebut ialah:

1. Kumpulkan benda yang sama

Masukkan perkakas dan peralatan yang sama jenis ke dalam bekas yang sama. Sebagai contoh, semua alat tulis dalam satu bekas, fail dokumen dalam satu tempat dan barangan peribadi dalam satu kotak. Hal ini untuk memudahkan anda mencari barang-barang tersebut dan membuatkan ruang pejabat anda tampak lebih kemas. Oleh itu, pastikan semua 

2. Labelkan setiap komponen

Letakkan label yang berwarna untuk setiap komponen. Contohnya, kabinet fail ada tiga laci, satu label letak IN (merah), KIV (hijau) dan OUT (biru) atau bil untuk kotak bewarna jingga dan surat rasmi kotak bewarna hijau.

3. Gunakan teknologi

Kecanggihan teknologi yang ada sekarang dapat mencepatkan kerja, mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa. . Gunakan perisian komputer atau app untuk kalendar, reminder, post-it, 'meeting' dan sebagainya.

4. Masuk satu keluar satu

Maksudnya, apabila ada benda baru yang masuk ke ruang kerja, keluarkan benda yang lama tersimpan di tempat kita. . Contohnya apabila tugasan baru masuk, keluarkan tugasan yang telah disiapkan. Kalau ada buku baru yang kita ingin baca, keluarkan buku lama dari tempat kerja. . Ini supaya tempat kerja anda nampak kemas dan tiada barang yang bertimbun.

5. Gunakan ruang secara kreatif

Apabila pejabat kemas, ruang akan menjadi luas. Isi ruangan ini dengan meletakkan bingkai kata-kata motivasi, menampal gambar inspirasi dan sebagainya. . Tambah kreativiti dengan meletakkan perabot dan aksesori pejabat yang dapat menaikkan mood untuk bekerja.


Jika pejabat anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di pejabat anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah makhluk perosak mengganggu anda. 

Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di pejabat anda.


2 tips elak pepijat lepas balik travel

$
0
0

Masalah pepijat bermula selepas pulang dari travel?

Kebanyakan dari anda mula menghadapi masalah berkaitan pepijat selepas pulang dari travel atau melancong. Begitu juga dengan pelanggan E Pest Control yang telah mencuba rawatan haba untuk membantu mereka dalam menangani masalah pepijat di kediaman mereka.

80% jawapan yang diberi adalah terdapat kesan gigitan pepijat selepas pulang dari travel dan jawapan tersebut amat popular di kalangan pelanggan E Pest Control. Terdapat dua kemungkinan yang boleh berlaku sama ada digigit pepijat ketika travel atau menjadi mangsa gigitan pepijat di rumah sendiri.

Persoalan sekarang dari mana munculnya pepijat tersebut?

Apakah yang menjadi punca masalah ini berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah pepijat  selepas pulang dari travel? Berikut merupakan 3 tips yang dapat digunakan selepas pulang dari travel untuk memastikan pepijat tidak ikut anda pulang ke rumah:

1) Periksa luggage


Kebanyakan dari anda sudah semestinya keletihan selepas pulang dari travel dan kebiasannya akan tidur terus tanpa periksa beg dan sebagainya. Oleh itu, anda seharunya lebih peka dan tindakan anda mungkin dapat menghalang pepijat dari bersarang di rumah anda.

Benda pertama yang anda perlu lakukan setelah tiba di rumah adalah unpacking luggage dan kemas barang di dalamnya. Periksa setiap bahagian luggage sama ada terdapat serangga di dalamnya. Hal ini disebabkan tinggi kemungkinan untuk pepijat masuk ke dalam luggage anda sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Sama ada anda terbawa pulang pepijat dari hotel penginapan atau pepijat masuk ke dalam luggage ketika perjalanan pulang ke rumah di lapangan terbang.

Dua tempat ini amat popular untuk terbawa pulang pepijat. Lapangan terbang merupakan tempat tumpuan orang ramai yang datang dari pelbagai kawasan sama ada luar dan dalam negara manakala hotel merupakan tempat persinggahan semasa bercuti.

Sudah tentulah terdapat pepijat yang berada di sekitar kawasan tersebut. Oleh itu, jangan lupa untuk periksa luggage setelah anda pulang dari bercuti.

2) Kemas pakaian


Kemas pakaian yang dibawa pulang selepas bercuti juga penting. Hal ini kerana berkemungkinan pepijat bersembunyi di pakaian anda ketika diletakkan di dalam almari hotel ketika bercuti. Oleh itu,selepas unpacking luggage, kemas pakaian dan check sekiranya terdapat pepijat di celahan baju anda.

Jika perlu cuci baju terlebih dahulu sebelum simpan di dalam almari rumah anda, sila lakukan terlebih dahulu. Hantar dobi atau cuci dengan air panas untuk langkah pencegahan masalah pepijat. Hal ini untuk mengelakkan pepijat masuk dan bersarang di kediaman anda.

Anda seharusnya lebih peka dengan kehadiran pepijat di kediaman anda. Jika anda mengesyaki pepijat telah berada di kediaman anda, anda boleh memberi kepercayaan kepada E Pest Control sebagai pakar  profesional dalam mengatasi masalah pepijat.


Jika anda berada sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah pepijat yang sedang anda hadapi.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

4 info mudah kutu kucing

$
0
0

Seronok belai - belai kucing kalau dapat yang bulunya lembut dan gebu. Namun AWAS jika anda sentuh, belai atau terjumpa kucing yang ada kutu pada bulunya, kemungkinan anda untuk jadi mangsa gigitan kutu tersebut amat tinggi. 

Kutu akan menyerang apabila kucing peliharaan anda terdedah kepada jangkitan kutu. Jangan tertukar antara kutu dan pepijat, simptom lebih kurang sama namun punyai cara pencegahan dan rawatan berbeza. Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mengenalpasti serangga yang ada di kediaman anda. 

Kutu kucing ini bukan biasa - biasa punya serangga. Kadang - kadang kesan daripada gigitan tu boleh membawa kepada jangkitan kuman dalam darah. Tambahan pula jika terdapat anak kecil di rumah, lagi lah risau jika kutu gigit anak anda. Boleh menyebabkan kulit sensitif dan penyakit kulit.

Terdapat juga pelanggan E Pest yang mengadu mengalami masalah kutu kucing gatal keseluruhan badan dan ada juga yang sampai dimasukkan ke hospital.  Selepas treatment E Pest dijalankan, baru selesai masalah kutu yang dialami. 

Pihak E Pest akan mencadangkan sebelum servis dijalankan, kucing yang ada di rumah perlulah dihantar grooming atau dimandikan dengan sabun khas untuk mematikan kutu. Hal ini untuk menghalang kucing tersebut terus menjadi 'host' atau perumah kepada kutu tersebut. 

Berikut merupakan info mudah kutu kucing yang penting untuk anda ketahui: 

1) Bentuk fizikal 


Kutu merupakan serangga bewarna coklat kemerahan namun berbentuk kurus. Kutu lazimnya berukuran sedikit kecil dengan 1.5-4 mm panjang. Jika dilihat dari atas, bentuk badan kutu kelihatan panjang dan kurus. Oleh itu, dengan mengenali bentuk fizikal sahaja anda sudah dapat mengenali kutu jika terdapat serangga tersebut di kediaman anda. 

2) Sumber makanan


Untuk pengetahuan anda, darah merupakan sumber makanan utama kutu. Kutu menjadikan manusia serta haiwan seperti kucing untuk mendapatkan darah sebagai sumber makanan. Jika anda ada memelihara kucing, anda perlu memastikan kucing anda bebas dari serangga parasit seperti kutu kerana ia bukan sahaja menjadikan kucing anda sebagai sumber makanan tetapi akan menjadikan anda sebagai target sumber makanan. 

3) Habitat


Seperti yang anda sedia maklum, habitat kutu adalah di celahan bulu-bulu haiwan peliharaan anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda harus memastikan kebersihan bulu-bulu kucing untuk menghindarkan kutu menjadikan kucing anda sebagai tempat tinggal mereka. Kucing perlulah selalu dihantar grooming atau mandikan dengan sabun khas anti kutu.

4) Pergerakan


Untuk pengetahuan anda, kutu juga merayap namun kutu mempunyai kebolehan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Kebolehan kutu melompat menjadikan ia sangat cepat untuk menggigit manusia dan kesan gigitan juga dapat dilihat dalam waktu yang singkat. 


Jika anda berada sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah kutu yang sedang anda hadapi. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada kutu kucing di persekitaran saya ! 
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah kutu kucing di kediaman anda.

3 kesan kehadiran pepijat dalam kehidupan seharian

$
0
0


Pening fikir cara nak atasi masalah pepijat di dalam rumah, tiba - tiba pepijat muncul di dalam kereta pula. Ape nak buat, ber hu hu hu la pepijat dah sampai ke dalam kereta.

Masalah dalam rumah belum selesai, dah tambah satu hal lagi masalah pepijat dalam kereta. Itu la, dah explain awal - awal tentang kaedah rawatan haba untuk atasi masalah pepijat tapi tak nak cuba, kan dah sampai ke dalam kereta.

Dalam rumah kene gigit dengan pepijat, masuk dalam kereta pun kene gigit pepijat. Lepas tu pergi ke mana - mana dengan pepijat tumpang di belakang kereta, nak ke macam tu?

Sebelum terlewat dan anda sekeluarga dapat kesan buruk akibat pepijat ni, lebih baik anda cuba kaedah rawatan haba yang disediakan oleh E Pest sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Berikut merupakan antara kesan kehadiran pepijat dalam kehidupan seharian yang mungkin sedikit sebanyak dapat mempengaruhi anda:

1) Keluarga 

Jika pepijat menyerang kediaman anda,  yang menjadi keutamaan anda untuk menghalang dari menjadi mangsa pepijat sudah tentu adalah anak - anak. Pepijat gigit ibu dan bapa tak pe lagi, kalau pepijat gigit anak - anak tu yang jadi masalah. Anak kecil merengek menangis disebabkan gigitan pepijat, tidur malam tak lena, nak ke sekolah pun pembelajaran terganggu disebabkan badan gatal - gatal. Mengantuk dan tak dapat fokus ketika pembelajaran. Badan pun penuh parut dah menggangu psikologi anak - anak ke sekolah dengan badan penuh parut.Oleh itu, anda sebagai ibu bapa sahaja dapat merubah keadaan di kediaman anda.

2) Tetamu


Nak ajak tetamu datang ke rumah pun segan, bukan ape nanti takut tetamu kena gigit pepijat pula. Silap - silap boleh kene boikot dengan jiran - jiran. Dah kena gigit pepijat kemudian bawa balik pepijat ke rumah mereka pula. Rumah anda dah jadi macam sarang pepijat pula. Nak jemput saudara datang pun kene fikir dua ke tiga kali. Nak ke macam tu, jadi tempat pembiakan pepijat pula. Lama - lama nanti takde orang nak datang ke rumah dah. Iye lah, dah jadi rumah pepijat ! Sebelum kene boikot, baik anda buat rawatan penghapusan pepijat dahulu. Anda senang hati, tetamu dan saudara pun seronok dapat melawat ke kediaman anda.

3) Tempat kerja


Pergi kerja pun tak seronok, iye la fikirkan masalah rumah ade pepijat tapi di tempat kerja pun ade pepijat. Prestasi kerja merosot, asyik ambik MC je sebab kene gigit dengan pepijat, tidur malam pun tak cukup. Datang kerja dah la lewat sebab tdur terganggu, mengantuk pula waktu bekerja terus sampai diberhentikan kerja. Nak ke macam tu ! Mana - mana pergi  dihantui dengan pepijat. Boleh trauma seumur hidup macam tu kalau tidak dirawat dengan cepat. Oleh itu, ape lagi cepat hubungi E Pest untuk membantu anda dalam mengatasi masalah pepijat.


Jika anda berada sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah pepijat yang sedang anda hadapi.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

Kedai makan ada tikus !

$
0
0

Dah masuk 2020 pun masih ada kedai makan yang kotor. Bukan sahaja kotor dengan sampah sarap, namun najis dan air kencing tikus pun dapat dikesan di kedai makan.

Bukan sahaja keselesaan pelanggan menjadi persoalan, namun tahap kebersihan kedai makan tersebut juga wajar dipersoalkan apabila najis pun dapat dikesan menunjukkan betapa kotor nya tempat makan tersebut.

Menurut BH Online, najis, air kencing tikus dan lipas yang ditemui di dapur sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, menyebabkan premis itu diarah tutup selama 14 hari bermula 9 Januari 2020. 

Malah ketika pemeriksaan dilakukan, beberapa tikus turut dilihat berkeliaran di dapur premis berkenaan. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, M Bawani berkata, operasi turut dijalankan terhadap satu lagi restoran nasi kandar di Little India dan dua pasar mini. 

Katanya, restoran nasi kandar kedua yang diperiksa pula dikenakan kompaun sebanyak RM100 kerana menyimpan semua bahan dalam peti sejuk yang dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran. “Dua pasar mini itu juga diarah tutup selama 14 hari berikutan terdapat kesan kehadiran makhluk perosak selain tahap kebersihannya yang tidak memuaskan.

“Premis yang diperintahkan tutup itu perlu membersihkan kedai masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya di sini, hari ini. Bawani menasihatkan pemilik premis atau pengendali makanan supaya sentiasa menjaga kebersihan premis mereka. 

Katanya, pemilik premis juga perlu mengambil inisiatif melakukan kawalan serangga perosak bagi mencegah kehadirannya. “Kami akan terus menjalankan pemantauan dan pemilik premis perlu memastikan supaya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan semasa mengendalikan makanan termasuk memakai pakaian sesuai,” katanya lagi.

Sumber :  BH Online


Jika kedai makan atau restoran anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di E Pest Control, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan kediaman serta boleh menggigit anda. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada tikus di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah tikus di kediaman anda.

Proses nyah cemar menghapus virus

$
0
0

Sejak penghujung tahun 2019, seluruh dunia gempar dengan penemuan satu virus baharu yang dikenali sebagai Covid-19. Virus yang mula dikesan di China ini telah tersebar ke serata pelusuk dunia dan menjangkiti penduduk dunia dengan pantas sekali. Malaysia juga tidak terkecuali dan turut terkesan dengan pandemik wabak Covid-19 ini.

Antara simptom Covid-19 ialah demam, batuk kering dan jika keadaan berlarutan boleh  menyebabkan sesak nafas. Sehingga 19 Mei 2020 sudah 6978 kes dicatatkan dengan 114 kes kematian di Malaysia. Manusia yang tidak bergejala atau mempunyai simptom juga berisiko tinggi menjadi pembawa virus Covid-19.

Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 di mana penjarakan sosial telah berlaku. Kedai, sekolah, hotel, tempat pelancongan, pusat membeli belah dan segala tempat sosial telah ditutup. Rentas antara negeri tidak dibenarkan, rakyat diminta untuk tinggal di rumah dan hanya keluar jika perlu. Keadaan ini merupakan pertama kali di dalam sejarah Malaysia dan juga seluruh dunia.

Sejajar dengan pengumuman dari pihak Kerajaan baru-baru ini, tiada lagi PKP namun telah ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana peraturan mula dilonggarkan sedikit demi sedikit mengikut panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, beberapa sektor ekonomi telah dibuka bermula 4 Mei 2020. Kesemua sektor akan dibuka secara berperingkat bagi membantu memulihkan kembali ekonomi negara yang terkesan akibat Covid-19 ini.

Antara SOP yang perlu dilakukan ialah meletakkan penanda jarak 1 meter antara setiap pelanggan, botol sanitizer di hadapan pintu masuk premis, perlu menulis nama dan number talefon atau scan barcode yang disediakan sebelum pelanggan dibenarkan masuk ke dalam premis tersebut. Selain itu, melakukan proses nyah cemar atau servis sanitasi sebelum memulakan operasi perniagaan.

Proses nyah cemar kuman merupakan aktiviti yang sering kali kita dengar dalam norma baharu mengahadapi Covid - 19 pada masa kini. Proses yang dijalankan untuk membunuh virus Covid-19 ini amat penting untuk membanteras penyebaran virus tersebut. Hal ini kerana virus ini tetap akan aktif selama 9 jam di permukaan yang disentuh oleh pembawa virus Covid-19. Antara kawasan yang berisiko tinggi terdapat virus adalah seperti tombol pintu, button lift, peralatan eletronik seperti keyboard komputer.

Oleh itu, sebelum memulakan operasi setiap premis sewajarnya menjalankan servis sanitasi terlebih dahulu. Semua kawasan akan dibersihkan dengan bahan kimia yang khusus untuk membasmi kuman, virus dan bakteria di premis anda.

Berikut merupakan antara kawasan yang mendapatkan servis sanitasi dari E Pest. Untuk pengetahuan anda, pihak kami komited dalam membantu anda menghapuskan virus di persekitaran anda.


Juruteknik bersedia sebelum servis nyah cemar dimulakan.
Servis nyah cemar dimulakan.
Juruteknik menjalankan servis sanitasi di bahagian peralatan pejabat seperti keyboard dan peralatan lain.
Juruteknik menjalankan servis sanitasi di peralatan pejabat seperti meja dan kerusi.
Servis Sanitasi ini terbuka kepada semua industri atau premis seperti pejabat, sekolah, restoran, kilang dan sebagainya di sekitar kawasan Lembah Klang. Anda boleh terus menghubungi kami untuk konsultasi tentang service sanitasi yang disediakan oleh E Pest.

Untuk servis ini, kami menggunakan bahan kimia yang mendapat kelulusan KKM dan juga Sirim. Selain itu, juruteknik kami yang terlatih dan mempunyai kepakaran di dalam perkhidmatan kawalan serangga perosak.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi servis sanitasi, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Saya berminat dengan servis Sanitasi E Pest
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk service sanitasi di kediaman dan premis anda
Viewing all 371 articles
Browse latest View live